Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) menegaskan, “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Sabtu, 29 September 2007

045 - Nuzul Quran = Malam 24 Ramadhan, Bukan Malam 17 Ramadhan

Nuzul Quran = Malam 24 Ramadhan, Bukan Malam 17 Ramadhan


وَأَنْزَلَ اللَّهُ الْقُرْآنَ لِأَرْبَعِ وَعِشْرِينَ خَلَتْ مِنْ رَمَضَان

Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah menurunkan al-Quran pada malam ke-24 Ramadhan" (Rujuk: Tafsir Ibn Kathir, di bawah penafsiran ayat 185 dari surah al-Baqarah, daripada Riwayat Imam Ahmad, daripada Wathilah bin Al-Asqa`) Dikeluarkan juga oleh Imam al-Tabaraani di dalam al-Mu’jam al-Kabeer yang mana dinilai Hasan oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah - hadis no: 1575. Diakui terdapat perbezaan pendapat dalam hal ini, namun begitu sekalipun adanya khilaf tersebut, pendapat paling tepat/terpilih mengikut jumhur mufassirin adalah bahawa tarikh penurunan (nuzul) Quran bukanlah pada malam 17 Ramadhan tetapi adalah pada malam 24 Ramadhan kerana dijelaskan secara tepat di dalam hadis baginda.

Boleh juga refer artikel ini:

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Agama/20070929001642/Article/index_html

Khamis, 27 September 2007

044 - Doa Buat Wanita Yang Ikhlas

Doa Buat Wanita


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DLM SEBUTAN RUMI:ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALI

Ertinya: Ya Allah,jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" (Riwayat al-Bukhari, no 2104, 2/722; Sunan al-Baihaqi, 5/97; Musnad Ahmad, 2/403; Fath al-Bari,6/393; Umdat Al-Qari, 12/30; Sohih) moga dpt diamalkan oleh semua Muslimah, cuma jangan lupa, jangalah diri anda sebaik-baiknya menurut tuntutan syari’at dengan sempurna.

Best view:
http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Selasa, 25 September 2007

043 - Orang Puasa & Musafir Dibolehkan Tidak Berpuasa

Orang Sakit/Uzur & Musafir Dibolehkan Tidak Berpuasa/Segerakan Berbuka

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
...maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari Yang dibuka – Qadha/ganti) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (pada hari yang lain kerana sakit, tua dan sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (al-Baqarah 2: 184)

Dia yang dari kalangan orang yang uzur/zakit, dan para musafir adalah lebih baik untuk tidak berpuasa. Ini sesuai dengan saranan Allah di dalam ayat di atas. Then, dia perlulah menggantikan puasanya itu pada hari-hari yang lainnya (di luar ramadhan), yang di mana dia boleh berpuasa. Jika dia tidak boleh juga berpuasa/tidak mampu (kerana uzurnya berpanjangan, etc.) di hari yang lain... maka, wajiblah dia membayar/mengeluarkan fidyah kepada faqir miskin.

Allahu a'lam...

042 - Perkara Yang Disangka Membatalkan Puasa, Namun Hakikatnya Tidaklah Begitu

Perkara Yang Disangka Membatalkan Puasa, Namun Hakikatnya Tidaklah Begitu

Masih dalam keadaan junub ketika masuknya subuh:

Dari ‘aisyah & Ummu Salamah:

“Sesungguhnya Nabi memasuki waktu subuh dalam berjunub kerana jima’ dengan isterinya, kemudian Baginda mandi dan berpuasa. (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1825, Muslim, no. 1109)

Bersiwak/gosok gigi:

Nabi s.a.w. bersabda:

“Sekiranya tidak memberatkan ummatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka bersiwak setiap kali ingin bersolat.” (Hadis Riwayat Bukhari, 887) Manakala ada dari riwayat yang lain mengatakan, “... Setiap kali hendak berwudhu’” (Hadis Riwayat Bukhari, 2/682)

Hadis ini bersifat umum. Termasuklah ketika berpuasa. Oleh itu, diperbolehkan bersiwak/memberus gigi bagi sesiapa yang ingin solat atau berwudhu’ samaada berpuasa atau tidak. Pendapat inilah yang dipilih oleh imam Bukhari di dalam sahihnya (2/682, dan Fathul Bari, 4/158) serta Ibnu Khuzaimah di dalam Shahihnya (3/247), al-Baghawi di dalam Syarh Sunnah (3/298), dan jumhur ahli ilmu yang lain.

Memasukkan air ke dalam hidung & Berkumur-kumur

...berlebih-lebihlah dalam memasukkan air ke dalam hidung (memasukkan secara sepenuhnya) kecuali ketika berpuasa. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2366, at-Tirmidzi, no. 788, an-Nasa’e, no. 87)

Ini membawa maksud bahawa memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa adalah dibolehkan - hanya cuma, janganlah berlebih-lebihan iaitu cukup sekadar membersihkan kotoran.

Bermesra Dan mencium Isteri:

Dari ‘Aisyah:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah mencium isterinya dalam keadaan berpuasa, dan bermesra dengan isterinya dalam keadaan berpuasa, akan tetapi Baginda adalah orang yang paling mampu menahan diri.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1927, Muslim, no. 1106)

Ada yang berpendapat, perbuatan ini dimakruhkan bagi pemuda berdasarkan hadis ini:

Dari abdullah bin ‘Amr:

“Kami pernah berada di sisi Nabi s.a.w., datanglah seorang pemuda, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Bolehkah aku mencium dalam keadaan berpuasa? Nabi menjawab: Tidak. Kemudian, datanglah seorang tua, lalu berkata: Bolehkah aku mencium dalam keadaan aku berpuasa? Nabi menjawab: Ya. Berkata (Abdullah): Kami melihat sesama sendiri (kehairanan), Maka Nabi bersabda: Sesungguhnya orang tua itu lebih mampu menahan dirinya.” (Lihat silsilah as-shahihah: 1606)

Merasa Makanan:

Dari Ibnu Abbas:

“Tidak mengapa merasa cuka, atau apa-apa makanan selagimana tidak sampai ke krongkongan dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Bukhari dengan tanpa sanad, dan Ibnu Hajar menyambungnya di dalam Fathul Bari, 3/154)

Mengeluarkan darah atau suntikan yang tidak mengandungi makanan:

Hal ini tidak termasuk dalam perkara yang tidak membatalkan puasa. Perkara ini telah disepakati oleh jumhur ulama al-mu’ashirin, seperti yang telah ditetapkan Majma’ Fiqhul Islami. (Rujuk: Majallah Majma’, 2/464)

Berbekam:

Daripada Ibnu abbas:

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah berbekam dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1939)

Memakai Celak, Menitiskan Ubat Mata ke Bahagian Mata:

1 - Imam Bukhari mengatakan: “Anas bin Malik, Hasan al-Basri, dan Ibrahim an-Nakha’i memandang tidak mengapa bercelak bagi orang yang berpuasa” (Fathul Bari, 4/153)

2 - Perkara ini telah disepakati oleh jumhur ulama al-mu’ashirin (Seperti Syeikh Abdul Aziz bin Bazz, al-Uthaimeen, Dr. Wahbah Zuhaily, dan lain-lain...), bahawa menitiskan air atau ubat ke dalam mata tidak membatalkan puasa (Rujuk: Majallah Majma’, 2/378, 381, 385, 392) Juga ada perbahasannya di website berikut:
http://www.saaid.net

Mencurahkan Air Ke Atas Kepala/Mandi:

Dari Abu Bakr, katanya, telah berkata orang yang meriwayatkan kepada aku:

“Aku telah melihat Rasulullah s.a.w. mencucurkan ke atas kepalanya air dalam keadaan Baginda bepuasa, kerana dahaga atau kepanasan. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2365, Disahihkan oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Sunan Abu Daud)

Manakala di dalam Shahih beliau mendatangkan satu tajuk “Bab Mandinya Orang Yang Bepuasa”, dan beliau mendatangkan hadis Ibnu Umar:

“Ibnu Umar telah membasahi bajunya (kerana kehausan) kemudia beliau memakainya dalam keadaan berpuasa.” (Hadis Riwayat Bukhari, lihat Fathul Bari: 3/154)

Khamis, 20 September 2007

041 - AMARAN JAKIM TERHADAP PENYEBARAN HADIS FADHILAT TERAWIKH (HADIS PALSU)

AMARAN JAKIM TERHADAP PENYEBARAN HADIS FADHILAT TERAWIKH (HADIS PALSU)

Sumber Internet:
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20070903084809/Article/

Tarikh:
03/03/2007

Di bawah tajuk:
Rujuk majlis agama isu solat Tarawih (Berita Harian)

KUALA LUMPUR: Orang ramai, termasuk media massa perlu merujuk dengan Majlis Agama Islam negeri jika ada pihak menyebar risalah atau mengumumkan fadilat solat Tarawih bersandarkan hadis palsu mengikut kelebihan setiap malam sepanjang Ramadan.Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Abd Aziz Sheikh Wan Mohamed, berkata pihaknya maklum mengenai isu berkenaan yang pernah timbul beberapa tahun lalu yang dipercayai dipelopori golongan Syiah.

“Hal berkaitan hadis seumpama ini sememangnya diketahui pihak berkuasa agama dan sesiapa yang berhadapan dengan situasi berkenaan diminta segera merujuk kepada Majlis Agama Islam negeri bagi mengelak sebarang kekeliruan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Baru-baru ini, akhbar ini menerusi ruangan Surat & Emel menyiarkan rungutan pembaca, Rahman Ariffin dari Shah Alam yang bimbang kerana masih ada jawatankuasa masjid dan surau yang mengumumkan kepada jemaah fadilat solat Tarawih bersandarkan hadis palsu.

Rahman yang dukacita dengan tindakan sesetengah pihak yang menghebahkan kelebihan solat Tarawih mengikut giliran malam itu, meminta Jakim atau Majlis Agama Islam negeri supaya mengingatkan umat Islam mengenai perkara ini.

Kelebihan solat tarawih mengikut hari itu pernah dipaparkan dalam akhbar dan televisyen sebagai galakan kepada umat Islam menunaikan ibadah sunat, menyebabkan umat Islam memenuhi masjid dengan harapan memperoleh pahala besar tanpa menyedari mereka tidak mendapat penjelasan yang sebetulnya.

040 - Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Tertentu Adalah HADIS PALSU

Hadith Ganjaran Tarawih Pada Malam-Malam Tertentu Adalah HADIS PALSU

Setiap tahun apabila menjelangnya Ramadhan, maka sebuah hadis yang amat popular tentang Fadzilat Solat Tarawih kembali tersebar dengan luasnya. Hadis tersebut ialah satu hadis yang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagiannya adalah seperti berikut:

"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda (berkenaan dengan fadzilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan) antaranya:

Malam Pertama:

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan.

Malam Keempat:

Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Sehinggalah ke malam yang ke-30...

Ulama' hadis dengan kaedah dan disiplin ilmu yang sahih telah memutuskan bahawa ianya bukanlah hadis. Atau disebut sebagai HADIS PALSU. Penyebaran hadis ini seharusnya telah lama dihentikan kerana saban tahun peringatan tentang kedustaannya telah dilakukan. Antara yang mengeluarkan kenyataan tentang kepalsuannya adalah Institut al-Qur'an dan al-Sunnah, Kelantan. Ianya juga didapati di dalam laman web Mufti Negeri Terengganu.

Antara disiplin ilmu di dalam memahami hadis ialah; ianya melalui jalan dirayah dan riwayah bagi memastikan kedudukan sesuatu hadis terhadap matan (ayat hadis) dan sanad (rangkaian periwayatan hadis). Kedua-dua perkara ini dipastikan ketulinannya dan tidak harus mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat).
Hadis-hadis telah dikumpulkan, disaring dan diriwayatkan dengan sempurna oleh ulama' hadis pada sekitar tahun 200H-300H. Antara muhaddithin (ulama' hadis) yang diiktiraf dari kalangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di dalam meriwayatkan hadis antaranya adalah Imam Bukhari (194H-256H), Imam Muslim (204H-261H), Imam Abu Dawud (202H-275H), Imam at-Termizi (209H-279H), Imam an-Nasa-i (215H-293H) dan Imam Ibnu-Majah (207H-273H).

Selain hadis-hadis sahih, terdapat juga hadis-hadis hasan, dhaif ataupun palsu di dalam kitab-kitab mereka. Namun, ini tidak merendahkan kedudukan ilmu mereka. Pengkelasan ini dibuat oleh ulama' yang kemudian dengan kaedah yang sangat detail. Antaranya ulama' hadis mengkritik kepada sanad iaitu perawi-perawi hadis. Mereka telah mengenal pasti siapakah yang dipercayai dan siapakah yang dusta. Nama-nama periwayat hadis dikumpulkan atau ianya di dalam cabang ilmu yang dinamakan dengan ilmu rijal atau ilmu jarh wa-al Ta'dil. Keseluruhan kaedah memahami hadis ini adalah terangkum di dalam ilmu Mustalah Hadis atau 'Ulum Hadis.

Antara ulama' kemudian yang bertanggungjawab untuk mengklasifikasi dan menafsirkan hadis adalah seperti al-Hakim al-Nisaburi, Ibn-Kaithir, Abd Rahim al-Iraqi, Ibn-Hajar al-Asqolani, adz-Zahabi, Taqiyyudin at-Taimiyyah, Ibn-Qayyim al-Jauziyyah, Ibnu-Jauzi, Nasaruddin al-Albani dan ramai lagi.

Hadis-hadis yang benar dan palsu diasingkan. Subhanallah, Allah telah menganugerahkan ilmu yang begitu hebat kepada mereka di dalam mengawal dan memastikan ketulinan rujukan umat dari al-Qur'an dan al-Hadith.

Berbalik kepada hadis fadzilat solat sunat Tarawih. Ianya tidak didapati di dalam mana2 kitab hadis yang benar dan juga di dalam kitab2 hadis yang palsu. Ini bermakna ianya baru sahaja direka oleh golongan yang melampau. Segala pertimbangan di dalam menilai kepalsuan sesuatu hadis telah cukup bagi membuktikan bahawa hadis ini adalah hadis palsu. Antaranya; pada sanad, tidak langsung mempunyai rangkaian periwayatan. Pada matan, ternyata mempunyai syaz (pelik) dan illat (cacat). Dipercayai hadis ini direka oleh golongan Syiah bagi mengangkat ketokohan Sayyidina Ali dan bagi melekakan umat Islam di dalam mengharapkan balasan yang tidak dijanjikan oleh Allah dan Nabi-Nya Muhammad saw. Kita tidak menafikan ketokohan Saiyidina Ali dan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu di dalam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Penyebaran hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama terdahulu.

Di dalam beramal di bulan Ramadan ini dan untuk mengharapkan ganjaran dari Allah SWT, cukuplah bagi kita dengan hadis yang SAHIH dari Rasulullah saw berkenaan menghidupkan malam Ramadhan yang bermaksud (terjemahan): “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Al-Bukhari) Ada yang menganggap mengingatkat umat Islam tentang kepalsuan sesuatu hadis adalah perkara yang remeh dan tidak perlu diperbesarkan. Sedangkan mereka lupa kepada janji Rasulullah saw akan balasan neraka terhadap pendusta hadis dan amaran ini didapati hampir di dalam semua kitab-kitab utama hadis.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang maksudnya (terjemahan): “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Bukhari, Muslim) Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai ke peringkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Bukan sahaja membuat hadith palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ianya adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram. Kata al-Imam Ibn al-Salah : “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya” (Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith)

Kita memohon kepada Allah agar kita bukanlah dari kalangan yang sengaja menyebarkan hadis-hadis palsu dan memohon keampunan di atas segala kesilapan yang kita sedari atau tidak selama ini. Semoga Ramadhan tahun ini tidak dibaluti dengan pendustaan di atas nama Rasulullah saw.
[Tambahan dari: Mashoorias-salafi]

Fatawa: Fadhilat Sembahyang Tarawih

Soalan: Unit Kajian Dan Penyelidikan, Bahagian Kajian Dan Penerbitan, Pusat Da'wah Islamiah sedang menjalankan kajian mengenai dengan hadis fadhilat sembahyang Tarawih, kitab Durrah AI-Nashihin (terbitan Mesir tahun 1949), diriwayatkan oleh Ali bin Abu Thalib.

Hadis tersebut sangat popular di kalangan masyarakat di negara ini kerana sejak 10 tahun yang lalu penerbitan-penerbitan buku (risalah) mengenai hadis tersebut telah dijalankan dan hadis-hadis berkenaan juga disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei dalam bentuk promo bagi maksud mentarghib masyarakat supaya mendirikan sembahyang Tarawih dengan teratur. Sepanjang tempoh tersebut, kita ini tidak pernah mempersoalkan tentang sanad atau sumber hadis tersebut. Bagaimanapun, Berita Harian (Malaysia) keluaran 31hb. Disember, 1998, Ihb. Januari, 1999 dan 16hb. Januari, 1999 telah mempersoalkan keshahihan hadis tersebut sehingga sampai kepada kesimpulan bahawa hadis tersebut adalah hadis maudhu'.

Sukacita abis kaola menghadapkan isu mengenai hadis ini kepada Pehin bagi mendapatkan fatwa dan ketentuan tentang kedudukan hadis-hadis berkenaan untuk dijadikan pegangan dan menghindari keraguan di kalangan masyarakat di Negara Brunei Darussalam.

Jawapan: Hadis mengenai fadhilat sembahyang Tarawih yang disebutkan dalam kitab Durrah Al-Nashihin bermaksud: “Daripada Ali Bin Abu Talib Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi Wasllam telah ditanya tentang keutamaan-keutamaan Tarawih di bulan Ramadhan.

Baginda bersabda:

“Orang mukmin keluar daripada dosanya pada:

Malam pertama:

Seperti saat dia dilahirkan ibunya

Malam kedua:

Dia diampuni, juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.

Malam ketiga:

Malaikat berseru dari bawah ‘Arasy. Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu.”

Malam keempat:
Dia memperolehi pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Furqan.

Malam kelima:

Allah Ta’ala memberinya pahala seperti pahala orang yang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam keenam:

Allah Ta’ala memberinya pahala orang yang bertawaf di Makmur dan dipohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas (lapisan tanah yang keras)

Malam ketujuh:

Seolah-olah dia mencapai darjat Nabi Musa ‘Alaihi salam dan kemenangannya atas Firaun dan Haman.

Malam kelapan:

Allah Ta’ala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam

Malam kesembilan:

Seolah-olah dia menyembah Allah Ta’ala sebagaimana ibadat Nabi Shallallahu alaihi wasalam

Malam kesepuluh:

Allah Ta’ala mengurniakan kepada nya kebaikan dunia dan akhirat.
Malam kesebelas:

Dia keluar dari dunia seperti saat dia dilahirkan dari perut ibunya.
Malam kedua belas:

Dia datang pada Hari Kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.
Malam ketiga belas:

Dia datang pada Hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap keburukan Malam keempat belas:

Para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa dia telah melakukan sembahyang Tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari Kiamat.
Malam kelima belas:

Dia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung ‘Arasy dan Kursi
Malam keenam belas:

Allah menetapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga

Malam ketujuh belas:

Dia diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas:

Malaikat menyeru: “Wahai Hamba Allah, sesungguhnya allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu.

”Malam kesembilan belas:
Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.

Malam kedua puluh:

Allah memberi pahala para syuhada’ dan shalihin.

Malam kedua puluh satu:

Allah membangun untuknya sebuah gedung daripada cahaya

Malam kedua puluh dua:
Dia datang pada hari Kiamat dalam keadaan aman daripada setiap kesedihan dan kesusahan.

Malam kedua puluh tiga:

Allah membangun untuknya sebuah kota dalam syurga

Malam kedua puluh empat:

Dia memperolehi dua puluh empat doa yang dikabulkan

Malam kedua puluh lima:

Allah Ta’ala menghapuskan daripadanya azab kubur

Malam kedua puluh enam:

Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh:

Dia dapat melewati Shirath pada Hari Kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.

Malam kedua puluh lapan:
Allah mengangkat baginya seribu darjat dalam syurga

Malam kedua puluh sembilan:
Allah memberi pahala seribu haji yang diterima.

Malam ketiga puluh:

Allah berfirman: “Hai Hambakan makanlah buah-buahan syurga, mandilah daripada air Salsabila dan minumlah dari Kauthar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hambaKu.” (Majlis) Setelah merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di kalangan ahli Sunnah Wal Jama’ah, termasuk kitab-kitab yang menjadi sandaran dalam pencarian hadis-hadis, sehingga setakat ini tidak dijumpai hadis-hadis yang khusus menyebutkan tentang kelebihan sembahyang Tarawih dengan menyatakan ganjaran yang diperolehi pada setiap malam Ramadhan sepertimana yang dinyatakan.

Apa yang telah ditemui setakat ini, hanyalah riwayat-riwayat yang hampir sama dengannya dan dihubungkan sanadnya kepada sayyidina Ali Bin Abu Talib iaitu tersebut dalamkitab Bihar Al-Majlisi, salah Ramadhan dan kirab Was’a’il Al- Syi’ah karangan Al-Shiekh Muhammad bin Al-Hasan Al-Har Al-‘Amili dalam bab Istihab Al-Shalah Al-Mukhshushah Kulla Lailah min Syahr Ramadhan wa Awwal Yaum Minh.

Maka sehubungan itu, oleh kerana hadis yang ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh ditanyakan itu tidak diketahui sumbernya yang boleh dii’timad, maka ia mestilah dihentikan daripada dipromokan melalui radio ataupun televisyen. Sekiranya Pusat Da’wah Islamiah ingin menggalakkan orang ramai supaya rajin dan bersungguh-sungguh mengerjakan sembahyang Tarawih, adalah lebih baik hadis-hadis yang dipromokan itu diambil daripada kitab-kitab yang muktabar. Fadhilat sembahyang Tarawih yang ada disebut dalam hadis-hadis yang terkandung dalam kitab-kitab sunan yang muktabar hanyalah secara umum sahaja tanpa menyebut fadhilat 30 malam Ramadhan itu.

Antaranya ialah hadis yang diriwayatkan daripada abu Hurairah Radhiallahu a’nhu, sabda Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan sembahyang di bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan (pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu.”Hadis seumpama ini turut diriwayatkan oleh Muslim, Tirmidzi, abu daud, Imam Ahmad dan lainnya…

Negara asal:
Brunei darussalam

Negeri:
Brunei

Badan yang mengisu fatwa:
Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam

Penulis/Ulama:
Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned

Tarikh Diisu:
1999

Selain itu boleh rujuk di URL ini:
http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

Khamis, 13 September 2007

039 - PETUNJUK SUNNAH DALAM BERBUKA

PANDUAN SUNNAH DALAM BERBUKA

Best view/format:
http://an-nawawi.blogspot.com

-------
MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA
-------

Adalah sunnah mensegerakan berbuka puasa, kerana mengikut sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaih wa-sallam dan para Salaf as-Soleh yang menjunjung sunnah, mereka mengambil kelebihan (fadilat) berpuasa dengan mensegerakan berbuka (tidak melambat-lambatkan), iaitu “Setelah matahari terbenam, maka baginda terus berbuka”. Dan sunnah hukumnya melewatkan makan sahur sehingga menghampiri waktu fajar. Dalilnya adalah hadis-hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:


لاَ يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفِطْرَ

“Manusia akan sentiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka (puasanya)”. (HADIS RIWAYAT Bukhari 4/173. Muslim 1093)


لاَيَزَالُ الدِّيْنُ ظَاهِرًا مَا عَجَّلَ النَّاسُ الْفِطْرِ ، لأَنَّ الْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى يُؤَخِّرُوْنَ

“Agama ini (Islam) akan sentiasa zahir selagi umat manusia menyegerakan berbuka puasa, kerana orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasara melambat-lambatkannya”. (HADIS RIWAYAT Abu Daud 2/305 dan Ibnu Majah 224, sanad hadis ini hasan)


لاَ يَزَالُ أُمَّتِيْ عَلَى سُنَّتِيْ مَالَمْ تَنْتَظِرُ بِفِطْرِهَا النُّجُوْمَ

“Ummatku akan sentiasa di atas sunnah selagi tidak melambatkan (menunda) puasanya sehingga terbit bintang”. (HADIS RIWAYAT Ibnu Hibban 891 dengan sanad yang sahih)


عَنْ عُمَر رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ مِنْ هَاهُنَا ، وَأَدْبِرَ النَّهَارُ مِنْ هَاهُنَا ، وَغَرَبَتِ الشَّمْسُ فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ

“Dari Umar radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Apabila malam telah menjelang dari arah sini dan siang telah berlalu dari arah sini, serta matahari pun telah terbenam, maka berbukalah orang yang berpuasa”. (HADIS RIWAYAT Bukhari 4/171- 199. Muslim 1100. Ahmad 4/381. Abu Daud 2352. Abdulrazzak 4/226)

-------
DOA KETIKA BERBUKA PUASA
-------

Antara waktu-waktu berdoa yang paling makabul (mustajab) atau diterima oleh Allah Azza wa-Jalla, ialah berdoa dimasa berbuka puasa. Sebagaimana hadis dari Abu hurairah radiallahu anhu, beliau berkata:


ثَلاَثٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ : الصَّائِمُ حِيْنَ يُفْطِرُ ، وَاْلإِمَامُ الْعَادِلُ ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ

“Tiga orang yang tidak ditolak doanya: Orang yang sedang berpuasa diketika dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi”. (Hadis Riwayat Tirmizi 2528. Ibnu Majah 1752. Ibnu Hibban 2407)


إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, diketika berbuka nescaya doanya tidak akan ditolak”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah 1/557. al-Hakim 1/422. At-Tayalisi 299. al-Busairi (2/81) mengatakan: Sanad hadis ini sahih dan rijalnya siqah)


ثَلاَثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ : دَعْوَةُ الصَّائِمِ ، دَعْوَةُ الْمَظْلُوْمِ ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ

“Tiga jenis doa bagi orang yang berdoa akan dikabulkan (mustajab): Iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang sedang musafir”. (Lihat: ad-Du’afa 1/72. al-‘Uqaili)

Antara sebaik-baik doa yang boleh dibaca yang warid/tsabit dari Rasulullah s.a.w. ialah:


ذَهَبَ الظَّمَاءُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ ، وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ

“Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala insyaAllah”. (H/R Abu Daud 2/306. an-Nasii dalam Amalul Yaum wa-Lailah, 269. al-Baihaqi 4/239. al-Hakim 1/422. Menurut Imam ad-Daraqutni (2/185) sanad hadis ini bertaraf hasan)

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِيْ وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِيْ.

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu, supaya memberi ampunan atasku.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah 1/557. Sahih menurut Al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Takhrij al-Adzkar, lihat Syarah al-Adzkar 4/342)

038 - TUNTUTAN BERSAHUR MENURUT PETUNJUK RASULULLAH S.A.W.

TUNTUTAN BERSAHUR MENURUT PETUNJUK RASULULLAH S.A.W.

Best view/format:
http://an-nawawi.blogspot.com

-------
Tuntutan Bersahur
-------

Para ulama telah ijmak tentang keutamaan dan berkenaan sunnahnya bersahur. (Fathul Bari 4/139. Ibnu Hajar) Rasulullah bersabda:


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : تَسَحَّرُوْا فَاِنَّ فِى السَّحُوْرِ بَرَكَةً

“Dari Anas berkata: Bersabda Rasulullah: Bersahurlah kamu sekalian, kerana dalam bersahur itu terdapat barakah”. (Hadis Riwayat Bukhari 4/120. Muslim 1059. Diriwayatkan juga oleh Tirmizi, Nasaii dan Ibn Majah)

-------
Keutamaan Bersahur
-------

تَسَحَّرُوْا وَلَوْ بِجُرْعَةٍ مِنَ الْمَاءِ

“Bersahurlah walaupun hanya dengan meminum seteguk air”. (Hadis Riwayat Abu Ya’la 3340. Ibnu Hibban No 884. Hadis Hasan)


اَلسَّحُوْرُ أَكْلُهُ بَرَكَةٍ ، فَلاَ تَدَعُوْهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ اَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَاِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّوْْنَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِيْنَ

“Bersahur makanannya diberkahi, janganlah meninggalkan sahur walaupun hanya meminum seteguk air kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang bersahur”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah 2/8. Ahmad 3/12,44)


اَلْبَرَكَةُ فِى ثَلاَثَةٍ ، اَلْجَمَاعَةُ ، والثَّرِيْدُ ، وَالسَّحُوْرُ

“Keberkatan itu pada tiga perkara: Jamaah, Sayuran dan makan sahur”. (Hadis Rriwayat Thabrani (dalam al-Kabir) 6127. Al-Khatib (dalam Mawadah) 1/263)

اِنَّهَا بَرَكَةٌ أَعْطَاكُمُ اللهُ اِيَّهَا فَلاَ تَدَعهُ

“Sesungguhnya bersahur itu adalah berkah yang Allah berikan kepada kamu maka janganlah kamu tinggalkannya”. (Hadis Riwayat Nasaii 4/145. Ahmad 5/270. Sanadnya sahih)


إِنَّ اللهَ جَعَلَ الْبَرَكَةَ فِى السَّحُوْرِ وَالْكَيْلِ.

“Sesungguhnya Allah telah memberi keberkatan pada makan sahur dan takaran (timbangan)”. (Diriwayatkan oleh Asy-Syirazi. Lihat: Jami’ as-Sagir 1715)


هَلُّمَ اِلَى الْغَدَاءِ الْمُبَارَكِ : يَعْنِيْ السَّحُوْرُ

“Marilah menuju ke makanan yang berkah: Iaitu bersahur”. (Hadis Riwayat Ahmad 4/133. Ibnu Hibban 223. Nasaii 4/146. Sanadnya sahih)

-------
Perbuatan Bersahur Membezakan Dengan Puasanya Ahli Kitab
-------


فَضْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

“Perbezaan puasa kami dan puasa Ahli Kitab ialah bersahur”. (Hadis Riwayat Muslim, 1096)

-------
Bersahur Dengan Kurma
-------

Jenis makanan sahur yang afdal/utama ialah buah kurma. Rasulullah bersabda:


مَنْ أَرَادَ أَنْ يَصُوْمَ فَلْيَتَسَحَّرْ بِشَيْءٍ

“Barangsiapa mahu berpuasa hendaklah bersahur dengan sesuatu”. (Hadis Riwayat Abi Syaibah 3/8. Ahmad. 3/367. Abu Ya’la 3/438. Al-Bazzar 1/465)

نِعْمَ سَحُوْرُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

“Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin ialah kurma”. (Hadis Riwayat Abu Daud 2/303. Ibnu Hibban 223. Baihaqi 4/237. Sanadnya sahih)

-------
Melewatkan Makan Sahur
-------

Adalah sunnah mensegerakan berbuka dan melewatkan makan sahur, kerana ‘Amr bin Maimun al-Audi dia berkata:


كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّى أَسْرَعَ النَّاسِ إِفْطَارًا وَأبْطَاءَ هُمْ سَحُوْرًا
“Para sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah orang-orang yang paling cepat berbukanya dan yang paling lambat makan sahurnya”. (Hadis Riwayat Abdulrrazzak, dalam al-Musannaf, 7591. Hadis ini disahihkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 4/199. Dan Al-Haitami dalam Majma’ Zawaid 3/154

037 - BERGEMBIRALAH DI HARI RAYA

Bergembira Di Hari Raya `Ied Al-Fithri

Islam adalah agama yang praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah 'Azza wa Jalla, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan tersebut dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada Hari Raya `Ied al-Fithri adalah sebahagian daripada syi'ar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat.

Bagi kita di Malaysia kegembiraan sambutan Hari Raya `Ied al-Fithri dapat dilihat dengan berkumpul seluruh ahli keluarga dan ziarah-menziarah sesama umat Islam. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum Hari Raya `Ied al-Fithri dipergunakan untuk membawa ahli keluarga bersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut `Ied al-Fithri selagi mana ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Menurut Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah:

Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, begitupun pelbagai macam nyanyian yang baik, semua itu menjadi syi'ar agama yang disyari'atkan Allah pada Hari Raya, untuk melatih tubuh jasmani dan untuk kepuasan serta kesenangan hati. (Syaikh Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 2, ms. 290)

Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan suasana kegirangan di Hari Raya pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di mana baginda membenarkan acara-acara permainan untuk tontonan umum dan nyanyian yang tidak bercanggah dengan syarak. Di antara hadis-hadis tersebut adalah:

Hari itu adalah Hari Raya, di mana orang-orang Sudan bermain pedang dan perisai. Aku (`Aishah radhiallahu 'anha) tidak ingat apakah aku yang meminta untuk melihatnya ataukah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang berkata: "Apakah kamu ingin melihatnya." Aku pun menjawab: "Ya." Aku disuruhnya berdiri di belakangnya, di mana pipiku dekat dengan pipi baginda. Baginda berkata: "Biar yang lain, wahai Bani Arfidah!" Ketika aku merasa bosan, baginda bertanya kepadaku: "Sudah cukup?" Aku menjawab: "Ya." Bagindapun bersabda: "Pergilah." (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 950)

Dari `Aisyah radhiallahu 'anha, dia berkata: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam masuk ke rumahku (pada Hari Raya), dan ketika itu aku bersama dua budak perempuan yang sedang menyanyikan lagu peperangan Bu'ats. Baginda langsung berbaring di atas tempat tidur sambil memalingkan wajahnya. Ketika Abu Bakar (radhiallahu 'anh) masuk ke rumahku, dia memarahiku dan berkata: "Pada pandangan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, (nyanyian) itu adalah seruling setan." Mendengar itu maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menemui Abu Bakar dan berkata kepadanya: "Biarkanlah mereka." Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lengah, aku memberikan isyarat dengan mata kepada kedua budak perempuan itu hingga mereka keluar. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 949)

Dari kedua-dua hadis ini al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah telah berkata: Pada Hari Raya dibolehkan mengadakan kegiatan yang dapat menghiburkan keluarga untuk melepas kelelahan setelah melakukan ibadah. Menampakkan kegembiraan pada Hari Raya merupakan sebahagian dari syi'ar Islam. (Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms 262)

Oleh itu kebiasaan masyarakat kita dalam berhari Raya seperti bersalaman dengan orang tua sambil meminta maaf, saling mengucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin", menjamu rendang, lemang, ketupat dan kuih-muih serta melanjutkan sambutan Hari Raya sehingga genap sebulan adalah sesuatu yang dibolehkan. Ia tidak menyalahi syari'at mahu pun sunnah selagi mana dalam kebiasaan tersebut tidak dilakukan sesuatu yang mungkar atau ibadah yang bid'ah.

Adapun bersedih di Hari Raya sehingga menangis semasa saling bermaafan, perbuatan menziarahi kubur dan menangis dikuburan adalah amalan bid’ah yang tidak pernah dicontohkan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, para sahabat radiallahu ‘anhum dan para Salaf al-Ummah (golongan awal) dikurun mufadalah. Maka, wajiblah ia ditinggalkan agar memperolehi keberkatan, kerana mencontohi sunnah itu adalah lebih utama.

036 - BID'AH-BID'AH DI HARI RAYA

Perbuatan Makan Dan Berzikir DiKuburan Pada Hari Raya

Antara bid’ah kaum-kaum jahiliyah ialah mengkhususkan ziarah kubur di Hari Raya. Duduk membaca Yasin, berzikir, bertahmid, menanam pokok, menabur bunga, mencantikkan kubur, menghias, menutup kepala nisan dengan kain putih atau kuning, menangis, meratap, meraung, bertawassul dengan ahli kubur dan ada membawa makanan untuk bersantap di kuburan. Di dalam hal ini, Imam as-Syafie rahimahullah mengharamkannya dan beliau berfatwa:


ويكره …. نقل الطعام الى القبور

“Dimakruhkan (haram) membawa makanan ke kuburan”. (Lihat: الطالبين اعانة (ina’atu at-Tholibin) Juz. 2 hlm. 146)

Haram menyambut Hari Raya di kuburan termasuklah di kubur para nabi, wali atau mana-mana kubur, kerana tidak ada Hari Raya kubur (عيد القبر). Nabi sallallahu ‘alahi wa-sallam bersabda:


عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهَ وَسَلَّمَ : لاَ تَتَّخِذُوا قَبْرِيْ عِيْدًا

“Dari Abi Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah jadikan kuburku sebagai tempat berhari raya”. (Hadis Sahih H/R Ahmad 2/367 dan Abu Daud 2042)

Imam Syafie rahimahullah mengharamkan duduk di atas kubur, beliau berlandaskan kepada hadis:


لاَنْ يَجْلِسَ اَحَدُكُمْ عَلَىجَمْرَةٍ ، فَتَحرق ثِيَابَهُ ، فَتخلص اِلَىجَلْدِهِ خَيْرٌ مِنْ اَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْر

“Abu Hurairah berkata: Telah bersabda Rasulullah: Jika salah seorang kamu duduk di atas bara api membakar sampai menembusi pakaianmu lalu membakar kulitnya, masih lebih baik baginya daripada ia duduk di atas kuburan”. (H/R Muslim, 3/62. Abu Daud 3228. Ahmad 2/311. Baihaqi 4/79. Ibnu Majah dan An-Nasaii)

Imam Syafie berfatwa: Membaca al-Quran untuk menghadiahkan pahalanya kepada orang mati adalah perbuatan yang haram dan sia-sia, kerana tidak sampai kepada Si Mati. Beliau berfatwa:


ان القراءة القرآن لايصل اهداء ثوا الى الموتى لانه من عملهم ولا كسبهم ولهذا لم يندب اليه رسول الله صلى الله عليه وسلم ولا ارشدهم اليه بنص ولا اعاء
“Sesungguhnya pahala bacaan al-Quran dan hadiah pahala tidak sampai kepada Si Mati kerana bukan dari amal mereka dan bukan usaha mereka. Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pernah menghukum sunnah umatnya dan tidak pernah mendesak mereka melakukan perkara tersebut dan tidak pula menujukkan kepadanya walau melalui satu nas atau seruan”. (Lihat: Tafsir Ibn kathir 4/335)

Orang-orang yang beriman sewajarnya mempu menghapuskan setiap amalan-amalan bid’ah, terutama yang telah dijelaskan dalil-dalilnya dan telah difatwakan oleh Imam Syafie rahimahullah.

Bid’ah-Bid’ah Di Malam Hari Raya

Para aktivis bid’ah (مُبْتَدِع) terutamanya dari kalangan tariqat sufi/tasawwuf dan yang jahil tentang hukum ahkam syara’, menghidupkan beberapa bid’ah yang berupa talbis syaitan seperti bersolat, berzikir dan berwirid yang diterima dari hasil ciptaan syeikh-syeikh sufi yang diambil dari hadis-hadis lemah. Antaranya hadis tersebut ialah:


مَنْ اَحْيَا لَيْلَةَ الْفِطْرِ وَاْلاَضْحَى ، لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوْتُ الْقُلُوْب.

“Sesiapa menghidupkan malam Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha, tidak akan mati hatinya di hari hati-hati dimatikan”. (Hadis Mungkar/palsu)

Kenduri Arwah Sempena Hari Raya

Berkenduri arwah (majlis tahlil) dipagi Syawal setelah solat, atau ke kubur berziarah sambil bertahlil dan membawa bunga serta kain penutup nisan. Semuanya itu telah diharamkan. Terdapat athar sahih mengharamkan menyediakan makanan, berzikir beramai-ramai dan berkumpul semula setelah kematian kerana ia menjadi ratapan:


عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ : كُنَّا نَرَى وَفَى رِوَايَةٍ كُنَّا نَعُدُّ) الاِجْتِمَاعَ اِلَى اَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ (بَعْدَ دَفْنِهِ) مِنَ النِّيَاحَةِ

“Dari Jarir bin Abdullah al-Bajali ia berkata: Kami (para sahaba) memandang (di riwayat lain menganggap) berkumpul-kumpul di tempat mayat dan menyiapkan makanan sesudah kematian (lepas dikebumikan) adalah termasuk dalam hal meratapi Si Mati.” (Dikeluarkan oleh Muslim 822 (Kitabus Siam) no. 1164. Abu Daud. 2/812-813. (Kitabus Siam). No 2433. At-Turmizi . (Bab As-Siam) no 756 Turmizi berkata: Hadis hasan sahih. Ibnu Majah 3/206-207 (Kitabus Siam) no 1716) Agar kesucian sunnah terpelihara semasa menyambut Idul Fitri dan Idul Adha, maka hindarkanlah segala bid’ah, syirik, khurafat, tahaiyul dan maksiat semasa merayakannya. Janganlah cemari Hari Raya dengan perkara-perkara yang menyalahi sunnah atau syariat. Wa-Allahua’lam.

035 - BERHARI RAYA MENURUT SUNNAH: Ucapan Selamat Hari Raya (Part 9)

Ucapan Selamat Hari Raya Yang Sunnah

Ucapan selamat Hari Raya daripada hadis-hadis sahih ialah:


تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu”. (Lihat: Fathul Bari 2/446)

Ibnu Hajar rahimahullah berkata: Dari Jubair bin Nufair ia berkata:


كَانَ اَصْحَابُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، اِذَا الْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيْدِ يَقُوْلُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ

“Para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam apabila bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain: Semoga Allah menerima dari kami dan darimu”. (Lihat: Fathul Bari 2/446)

Menurut Ibnu Hajar, isnad hadis ini hasan. (Lihat: Fathul Bari 2/446) Ibn Taimiyah apabila ditanya tentang ucapan selamat pada Hari Raya beliau menjawab:

“Katakanlah kepada yang lain apabila bertemu dengan ucapan:


تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu”. (Lihat: Majmu’ al-Fatawa 24/253)


اَحَالَ اللهُ عَلَيْكَ

“Allah telah menghalalkan kepada kamu”. (Lihat: Whusul al-Amani bi Usul at-Tahani. Al-Jalal as-Suyuti)

Imam Ahmad rahimahullah berkata: “Aku tidak pernah memulakan mengucapkan selamat hari raya kepada seseorangpun, namun bila ada orang mendahulukan mengucapkan itu, aku akan menjawabnya. Kerana menjawab ucapan selamat itu wajib, sedangkan mendahului ucapan tersebut bukanlah sunnah yang diperintahkan dan tidak pula dilarang. Sesiapa mengerjakannya maka baginya ada contoh dan siapa yang meninggalkannya baginya juga ada contoh”. (Lihat: Whusul al-Amani bi Usul at-Tahani. Al-Jalal as-Suyuti)

Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan: “Muhammad bin Ziyad berkata: Aku pernah bersama Abu Umamah al-Bahali dan selainnya dari kalangan para sahabat Nabi. Mereka bila kembali dari solat hari raya berkata sebahagiannya dengan ucapan (Lihat: Al-Mughni 2/295):


تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu”.

Menurut Imam Ahmad: “Isnad hadis Abu Ummah jayyid (baik). (Lihat: Al-Jauharun Naqi. 3/446) Begitu juga Imam Suyuti berkata: Isnad hadis ini hasan. (Lihat: Al-Hawi. 1/81) Antara ucapan selamat Hari Raya yang bid’ah ialah:


كُلُّ عَامٍ وَانْتُمْ بِخَيْرٍ

“Semoga setiap tahun kamu dalam keadan baik”.


مِنَ الْفَائِزِيْنَ وَالْمَقْبُوْلِيْنَ

“Semoga tergolong orang-orang yang berjaya dan diterima”.

Janganlah diubah ucapan yang sunnah kepada yang bid’ah. Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:


اَتَسْتَبْدِلُوْنَ الَّذِيْ هُوَ اَدْنَى بِالَّذِيْ هُوَ خَيْرٌ

“Apakah kamu ingin menukar (mengambil) sesuatu yang rendah sebagai pengganti yang lebih baik?”. (al-Baqarah 2: 61)


اِيَّاكُمْ وَمَحْدَثَاتِ اْلاُمُوْرِ فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكَلَّ بِدَعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ

“Aku peringatkan dari perkara-perkara baru yang dicipta. Setiap ciptaan bid’ah, setiap bid’ah sesat, setiap yang sesat di neraka”. (H/R An-Nasaii)


مَنْ اَحْدَثَ فِى اَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

“Barangsiapa mengada-adakan dalam urusan kami ini yang bukan darinya, maka itu adalah tertolak”. (H/R Bukhari) Sadarlah! Apabila satu bid’ah dimunculkan, maka satu sunnah pasti akan terhapus. Oleh itu pertahankan dan hidupkanlah sunnah agar dapat mematikan bid’ah.

034 - SUNNAH DALAM BERHARI RAYA: Pembaziran Di Hari Raya (Part 8)

Masalah Perbuatan Pembaziran Di Hari Raya

Haram berlebih-lebihan ketika menyambut Hari Raya, sama ada Hari Puasa atau Hari Haji Allah Azza wa-Jalla berfirman:


وَلاَ تُبَذِّرْ تَبْذِيْرًا اِنَّ الْمُبَذِّرِيْنَ كَانُوْا اِخْوَانَ الشَّيَاطِيْنِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَافُوْرًا.

“Dan janganlah menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya”. (al-Isra’ 17: 26-27)

وَكُلُوْا وَاشْرَبُوْا وَلاَ تُسْرِفُوْا اِنَّهُ لاَ يُحَبُّ الْمُسْرِفِيْنَ

“Makan dan minumlah, jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”. (al-A’raf 7: 31)

لاَتَزَوْلُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رِبِّهِ حَتَّى يُسْاَلَ عَنْ مَالِهِ مِنْ اَيْنَ اكْتِسَبَهُ وَفِيْمَا اَنْفَقَهُ

“Tidak berganjak kedua kaki anak Adam di hari kiamat dari sisi Rabbnya sehingga ditanya tentang hartanya dari mana ia perolehi dan ke mana ia belanjakan”. (H/R Turmizi 2416. Al-Khatib dalam tarikhnya 12/440. Darimi 1/131. Abu Nu’aim, Al-Hilyah) Tujuan ber-Hari Raya ialah untuk beribadah dengan melahirkan syi’ar Islam serta menunjukkan nikmat Allah, tetapi bukan untuk bermaksiat dengan cara berbangga-bangga yang riak, menunjuk-nunjuk yang keterlaluan dan membazir.

033 - BERHARI RAYA MENURUT SUNNAH: Nyanyian Di Hari Raya

Yang Dibolehkan (Halal) Menyanyi

Aisyah radiallahu ‘anha berkata:


دَخَلَ عَلَيَّ رَسُوْلُ اللهِ ، وَعِنْدِيْ جَارِيَتَانِ تُغْنِيَانِ بِغِنَاءٍ بُعَاثٍ فَاضْطَجَعَ عَلَى الْفِرَاشِ وَحَوْلَ وَجْهَهُ ، وَدَخَلَ اَبُوْبَكْر ٍفَانْتَهَرَنِيْ وَقَالَ : مِزْمَارَةُ الشَّيْطَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ فَاَقْبَلَ عَلَيْهِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : دَعْهُمَا . فَلَمَّا غَفَلَ غَمَزْتُهُمَا ، فَخَرَجَتَا

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam masuk menemui aku, yang mana di sisiku ada dua anak perempuan kecil yang sedang bernyanyi dengan nyanyian Bu’ats. (“Bu’ats "(بعاث) asalnya ialah nyanyian yang di ambil dari syair mengenai peperangan, keberanian dan motivasi agama. Ia dinyanyikan oleh bangsa Aus ketika memperolehi kemenangan besar dalam peperangan melawan suku Khazraj. Perkara ini (bu’ats) telah dijelaskan oleh Imam al-Bagawi dalam kitab “Syarhus Sunnah” 4/322)

Kemudian baginda berbaring di tempat tidur dan memalingkan wajahnya. Masuklah Abu Bakar, lalu dia mengherdikku dan berkata: Seruling syaitan di sisi Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam? Rasulullah kemudian menghadap ke Abu Bakar seraya bersabda: Biarkan kedua anak perempuan itu. Ketika baginda tidur, aku memberi isyarat dengan mata kepada dua anak itu maka merekapun keluar”. (H/R Muslim. Lihat: Syarh Muslim 6/182. an-Nawawi)

Adapun nyanyian yang dihalalkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah nyanyian anak-anak yang belum baligh, hamba atau Wanita yang menyanyi hanya untuk suaminya, iaitu berdasarkan hadis:


يَا اَبَا بَكْرٍ ! اِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيْدًا ، وَهَذَا عِيْدُنَا

“Wahai Aba Bakar, setiap kaum mempunyai hari raya, dan ini adalah hari raya kita!”. Menurut Ibnu Hajar rahimahullah: “Terdapat faedah dalam hadis ini, iaitu disyariatkan memberi kelapangan kepada keluarga pada Hari Raya untuk menunaikan berbagai perkara yang boleh mencapai kegembiraan, kebahagian jiwa dan merehatkan dari beban ibadah utama (puasa dan tarawih). Ini menunjukkan bahawa melahirkan kegembiraan pada Hari Raya merupakan syi’ar agama Islam”. (Lihat: Fathul Bari 2/443)

032 - SUNNAH BERHARI RAYA: Berjalan Ke Tempat Solat (Part 6)

Mengikuti Jalan Yang Berbeza Ketika Pergi Dan Kembali Dari Mengerjakan Solat `Ied

Disunnahkan bagi kita mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat `Ied. Jabir bin `Abdullah radhiallahu 'anh berkata: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melalui jalan yang berbeza pada hari `Ied. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 986)

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah berkata: Baginda (shallallahu 'alaihi wasallam) selalu menempuh jalan yang berbeza ketika berangkat dan ketika pulang dari tempat solat `Ied. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui dua jalan tersebut. Ada pula yang berpendapat untuk memberikan barakah kepada mereka. Ada yang berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua jalan tersebut. Ada yang berpendapat untuk menampakkan syi'ar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih menepati kebenaran adalah agar perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, maka salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjatnya, sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya. (bnu Qayyim al-Jauziyyah, Za'adul Maad, ms. 49) Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah: Imam al-Syafi'i (rahimahullah) di dalam kitabnya al-Umm mengatakan bahawa seorang imam dan makmum disunnahkan untuk mengikuti jalan yang berbeza dengan jalan waktu pergi ketika pulang dari solat `Ied. Demikian juga pendapat majoriti pengikut mazhab Syafi'i. (Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms. 341)

Rabu, 12 September 2007

031 - BERHARI RAYA MENURUT SUNNAH: Takbir Hari Raya (Part 6)

Takbir Hari Raya

Takbir Hari Raya adalah merupakan perintah Allah s.w.t.. Allah Azza wa-Jalla berfirman:


وَلِتُكَمِّلُوْا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوْا اللهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ

“Hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjukNya yang diberikan kepada kamu, mudah-mudahan kamu mahu bersyukur”. (al-Baqarah 2: 185)


كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَاْتِيَ الْمُصَلَّى ، وَحَتَّى يَقْضِيَ الصَّلاَةَ ، فَاِذَا قَضَى الصَّلاَةَ قَطَعَ التَّكْبِيْرَ

“Baginda keluar pada Hari Raya Idul Fitri, maka baginda bertakbir (dalam perjalanan) hingga sampai di musalla, dan hingga ditunaikannya solat. Apabila baginda telah selesai menunaikan solat, maka baginda menghentikan takbir”. (Hadis dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf 2/165. al-Faryabi dalam Ahkamul Ideian no 59. Al-Baihaqi dalam As-Sunan al-Kubra 3/279. Lihat: Silsilah al-Ahadis as-Sahihah 170. sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

Disyariatkan bertakbir dengan jahar (mengeluarkan suara) ketika pergi ke musalla, melaungkan sendiri-sendiri bukan berjamaah dan bukan dipimpin oleh seseorang. Dimulakan sejak terbit fajar di hari Arafah. Berakhir di hari Tasyriq setelah solat Asar. Cara ini disepakati oleh Malik, Abu Hanifah, Syafie, Ahmad dan Ibnu Taimiyah. ((1). Lihat: Majmu Fatawa 24/220 Ibnu Taimiyah. (2). Subulus Salam 2/71-72)

“Ibnu Umar bertakbir dengan menyaringkan (menguatkan) suaranya. Pada Hari Idul Fitri dan Hari Korban setelah solat Subuh sehingga duduk di musalla. Beliau terus bertakbir sehinggalah Imam sampai (untuk solat)”. (H/R Ibnu Abi Syaibah dan Daruqutni dengan sanad yang sahih)

Tentang jangka masa untuk bertakbir Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah berkata: Takbir pada hari `Ied al-Fithri dimulai ketika terlihatnya hilal (anak bulan), dan berakhir dengan selesainya `Ied iaitu ketika imam selesai dari khutbah, (demikian) menurut pandangan yang benar. (Majmu' Fatawa, jilid 24 ms. 220 dan 221. Dinukil daripada artikel bertajuk Bimbingan Berhari Raya Idul Fithri yang disusun oleh Abu Sulaiman Aris yang diterbitkan oleh Majalah As-Sunnah Edisi 07/VIII/1425H/2004M, ms. 39)

Perihal lafaz takbir raya maka terdapat beberapa riwayat dari para sahabat radhiallahu 'anhum yang di antaranya adalah:

Daripada Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anh, beliau mengucapkan:


أَللهُ أَكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ ، واَللهُ أكْبَر ، اَللهُ أَكْبَر ولِلهِ الْحَمْدُ

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang berhak diibadahi kecuali hanya Allah semata, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan segala puji hanya bagi Allah. (Hadis riwayat Imam Ibnu Abu Syaibah di dalam Mushannaf, hadis no: 5649)

Daripada Ibnu `Abbas radhiallahu 'anh, beliau pernah mengucapkan:


اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ, اللهُ أَكْبَرُ وَ أَخَلُّ, اللهُ أَكْبَرُ عَلَى مَا هَدَانَا.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahilhamd, Allahu Akbar wa A-khallu, Allahu Akbar `alaa maa hadaana. (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar segala puji hanya bagi Allah, Allah Maha Besar lagi Maha Agung, Allah Maha Besar di atas petunjuk yang telah diberikan kepada kita). (Riwayat Imam al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra (III/315))

Salman al-Farisi radhiallahu 'anh pula berkata:


كَبَرُوْ اللهَ: اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا

Agungkanlah Allah dengan menyebut Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Kabeera (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar). (Hadis riwayat Imam al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra (III/316))

Ketika dalam perjalan ke tempat solat `Ied, disunnahkan juga untuk kita bertakbir sehinggalah apabila solat akan didirikan. Menurut Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani rahimahullah: … disyari'atkan apa yang dikerjakan oleh kaum Muslimin berupa takbir dengan suara lantang selama di dalam perjalanan menuju tempat perlaksanaan solat (musholla), meskipun banyak dari mereka mulai meremehkan sunnah ini. (Dinukil dari kitab Meneladani Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya ditulis oleh Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32)

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah adalah untuk menyerlahkan syi'ar Islam di seluruh perjalanan yang ditempuhi untuk menuju ke tempat solat. Syaikh Wahid Abdussalam Bali telah berkata:

…setiap muslim bertakbir sejak keluar dari rumahnya sehingga sampai ke tempat solat, dengan mengeraskan suaranya, sebagai memaklumkan syi'ar Islam yang agung ini.

Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. (al-Hajj (22): 32)

Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dengan sanad sahih dari al-Zuhri rahimahullah: Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam keluar pada Hari Raya al-Fithri dengan bertakbir hingga sampai di tempat solat. (Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya (edisi terjemahan oleh Ahmad Syaikhu, Darul Haq, Jakarta 2005), ms. 415-416)

Tentang tatacara takbir yakni dengan suara yang kuat, maka ianya tidak berbeza antara `Ied al-Fithri atau `Ied al-Adha (Hari Raya Haji). Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah: Sa'id bin Manshur meriwayatkan dengan sanad yang maushul (sanadnya bersambung sampai kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam), dari Ubaid bin Umair, dia berkata: "Bahawa `Umar ketika sedang berada di dalam khemahnya di Mina selalu mengumandangkan takbir, begitu pula dengan orang-orang yang berada di dalam masjid dan orang-orang yang berada di pasar, hingga kota Mina bergemuruh dengan suara takbir." (Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari, Tahqiq Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, (Edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta 2004) Jilid 5, ms. 315)

Ada pun cara bertakbir, maka ia adalah umum sebagaimana keumuman dalil yang menganjurkannya. Oleh itu bertakbir boleh secara bersendirian atau berkumpulan, sama ada secara serentak atau dipimpin oleh seseorang. Semuanya bergantung kepada suasana ketika sedang bertakbir. Yang dilarang adalah menetap atau mengkhususkan cara bertakbir kepada satu cara sahaja sehingga orang ramai menganggap ia adalah satu-satunya cara untuk bertakbir.

Ada pun lafaz takbir yang pelbagai pada masa kini, yang lebih utama adalah lafaz takbir yang diriwayatkan daripada para sahabat sebagaimana yang dikemukakan di atas. Sekali pun dalam riwayat-riwayat tersebut tidak dinyatakan bahawa ia berasal daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dalam kaedah usul fiqh sedia diterangkan bahawa perbuatan sahabat dalam ibadah memiliki nilai marfu' (bersambung kepada Rasulullah s.a.w.), iaitu berasal daripada Rasulullah, sekali pun mereka tidak menyandarkan secara jelas kepada baginda.

Selasa, 11 September 2007

030 - BERHARI RAYA MENURUT SUNNAH: Menunaikan Zakat Fitrah (Part 5)

Menunaikan Zakat Fitrah

Zakat Fitrah adalah sejenis zakat yang diwajibkan ke atas seluruh umat Islam yang merdeka, kanak-kanak mahupun dewasa, lelaki dan wanita. Zakat fitrah ini boleh dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan namun melewatkannya pada akhir Ramadan adalah lebih baik. Waktu yang paling afdhal untuk membayar zakat fitrah adalah sebelum dilaksanakan solat `Ied al-Fithri. Dari Ibnu `Umar radhiallahu 'anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah satu sha' kurma, atau satu sha' syair atas budak, orang yang merdeka, laki-laki, wanita, anak-anak dan orang tua di antara kaum muslimin, dan baginda memerintahkan agar (zakat tersebut) dikeluarkan sebelum manusia keluar untuk solat (`Ied al-Fithri). (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Zakat, hadis no: 1503)

Satu sha' bersamaan dengan 2.5 sehingga 3 kilogram. Bagi kita di Malaysia majoriti berpendapat satu sha' adalah bersamaan dengan satu Gantang Baghdad iaitu 2.7 kilogram. Oleh itu bagi setiap ahli keluarga kadar zakat fitrahnya adalah 2.7 kilogram beras. Imam al-Syafi'i rahimahullah mewajibkan membayar zakat fitrah hanya dengan menggunakan makanan ruji (asas) sesebuah negara. Namun begitu Imam Abu Hanifah rahimahullah membenarkan makanan ruji tersebut digantikan dengan wang sebagai medium untuk membayar zakat. Wallahu'alam.

Bagi mereka yang membayar zakat fitrah setelah solat `Ied al-Fithri ia hanya akan dikira sebagai sedekah sahaja dan bukan zakat fitrah. Dari Ibnu `Abbas radhiallahu 'anh dia berkata: Barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat `Ied maka itulah zakat yang diterima, sedangkan barangsiapa yang menunaikannya sesudah solat maka itu dihitung sebagai sedekah daripada berbagai macam sedekah. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Zakat, hadis no: 1371)

Hikmahnya zakat fitrah ini adalah untuk membersihkan mereka yang berpuasa dari segala perkara yang menyebabkan ibadahnya menjadi kurang sempurna seperti melakukan perkara yang sia-sia dan mengucapkan perkataan yang tidak sewajarnya. Di samping itu di sebalik kemeriahan menyambut `Ied al-Fithri, Islam tetap menitik beratkan perihal orang miskin. Melalui zakat fitrah ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan miskin ketika menyambut Hari Raya `Ied al-Fithri dan membolehkan mereka bersama-sama umat Islam yang lain menyambut Hari Raya di dalam suasana yang menyenangkan. Dari Ibnu `Abbas radhiallahu 'anh dia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menetapkan kewajipan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang-orang yang berpuasa dari kesia-sian dan perkataan kotor serta sebagai makanan untuk orang-orang miskin. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Zakat, hadis no: 1371)

Isnin, 10 September 2007

029 - SUNNAH BERHARI RAYA: SEKITAR PERSOALAN & TATACARA SOLAT 'IED AIDILFITRI (Part 4)

Hukum Solat Hari Raya

Berkata Ibn Taimiyah rahimahullah: Solat Hari Raya hukumnya fardu ‘ain bagi setiap individu sebagaimana ucapan Abu Hanifah (Lihat: Hasyiyah Ibnu Abidin. 2/166) dan selain beliau. Ia juga pendapat Imam Syafie dan salah satu dari pendapat mazhab Ahmad. (Lihat: Majmu Fatawa. 23/161) Pendapat yang menyatakan fardu kifayah tidak berasas. (Lihat: Majmu Fatawa. 23/161) Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pernah meninggalkannya walaupun sekali. Baginda memerintahkan semua manusia mengerjakannya, sehingga para wanita yang merdeka, para gadis pingitan dan wanita haid dianjurkan ke musalla. (Lihat: Al-Mau’idah al-Hasanah 42-43. Siddiq Hasan Khan Sailul Jarar. 1/315. Syaukani)


عَنْ اُمِّ عَطِيَّة رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : اَمَرَنَارَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ اَنْ نَخرِجَهُنَّ فِى الْفِطْرِ وَالضُّحَى : اَلْعَوَاتِقِ وَالْخَيْضِ وَذَوَاتِ الْخُدُوْرِ فَاَمَّ الْحَيْضِ فَيَعْتَتَزِلْنَ الصَّلاَة (وفِى لَفْظٍ) الْمُصَلَّى وَيَشْهَدْنَ الْخَيْرَ وَدَعْوَةَ الْمُسْلِمِيْنَ قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ ! اِحْدَانَا لاَ يَكُوْنُ لَهَا جِلْبَابِ ، قَالَ : لِتُلْبِسْهَا اُخْتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا
“Ummi Atiyah berkata: Rasulullah memerintahkan kami mengeluarkan para wanita merdeka, yang haid dan gadis-gadis pingitan pada Hari Raya Idul Fitri dan Adha. (dilafaz lain) Keluar ke mussala (tanah lapang). Mereka menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum muslimin. Aku berkata: Wahai Rasulullah, salah seorang dari kami tidak mempunyai jilbab? Baginda berkata: (suruh) agar saudaranya meminjamkan jilbabnya! (H/R Bukhari 324, 351, 971, 974, 980, 981 dan 1652. Muslim. 980. Ahmad. 5/84-85. An-Nasaii. 3/180. Ibnu Majah. 1307 dan at-Turmizi 539)

Perintah di hadis ini menunjukkan perintah yang wajib, kerana diwajibkan ke musalla bermaksud diwajibkan bersolat Hari Raya. Maka dengan demikian solat Hari Raya hukumnya wajib ‘ain, atau yang lebih rajih hukumnya adalah wajib dan bukan sekadar sunnah. (Lihat: Tamamul Minnah. Hlm. 344. Nasruddin al-Albani)

Solat Hari Raya Menggantikan Solat Jumaat

Dalil yang menunjukkan wajibnya ialah solat Hari Raya dapat menggugurkan kewajipan solat Jumaat apabila Hari Raya jatuh pada Jumaat. Nabi sallallahu ‘alihi wa-sallam bersabda:


اِجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيْدَانِ ، فَمَنْ شَاءَ اَجْزَاَهُ مِنَ الْجُمَعَةِ وَانَّا مُجْمَعُوْنَ

“Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari Raya. Sesiapa telah (Bersolat Hari Raya), dia telah menyempurnakan dari solat Jumaat dan sesungguhnya kita telah dikumpulkan”. (H/R Abu Daud 1073. Ibnu Majah 1311. Al-Hakim 1/228. Al-Baihaqi 3/318. Ibnul Abdil Barr (dalam At-Tauhid) 10/272. Al-Khatib (dalam Tarikh Bahgdad) 3/129. Ibnul Qaiyyim (dalam al-Wahiyat). 1/473. Al-Faryabi (dalam Ahkamul Iedain) 150. Ibnul Jarud (dalam Al-Muntaqa) 302. Hadis sahih banyak syahidnya (lihat: Sawathi’ al-Qamarain fi Takhrij Ahadis Ahkamail Iedain), Musaid bin Sulaiman bin Rasyid. Hlm. 211)

Sesuatu yang tidak wajib tidak menggugurkan sesuatu yang wajib. Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam berterusan mengerjakan solat Hari Raya secara berjamaah sejak disyariatkan sehinggalah wafat. (Lihat: Nailul Autar 3/382-383) Baginda menggandingkan perintahnya kepada manusia dengan terus menerus ini agar mereka keluar ke tanah lapang (musalla) untuk solat Hari Raya. (Lihat: (1). Nailul Autar. 3/282-283. (2). Majmu fatawa. 24/212. dan 23/161. (3). Ar-Raudah an-Nadiyah 1/142. (4). Tamamul Minnah, hlm. 344)

Seterusnya, pandangan akan wajibnya solat `Ied al-Fitri ini diperkuatkan lagi dengan hakikat bahawa solat `Ied ini dapat menggugurkan kewajipan solat Jumaat jika keduanya terjadi pada hari yang sama (Hari raya jatuh pada hari Jumaat). Hanya sesuatu yang wajib dapat mengugurkan kewajipan yang lain. – Inilah pendapat Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani rahimahullah di dalam Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, (edisi terjemahan oleh Afifuddin Said, Maktabah Salafy Press, Gajah Mada 2002) jilid 2, ms. 103.

Dalil yang menunjukkan kewajipan solat Jumaat gugur sekiranya ianya serentak dengan hari `Ied adalah:

Dari Iyas bin Abi Ramlah al-Syami, dia berkata: "Aku pernah menyaksikan Mu'awiyah bin Abi Sufyan yang sedang bertanya kepada Zaid bin Arqam. Dia bertanya: "Apakah engkau menyaksikan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menghadiri dua Hari Raya (hari `Ied dan hari Jumaat) yang berkumpul dalam satu hari?" Dia menjawab: "Ya." Mu'awiyah bertanya: "Lalu apa yang baginda kerjakan?" Dia menjawab: "Baginda mengerjakan solat `Ied, kemudian baginda memberikan keringanan dalam hal (mengerjakan) solat Jumaat dan bersabda: "Barangsiapa yang ingin solat (Jumaat) maka hendaklah dia solat." (Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 904)

Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu' Fatawa (jilid 23, ms. 161) berkata:… oleh kerana itu, kami mentarjih (menguatkan) bahawa solat `Ied itu wajib bagi setiap individu muslim, sebagaimana pendapat Abu Hanifah dan lain-lainnya. Dan ini merupakan salah satu pendapat al-Syafi'i, dan ia merupakan salah satu dari dua pendapat di dalam mazhab Ahmad.

Melaksanakan Solat `Ied Di Musholla (Kawasan Lapang)

Mengerjakan solat `Ied al-Fithri di musholla merupakan satu amalan yang hampir tidak dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil manusia yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Apakah itu musholla dan apakah perbezaanya dengan masjid? Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata:

Adapun perbezaan di antara musholla dan masjid adalah bahawa musholla berada di tempat terbuka (seperti padang-pent.) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin. Sedangkan masjid berada di dalam sebuah tempat (bangunan-pen) yang tertutup, sehingga terkadang seorang khatib hanya dapat melihat sebahagian sahaja para hadirin. Shalat `Ied disunnahkan untuk dilakukan di musholla, dan tidak dilakukan di masjid kecuali apabila di dalam keadaan darurat (seperti hujan, angin kencang dan lainnya-pen). (al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms.282)

Dalil yang menunjukkan disunnahkan untuk mengerjakan solat `Ied di musholla adalah sebuah hadis dari Abu Sa'id al-Khudri (radhiallahu 'anh), dia berkata: Pada hari `Ied al-Fithri dan `Ied al-Adha, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar menuju musholla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat `Ied. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 956)

Ketahuilah bahawa solat di Masjid Nabawi itu adalah 1000 kali lebih baik dari bersolat di masjid-masjid lain. Ini sebagaimana sabda baginda shallallahu 'alaihi wasallam: Solat di masjidku ini (iaitu Masjid Nabawi) adalah lebih baik dari seribu kali solat di masjid lainnya kecuali Masjidil Haram (di Mekah al-Mukarramah). (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Jamaah, hadis no: 1190)

Namun ternyata meskipun dengan keutamaan sebesar ini Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tetap memerintahkan para sahabat radhiallahu 'anhum untuk mendirikan solat `Ied al-Fithri di musholla. Ibnu Qudamah rahimahullah di dalam al-Mughni (jilid 3, ms. 260) berkata:

Mengerjakan solat `Ied di musholla adalah sunnah, kerana dahulu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam keluar ke tanah lapang dan meninggalkan masjidnya (iaitu Masjid Nabawi). Demikian pula para khulafa' al-Rasyidin. Dan ini merupakan kesepakatan kaum muslimim. Mereka telah sepakat di setiap zaman dan tempat untuk keluar ke tanah lapang ketika solat `Ied. (Dinukil dari artikel bertajuk Bimbingan Berhari Raya Idul Fithri yang disusun oleh Abu Sulaiman Aris S, ms. 40)

Tentang hikmah diselenggarakan solat `Ied di musholla, Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

Sesungguhnya mengerjakan dua solat `Ied di tanah lapang (musholla) memiliki hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidaknya boleh berkumpul bersama dua kali selama setahun. Semua orang dari penjuru negeri berkumpul di sebuah tempat, baik lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (kalimat tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan demikian, Hari Raya benar-benar memiliki erti yang agung bagi mereka. (Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, Koreksi Total Ritual Shalat, (edisi terjemahan oleh W. Djunaedi S, Pustaka Azzam, Jakarta 2001), ms. 394)

Menurut Syaikh Wahid Abdussalam pula: Para ulama' telah mengemukakan sejumlah hikmahnya:

1 - Berkumpulnya kaum muslimin di satu tempat untuk menampakkan kejayaan kaum muslimin.

2 - Berkumpulnya kaum muslimin di tempat terbuka yang terlihat awal dan akhirnya disertai takbir dan tahlil, dapat menguatkan keimanan dan memantapkan keyakinan.

3 - Keluarnya kaum muslimin di satu tempat, dewasa dan kanak-kanak, laki-laki dan perempuan, adalah salah satu fenomena kegembiraan pada Hari Raya.

4 - Tercerai-berainya kaum muslimin di beberapa masjid pada hari yang diberkahi ini menyebabkan perselisihan hati dan tercerai-berainya kalimat.

5 - Kaum muslimin memakai pakaian baru dan berkumpul di satu tempat dengan bertakbir, bertahlil, solat dan mendengarkan nasihat (khutbah), adalah salah satu bentuk rasa syukur kepada Allah, Rabb semesta Alam yang berfirman:

“Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah (2): 185)

6 - Berkumpulnya kaum muslimim di dalam pemandangan yang disegani ini dapat menggentarkan para musuh agama dan membuat marah kaum kafir. - Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, ms. 298-299.

Oleh itu sewajarnya umat Islam di Malaysia berusaha untuk mengembalikan pengamalan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang semakin dipinggirkan ini.

Namun begitu janganlah disebabkan di Malaysia Solat `Ied al-Fithri tidak dilaksanakan di musholla maka ada yang beranggapan tidak perlu untuk menunaikan solat tersebut kerana menghindari amalan bid'ah. Insya Allah penulis akan membahaskan hukum solat `Ied al-Fithri di dalam risalah ini. Menunaikan solat `Ied al-Fithri di masjid adalah diperbolehkan oleh Imam al-Syafi'i rahimahullah sekiranya masjid tersebut mampu menampung seluruh penduduk di daerah tersebut. Imam al-Syafi'i berkata:

Jika sesebuah masjid di dalam sebuah daerah dapat menampung seluruh penduduk, maka menurutku mereka tidak perlu lagi pegi ke tanah lapang (untuk mengerjakan solat `Ied al-Fithri). Tetapi jika tidak dapat menampung seluruh penduduk, maka tidak dianjurkan melakukan solat `Ied di dalamnya. (Dinukil daripada Fathul Baari, jilid 5, ms. 283)

Dari fatwa Imam al-Syafi'i ini maka al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah telah membuat kesimpulan seperti berikut:

Dari sini dapat disimpulkan, bahawa permasalahan ini sangat bergantung kepada luas atau sempitnya sesuatu tempat, kerana diharapkan pada Hari Raya itu seluruh masyarakat dapat berkumpul di suatu tempat. Oleh kerana itu, jika hal itu dapat dilakukan di dalam masjid, maka melakukan solat `Ied di dalam masjid lebih utama daripada di tanah lapang. (al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms. 283)

Apa pun jua, mencontohi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah lebih utama kerana hadis-hadis baginda bersifat umum tanpa meletakkan sebarang syarat berkaitan keluasan atau kesempitan sesebuah masjid dalam menentukan tempat untuk di laksanakan solat `Ied al-Fithri. Wallahu'alam

Tatacara Solat `Ied

Waktu untuk mengerjakan solat `Ied adalah setelah terbitnya matahari setinggi tombak sehingga tergelincirnya matahari iaitu waktu dhuha. Disunnahkan untuk melewatkan solat `Ied agar memberikan kesempatan mereka yang belum menunaikan zakat fitrah untuk menyempurnakannya.

1 - Tidak ada solat sunat sebelum dan sesudah Solat `Ied. Dari Ibnu `Abbas bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar pada `Ied al-Fithri kemudian solat dua rakaat dan tidak solat sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. (adis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 989)

Hanya sahaja di Malaysia ini solat `Ied dikerjakan di masjid-masjid. Maka perlu untuk dilaksanakan solat Tahiyat al-Masjid kerana secara umumnya setiap kali seseorang masuk ke dalam masjid adalah disyari'atkan untuk dikerjakan solat sunat dua rakaat Tahiyat al-Masjid. Ini adalah sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

Apabila salah seorang di antara kamu masuk masjid, hendaklah dia rukuk (solat) dua rakaat sebelum duduk. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Sholah, hadis no: 444)

2 - Tidak ada azan atau iqamah mahupun apa-apa ucapan sebelum solat `Ied. Dari Ibnu `Abbas radhiallahu 'anh: Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan solat `Ied tanpa azan dan tanpa iqamah. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 968)

Namun untuk kemaslahatan umum, dibolehkan membuat pengumuman ringkas untuk memberi tahu para hadirin bahawa solat `Ied berjamaah akan bermula, agar mereka dapat bangun dan mula menyusun saf, lebih-lebih di tempat solat yang luas dimana kedudukan imam tidak dapat dilihat.

3 - Jumlah rakaat solat `Ied al-Fithri adalah dua. Dari bnu `Abbas radhiallahu 'anh dia berkata: Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar pada `Ied al-Fithri kemudian solat dua rakaat… (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 989)

4 - Terdapat tambahan takbir di dalam solat `Ied. Dari `Aisyah (radhiallahu 'anha), dia berkata: "Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam biasa bertakbir pada solat `Ied al-Fithri dan `Ied al-Adha, pada rakaat pertama tujuh kali takbir dan pada rakaat kedua lima kali takbir, selain dari dua takbir rukuk. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 970.

Ada pun tentang jumlah takbir secara keseluruhannya sebelum bacaan al-Fatihah, maka terdapat dua pendapat yang masyhur:

i - Untuk rakaat pertama lapan takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan tujuh takbir kerana solat `Ied. 1 + 7 = 8. Untuk rakaat kedua enam takbir, iaitu satu takbir kerana memulai rakaat kedua dan lima takbir kerana solat `Ied. 1 + 5 = 6.

ii - Untuk rakaat pertama tujuh takbir, iaitu satu Takbiratul Ihram dan enam takbir solat `Ied. 1 + 6 = 7. Untuk rakaat kedua lima takbir, iaitu satu takbir kerana memulai rakaat kedua dan empat kali takbir solat `Ied. 1 + 4 = 5.

Kedua-dua pendapat termasuk dalam kategori perbezaan pendapat yang dibenarkan. Boleh memilih salah satu daripadanya atau yang lebih tepat, mengikuti takbir imam solat `Ied dalam pendapat yang dipilihnya.

5 - Tentang haruskah diangkat tangan atau tidak ketika takbir tersebut, menurut Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan: Tidak pernah diriwayatkan dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahawa baginda mengangkat kedua tangannya ketika takbir pada solat `Ied (takbir pada rakaat pertama yang berjumlah tujuh kali dan pada rakaat kedua lima kali)… Hanya sahaja Ibnul Mundzir berkata: "Malik telah berkata bahawa di dalam masalah ini (iaitu angkat atau tidak tangan ketika takbir tersebut) tidak ada sunnah yang dianggap muktamad. Barangsiapa ingin mengangkat kedua tangannya pada waktu takbir tidak mengapa. Namun pendapat pertama (iaitu tidak mengangkat tangan) lebih aku sukai." (Syaikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hassan, Total Koreksi Ritual Salat, ms. 395-396)

Oleh itu di dalam hal ini bolehlah kita memilih untuk mengangkat atau tidak tangan ketika takbir-takbir tersebut, namun yang lebih hampir kepada sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ialah dengan tidak mengangkatnya. Wallahu'alam.

6 - Mengenai bacaan di antara takbir-takbir tersebut maka Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari berkata: Tidak ada hadis yang sahih yang diriwayatkan dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengenai doa tertentu yang dibaca di antara takbir-takbir solat `Ied, tetapi telah ditetapkan dari Ibnu Mas'ud radhiallahu 'anh bahawasanya dia berkata mengenai solat `Ied: "Di antara dua takbir dipanjatkan pujian kepada Allah 'Azza wa Jalla sekaligus sanjungan ke atasNya." (Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari, Meneladani Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya, ms. 61)

Menurut Imam Ahmad dan Imam al-Syafi'i rahimahumallah sunat di antara dua takbir itu membaca zikir seperti:

"Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar". (Dinukil darpada kitab Fikih Sunnah, karya Syaikh Sayyid Sabiq (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 2, ms. 286)

7 - Tentang surah-surah yang dibacakan baginda shallallahu 'alaihi wasallam setelah membaca al-Fatihah, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah telah berkata: Diriwayatkan secara sahih dari bacaan pertama surah Qaf dan surah al-Qamar dan bacaan kedua surah al-A'laa dan al-Ghaasyiah, dan hanya inilah riwayat yang sahih dari beliau tentang bacaan itu (iaitu pada solat `Ied). (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Zaadul Ma'ad, ms. 49)

8 - Apabila seseorang tidak dapat turut serta untuk solat `Ied bersama secara berjemaah maka hendaklah dia solat dua rakaat secara sendiri. Di dalam Shahih al-Bukhari terdapat sebuah riwayat dari Atha' bahawa dia berkata:

Jika seseorang terlewatkan (tidak mendapatkan) solat Hari Raya, maka hendaklah dia solat dua rakaat. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, Bab Apabila Seseorang Tidak Mendapatkan Solat `Ied, Maka Hendaklah Dia Melaksanakan Solat Dua Rakaat)

Khutbah `Ied Al-Fithri

Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat `Ied al-Fithri. Dari Abu Sa'id al-Khudri (radhiallahu 'anh), dia berkata:

Pada hari `Ied al-Fithri dan `Ied al-Adha, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar menuju musholla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat `Ied. Kemudian baginda berpusing dan menghadap jamaah yang sedang duduk di saf-saf mereka. Kemudian baginda memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 956)

Ada pun cara memulakan khutbah, maka menurut Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah:

Baginda memulakan khutbahnya dengan bacaan ‘Hamdallah’ dan tidak disebutkan di dalam satu hadis pun bahawa baginda memulai khutbah `Ied dengan takbir. Hanya sahaja Ibnu Majah (rahimahullah) menyebutkan di dalam Sunan-nya, bahawa Sa'd al-Qaradh (radhiallahu 'anh), salah seorang mu'adzin Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah memperbanyakkan takbir di dalam khutbah `Ied. Sekiranya hadis ini benar, (Seolah-olah Ibnu al-Qayyim meragui
kualiti sanad hadis tersebut. Yang benar ia adalah dhaif, rujuk keterangan Syaikh `Ali Hassan bin `Ali al-Halabi al-Atsari dalam bukunya Meneladani Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam Dalam Berhari Raya, ms. 72. Bertakbir sempena `Ied al-Fithri berhenti dengan terdirinya solat `Ied al-Fithri) tetap hal itu tidak menunjukkan bahawa baginda memulai khutbah `Ied dengan takbir. Yang benar, baginda memulai semua khutbah dengan Hamdallah. (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Zaadul Ma'ad, ms. 49)

Khutbah `Ied juga berbeza dengan khutbah Jumaat kerana ianya tidak dibahagikan menjadi dua khutbah dan khatib tidak perlu duduk di antara dua khutbah tersebut. Imam al-Nawawi rahimahullah telah berkata:

Apa yang diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa dia mengatakan: "Disunnahkan berkhutbah pada Hari Raya dengan dua khutbah yang keduanya dipisahkan dengan duduk adalah dhai'f (lemah) lagi tidak bersambung. Tidak ada satu riwayat sahih pun yang menyebutkan dua khutbah. (Dinukil dari kitab 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, karya Syaikh Wahid Abdussalam Bali, ms. 424)

Ini tidak lain menunjukkan sikap keterbukaan Imam al-Nawawi rahimahullah memandangkan pendapat ini sebenarnya bercanggah dengan pendapat Imam al-Syafi'i rahimahullah yang mengsunnahkan bagi imam memisahkan antara dua khutbahnya dengan duduk ketika solat `Ied. Inilah sikap yang sepatutnya kita ambil dalam bermazhab. Sekiranya terdapat hujjah yang lebih kukuh dari pendapat mazhab yang kita pegangi, maka sepatutnya kita meninggalkan pendapat tersebut dan mengikuti al-Qur'an dan hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Sebenarnya Imam al-Syafi'i rahimahullah sendiri telah melarang kita untuk taksub terhadap pendapatnya. Menurut beliau:

Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu. (Diriwayatkan oleh Harawi di dalam Dzamm al-Kalam, al-Khatib di dalam Ihtijaj bi al-Syafi'i, Ibnu Asakir, al-Nawawi di dalam al-Majmu', al-Fullani, Ibnul Qayyim, Abu Nu'aim di dalam al-Hilyah dan Ibnu Hibban di dalam Shahihnya. Penulis nukil daripada buku Sifat Shalat Nabi karya Syaikh Muhammad Nashiruddeen al-Albani, ms. 58)

Para jemaah juga tidak diwajibkan untuk menghadiri khutbah `Ied ini. Oleh itu setelah selesai mengerjakan solat `Ied bagi seseorang yang tidak ingin turut serta untuk mendengar khutbah maka dia dibenarkan untuk meninggalkan majlis tersebut. Ini sebagaimana diriwayatkan dari `Abdullah bin al-Sa'ib (radhiallahu 'anh), dia berkata:

Aku pernah menghadiri solat `Ied bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan ketika selesai solat baginda bersabda: "Sesungguhnya kami akan berkhutbah, barangsiapa ingin duduk untuk mendengarkan khutbah maka dipersilakan. Dan barangsiapa yang ingin pergi, maka dipersilakan untuk pergi. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunan Abu Dawud, Kitab al-Sholah, hadis no: 975)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga amat mengambil berat tentang perihal kaum wanita. Setelah selesai berkhutbah baginda akan menemui kaum wanita dan memberi nasihat khusus kepada mereka lalu menganjurkan mereka untuk banyak bersedekah. Dari Jabir bin `Abdullah radhiallahu 'anh dia berkata bahawa dia mendengar Atha' radhiallahu 'anh berkata:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdiri pada hari `Ied al-Fithri melakukan solat dan berkhutbah. Setelah selesai, baginda turun lalu menemui para wanita, baginda menasihati mereka seraya memegang tangan Bilal. Bilal membentangkan bajunya, dan para wanita menghulurkan sedekah mereka… (Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-`Iedaini, hadis no: 978)

Tiada Solat Qabliyah, Ba’diyah, Azan Atau Iqamah

Sebahagian kaum muslimin mengerjakan solat qabliyah sebelum menunaikan solat Hari Raya. Perbuatan ini adalah bid’ah, tiada contohnya dari Rasulullah, para sahabat dan tidak pernah dilakukan oleh para Salaf as-Soleh. Imam Ahmad berkata:


لَيْسَ قَبْلَ الْعِيْد ، وَلاَ بَعْدَهُ ، وَلاَصَلاَة قَط .

“Tidak ada solat sebelum solat Hari Raya dan tidak ada sesudahnya sama sekali”. (Lihat: Masail Imam Ahmad. 469)

Menurut Ibnu Qaiyyim rahimahullah:

“Tidak ada azan dan iqamah kerana baginda setibanya di musalla terus memulakan solat. Tidak ada seruan (الصلاة جامعة), kerana menurut sunnah tidak pernah dilakukan pekerjaan seperti itu”. (Lihat: (1). At-Tamhid. 10/243. (2). Zadul Ma’ad. 1/443.. Ibnul Qayyim)

Malah menurut mereka yang paling berhak menetapkannya dari golongan ulama bahawa perbuatan tersebut adalah bid’ah”. (Lihat: Subulus Salam 2/67)

Jelasnya Jabir radhiallahu ‘anhu telah berkata:


عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : صَلَيْتُ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِيْدَيْنِ غَيْر مَرَّةٍ وَلاَ مَرَّتَيْنِ بِغَيْرِ اَذَانٍ وَلاَ اِقَامَةٍ.

“Aku pernah solat dua hari Raya bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam lebih dari sekali atau dua kali, tidak pernah dikumandangkan azan atau iqamah”. (H/R Muslim 887. Abu Daud. 1148. Dan Turmizi. 532)


عَنِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : اَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَاوَلاَ بَعْدَهَا.

“Dari Ibnu Abbas berkata: Nabi solat dua rakaat pada solat Idul Fitri, baginda tidak solat sebelumnya dan sesudahnya”. (H/R Bukhari.. 945, 989, 1364. Muslim 884. At-Turmizi 537. An-Nasaii 3/193. Ibn Majah 1291)

Tidak ada solat sunnah sebelum dan tidak pula sesudahnya. (Lihat: Fathul Bari 2/476. Ibn Hajar) Baginda dan para sahabat tidak pernah mengerjakan solat sunnah ketika sampai di tanah lapang (musalla) sebelum solat Hari Raya dan tidak pula sesudahnya. (Ibnul Qayyim mengambil hujjah ini dari hadis riwayat Bukhari, At-Turmizi, An-Nasaii dan Ibnu Majah)

Menurut Imam As-San’ani rahimahullah:

“Hadis ini merupakan dalil tidak disyariatkan azan atau iqamah dalam solat Hari Raya, kerana azan dan iqamah dalam solat Hari Raya adalah bid’ah”. (Lihat: Zadul Ma’ad 1/442. Ibnu Qayyim)

Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah:


وَالْحَاصِلُ ، اَنَّ الصَّلاَةَ الْعِيْد لَمْ يُثْبِتْ لَهَا سُنَّة قَبْلَهَا وَلاَ بَعْدَهَا ، خِلاَفًا لِمَنْ قَاسَهَا عَلَى الْجُمَعَةِ.

“Kesimpulannya, solat Hari Raya tidak pernah thabit adanya solat sunnah sebelumnya atau sesudahnya, berlainan dengan yang mengqiaskannya dengan solat Jumaat”. (Lihat: Fathul Bari 2/476)

Tertinggal Solat Hari Raya

Solat Hari Raya adalah fardu ‘ain sebagaimana wajibnya solat lima waktu. Begitulah menurut Imam al-Bukhari di dalam sahihnya pada bab:

“Apabila Seseorang Tertinggal Solat Hari Raya Hendaklah Diganti Dengan Solat Dua Rakaat”. (Lihat: Sahih Bukhari 1/134-135)

Maka dalam tajuk ini Imam Bukhari menjelaskan: “Apabila seseorang luput atau tertinggal solat Hari Raya, maka hendaklah digantikan dengan solat dua rakaat”.

Ibnu Hajar membahagikan kepada dua hukum:

Pertama: Diwajibkan menyusul (ke musalla walaupun) solat Hari Raya berjamaah sudah tertinggal, kerana itulah sahaja pilihannya.

Kedua: Solat yang tertinggal digantikan dengan dua rakaat. (Lihat: Fathul Bari 2/550)

Menurut Imam Malik rahimahullah:

“Setiap orang yang diwajibkan solat Hari Raya walalupun sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, aku berpendapat agar bertakbir pada rakaat pertama tujuh kali sebelum membaca al-Fatihah dan lima kali pada rakaat kedua sebelum membaca al-fatihah”. (Lihat: Muwatha no 592 riwayat Abi Mus’ab) Orang yang terlambat solat Hari Raya hendaklah ia mengerjakan cara solat yang tata caranya mengikut sifat solat Hari Raya. (Lihat: Al-Mughni 2/212)

Berkata Waliullah ad-Dahwali rahimahullah:

“Menurut Imam syafie: Apabila seseorang tertinggal solat bersama imam, hendaklah solat dua rakaat supaya memperolehi keutamaan solat Hari Raya walaupun tidak dapat keutamaan solat berjamaah bersama imam”. (Lihat: Ahkamul al-Idain fi as-Sunnah al-Mutaharah. Hlm 28. Ali Hasan bin Ali Abdul Hamid al-Halabi al-Athari)

Dengan kenyataan di atas, amat jelas bahawa solat Hari raya hukumnya wajib bagi lelaki dan wanita yang akil dan baligh.