Sabtu, 8 September 2007

028 - Sunnah Dalam Berhari Raya: Makan Sebelum Solat/Selepas Solat

Makan Sebelum Solat (Part 3)

Anas radiallahu ‘anhu beliau berkata:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَغْدُ وْيَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَاْكُلَ تَمَرَاتٍ.

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak pergi ke musalla di Hari Raya Idul Fitri sehinggalah makan beberap tamar”. (H/R Bukhari 953. Turmizi 543. Ibnu Majah 1754. Dan Ahmad 3/126,164, 232)


عَنْ بُرَيْدَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَطْعَمَ وَيَوْمَ النَّحْرِ لاَ يَاْكُلُ حَتَّى يَرْجِعَ فَيَاْكُلُ مِنْ نَسِيْكَتِهِ.

“Dari Buraidah radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak keluar di Idul Fitri sehinggalah makan, dan pada Hari Raya korban baginda tidak makan sehingga kembali dari solat, baginda makan dari sembelihannya”. (H/R Turmizi 542. Ibnu Majah 1756. Ad Darimi 1/375. Ahmad 5/352. Hadis ini hasan)

Dengan makan terlebih dahulu baginda ingin menutup peluang berpuasa (di Hari Raya). (Lihat: Fathul Bari. 2/44. “Hikmah Disunnahkan Makan Tamar (kurma)”)
Pada Hari Raya Idul Adha, baginda tidak makan sehinggalah kembali dari solat. Baginda makan daging korban sembelihannya. (Zadul Ma’ad. 1/441. Ibnul Qaiyyim) Fadhilat melewatkan makan kerana disyariatkan mengorbankan binatang dan diutamakan agar makan daging korban (Lihat: Al-Mughni. 2/371. Ibnu Qudamah. Nailul Autar. 3/357. Asy- Syaukani).

1 ulasan:

  1. salam ustaz...

    adakah menyalahi sunnah jika saya makan dulu sblm solat raya korban..kerana khuatir tidak khusyuk solat & takbir jika lapar?

    BalasPadam

Sebarang pertanyaan/kemusykilan/komen/kritikan/cadangan boleh-lah ditulis terus ke ruangan komen ini, atau dihantar secara personal ke alamat e-mail ini, dimensi83@hotmail.com. Terima kasih kerana membaca.