Jumaat, 8 Februari 2008

Qasar Solat Dalam Perjalanan (Bagi Musafir)

Qasar Solat Dalam Perjalanan (Bagi Musafir)

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

السَّفَرُ قِطْعَةٌ مِنَ الْعَذَابِ، يَمْنَعُ أَحَدَكُمْ نَوْمَهُ وَطَعَامَهُ وَشَرَابَهُ، فَإِذَا قَضَى أَحَدُكُمْ نَهْمَتَهُ مِنْ وَجْهِهِ، فَلْيُعَجِّلْ إِلَى أَهْلِهِ

“Safar adalah potongan dari adzab, ianya menghalangi kalian dari makanannya, minumannya, dan tidurnya. Maka apabila salah seorang dari kalian telah menunaikan keperluannya, maka hendaklah dia segera pulang kepada keluarganya.” (Shahih Al-Bukhari, 1804. Muslim, no. 1927)
 
Namun, di balik kesulitan pasti diiringi dengan kemudahan. Demikianlah yang telah ditetapkan pada safar (perjalanan jauh). Bagi orang-orang yang safar dari kalangan kaum muslimin itu diturunkan untuk mereka beberapa keringanan dalam ibadah.
 
Di antara bentuk keringanan untuk mereka adalah rukhshah untuk mengqashar (meringkas)kan solat. Yakni solat yang empat rakaat diringkas menjadi 2 rakaat sahaja.
 
Rukhshah mengqasharkan solat ini merupakan hadiah khusus dari Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk para hambanya di dalam safar.
 
Ketika mula-mula solat difardhukan ia dilaksanakan dengan dua rakaat masing-masing, kecuali solat fardhu Maghrib. Tetapi kemudian menjadi empat rakaat bagi fardhu Zuhur, Asar, dan Isyak setelah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berhijrah, melainkan sekiranya berada dalam perjalanan (safar) ia tetap dilaksanakan dengan dua rakaat masing-masing.
 
Sahabat Nabi; Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:

فَرَضَ اللَّهُ الصَّلَاةَ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْحَضَرِ أَرْبَعًا وَفِي السَّفَرِ رَكْعَتَيْنِ وَفِي الْخَوْفِ رَكْعَةً
“Allah telah mewajibkan solat melalui lisan Nabi kamu empat rakaat ketika hadir (ketika bermukim atau menetap), dua rakaat ketika dalam perjalanan (safar), dan satu rakaat ketika dalam peperangan (khauf).” (Shahih Muslim, no. 687)

Baca selengkapnya di website kami, http://www.ilmusunnah.com/solat-orang-orang-dalam-perjalanan/

5 ulasan:

  1. Jazakallahu khair. Sangat membantu.

    BalasPadam
  2. Assalamua`laikum...syukran diatas info yang sangat berguna ini...sekarang barulah saya faham knp sahabat saya tetap melakukan solat qasar walaupun dah bermukim di universiti selama 3 minggu...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum.. Trima kasih atas info bout solat qasar.. Sgt2 membantu..
    Cuma menjadi persoalan ana,, bagaimana pula pelajar seperti ana? Yg kena bermukim slama 5bulan di K.Kinabalu ini sdg ana org tawau? Adakah ana boleh sentiasa mengqasarkan solat selama ana bermukim 5bln ini??

    BalasPadam
  5. Assalammu'alaikum...minta izin share artikel ini untuk sesama muslimin dan muslimat berkaitan permasalahan yang sering terjadi terhadap perkara ini...

    BalasPadam

Sebarang pertanyaan/kemusykilan/komen/kritikan/cadangan boleh-lah ditulis terus ke ruangan komen ini, atau dihantar secara personal ke alamat e-mail ini, dimensi83@hotmail.com. Terima kasih kerana membaca.