Jumaat, 14 November 2008

133 - Hukum Solat Berimamkan Ahlul Bid’ah & Orang Yang Musbil

Hukum Solat Berimamkan Ahlul Bid’ah & Orang Yang Musbil

http://an-nawawi.blogspot.com

Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz ditanya, “Apakah sah solat di belakang orang ahli bid’ah atau orang yang memusbilkan pakaiannya (melabuhkan pakaiannya melebihi mata kaki)?”

Beliau menjawab,

Solat dengan bermakmum kepada imam yang ahli bid’ah atau di belakang orang yang memusbilkan pakaiannya, atau bermakmum kepada orang yang melakukan maksiat lainnya adalah tetap sah, menurut pendapat ulama yang paling sahih. Keabsahan solat itu mestilah dengan syarat imam tersebut bukanlah termasuk ke dalam golongan orang yang melakukan bid’ah yang dianggap sebagai terkeluar daripada Islam (bid’ah yang mengakibatkan kafir/syirik). Sebagai contoh, tidak boleh berimamkan kepada imam yang berfahaman Jahmiyah. Jika bid’ah yang diyakininya boleh mengeluarkan beliau dari Islam, maka solat di belakang mereka hukumnya tidak sah (terbatal). (Rujuk Majalah al-Dakwah, edisi 920. Juga Fatwa Ibnu Bazz, hal. 219. Lihat juga: al-Qawlul Mubin fii Akhthaa’ al-Mushallin oleh Syaikh Masyhur Hasan Salman)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang pertanyaan/kemusykilan/komen/kritikan/cadangan boleh-lah ditulis terus ke ruangan komen ini, atau dihantar secara personal ke alamat e-mail ini, dimensi83@hotmail.com. Terima kasih kerana membaca.