Jumaat, 14 November 2008

134 - 3 Kaedah Mengangkat Tangan Ketika Takbir

3 Kaedah Mengangkat Tangan Ketika Takbir Solat

1 - Mengangkat kedua tangannya bersamaan dengan Takbir.

Ibnu Umar (Abdullah bin Umar) menjelaskan, “Aku telah melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bertakbir ketika memulakan solat. Beliau mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir sehingga sejajar dengan kedua bahunya. Dan apabila beliau bertakbir untuk ruku’ dan banguin dari ruku’, beliau melakukan perkara yang serupa. Belia tidak mengangkat tangannya di antara dua sujud.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 2/176)

Hadis ini juga menjelaskan di mana kedudukan paras tangan kita ketika mengangkat takbir, iaitu sejajar dengan bahu.


2 – Mengangkat tangan dahulu, kemudiannya baru bertakbir.

Daripada Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdiri mengerjakan solat, beliau mengangkat kedua tangannya sehingga sejajar dengan kedua bahunya, setelah itu beliau bertakbir...” (Hadis Riwayat Muslim, 2/6-7)

3 – Bertakbir, dan kemudiannya baru mengangkat tangan.

Dari Malik bin al-Huwairith radhiyallahu ‘anhu, “Bahawa apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bertakbir, beliau mengangkat kedua tangannya hingga sejajar dengan kedua cuping telinganya. Dan ketika hendak ruku’ beliau mengangkat kedua tangannya hingga sejajar dengan cuping telinganya...” (Hadis Riwayat Muslim, 2/7)

Hadis ini turut menjelaskan kedudukan paras tangan yang diangkat iaitu sehingga ke paras cuping telinga. Maka, di sini dapat dilihat bahawa paras tangan yang tsabit dari Nabi adalah sama ada pada paras sejajar dengan bahu atau pun sejajar dengan cuping telinga. Dan beliau mengangkat kedua tangannya dengan membuka jari-jarinya lurus ke atas (tidak merenggangkannya dan tidak pula menggenggamnya), Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,

“Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memulakan solat, beliau mengangkat kedua tangannya sambil membuka jari-jemarinya lurus ke atas.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 1/120, an-Nasaa’i, 1/141, at-Tirmidzi, 2/6. at-tirmidzi menghasankannya. Al-Hakim mengatakan sebagai sahih dan dipersetujui oleh adz-Dzahabi)

Penjelasan dari pengarang Kitab al-Mughni:

“Setiap orang adalah bebas untuk memilih sama ada mengangkat kedua tangannya sejajar (sama paras/setinggi paras) dengan anak telinga atau setakat paras bahu. Yang pasti, hendaklah hujung-hujung jari kedua tangan tersebut sampai pada paras salah satu di antara dua tempat di atas.” (al-Mughni, Ibnu Qudamah, 2/61)

2 ulasan:

  1. http://www.pixesm.com/imageshst/AQr81195.jpg

    BalasPadam
  2. saya saran pengesahan kata untuk komen di buang..sekadar pandangan

    rujuk sini:

    http://sembangkomputer.com/benci-komen-blogspot/

    BalasPadam

Sebarang pertanyaan/kemusykilan/komen/kritikan/cadangan boleh-lah ditulis terus ke ruangan komen ini, atau dihantar secara personal ke alamat e-mail ini, dimensi83@hotmail.com. Terima kasih kerana membaca.