‘Amru B. Syu’aib daripada ayahnya, daripada datuknya, beliau berkata:
أَنَّهُ نَهَى عَنْ تَنَاشُدِ الأَشْعَارِ فِي الْمَسْجِدِ، وَعَنِ البَيْعِ وَالاِشْتِرَاءِ فِيهِ، وَأَنْ يَتَحَلَّقَ النَّاسُ فِيهِ يَوْمَ الجُمُعَةِ قَبْلَ الصَّلاَةِ
“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang dari melagukan sya’ir di masjid, berjual-beli, dan membuat halaqah pada hari Juma’at sebelum solat.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, no. 6676. Abu Daud, bab: Larangan membuat halaqah di hari Juma’at sebelum solat, no. 1079. at-Tirmidzi, bab: Dibencinya jual-beli dan melagukan sya’ir di masjid, no. 322. Shahih Ibnu Khuzaimah, bab: Larangan jual-beli di masjid, no. 1304.
Kata at-Tirmidzi, hadis ‘Abdullah B. ‘Amru adalah hadis hasan, dan ‘Amru B. Syu’aib adalah Ibn Muhammad B. ‘Abdullah B. ‘Amru B. al-‘Ash. Hadis ini juga dihasankan oleh al-Albani, Syu’aib al-Arnauth, dan Salim al-Hilali.
Setelah membawakan hadis ini, Imam at-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279) menyatakan:
وَقَدْ كَرِهَ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ العِلْمِ البَيْعَ وَالشِّرَاءَ فِي المَسْجِدِ، وَبِهِ يَقُولُ أَحْمَدُ، وَإِسْحَاقُ
“Sebahagian ahli ilmu memakruhkan (membenci) urusan jual beli di masjid, dan ini adalah pendapat Imam Ahmad dan Ishaq (Ibn Rohuyah).” (Sunan at-Tirmidzi, 2/139)
Manakala Syaikh Salim al-Hilali hafizhahullah menyatakan:
“Haram hukumnya berjual-beli di dalam masjid, kerana masjid adalah pasar akhirat. Termasuk adabnya adalah dengan menjauhkan masjid dari urusan dunia dan urusan-urusan lain yang tidak ada hubung-kaitnya dengan akhirat.” (Mausu’ah al-Manahi asy-Syar’iyyah fiish Shahih as-Sunnah an-Nabawiyah, 1/371 – Daar Ibn ‘Affan)
Adapun tentang sya’ir, yang diharamkan adalah sya’ir-sya’ir jahiliyyah dan sya’ir-sya’ir ahli bathil. Atau apabila kebanyakan waktu dihabiskan untuk bersya’ir sehingga melalaikan dari menuntut ilmu, mempelajari al-Qur’an, berdzikir, dan bertasbih. (Mausu’ah al-Manahi asy-Syar’iyyah fiish Shahih as-Sunnah an-Nabawiyah, 1/365 – Daar Ibn ‘Affan)
Manakala tentang membuat halaqah-halaqah (kumpulan-kumpulan atau bulatan-bulatan majlis bicara) sebelum solat Juma’at, hukumnya adalah haram. Kata Syaikh Salim al-Hilali, “Haram hukumnya membuat halaqah sebelum solat di hari Juma’at. Khususnya bid’ah yang begitu menyebar di sejumlah besar negara Islam (pada hari ini), iaitu sebagaimana disebut dengan nama “kuliah agama khas hari Juma’at”. Ini termasuk dalam maksud larangan hadis tersebut. Di samping itu, perkara ini juga tidak pernah diamalkan oleh para salaf serta akan mengganggu orang-orang yang sedang solat (solat sunnah) dan berdzikir di hari Juma’at.” (Mausu’ah al-Manahi asy-Syar’iyyah fiish Shahih as-Sunnah an-Nabawiyah, 1/376 – Daar Ibn ‘Affan)
Termasuk halaqah-halaqah yang dimaksudkan adalah bersembang-sembang, dan berkumpul-kumpul di masjid untuk membicarakan sesuatu.
Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي المَسْجِدِ، فَقُولُوا: لَا أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ، وَإِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَنْشُدُ فِيهِ ضَالَّةً، فَقُولُوا: لَا رَدَّ اللَّهُ عَلَيْكَ
“Jika kamu melihat orang berjual-beli di masjid, maka katakanlah (kepada mereka), “Semoga Allah tidak memberi keuntungan di atas perniagaan kamu.” Dan apabila kamu melihat orang membuat pengumuman barang hilang di dalam masjid, maka katakanlah, “Semoga Allah tidak mengembalikannya kepada kamu.”.”
Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, bab: Larangan berniaga di masjid, no. 1321.Kata beliau, hadis ini hasan gharib. Demikian juga Syaikh Muqbil, beliau menghasankannya dalam al-Jaami’ ash-Shahih mimma laisa fish-Shahihain, no. 1438.
Diriwayatkan juga oleh an-Nasaa’i, bab: Apa yang diucapkan kepada sesiapa yang berjual-beli di masjid, no. 9933. Dan Ibnu Hibban, no. 1650. Dinilai sahih oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, al-Albani, dan Syu’aib al-Arnauth.
Diriwayatkan juga oleh Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya, no. 1305 dan beliau menyatakan pada babnya:
الأمر بالدعاء على المتبايعين في المسجد أن لا تربح تجارتهما وفيه ما دل على البيع ينعقد وإن كانا عاصيين بفعلهما
“Perintah mendoakan orang yang berjual-beli di masjid agar tidak mendapat keuntungan dan dalil menyatakan bahawa jual-beli tersebut sah walaupun keduanya telah melakukan dosa disebabkan perbuatan tersebut.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/274)
Imam ash-Shan’ani rahimahullah menjelaskan maksud hadis ini dengan katanya:
فيه دلالة على تحريم البيع والشراء في المساجد وأنه يجب على من رأى ذلك فيه أن يقول لكل من البائع والمشتري لا أربح الله تجارتك جهرا زجزا للفاعل لذلك يقول والعلة هي قوله فيما سلف فإن المساجد لم تبن لذلك وهل ينعقد البيع قال الماوردي: إنه ينعقد اتفاقا
“Hadis ini menunjukkan pengharaman jual beli di dalam masjid, dan orang yang menyaksikan transaksi tersebut hendaklah mengatakan dengan jelas, “Semoga Allah tidak memberi keuntungan di atas perniagaan kamu”, sama ada kepada pembeli atau penjual, sebagai peringatan untuk mereka yang melakukannya. Dan alasannya adalah hadis Nabi yang telah disebutkan, “Bahawa masjid bukan dibina untuk perkara tersebut (urusan jual-beli).” Tetapi adakah jual-belinya sah? Kata al-Mawardi: jual-belinya tetap sah dengan ittifaq ulama.” (Subulus Salam, 1/297 – al-Maktabah at-Taufiqiyyah)
Demikian juga Imam asy-Syaukani rahimahullah, beliau menegaskan:
يدلان على تحريم البيع والشراء وإنشاد الضالة وإنشاد الأشعار والتحلق يوم الجمعة قبل الصلاة
“Kedua-dua hadis tersebut menunjukkan bahawa diharamkan jual-beli, membuat pengumuman berkenaan kehilangan, pembacaan sya’ir (di masjid), dan membuat halaqah-halaqah pada hari Juma’at sebelum solat.” (Nail al-Authar, 2/166)
Wallahu a’lam.
Hadis nie jelas kalau berlaku aktiviti jual beli secara nyata di dlm masjid/surau. Bagaimana pula kalau sesetengah ustaz tu just maklumkan dia ada bawa barang utk dijual dan boleh mendapatkannya di luar masjid/surau? Ataupun ustaz nie ada travel agensi then dlm surau dia ajak jemaah join umrah bersama2 dgn ustaz nih. Ana muskil sikit akan hal ini dimana tiada aktiviti jual beli secara nyata.Apa pendapat nawi?
BalasPadamseperkara lagi, bagaimana seorang ustaz nih jual kalendar dlm surau semata2 utk menampung perbelanjaan pusat tahfiz/anak yatim? Ana muskil nih... boleh tak tulis satu artikel berkenaan perkara ini lebih lanjut.
BalasPadamCuba baca Hadith baik2x...fahami maksud hadith..,
PadamAssalamualaimum Wrbth, apa yang saya faham dari tafsiran tokoh perawi hadith tersebut iaitu Abu Daud r.h, yang dilarang itu bukan bercukur, tetapi membuat HALAQAH (Lingkungan/Perbincangan/Meeting) di masjid pada sebelum solat Jumaat. Jadi berlaku kesilapan terjemahan dalam hadith yang dinukilkan oleh saudara Nawawi . Lafaz Hadith dalam bahasa Arab adalah begini :
BalasPadamحَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ ابْنِ عَجْلَانَ عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ فِي الْمَسْجِدِ وَأَنْ تُنْشَدَ فِيهِ ضَالَّةٌ وَأَنْ يُنْشَدَ فِيهِ شِعْرٌ وَنَهَى عَنْ التَّحَلُّقِ قَبْلَ الصَّلَاةِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ
Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Yahya dari Ibnu 'Ajlan dari 'Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang berjual beli di masjid, mencari sesuatu yang hilang, mendendangkan syair dan mengadakan lingkungan (halaqah/pertemuan/meeting) (di masjid) sebelum solat Jum'at." (Hadis Riwayat Abu Daud No 911. Dalam riwayat ini terdapat cucu Abu Hasan Al-Basri seorang rawi yang shaduk, tsiqah dan hafiz)
At-Tahalluq dalam lafaz hadith ini berasal dari perkataan Al-Halaqah, Jamaknya Al-Halaq. Maksud halaqah ialah: Setiap sesuatu yang melingkungi seperti bulatan contohnya cincin.
Berkata Imam al-Khattabi ketika mensyarahkan hadith ini: “ Apa yang dimaksudkan dalam hadith ini tentang larangan membuat halaqah. Iaitu satu pertemuan yang berbentuk perbincangan atau mesyuarat walaupun untuk muzakarah ilmu di masjid sebelum solat Jumaat. Hikmahnya adalah supaya tidak melengahkan solat dan menumpukan kepada khutbah yang sedang atau akan disampaikan”. [Lihat Syarah Sunan Abu Daud oleh Abu Muhammad Mahmud bin Ahmad bin Musa bin Ahmad bin Husain al-Ghitabi al-Hanafi Badruddin al-‘Ayni : Wafat 866H, Maktabah al-Rusyd, Riyad, cetakan pertama (1999].
Wa 'alaikumussalaam...
BalasPadamBaik, jazakumullah khairan.
Semoga bermanfaat.
BalasPadam