Isnin, 28 Januari 2008

077 - Muzik - Bantahan ke-2: Benarkah Hadis Bukhari Mudhtharib???

Muzik - Bantahan ke-2: Benarkah Hadis Bukhari Mudhtharib???

"ليكونن من أمتي أقوام يستحلون الحريروالخمروالمعازف..."

“Akan ada dari umatku kaum yang menghalalkan zina dan sutera, khamr dan alat muzik....” (Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari secara mu’allaq, no. 5590, beliau berkata: “Hishyam bin Ammar berkata: “Telah menceritakan kepada kami Shadaqah bin Khalid, ia berkata: “Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Yazid bin Jabir, ia berkata: Telah menceritakan kepada kami Athiyyah bin Qais al-Kilaabi, ia berkata: Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Ghanam al-Asy’ari ia berkata: Telah menceritakan kepada kami Abu amir atau Abu Malik al-Asy’ari, Demi Allah ia tidak pernah membohongiku, bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “...lalu ia menyebutkan hadis tersebut.) – Disahihkan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah di dalam Silsilah Hadis as-Shahihah.

Sanggahan Terhadap Pernyataan Ibnu Hazm Bahawa Hadis ini mudhtharib sanadnya

Ibnu Hazm berkata dalam risalahnya: “Kemudian sanadnya sampai kepada Abu Amir atau Abu Malik, tidak diketahui siapa Abu Amir ini?”

Bantahannya: Para sahabat seluruhnya tsiqah, sama ada diketahui mahupun tidak.

Ucapan Ibnu Hazm “tidak diketahui siapa Abu Amir ini” menunjukkan bahawa Abu Amir majhul (tidak diketahui) menurut Ibnu Hazm. Dan menurut madzhabnya, ia tidak menenima hadis orang-orang yang dikategorikan sahabat Nabi s.a.w. hingga disebut namanya dan diketahui keutamaannya. Menurutnya Abu Amir tidak memiliki kriteria tersebut. Jadi, riwayat ini cacat menurutnya kerana adanya perawi yang masih dipertentangkan apakah termasuk perawi yang dikenal atau tidak dikenal, bukan masalah nama sahabat tersebut! (Bahts Ahaadiits al-Ma’aazif hujjiyatuha wa Atsaruha fil Fiqh Islami)

Sehagian ulama telah menjawab syubhat ini, dengan memilih riwayat yang menyebut: Dari Abu Malik! (Ahaadits Dzammul Ghinna' wal Ma'azif fil Mizan, Tulisan Abdullah bin Yusuf al-Judei') Imam Al-Bukhari dalam tarikhnya (1/1/305) memilih bahawa riwayat ini dari Abu Malik, beliau berkata: “Riwayat ini dikenal dari Abu Malik al-Asy’ari... berasal dari riwayat Malik bin Abi Maryam dan Ibnu Gham dan Abu Malik, tanpa ada keraguan.

Ibnu Hajar r.a. berkata dalam Kitab Tahdzibut Tahdzib (11/144): “Hadis ini berasal dari riwayat Abu Malik.”

Bagaimanapun keadaannya, ahli ilmu telab menetapkan ketsiqahan seluruh sahabat Nabi s.a.w.. Sahabat nabi adalah tsiqah, sama ada diketahui namanya ataupun tidak, diketahui kunyahnya atau tidak, ia tetap tsiqah dan diterima riwayatnya. Ini merupakan mazhabnya jumhur ahli ilmu.

Adz-Dzahabi berkata dalam Kitab al-Muqizhah:

“Diantara contob perbedaan dua orang hafizh adalah, salah seorang menyebut seorang perawi tsiqah pada sebuah sanad lalu yang lain menggantinya dengan perawi tsiqah yang lain, atau salah seorang berkata: Dan seorang lelaki”, sementara yang lain mengatakan: “Dari Fulan!” ia menyebut nama perawi yang masih samar tadi. Ini tidaklah merosak kesahihan hadis.”

Ibnu Hazm juga berpendapat bahawa hadis ini mudhtharib dari sisi matan kerana beberapa alasan:

Pertama: Dalam Kitab Sahih, al-Bukhari meriwayatkannya dengan lafal: Yastahilluuna (menghalalkan), manakala dalam Kitab Tarikh tanpa lafal tersebut.

Kedua: Imam Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah serta yang lainnya meriwayatkannya dengan lafal: “Layasyrabanna unaasun min ummati Al-khamr.

Ketiga: Disebutkan di dalamnya lafal: “Yastahilluunal hira dikatakan bahwa lafal ini dibaca dengan huruf haa’ dan raa’ tanpa titik, dan diriwayatkan juga dengan huruf khaa’ dan zay dengan titik.

Bantahannya:

Tidak mungkin kita hukumi hadis ini sebagai mudhtharib kecuali jika semua riiwayat yang saling bertentangan itu sama kuatnya.

Tidak mungkin hadis ini dihukumi mudhtharib kecuali riwayat-riwayat yang saling bertentangan lafalnya itu sarna kuatnya. Dan tidak mungkin dilakukan tarjih dan penggabungan jalur-jalur sanadnya. Hadis yang kita bahas ini adalah tidak demikian. Kerana seluruh kontroversi yang didakwa itu boleh ditarjih atau digabungkan. Sekurang-kurangnya kita katakan: Lafal tersebut merupakan tambahan dan perawi tsiqah yang tidak bertentangan, maka wajib diterima. Kemudian al-Bukhari tidak begitu memperhaikan masalah matan dalam kitab Tarikh-nya. Kerana bukan itu yang menjadi fokus kitab tersebut. Berapa banyak hadits yang diringkaskan lafalnya, beliau hanya mencantumkan potongan kecilnya saja. Kemudian riwayat dengan lafal tersebut tidak sama kekuatannya dengan riwayat dengan lafal: “Yastahilluuna”, wallahu a’lam.

Sanggahan Ketiga: Mendhaifkan hadis ‘pengharaman alat musik’ disebabkan perawi Hisyam bin Ammar.

Tidak ada seorangpun yang mendhaifkan hadis ‘pengharaman alat musik’ yang diriwayatkan oleh al-Bukhari secara mu’allaq mi dengan alasan kedhaifan Hisyam bin Ammar selain Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Ia berkata: “Hadis ini, walaupun terdapat dalam sahih al-Bukhari hanya saja termasuk riwayat mu’allaq bukan riwayat yang musnad dan tersambung sanadnya. Oleh kerana itu, Ibnu Hazm menolak hadits ini dengan alasan keterputusan sanadnya. Disamping mu’allaq, mereka juga mengatakan: “Sesungguhnya sanad dan matannya tidak selamat dari kegoncangan. Sanadnya bermasalah kerana Hisyam bin Ammar (Lihat: Kitab al-Mizan dan Tahdzibut Tahdzib), banyak ahli hadis yang mendhaifkannya.”

Alasan ini sangat lemah sekali. Dan menunjukkan kelemahannya dalam ilmu hadis. Sebab, hadis ini telah diriwayatkan dari jalur lain selain Hisyam. Dan juga al-Bukhari tidak meriwayatkan kecuali dari perawi yang tsiqah.

Bantahannya: al-Bukhari tidak meriwayatkan dari seseorang perawi, sehinggalah beliau mengetahui kesahihan hadisnya.

Syaikh Abdurrahman al-Faqih hafizhahullah berkata:

“Apabila kita mengatakan ketersambungan sanad riwayat antara al-Bukhari dan Hisyam, maka itulah yang benar. Dalam keadaan seperti ini hadis tersebut sahih, Hisyam bin Ammar meskipun ada sedikit komentar tentangnya, hanya saja al-Bukhari menyaring hadis-hadis perawi yang seperti ini keadaannya, beliau tidak meriwayatkan seluruh hadisnya. Berikut ini ada penukilan yang sangat penting dari Imam Al-Bukhari rahimahullah yang disebutkan oleh at-Tirmidzi dalam kitab al-Ilal al-Kabir: “Aku bertanya kepada Muhammad (yakni al-Bukhari) tentang Dawud bin Abi Abdillah yang meriwayatkan hadis dari Ibnu Jud’aan, beliau berkata: “Ia adalah perawi muqaribul hadis.” Muhammad (yakni Al-Bukhari) berkata: “Abdul Karim Abu Umayyah muqaribul hadis” dan Abu Ma’syar al-Madiini Najih Maula Bani Hasyim adalah perawi dhaif, aku tidak meriwayatkan satu hadis pun darinya dan aku tidak menulis hadisnya. Setiap perawi yang aku tidak boleh memilih sahih atau dhaif hadisnya maka aku tidak meriwayatkan darinya dan aku tidak menulis hadisnya. Aku tidak menulis hadis Qais bin Ar-Rabi’.” (at-Tirmidzi dalam Kitab Al-Ilal al-Kabir (2/978, Hamzah Adib, halaman 394 As-Saamiraa’i))

Jelaslah bahawa imam al-Bukhari rahimahullah tidak meriwayatkan dari seorang perawi hingga beliau dapat membezakan antara hadisnya yang sahih dan yang dhaif, maka riwayat beliau dari Hisyam bin Ammar termasuk jenis ini.

Kedua: Perkataan sebahagian ulama tentang Hisyam bin Ammar dianggap sebagai komentar antara sesama ulama yang setaraf.

Imam Adz-Dzahabi rahimahullah berkata dalam Kitab as-Siyar a’lam an-Nubala’ ketika menyebutkan biografi Hisyam bin Ammar: “Abu Bakar al-Marwadzi berkata: “Ahmad bin Hambal mengulas tentang Hisyam bin Ammar, ia berkata: “Orang ini kurang akal, lemah.” Aku (Adz-Dzahabi) katakan: Adapun ucapan Imam Ahmad rahimahullah menyebutnya sebagai “Kurang akal” adalah kerana disebabkan sampainya kepada beliau bahawa Hisyam berkata dalam khutbahnya: “Segala puji bagi Allah Ta’ala yang muncul kepada makhluk-Nya melalui makhluk-Nya.” Ucapan seperti ini tidak seharusnya dilontarkan, meskipun maknanya mungkin saja benar. Akan tetapi kaum hululiyah dan wihdatul wujud berhujjah dengan ucapan ini. Tidak ada penukilan yang sampai kepada kita bahawa Allah Ta’ala muncul kepada sesuatu kecuali kepada gunung Thursina dan membuatnya hancur berkeping-keping. Dan tentang munculnya Allah Ta’ala kepada Nabi Muhammad s.a.w. masih diperselisihkan dan telah diingkari oleh ‘Aisyah r..ha dan ditetapkan oleh Ibnu Abbas r.a.. Namun kesimpulannya, perkataan sesama ulama yang setaraf mungkin benar mungkin tidak. Tidak membukanya lebih baik daripada menyebarkannya. Hanya mungkin, bila para ulama sezaman sepakat atas kedhaifan seorang perawi, maka perkataan mereka boleh dijadikan pegangan, wallahu a’lam. (Siyar A’lam an-Nubala’ (10 /431-432))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang pertanyaan/kemusykilan/komen/kritikan/cadangan boleh-lah ditulis terus ke ruangan komen ini, atau dihantar secara personal ke alamat e-mail ini, dimensi83@hotmail.com. Terima kasih kerana membaca.