Isnin, 28 Januari 2008

078 - Muzik – Bantahan ke-3: Pendalilan Dengan Hadis Kisah Dua Orang Gadis Kecil Untuk Membolehkan Muzik & Nyanyian

Muzik – Bantahan ke-3: Pendalilan Dengan Hadis Kisah Dua Orang Gadis Kecil Untuk Membolehkan Muzik & Nyanyian

Aisyah radiallahu ‘anha berkata:

دَخَلَ عَلَيَّ رَسُوْلُ اللهِ ، وَعِنْدِيْ جَارِيَتَانِ تُغْنِيَانِ بِغِنَاءٍ بُعَاثٍ فَاضْطَجَعَ عَلَى الْفِرَاشِ وَحَوْلَ وَجْهَهُ ، وَدَخَلَ اَبُوْبَكْر ٍفَانْتَهَرَنِيْ وَقَالَ : مِزْمَارَةُ الشَّيْطَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ فَاَقْبَلَ عَلَيْهِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : دَعْهُمَا . فَلَمَّا غَفَلَ غَمَزْتُهُمَا ، فَخَرَجَتَا

“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam masuk menemui aku, yang mana di sisiku ada dua orang anak/gadis perempuan kecil yang sedang bernyanyi dengan nyanyian “Bu’ats” (بعاث). Kemudian baginda berbaring di tempat tidur dan memalingkan wajahnya. Masuklah Abu Bakar, lalu dia mengherdikku dan berkata: Seruling syaitan di sisi Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam? Rasulullah kemudian menghadap ke Abu Bakar lalu bersabda: Biarkan kedua anak perempuan itu. Ketika baginda tidur, aku memberi isyarat dengan mata kepada dua anak itu maka merekapun keluar”. (Hadis Riwayat Muslim. Lihat: Syarh Muslim 6/182, an-Nawawi)

“Bu’ats" (بعاث) asalnya ialah nyanyian yang di ambil dari syair mengenai peperangan, keberanian dan motivasi agama. Ia dinyanyikan oleh bangsa Aus ketika memperolehi kemenangan besar dalam peperangan melawan suku Khazraj. Perkara ini (bu’ats) telah dijelaskan oleh Imam al-Bagawi dalam kitab “Syarhus Sunnah” 4/322)

Ibnu Hazm berdalil bahawa harusnya/bolehnya muzik secara mutlak dengan hadis ‘Aisyah tersebut yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, ‘Aisyah berkata: “Rasulullah masuk menemuiku, sementara di sisiku ada dua orang gadis kecil...”

Ahli ilmu telah membantah takwil lbnu Hazm dan orang-orang yang mengikutinya dalam memahami hadis ini sebagai berikut:

Pertama: Rasulullah s.a.w. tidak mengingkari perkataan Abu Bakar yang menyebut muzik sebagai senandung syaitan.” (Risaalah fi Ahkamil Ghina’ tulisan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah halaman 36)

Kedua: Perkataan Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat ada hari besarnya dan ini adalah hari besar kita” menunjukkan bahawa hukum asalnya adalah dilarang, kalaulah itu terjadi pada selain hari ‘Ied tentu Rasulullah s.a.w. menyetujui larangan Abu Bakar r.a..

Ketiga: Tidaklah mungkin Abu Bakar r.a. berani dan mendahului Rasulullah s.a.w. dan di dalam rumah beliau untuk mengingkari dengan keras seperti itu. Kecuali bila sebelumnya beliau mengetahui bahawa musik hukumnya haram. Akan tetapi pada saat itu Abu Bakar belum tahu bahawa dibolehkan pada hari ‘Ied bernyanyi dan memukul rebana. Dan di antara dalil yang menunjukkan bahawa pengharaman ini bersifat umum, lalu dikecualikan darinya hari ‘Ied menurut batasan-batasan yang akan disebutkan pada tempatnya - insyaAllah.

Keempat: Hadis tersebut menjelaskan bahawa berkumpul mendengar muzik bukan termasuk kebiasaan Nabi s.a.w. dan para sahabat beliau s.a.w.. Oleh kerana itulah Abu Bakar ash-Shiddiq mencelanya dan menyebutnya sebagai senandung/seruling syaitan.

Kelima: Perkataan ‘Aisyah tentang kedua gadis kecil itu bahawa keduanya bukanlah biduanita. Ini menunjukkan bahawa keringanan atau ketentuan tersebut berlaku bagi kedua gadis kecil. Anak kecil diberi kelonggaran yang tidak diberikan kepada orang dewasa dalam bab permainan. (Hukmul Islam fil Musiqi bul Ghinaa’ halaman 54)

Keenam: Adapun Nabi tidak mengingkari kedua gadis kecil itu kerana hari itu adalah hari ‘Ied, bukan pada hari yang lainnya.

Sheikh Soleh al-Fauzan berkata dalam bukunya yang mengkritik Kitab Halal wal Haram (oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi): “Adapun hadis nyanyian dua orang gadis kecil maka tidak terdapat dalil di dalamnya atas bolehnya muzik. Kerana hanya menunjukkan pembacaan nasyid arab yang menceritakan tentang sifat peperangan yang dilantunkan oleh dua orang gadis kecil pada hari ‘Ied. Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata dalam Kitab Madarijus Salikin (Madaarijus Salikin (1/493)): “Yang lebih menghairankan lagi dan hujjah mereka tentang bolehnya muzik yang dilakukan dengan apa yang telah kami sebutkan tadi iaitu berkumpul, beralasan dengan kisah nyanyian dua orang gadis kecil yang belum baligh bersama dengan seorang gadis kecil pada hari ‘Ied lalu ia bergembira dengan syair-syair Arab yang menceritakan tentang keberanian, peperangan, akhlak dan perilaku yang mulia, tentulah amat berbeza antara keduanya. Yang lebih aneh dan pelik lagi sebenarnya hadis ini adalah hujjah yang jelas ke atas mereka. Kerana Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. menyebutnya sebagai senandung/seruling syaitan. Lalu Nabi membenarkan penyebutan tersebut. Beliau s.a.w. memberikan keringanan kepada dua orang gadis kecil yang belum mukallaf (belum baligh) itu kerana tidak ada kerosakan dalam syair yang mereka bawakan dan tidak ada kerosakan mendengarkannya. Maka apakah itu menunjukkan bolehnya apa yang kalian lakukan dan kalian ketahui iaitu mendengar muzik yang bercampur padanya perkara-perkara yang hanya Allah Ta’ala sajalah yang tahu seberapa besar kerosakannya. Maha suci Allah, bagaimana akal dan pemahaman boleh terkeliru.

al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata dalam Kitab Fathul Bari, ketika Mengulas ucapan Rasulullah s.a.w. “Biarkan mereka berdua hai Abu Bakar!” sebagai berikut:

“Di dalamnya terdapat alasan dan penjelasan tentang sesuatu yang berbeza dengan apa yang dikira oleh Abu Bakar ash-Shiddiq r.a., iaitu keduanya melakukan hal tersebut tanpa sepengetahuan Rasulullah s.a.w., kerana ketika dia masuk lalu mendapati Rasulullah menutup wajahnya dengan kain, Abu Bakar mengira beliau tidur lalu ia mengingkari perbuatan puterinya kerana sangkaan tersebut. Ditambah lagi sejauh pengetahuannya hal itu termasuk dilarang dan perbuatan sia-sia. Maka iapun segera mengingkarinya mewakili Rasulullah berdasarkan apa yang dilihat olehnya. Lalu Rasulullah s.a.w. menjelaskan kepadanya keadaan yang sebenarnya. Lantas beliau menjelaskan hukum disertai penjelasan tentang hikmahnya, iaitu hari tersebut adalah hari ‘Ied. Iaitu kegembiraan yang syar’i, tidaklah diingkari hal seperti itu, sebagaimana juga tidak diingkari pada acara-acara walimah.” (Fathul Bari (11/443))

Ahu Thayyib Ath-Thabari rahimahullah berkata: “Hadis ini merupakan hujjah hagi kami. Kerana Abu Bakar r.a. menyebutnya sebagai senandung/seruling syaitan. Dan Nabi s.a.w. tidak mengingkari ucapan Abu Bakar r.a.. Malahan beliau hanya melarangnya agar tidak terlalu keras dalam memberikan pengingkaran, kerana tabiatnya yang lembut, apatah lagi bahawa hari itu adalah merupakan hari ‘Ied. Dan juga ‘Aisyah pada saat itu masih kecil. Dan sesudah baligh, tidak ada dinukil dariinya kecuali kecaman terhadap nyanyian. Anak saudaranya, iaitu al-Qasim bin Muhammad mengecam nyanyian dan melarang mendengarkannya. Dan beliau mengambil ilmu dari ‘Aisyah r.ha. (Dinukil dari Kitab Ibnul Jauzi, Talbisul Iblis (1/23—24))

Ibnul Jauzi berkata dalam Kitab Talbisul Iblis (Talbjs Iblis halaman 217):

“Secara zahirnya, dapat dilihat bahawa kedua gadis tersebut masih kecil dan ‘Aisyah juga masih kecil. Rasulullah membolehkan gadis-gadis kecil menemaninya dan bermain bersamanya, kemudian ia menyebutkan sanadnya dari Ahmad bin Hambal bahawa ia ditanya tentang jenis nyanyian ini, ia berkata: “Senandung/nyanyian sambutan: Kami datang... kami datang!”

Kemudian Ibnul Jauzi rahimahullah berkata (Talbis Iblis halaman 229): “Adapun hadis ‘Aisyah r.ha telah disebutkan penjelasan tentangnya, iaitu yang disenandungkan/dinyanyikan oleh kedua gadis kecil itu adalah syair lalu disebut sebagai nyanyian, kerana terdapat unsur nasyid dan irama di dalamnya. Hanya saja senandung seperti itui tidak mengeluarkan tabiat dari keseimbangannya. Lalu bagaimana disamakan antara syair pada masa yang aman oleb hati yang suci dengan susana muzik yang begitu keras pada masa sekarang dan dimainkan oleh jiwa yang dipenuhi hawa nafsu. Jelas ini merupakan kesalah-pahaman. Bukankah telah sahih dalam sebuah hadis dari Aisyah bahawa ia berkata: “Kalaulah Rasulullah tahu apa yang dilakukan oleb kaum wanita tentu beliau akan melarang mereka pergi ke masjid.” Hendaklah seorang mufti memperhatikan keadaan yang ada seperti seorang tabib yang memperhatikan keadaan zaman, usia dan negeri kemudian barulah menyebutkan kadar ubatnya. Tentu tidak sama antara nyanyian yang disenandungkan/dilagukan oleh kaum Anshar pada hari Bu’ats dengan nyanyian para amrad (budak lelaki kecil yang belum tumbuh janggut) yang molek dengan alat-alat muzik yang menggerakkan jiwa serta puisi-puisi cinta dan percintaan, penyebutan sifat pipi, paras wajah dan lekuk tubuh. Apakah hal seperti itu dapat meluruskan tabiat? Sungguh sangat jauh perbezaannya. Bahkan jiwa semakin terangsang untuk meraih kenikmatan. Tidak ada orang yang mendakwa selain itu kecuali orang yang dusta atau telah keluar dari fitrah insaniyah.”

Kemudian ia melanjutkan: “Abu Thayyib Ath-Thabari telah memberikan jawaban yang lain bagi hadis ini - Abul Qasim al-Jariri telah menceritakan kepada kami periwayatan darinya, bahawa ia berkata: “Hadis ini merupakan hujjah bagi kami...” (telah disebutkan penukilannya di atas).

Imam an-Nawawi berkata dalam Kitab Syarah Sahih Muslim (Syarah an-Nawawi atas Sahih Muslim (6/182)): “al-Qadhi berkata: “Nyanyian yang disenandungkan/dilagukan oleh kedua gadis kecil itu adalah syair-syair peperangan, membanggakan keberanian, kejayaan dan kemenangan. Syair semacam ini tentu tidak menyeret gadis-gadis kecil itu kepada kerosakan, dan tidak termasuk nyanyian yang diperselisihkan hukumnya. Namun hanya sekadar melagukan syair dengan suara keras. Oleh kerana itu ‘Aisyah menyatakan bahawa keduanya bukanlah biduanita. Iaitu keduanya tidak bernyanyi seperti kebiasaan para biduanita, iaitu menyemarakkan rasa rindu, hawa nafsu dan menyebut-nyebut perkara keji dan sifat gadis-gadis molek yang dapat menggerakan jiwa dan membangkitkan hawa nafsu dan cinta. Sebagaimana dikatakan nyanyian adalah saluran zina. Dan keduanya bukan pula termasuk orang yang masyhur atau dikenali pandai menyanyi, iaitu pandai meliukkan suara dan membangkitkan ghairah orang yang diam dan menyemarakkan sesuatu yang tersembunyi di dalam hati. Dan bukan pula orang yang menjadikannya sebagai pekerjaan, sebagaimana halnya orang-orang Arab menyebut nasyid (syair) sebagai nyanyian.”

al-Hafizh Ibnu Hajar berkata dalam Kitab Fathul Bari (2/442-443): “Sejumlah kaum sufi berdalil dengan hadis (yakni hadis tentang kisah nyanyian dua gadis kecil) atas bab bolehnya nyanyian dan mendengar nyanyian dengan alat muzik atau tanpa alat muzik. Dan cukuplah sebagai bantahannya penjelasan ‘Aisyah pada hadis yang disebutkan dalam bab di atas sesudah perkataannya: “Keduanya bukanlah biduanita” ‘Aisyah r.ha menafikan dari keduanya sifat budianita secara makna, walau tetap menggunakan lafal tersebut. Kerana istilah nyanyian digunakan juga untuk orang yang mengangkat suara, digunakan juga untuk senandung/nyanyian yang disebut orang Arab dengan an-Nashbu, dengan memfathahkan huruf nun dan mensukunkan huruf sesudahnya, dan digunakan juga untuk makna mars (nyanyian/syair yang seakan-akan berirama), akan tetapi pelakunya tidak disebut penyanyi atau biduan/artis. Namun hanya disebut penyanyi atau biduan bila disenandungkan/dilagukan dengan liukan suara, desahan dan kerinduan yang berisi sindiran kepada perbuatan keji atau penyebutannya secara terang-terangan. al-Qurthubi rahimahullah berkata: “Perkataan ‘Aisyah r.ha: “Keduanya bukanlah biduanita” iaitu bukan termasuk orang yang dikenal bukan sebagai penyanyi seperti halnya para biduan dan biduanita yang dikenal dengan hal itu. Perkataan ‘Aisyah itu untuk menepis anggapan nyanyian tersebut seperti nyanyian yang biasa dilantunkan oleh orang-orang yang dikenali dengan pekerjaan tersebut, iaitu nyanyian yang boleh membangkitkan syahwat dan nafsu terpendam.”

Kemudian beliau rahimahullah berkata: “Adapun perbuatan Rasulullah s.a.w. yang berselimutl dengan kain, lantaran menunjukkan bahawa beliau berpaling darinya kerana keadaannya yang tersebut menuntut beliau untuk tidak mendengarkannya. Hanya saja tidak adanya pengingkaran dari beliau s.a.w. menunjukkan pembolehan hal seperti itu menurut ketentuan yang telah beliau setujui, sebab beliau tidak akan menyetujui perbuatan batil. Hukum asalnya adalah menjauhi permainan dan perbuatan sia-sia kecuali yang telah disebutkan dalam nash akan waktu dan kaifiyatnya, agar menekan seminimum mungkin terjadinya penyelisihan terhadap hukum asal, wallahu a’lam.”

Dan penukilan tersebut jelaslah bagi kita sikap para imam akan makna hadis ini. Sama sekali tidak serupa seperti yang didakwa oleh al-Ghazali atau yang lainnya dari kalangan kelompok orang zaman ini yang membolehkan muzik dan lagu secara mutlak, wallahu a’am.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sebarang pertanyaan/kemusykilan/komen/kritikan/cadangan boleh-lah ditulis terus ke ruangan komen ini, atau dihantar secara personal ke alamat e-mail ini, dimensi83@hotmail.com. Terima kasih kerana membaca.