Sabtu, 13 Disember 2008

141 - Hukum Seorang Lelaki Dan Seorang Wanita Berdua-duaan

Hukum Seorang Lelaki Dan Seorang Wanita Berdua-duaan

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3006)

Juga melalui hadis berikut (maksudnya),

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/18)

Adalah dibolehkan sekiranya sekumpulan (lebih dari seorang) lelaki (yang baik) yang dikenali dan tidak mungkin melakukan perkara yang buruk untuk menemui seseorang wanita.

Pernah suatu ketika sekelompok orang dari Bani Hasyim masuk (ke rumah) Asma’ binti ‘Umais, lalu Abu Bakar ash-ShiddiQ datang (di mana Asma’ adalah isterinya), ia membencinya lalu menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam dan kemudiannya Abu Bakar menjelaskan, “Aku tidak melihat melainkan kebaikan”. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),

“Sesungguhnya Allah telah membebaskannya.” Seterusnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berdiri di atas mimbar lalu bersabda,

“Janganlah selepas hari ini (walau) seorang pun laki-laki masuk ke dalam (rumah) seorang wanita di ketika suaminya tiada melainkan jika ia bermasa seorang atau dua orang yang lain.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2174)

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    boleh saya tahu adakah salah apabila saya kawan perempuan saya datang untuk tumpang tidur dirumah sedangkan adik lelaki saya juga tinggal serumah dengan saya? Mohon pencerahan...

    BalasPadam

Sebarang pertanyaan/kemusykilan/komen/kritikan/cadangan boleh-lah ditulis terus ke ruangan komen ini, atau dihantar secara personal ke alamat e-mail ini, dimensi83@hotmail.com. Terima kasih kerana membaca.