Artikel ini adalah tambahan/lanjutan daripada artikel “Sifat Wudhu’ Rasulullah”. Artikel sebelumnya boleh dirujuk di sini (melalui link ini):
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/06/tajuk-003-sifat-wuduk-rasulullah.html
1. Kentut & Qadha’ Hajat
Firman ALLAH S.WT:
Wahai orang-orangyang beriman, berwuduklah apabila kamu ingin mendirikan solat... atau apabila ada antara karnu yang datang dari tempat membuang hajat. (Surah al-Maidah: 6)
Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
ALLAH tidak akan menerima solat seseorang apabila dia telah berhadas sehingga dia kembali berwuduk. Seorang lelaki daripada Hadramaut bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan hadas wahai Abu Hurairah? Jawabnya: Kentut. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2. Keluar air mazi.
Ali bin Abu Talib r.a berkata:
Aku adalah lelaki yang paling banyak keluar air mazi. Lalu aku perintahkan seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w menggunakan nama anak perempuanya (Fatimah). Lalu dia bertanya kepada baginda. Lantas haginda menjawab: Berwudhu’lah dan basuhlah kemaluanmu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ibn al-Mundziri r.h bcrkata:
“Memang tsabit daripada hadis Rasulullah s.a.w rnengenai kewajipan berwudhu’ bagi air mazi (yang keluar)” (Rujuk al-Ausot, jil. 1, ms. 133)
Al-Nawawi r.h berkata:
“Mengenai hukum keluar air mazi, ijmak ulama bahawa tidak wajib mandi junub. Abu Hanifah, Syafie, Ahmad dan jumhur berpendapat, wajib berwuduk berdasarkan hadis ibi.” (Rujuk Syarh Sahih Muslim, jil. 3, ms. 212)
3. Keluar al-Wadi
Ibn Abbas a berkata:
Berhubung dengan air mani, wajib mandi junub. Mengenai air mazi dan wadi, dia hendaklah membasuh kemaluannya serta bewuduk. (Hadis riwayat Abdul Razzaq dalam Musannaf, jil. 1, ms. 159 dengan sanad sahih)
Ibn al-Mundzir r.h berkata:
“Mengenai air wadi, ia sesuatu yang keluar daripada zakar selepas kencing. Oleh itu, wudhu’ wajib selepas kencing. Jadi, apa sahaja yang keluar daripada zakar sudah tentu diwajibkan berwuduk sebagaimana wajib berwuduk apabila keluar air kencing.” (Rujuk al-Ausot, jil. 1, ms. 136)
4. Keluar air mani
Ini berdasarkan riwayat Ibn Abbas r.a yang dinyatakan sebelum ini melalui Musannaf Abdul Razzaq.
5. Sesuatu yang keluar secara berterusan seperti darah istihadhah dan sebagainya.
Nabi s.a.w memerintahkan agar wanita yang mengalami darah istihadhah berwuduk setiap kali solat berdasarkan hadis yang diriwayat oleh Bukhari dalam kitab al- Wuduk, bab: Ghuslu al-Dam (228) dan Muslim, kitab al-Haid (333)
6. Tidak perlu berwudhu' apabila waswas.
Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila seseorang antara kamu merasakan sesuatu yang tidak kena pada perutnya lalu waswas sama ada dia kentut atau tidak, dia tidak perlu keluar daripada masjid kecuali selepas dia mendengar bunyi atau terhidu bau kentut. (Hadis riwayat Muslim)
7. Tidur atau Tidak Tetap Punggung
Safwan bin ‘Assal r.a. berkata:
“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami agar tidak mencabut kasut ketika musafir selama tiga hari tiga malam kecuali jika berjunub, buang air besar, air kecil atau tidur” (Hadis riwayat Ahmad, al-Nasaai dan al-Tirmizi. Al-Tirmizi mensahihkannya)
Berselisih pendapat sama ada tidur boleh membatalkan wudhu’ atau sebaliknya. Namun, terdapat beberapa hadis sahih yang menjelaskan bahawa tidur yang lena dan tetap punggungnya tidak perlu berwudhu’.
Anas r.a berkata:
“Suatu ketika, para sahabat Rasulullah s.a.w menunggu solat isyak sehingga tersengguk-sengguk kepala mereka kerana Nabi s.a.w melewatkannya. Setelah baginda bersiap untuk menunaikan solat, mereka bangun bersolat tanpa memperbaharui wuduk.” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Ibn ‘Abbas r.a berkata:
Aku telah bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah (isteni Nabi). Rasulullah s.a.w bangun untuk menunaikan solat malam. Lain, aku bangun berdiri di sebeiah kirinya. Kemudian, baginda menanik tanganku hingga menjadikan aku berada di sebeiah kanannya. Setiap kali kepalaku tersengguk kerana mengantuk, baginda akan menarik telingaku. Baginda melakukan solat itu sebanyak 11 rakaat. (Hadis riwayat Muslim)
Menurut pendapat paling sahih, apabila seseorang tidur tetapi tetap punggungnya di bumi dan sebagainya, wuduknya tidak terbatal berdasarkan beberapa hadis di atas. Namun, yang afdalnya ialah berwuduk apabila tertidur berdasarkan maksud hadis secara umum.
8. Menyentuh Wanita Ajnabi.
Ulama berbeza pendapat dalam menentukan hukum menyentuh wanita ajnabi tanpa berlapik. Ini kerana, perselisihan mereka dalam mentafsjrkan firman ALLAH di bawah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Sentuhan menurut pengertian bahasa ialah merasai sesuatu dengan tangan atau bertemu kulit sesama manusia. Namun, menurut Ibn ‘Abbas r.a (sahabat Nabi s.a.w yang digelar sebagai pakar tafsir al-Quran) berpendapat bahawa kalimah لامَس atau لمَس yang dikehendaki dalam ayat ialah (persetubuhan).
Ini kerana, menurut pemahaman orang arab apabila dikatakan لامست
المراة bermaksud (aku bersetubuh dengannya). Pendapat ini dikuatkan lagi dengan firman ALLAH S.WT:
Maryam berkata: Ya TUHAN-ku, mana mungkin aku mernpunyai seorang anak sedangkan aku belum pernah disentuhi lelaki. (Surah Alii Imran: 47)
Sebahagian ulama menggunakan firman ALLAH yang bersifat umum untuk menguatkan hujah bahawa menyentuh perempuan membatalkan wudhu’.
Firman ALLAH S.WT:
Al-Quran itu tidak boleh disentuh melainkan orang-orang yang suci. (Surah al-Waqi’ah: 79)
Begitu juga maksud sabda Rasulullah s.a.w yang difahami secara urnum. Sedangkan, majoriti ulama berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan طاهر (suci) di sini ialah iktikad yang suci daripada syirik.
Abu Bakar bin Muhammad bin ‘Amru bin Hazm daripada ayah dan datuknya:
Sesungguhnya Nabi s.a.w telah memerintahkan sahabatnya menulis sepucuk surat kepada penduduk Yaman yang terkandung dalam isi kandungannya: Al-Quran tidak boleh disentuh kecuali dalam keadaan suci. (Hadis riwayat al-Darimi dan Malik)
Penggunaan kalimah itu hakikatnya secara kiasan semata-mata. Ini kerana, perbuatan syirik menurut fahaman salafussoleh termasuk amalan yang boleh dianggap najis.
Dikuatkan lagi dengan firman ALLAH yang berbunyi:
“Sesungguhiya orang musyrikin itu najis.” (Surah al-Taubah: 28)
Begitu juga sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya orang mukrnin tidak najis.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, al-Nasaai, Ibn Majah dan Ahmad)
Menurut Tafsir Ibn Kathir, al-Quran tidak boleh disentuh (diambil) daripada اللوح المحفوظ (tempat simpanan khazanah perbendaharaan ALLAH termasuk al-Quran) kecualiالمطهرون (para malaikat al-Muqarrabun) yang berada paling hampir dengan ALLAH. Ini kerana, ALLAH kaitkan ayat sebelumnya yang bermaksud:
“Sesungguhnya, itulah al-Quran yang mulia. Ia berada dalam kitab yang terjaga rapi (di lauh mahfuz). Tidak ada seorang pun yang boleh meryentuhnya kecuali orang-orang yang suci (malaikat).” (Surah al-Waqi’ah: 77 – 79)
Banyak hadis sahih yang membicarakan tentang sentuhan Nabi s.a.w dengan para isterinya. Namun, baginda tetap meneruskan solat tanpa memperbaharui wudhu’nya.
Aisyah r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah mendirikan solat sedangkan aku berada di hadapannya (melintang) seperti jenazah yang terbujur ketika disolatkan. Apabila ingin menunaikan solat witir baginda akan mengejutkanku dengan hujung kakinya.” (Hadis riwayat al-Nasaai. Al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan bahawa sanad hadis ini sahih di dalam Kitab al-Talkhis)
Aisyah r.a berkata:
Nabi s.a.w telah mencium salah seorang isterinya. Kemudian baginda menunaikan solat tanpa memperbaharui wudhu’nya. (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Nasaai)
Aisyah r.a berkata:
“Suatu malam, aku kehilangan Rasulullah s.a.w daripada tempat tidurku. Aku telah menyentuhnya lalu meletakkan tanganku ke atas kedua-dua belah tapak kakinya yang sedang ditegakkan. Ketika itu, baginda sedang berada di dalam majid sambil aku mendengar baginda berdoa: ... (Hadis diriwayatkan oleh Muslim dan al-Nasaai. Al-Tirmizi mensahihkannya)
Pendapat terpilih, tidak mengapa tidak berwudhu’. Hujah saya, jika perkara itu diwajibkan dan berdosa apabila meninggalkannya atau ia hanya dikhususkan kepada Nabi s.a.w, pasti terdapat dalil yang sahih lagi sarih melarang perbuatan itu.
Sedangkan, ada sebahagian hadis yang sahih menyebut bahawa Nabi s.a.w tidak berwudhu’ ketika bercumbu-cumbuan dengan isteri-isterinya. Inilah pendapat yang saya pegang sebagaimana pendapat sebahagian ulama Syafie seperti Ibn Hajar al-Asqalani, al-Nasaai dan selainnya.
Oleh itu, jika hadis di atas merupakan pengkhususan kepada Nabi sa.w, maka perlu didatangkan dalil yang menerangkan perkara Iitu.
9. Menyentuh kemaluan.
Busrah binti Safwan r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Janganlah menunaikan solat sebelum berwudhu’ bagi sesiapa jang menyentuh kemaluannya. (Hadis riwayat Ahmad, al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Tirmizi mensahihkannya)
Al-Bukhari r.h berkata:
“Inilah hadis paling sahih dalam bab membicarakan terbatal wuduk menyentuh kemaluan.” (Rujuk Nail al-Autor, jil.l. ms. 189)
Namun, hadis di atas tidak terlepas daripada kritikan ahli hadis mengenai martabat kesahihannya. Inilah pendapat yang dipegang oleh sebahagian salafussoleh seperti Ali, Ibn Mas’ud, ‘Ammar, Hasan al-Basri, Rabi’ah, al-’Utrah, al-Tsauri, Abu Hanifah dan pengikutnya serta selain mereka berdasarkan hadis di bawah.
Talaq bin Ali r.a berkata:
Rasulullah s.a.w ditanya: Apabila seorang lelaki menyentuh kemaluannya, adakah dia perlu berwuduk? Jawab baginda: Bukankah ia hanya sebahagian daripada anggota badanmu. (Hadis riwayat Ahmad, al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ibn Majah dan al-Daruqutni. Hadis ini diklasifikasikan sebagai sahih oleh Amru bin Ali al-Falas, Ibn Hibban, al-Tabrani dan Ibn Hazm)
‘Amru bin Ali al-Falas r.h berkata:
“Hadis ini lebih tsabit daripada hadis Busrah.”
Ali bin al-Madini berkata:
“Menurut kami, inilah hadis terbaik berbanding hadis Busrah.”
Al-Thohawi berkata:
“Sanad hadis ini mustaqim, iaitu tidak mudhorib (bercampuk-aduk dengan lafaz lain). Berbeza dengan hadis riwayat Busrah.”
Oleh kerana kedua-dua hadis di atas tidak dapat ditarjihkan dan terdapat kritikan pada sanad, pendapat terpilih ialah afdhal berwuduk apabila menyentuh kemaluan dan diyakini tidak terkena najis. Tetapi, solat orang yang tidak memperbaharui wuduk tetap sah sama ada berlapik atau tidak kerana tidak ada dalil sarih (jelas) mengenainya. Begitu juga sama ada bersyahwat atau sebaliknya.
Manakala hukum tidak batal wuduk apabila berlakunya persentuhan dengan belakang tapak tangan, tidak dapat dipastikan kesahihan pendapat itu. Ia hanya pendapat tanpa asal-usul yang dapat dikaji masih boleh.
10. Makan daging unta.
Jabir bin Samurah r.a berkata:
“Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Adakah kami perlu memperbaharui wudhu’ apabila memakan daging kambing? Jawab baginda: Jika kamu mahu, berwudhu’lah. Jika sebaliknja, tidak mengapa. Ditanya lagi: Adakah kami perlu berwudhu’ apabila memakan daging unta? Jawab baginda: Ya. Berwudhu’lah apabila memakan daging unta. Ditanya lagi: Bolehkah kami solat di kandang kambing? Jawab baginda: Boleh. Ditanya lagi: Bolehkah kami solat di kandang unta? Jawab baginda: Tidak. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
Ibn al-Mundziri r.h berkata:
“Wajib berwuduk selepas makan daging unta kerana tsabit melalui hadis dan sanad.” (Rujuk al-Ausot, jil. 1, ms. 138)
Ibn Qudamah r.h berkata:
“Makan daging unta membatalkan wudhu’ serta merta sama ada dimakan secara mentah atau dimasak dan dalam keadaan tahu atau jahil.” (Rujuk al-Mughni, jil. 1, ms. 250)
11. Hilang akal kerana gila, pengsan dan sebagainya. Aisyah r.a berkata:
Nabi s.a.w. berada dalam keadaan sakit yang tenat. Baginda pun bertanya kepadanya: Adakah orang ramai telah solat? Jawab Aisyah:
Belum. Mereka menunggu engkau. Baginda berkata: Bawakan air wudhu’ yang berada dalam Mikhdhab (sejenis bekas) itu untukku. Aisyah berkata: Aku pun melakukannya. Lalu baginda membasuh (berwudhu’). Tiba-tiba sakit itu menyerang lagi dan baginda terus pengsan.
Apabila sedar baginda bertanya lagi: Adakah orang ramai telah solat? Jawab Aisyah: Belum. Mereka menunggu engkau. Baginda berkata: Bawakan air wudhu’ yang berada dalam Mikhdhab (sejenis bekas) itu untukku. Aisyah berkata: Baginda duduk lalu membasuh (berwudhu’). Tiba-tiba sakit itu menyerang lagi dan baginda terus pengsan.
Apabila sedar baginda bertanya lagi: Adakah orang ramai telah solat? Jawab Aisyah: Belum. Mereka menunggu engkau. Baginda berkata: Bawakan air wudhu’ yang berada dalam Mikhdhab (sejenis bekas) itu untukku. Aisyah berkata: Baginda duduk lalu membasuh (berwudhu’). Tiba-tiba sakit itu menyerang lagi dan baginda terus pengsan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ibn al-Mundzir r.h berkata:
“Ulama sepakat mewajibkan berwudhu’ bagi sesiapa yang tidak sedar disebabkan gila atau pengsan. Kami telah meriwayatkan dengan sanad yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda telah mengalami sakit lalu berwudhu’ sehingga menyebabkan baginda pengsan.” (Rujuk al-Ausot, jil. 1, ms. 155. 156)
211 ulasan:
1 – 200 daripada 211 Terbaru› Baru»Assalamualaikum,
Saya ada 2 soalan diharap anda dapat menjawabnya.
1. Adakah makan minum membatalkan wudhuk? (kecuali makan unta).
2. Adakah darah jerawat membatalkan wudhuk?
Harap maaf jika soaalannya bunyi jahil. Sekian terima kasih.
assalamualaikum
adakah batal wudhu seseorang muslimah apabila bersentuhan tangan dengan perempuan non muslim
Buat pengetahuan Tuan, batal wuduk jika sentuh isteri mengikut mazahab Shafie. Jika Tuan ingin mengikut yang tidak batal wuduk bila sentuh isteri kena wudhuk cara mazhab lain dan ikut syarat sah wuduk dan perkara membatalkan wuduk mazhab tersebut. Tidak boleh mencampurkan pandangan mazhab dalam satu perkara i.e. wudhuk.
Assalamualaikum,
Saya mempunyai penyakit iaitu cecair yg selalu keluar dari kemaluan. Saya menguna tissue untok mengalas pd kemaluan saya(seperti datang haid). Adakah perlu saya berwuduk apabila nak mengerjakan salat?atau perlukah saya bersihkan kemaluan dan berwuduk sebelum solat?
Wa 'alaikumussalam...
Ya, perlu dibersihkan setiap kali sebelum berwudhu'. Perlu berwudhu' utk setiap kali hendak solat. Melainkan klu jarak solat tersebut dekat-dekat dan cecair tersebut tidak dirasai dengan jelas.
Wallahu a'lam...
adakah sah wuduk saya, sekiranya saya memakai plaster di jari disebab terluka terkena pisau.
Sekiranya memang tak mampu utk dibuka atau bahaya sekiranya balutan tu dibuka. Maka, sah wudhuknya tanpa perlu buka balutan tersebut. Sapu air sekadar pada tempat yg mampu.
Wallahu a'alam...
assalamualaikum
saya ada 1 soalan. saya ada terdengar orang cakap jika kita ada wudhu' dan tiba2 kita terkena najis tak membatalkan wudhu'. betul ke??
Wa 'alaikumussalam wa rahmatullah...
Ya, tak batal wudhu'nya... hanya perlu cuci saja najisnya.
adakah menyentuh haiwan peliharaan seperti kucing,arnab dan lain-lain membatalkan wuduk seseorang??
Adakah batal solat jika pada pakaian kita terdapat bulu-bulu kucing yang telah gugur dan melekat di situ? boleh tolong jelaskan>>?
Wa 'alaikumussalam...
Tak batal wudhu'.
Assalamualaikum
Saya seorang yang memakai alat pendengaran. Setiap kali selepas mengambil wudhu saya mengelap/mengorek telinga saya yang basah sebelum memakai semula alat pendengaran saya. Ini bg mengelakkan alat telinga saya rosak terkena air yg ada didalam telinga .. Persoalan saya adakah batal wudhu saya kerana mengorek telinga saya tadi?
Wa 'alaikumussalam...
Tidak batal wudhu'nya...
Mengorek telinga atau mengelap air sisa wudhu' tidak termasuk perkara yg membatalkan wudhu'.
Wallahu a'lam...
assalamualaikum...
batalkah wudhuk jika korek hidung atau korek telinga?
assalammualaikum..saya ingin tahu..benarkah pendapat bahawa apabila kita membatalkan sembahyang sebanyak 3x, maka kita wajib mengambil wuduk lagi?
salam.
saya nak tanya, duduk tak tetap punggung apa maksudnya?
kalau kita berbaring(tanpa tidur) adakah wudhu kita batal?
bulu-bulu kucing juga tidak boleh bawa solat kn?sebab ianya 1 najis juga.saya terbaca kat majalah solusi..
adakah selepas kita memebatalkan solat sbyak 3x perlu berwudhuk semula?
Assalamualaikum...
saya ada 2 soalan yang ingin ditanya..diharapkan anda dapat menjawabnya...
1.Adakah wuduk seseorang itu batal jika orang trsebut masuk ke dalam toilet?
2.Apakah hukum jika mengambil wuduk di dalam toilet??
assalamualaikum,,,
sy nak tny...klu tersenth kemaluan dgn xsengaje batal ke wuduh'?
Assalamualaikum .
Saya ingin menanyakan 2 soalan :
1) Adakah batal wuduk itu jika ketika berwuduk saya terkentut? Adakah saya perlu mengulangi nya semula?
2) Apakah yang dikatakan sebagai najis? Adakah seperti tahi hidung ,tahi telinga ataupun hingus?
Adib,
Terima kasih :)
Assalamualaikum,
bagaimana keadaan berwuduk seorg wanita memakaikn lampin bg anak nya? kemungkinan tpegang kemaluannya..
batal atau tidak?
Salam. mohon cek email. saya ada mengajukan persoalan menerusi email anda. terima kasih. :)
Salam..adakah batal wuduk jika bersalaman dgn bapa mentua
assalamualaikum.. apa hukum mengambil wuduk sambil berdiri?
Kalau saya tertidur dengan lena sambil mengerengkan badan ke sebelah kanan,adakah wuduk saya terbatal?
Jikalau kita terkena darah adakah wudhu kita batal?
Moderator tak sempat tangan nak taip. Ramai yang tanye soalan. Kena upah orang bahagian Q&A. Keje office hour bahagian jawab soalan.
Jika seseorang itu sudahpun berkahwin,lelaki itu tidak pernah sembahyang malah tidak pernah mengambil kesempatan utk belajar..adakah perkahwinan itu sah dan bolehkah mereka bersetubuh antara satu sama lain?
Jika seseorang itu sudahpun berkahwin,lelaki itu tidak pernah sembahyang malah tidak pernah mengambil kesempatan utk belajar..adakah perkahwinan itu sah dan bolehkah mereka bersetubuh antara satu sama lain?
Berat lah awak ini
Fikir fikir
Ini takda batal
Camne klau sye ni alas tissue kat sluar dlm pastu air mazi kuar . So sye buang tisu tu tanpa tgn x kene kemaluan .. Btl x wuduk ?? Plz jawab
Apakah sah wuduk jika pakai plaster ?
kalau wudhu batal mestila solat pun batal. kalau masa solat tu kita rasa macam kita kentut kecil di bahagian dubur. tapi kita masih was2. dan tiap kali solat mesti jadi macam tu. adakah solat dan wudhu kita terbatal?
zaid
Assalamualikum
saya merupakan peaskit incomplete paraplegic yang boleh berjalan. Masaalah saya saya amat mudah terkentut sehingga kan berjalan dari tempat berwudhuk ke tempat sembahyang pun saya boleh terkentut. Adakah saya mesti ber wudhuk setiap kali terkentut kerana ini akan menyebabkan saya tidak dapat bersembahyang.
Assalamualaikum...adakah batal wudhuk kita jika keluar sesuatu dr kmluan tapi bkn air kencing,air mazi dan air mani..
saya dalam wuduk.adakah selepas makan. contohnya makan nasi, selepas tu tanpa mengambil wuduk semula terus solat ataupun berkumur sahaja..
makan tidak membatalkn wudk tp..sebaik nye selepas makan hendaklh berkumur sebelum menunaikn solat..
maknenye , korek hidong dan telinge x batalkan wudhu' ke ?
Assalamulaikum..
Sye ade 1 soalan...trbuke aurat mmbatalkan wudhu ke..
Tidak sah, sbb mase amik air smayang tu air xrata bhgn jari~
Keluar mazi dh batal tu tuan
Ok jer
Bagaimana kalau pendapat Mazhab syafie yg dtg dr Ibn Hajar al-Asqalani, al-Nasaai yg tidak menyabitkan wuduk batal jika bersentuhan dgn isteri?
Assalamualaikum,
Saya ada soalan smoga dapat jawapan
- Saya sdh berumur 12 thn & sdh balig (mimpi pertama), ketika sy sdh berwudhu & tanpa sengaja bersentuhan dgn Umi sy apakah membatalkan wudhu sy?
- Sy sdh berwudhu namun stlh berwudhu minum air es apakah jg membatalkan wudhu?
Demikian soalan dr sy,harap maklum.
terimakasih.
wasalam..
Assalamualaikum. ..nk tanya...sy ada 2 soalan...
1) Adakah batal wuduk sekiranya saya menyentuh anak saudara perempuan kepada isteri saya...kerana terlalu rapat kami selalu bergurau.
2) Adakah batal wuduk sekiranya saya menyentuh kanak2 dibawah umur (belum baligh...sekolah rendah) walaupun kanak2 ini bukan muhrim sy?
Soalan
Sy seorang lelaki. Adakah batal wudhu jika sy:
1. Bersalam dgn ibu angkat yg membela sy sejak kecil hingga skrg?
2. Bersalam dgn adik dan kakak ipar?
3. Bersalam dgn anak saudara perempuan isteri?
4. Bersalam dgn lelaki bukan islam?
Mohon diperjelaskan. Terima kasih.
Korek hidung dan telinga batalkan puasa sahaja
X batal la comey...perempuan itu kan umi awak...
X batal cuma berkumut sahaja
Assalamualaikum.....
Sya ada s0aln....adkah wudhu sy sah jka sya mgmbil wudhu slepas mndi dlm keadaan tdak mnutup aurat.???
Salam.
Batal x wudhu kalau terbuka aurat ketika berwudhu' contohnya berwudhu' dgn memakai seluar pendek sahaja.
Tutup aurat untuk sah kan solat bukan untuk sah kan wuduk.
1. Ibu angkat bukan mahram maka batal wuduk.
2. Adik dan kakak ipar juga bukan mahram.
3. Juga bukan mahram.
4. Jantina yg sama tidak membatalkan wuduk walau apa agama mereka.
Hanya ibu dan bapa mertua adalah mahram yg tiada pertalian darah.
Assalamualaikum
Nk tnye
Jika tmpt wudhu di tangan dr jari smpai siku
Klau ade pelekat di bahagian atas siku sah x wuduknye
menyentuh najis x membatalkan wudhu'..:)
Batal tak wudhuk jika muntah??
Assalamualaikum
Saya ingin bertanya
Mengapa sholat d kandang kambing boleh dan di kandang unta tidak boleh
Trimakasih
Wasalam
Sy ada 1 situasi, dlm asrama ada studnt muslim n non muslim (studnt pmpuan)..jd sy nak tnya d sini,adakah batal wudhu sseorg mslimah skiranya pelajar non mslim td trlihat kta tanpa mnutup aurat yg spatutnya..
Assalamualaikum , perlukah seseorang itu menukar pakainnya apabila ia terkentut sebelum wudhuk?
Adakah batal wudhuk jika tersentuh pergelangan tangan lelaki dan wanita.
Batalkah wudhuk jika bersentuhan dgn ipar.
4 sahaja perkara mmbatalkan wudhuk.
1.pengsan,hilang akal,gila
2.tidur yg x tetap punggungnya..kalau tidur duduk n x gerak2 x btal
3.sentuh kemaluan.sendiri atau org lain
4.erkk..dh lupa tp asenye sentuh yg bkn muhrim.cthnya suami isteri
sy ad soalan . ? batal tak wudhuk kalau membunuh nyamuk . ? ?
Assalamualaikum. Sy seorg ibu ingin bertanya, adakh batal wudhuk apabila keluar angin melalui qubul?
Assalamualaikum..nk tnye khidupan dlm brkeluarge,hbungan antra adik bradik,sppu,saudra yg mna bleh mmbtalkn wdhuk?
saya ada satu soalan
1 . jika kita mengorek telinga adakah ia akan membatalkan wuduk ..??
Membatalkan puasa sahaja..bukan wudhu'...
Ipar duai, Anak saudara sebelah suami atau isteri dan sepupu berlainan jantina...ibu n bapa saudara serta datuk saudara lain jantina seblh isteri atau suami...
Tidak.. Mahram tanpa pertalian darah.
Salam
tumpang tanya
adakah batal wudhu' bagi orang yang :
1) korek telinga
2) keluar angin atau merasa angin lalu di bahagian kemaluan tetapi tiada bunyi atau bau
mohon bantu
terima kasih
Korek telinga hanya membatalkan puasa.
Sah wuduk lg kecuali keluar Dan berbunyi "boom"..hihi
Status wudhu selepas menukar lampin bayi & tersentuh kemaluannya, mohon penjelasan.Tkasih
Sekadar berkongsi.. perkahwinan masih sah dn puan sbgai isteri wajib melayan kehendak batin suami..cuma sebagai org yg dekat dgn suami..gunakn pendekatan dn nasihat yg baik untuk menyedarkn suami akan wajibnya sebagai hamba allah menunaikn solat..wallahuallam
Tanpa Nama berkata...
Buat pengetahuan Tuan, batal wuduk jika sentuh isteri mengikut mazahab Shafie. Jika Tuan ingin mengikut yang tidak batal wuduk bila sentuh isteri kena wudhuk cara mazhab lain dan ikut syarat sah wuduk dan perkara membatalkan wuduk mazhab tersebut. Tidak boleh mencampurkan pandangan mazhab dalam satu perkara i.e. wudhuk.
Mohon saudara yang baik hati, bisa menjelaskan pendapat siapa tidak boleh menggabungkan dua mazhab : Rasulullah atau sahabat atau siapa trims
Assalamualaikum, saya hendak bertanya adik saya adalah anak angkat tapi die tidak tahu,, dia dari kecil minum susu ibu saya jadi batalkah wuduk saya jika bersentuhan dengannye
Korek hidung dan telinga batal puasa ? Saya minta tuan kaji balik ye :)
Assalammualaikum saya hendak bertanya.. apa hukumnya jika saya solat dengan baju basah sewaktu mengambil wudhu
assalamualaikum , saya ingin tahu jika make up tidak dicuci ketika ambik wudhu' adakah ianya sah ataupun tak ?
Assalamualaikum, saya ingin bertanya sbb ada kemuskilan tentang suami isteri ada wudhu bersentuh adakah batal wudhu nye....suami isteri mahram kan...
Assalamualaikum
Saya ingin bertanya, jika kita makan dan minum sebelum solat adakah ia membatalkan wuduk?
As salam....saya ingin bertanya,adakah batal wuduk sekiranya seorang ibu menyusukan anaknya???
Assalamualaikum. Saya ingin tahu adakah batal wudhu' jikalau mengorek telinga?
Assalamualaikum. Boleh saya tanya beberapa soalan? Ada saudara saya bertanya kepada saya mengenai tentang hukum wajib atau tidak bila kita yang belum bernikah memecahkan dara wanita itu dengan sukarela, adakah lelaki tersebut wajib menanggungjawab keatas wanita itu?
pembetulan.. bkn btl tp makruh.. jika kerap dibuat makhruh boleyh mndtgkn btl
Sekiranya make up menghalang air dr terkena kulit maka bersihkan lah dahulu.
Tidak
Tidak
Tidak..
assalamualaikum
nak Tanya adakah wuduk batal jika cucuk jari untuk ambil darah lepas tu tanpa basuh terus bersolat?
Assalamualaikum, saya bimbang tentang wudhu saya,
Pegang qubul dengan tapak tangan batal, pegang dubur pun batal, tapi seluruh bahagian punggung ke atau lubang je? Terima kasih.
Sah..hanya sapu pada pmukaan plaster sbagai simbolik..Islam tu mudah..kita beramal mngikut kmampuan..kalau plaster tak sah wuduk..bagaimana pulak org yg tangannya di simen sbb terseliuh?? Adakah perlu pecahkan simen tersebut setiap kali berwuduk??
Waalaikumussalam. x menjadi masalah
Wudhu' tak batal tpi solat tak sah
Sah tpi makruh
Tak perlu
Korek telinga tak batal wudhu dan tak batal puasa. Tpi kalau selalu dibuat, boleh membatalkan puasa
sah wudhu' sbb dh jdi adik beradik susuan. Adik beradik susuan ni sme mcm adik beradik kandung. Wallahua'lam.
Sah
Wajib.
pandai buat pandai tanggung
yang tanya soalan pun mengarut garut..ada ada soalan dh ada jawapan pun tanya lagi...
Assalamualaikum jika minum air tidak membatalkan wujuk,bagaimana pula jikalau air tersebut manis contonyah sperti air oren,air merah dan sebagainya. . mohon tunjuk ajar kpda yg arif..
Assalamualaikum, saya ada pnyakit buasir kadang kala darah keluar tanpa henti dari dubur, adakah sah jika saya mengambil wuduk dan menunaikan solat?
Assalamualaikum, adakah wudu seseorang akan terbatal jika kemaluan seseorang itu terbatal tanpa seseorang itu menyentuh atau orang lain sentuh. Hanya terbayang seseuatu yang menghairahkan tanpa terkeluar air mazi? Mohon bantuan.
Yep betul tu
X berat pun .. mmg masa saya kecik prnah trdngr psal ni.. apapun ia tidak trmasuk dlm prkara yg mmbtlkan wuduk.. xsalah brtanya kalau x thu.:)
Tidak perlu
Tidak perlu
Sthu saya korek hidung dan tlinga tidak mmbtlkankan wuduk .. tp mmbtlkan puasa
Sthu saya korek hidung dan tlinga tidak mmbtlkankan wuduk .. tp mmbtlkan puasa
Assalamualaikum.. sy ada masalah angin dlm faraj. Adakah batal wuduk sy klu angin keluar dr faraj?
Assalamualaikum..saya penghidap eczema di bahagian lengan..saya memakai krim kulit dari doktor..semasa hendak berwuduk, apakah saya perlu bersihkan dahulu sisa krim tersebut? kulit saya terlalu kronik, n tidak boleh sgt kena air? Mohon penjelasan.. terima kasih
Salam..Adakah terbatal wudhuk jika mengorek qubur/jubur dengan berlapikkan kain?
Korek hidung dan telinga tidak batalkan wudu dan puasa. Cuma makrukh sekirannya korek sewaktu tgh puasa
Tak batal..
Ya btul tu...Makruh hukumnya sbb kita korek telinga n hidung tu adakah jari jemari kita tu smp ke perut?
Waalaikumussalam, tak batal sbb lubang faraj bukan tempat laluan najis seperti dubur. Sumber dr ceramah ustaz :)
Assalamualaikum.. Soalan..
Apabila sudah kentut ketika berwudhuk.. Perlu kah kita membasuhnye sebelum mengambil air wudhuk balik
Jika menyentuh bahagian lutut ke atas kecuali kemaluan batalkah ?
darah jerawat dmaafkn dsbbkn ia x mngalir (tak bnyak)
kenape tk sah pulak? mohon penjelasan nye
Salam sy nak tanya apa hukum berwudhu dlm keadaan berbogel di blik air misalnye..dan stu lgi ape hukum bile gosok hidung terkluar njis hdung scare x sgje trklekat d tgn.btal x wudhu..maaf..
Sepatutnye kene rejam terus..jgn pndg ringan dosa yg besar..cepat2 bertaubat..
Kalau solat nampak aurat kn x sah..cntohnye solat pkai sluar pendek..tu yg d mksudkn
Kalau solat nampak aurat kn x sah..cntohnye solat pkai sluar pendek..tu yg d mksudkn
1 lagi tertinggal iaitu keluar sesuatu dari kemaluan depan dan belakang ( qubul dan dubur )..
Gosok hidung keluar najis batal wuduk.
Berwudhu dlm keadaan bogel sah wudhu
Salam,
Saya nak tanya, batal tak wudhuk bila selsema dan secara tidak sedar air akan mengalir dari hidung?
So nk ambik wuduk sambil baring ke?
adakah batal wudhu jika seseorang baring tetapi tidak tidur? contohnya baring sambil membaca buku sementara menunggu isyak
adakah batal wudhu jika seseorang baring tetapi tidak tidur? contohnya baring sambil membaca buku sementara menunggu isyak
Assalamualaikum nk tnya..lps sy dh amik wuduk sy ada kopek kulit kering dkt mulut..sy ingt tak kuar darah tp darah ada kuar tp dgn kuantiti yg sedikit je..adakah wuduk sy terbatal..
Assalamualaikum nk tnya..lps sy dh amik wuduk sy ada kopek kulit kering dkt mulut..sy ingt tak kuar darah tp darah ada kuar tp dgn kuantiti yg sedikit je..adakah wuduk sy terbatal..
Mengikut apa yang saya belajar,tahi hidung,telinga dan mata tidak membatalkan solat
Dan wudhu'
Adakah batal wuduk jika selepas berwuduk tiba2 kain tertanggal hingga menampakkan aurat di hadapan isteri/ suami/anak
Salam nak tanye kalau kita tengok gambar wanita yang nampak auratnye batal tak wuduk ?
Assaalamualaikum...saya ingin bertanya adakah Sah jika pakaian kita terbasuh bersama lampin bayi air kencing??
Ya tak berat langsung. Tanyalah kalau tak tahu. Yang rasa berat tak payah jawab tak payah kata. Ramai lagi yg sudi nak jawab, inshaaAllah.
Assalamu'alaikum
Says ingin bertanya. Sekiranya semasa dalam wudhu, saya membersihkan najis anak perempuan saya dan semasa membersihkan najis, saya telah menyentuh najis dan juga kemaluan dan bahagian dubur anak saya itu. Apakah wudhu saya itu batal?
Bkn ke hidung, telinga, mulut adalah sebahagian rongga badan kita? Batal puasa jika disengajakan berbuat demikian..
Daripada apa yg ak tau la...ak pn bkn pndai sgt..
Assalamualaikum,
Tadi, setelah selesai solat jumaat, baru saya perasan yang di atas kuku saya ada sedikit kesan cat (bukan pada kulit). Pertanyaan saya, sah tak wudhu saya. Kalau tidak, apa yang perlu saya lakukan?
Wahai tanpa nama 25 Mei..jangan terlalu liberal pemikirannya..saya mmg sedar bahawa islam itu mmg mudah..kadangkala apabila saya waswas tntg sesuatu seperti hukum atau selainnya..saya selalu kata pada diri saya bahawa islam itu mudah dan lantas membuat konklusi dgn sesuka hati..kita x boleh buat begini seperti yg tuan komenkan..saya x tahulah betul ke x benda tu..tp saya cuma nk komen jgnlah terlalu confident..kita bukan tuhan..hanya manusia..ada perkara yg kita mungkin rasa susah..tetapi allah lebih tahu tahap kesusahannya.. ada hikmahnya yg kita mungkin tidak tahu..kita x tahu..so please jgn utarakan cara pemikiran sebegini..lebih lebih lg kt internet ni..mana tahu org baca and lantas dia pun amalkan cara pemikiran liberal yg merosakkan islam sebenarnya..but again saya ni cuma nk beri contoh kt org jer..mungkin hukum yg tuan beri tu betul..harap maaf kalau tersinggung perasaan..xde niat nk bash..just a precaution to all my muslim brothers and sisters..peace😄
Ilmu fekah melibatkan ibadah harian kita. Oleh itu eloklah belajar fekah dgn cara berguru. Ilmu agama ni ada penjelasannya yg panjang lebar yg kita perlu fahami. Pergi lah cari kelas2 fekah wahai sahabat sekelian supaya kita lagi faham dan yakin, dan supaya ibadah kita tidak sia sia.
Adakah terkena najis seperti tahi ayam membatalkan wuduk
1. Tak batal jika sekadar masuk.
2. Dibolehkan.
Tahi hidung, telinga dan hingus bukan najis. Cuma benda kotor. Ada benda kotor yang bukan najis dan ada yang najis
Klau x silap kerana unta ni jenis nakal sket jdi kalau solat die akan ganggu kite
Tpi kambing die jinak dan x kacau kite walaupun tgah solat
Adakah memotong kuku membatalkan wudhu?
Adakah dengan mengorek telinga membatalkan wuduk?
Assalamualaikum,sya ingin bertanya sedikit.
Apabila mengambil wuduk kita perlu menyapu sebanyak 3 kali. Tapi jika kita menyapu lebih atu kurang 3 kali adakah diterima?
Syarat sah wudhu adalah basahnya KULIT pada anggota wajibnya tangan kaki wajah. Jika saya menggunakan cat kuku bagaimana hukumnya?? Karena KUKU berbeda dg kulit.
Selepas mengambil wuduk, ada darah jerawat yang mengalir di leher . Adakah dimaafkan atau perlu berwuduk sekali lagi ?
Assalammualaikum.
Adakah wudhu saya batal jika selepas merokok?
Seorang lelaki memandang perempuan pon dikira maksiat,kerana pada zaman Rasulullah,ada seorang sahabat Rasulullah,semasa Rasulullah dan sahabat berhijrah untuk berdakwah,dalam masa perjalanan,ada seorang wanita memandang kearah sahabat lalu sahabat juga turut bertentangan mata dengan wanita tersebut sampaikan tidak berkalih padangan,lalu Rasulullah memegang belakang kepala sahabat untuk memusing dari padangan sahabat pada wanita tersebut,dan Rasulullah suruh istighfar dan meminta ampun kepada Allah dengan segera,Rasulullah juga bersabda batas pergaulan antara lelaki dengan wanita harus dijaga,kerana ia akan mengundang maksiat jikala diabaikan batas-batas yang telah Allag tetapkan.ini kan pecah dara tampa menikahi wanita tersebut dosa besar,hendaklah lelaki itu tahu,dosa-dosa perempuan itu lelaki itu tanggung kerana telah memecahkan dara ini ibaratnya telah memecahkan amanah dosa wanita tersebut yang sekian lama ayah dia menanggung dosa anaknya,tapi lelaki yang haram menanggung tampa menikahi,hendaklah kalian bertaubat dan takkan berbuat dosa pada Allah,dan baru lah nikah dan sah.jikalau ada mengandung,bertaubat pada Allah dan tak kan mengulangai perkara mungkar yg Allah murka,dan nikah,jangan sesekali bukak aib sendiri walaupun dengan keluarga tidak boleh sama sekali,Rasulullah pertegaskan jaga aib diri,dan jaga aib orang,kerana Allah berfirman seandainya dikalangan hamba-hamba ku suka mencela antara satu sama lain,dengan membuka keburukan(aib)antara satu sama lain,diakhirat kelak nanti ku buka aibnya sebesar-besarnya dan seluas-luasnya.hendaklah kita malu pada diri kita kerana tidak sedar kita hanya menumpang dibumi Allah tampa melaksana perintah Allah,Bertaubatlah sebelum roh dihujung halkum,apabila roh dihujung halkum,maka tutup lah pintu taubat selamanya.
Waalaikumussalam . Sesama Mahram tidak boleh berkahwin dan menjadi suami isteri . Mahram ialah seseorang yang mempunyai pertalian darah dengan kita seperti adik beradik kita dan ibubapa kita. Sekiranya menyentuh mahram, tidak batal wudhuk . sekiranya menyentuh ibubapa mertua, dikatakan di atas tadi tidak batal wuduk kerana mereka mahram TANPA pertalian darah biologikal. Menurut pengetahuan saya, Suami dan isteri bersentuhan batal wudhuk. Untuk kepastian, tanya ustaz. Wallahua'lam
Assalamualaikum. Saya bukan seorang pakar. Namun, Setahu saya, Islam mementingkan kebersihan . Kuku juga adalah bahagian yang perlu dikenakan air kerana ia juga anggota badan kita . Oleh itu , mengambil wudhuk tetapi memakai pengilat kuku yang menghalang air ,dikatakan tidak sah berwudhuk. sekiranya saya di tempat anda, saya akan membersihkan cat kuku itu terlebih dahulu sama seperti membersihkan dakwat yang terkena pada kulit . Begitu juga rambut yang diwarnakan dengan pewarna yang menghalang air melalui rambut . Namun, sila minta pendapat ahli fiqh' untuk kepastian. Wallahua'lam
Assalamualaikum..
Saya ada soalan
1.adaka batalnya wudhu sekiranya terkentut?
2.adaka batalnya wudhu sekiranya ketika mengorek telinga yg gatal?
3.adaka batalnya wudhu sekiranya kita membuang kahak?
1.Natal wudhu sekiranya terkentut.
2. Tidak Natal wudhu jika menggorek telinga
3.Tidak batal jika membuang kahak
Tidak batal
1.Assalamualaikum....batalkah wudhu' jika tgn kluar darah/nanah????
2.klu sebelum wudhu' keluar air mazi pastu dia terus berwudhu'....sah ker wudhu'nya????
1.Assalamualaikum....batalkah wudhu' jika tgn kluar darah/nanah????
2.klu sebelum wudhu' keluar air mazi pastu dia terus berwudhu'....sah ker wudhu'nya????
Assalamualaikum, setiap kali selesai mandi (mandi biasa), kemudian saya mengambil wuduk, air dari mandian keluar semula daripada kemaluan, adakah air ini membatalkan wuduk? (Saya lelaki)
Assalamualaikum Ustaz. Boleh tak korek telinga semasa mandi wajib selepas mengangkat wudhu.
saya ingin betanya.adakah angin yg keluar dari bhgian kemaluan (hadapan ) dikira kentut ? adakah ianya membatalkan wuduk? mohon penjelasan
Asalamualaikumm.saya nk tny batal x wuduk saya jika abg ipar ternampak aurat sy sprt rambut.
Assalamualaikum, selalunya orang perempuan dy pergi tandas dulu nak bersihkan apa yang patut pastu kan basuh apa yang patut tu guna air jd air tu kadang kadang meleleh sampai peha sbb kita basuh kemaluan, jd sy nak tanya, batal ke wudhu' klw x lap? Persoalan ni pernah la dibincangkan and ada yang cakap batal sbb ia meleleh dari kemaluan, ada yang was was cakap tak batal sebab air tu bukan keluar dari kemaluan
Masa saya ambil wudhuk saya rasa masih ada tahi telinga
Batal x wudhuk saya
Sebenarnya memang x sah pon klu ade plaster..... Yg pakai simen kat tangan tu bukan kne mengena dh sbb klu x dpt wudhu Islam suruh bertayamum..... ✌✌✌
Assalamualaikum,sy ade soalan,
Kalau bergelak ketawa masa ambik wuduk
Batal ke?makruh?
Assalam, nak tanya kalau kita berkaki ayam semasa ingin berwuduk adakah boleh. Sebab setengah orang ckp x sah sebab kita x tahu jln yg kita lalui itu ade najis atau x
Batal ke tidak solat... Apabila siap solat baru perasan masih ada lg sisik ikan terlekat di lengan... Pohon pncerahan
Adakah batal wudhuk jika terpegang kotey tanpa sengaja
Tq
Adakah batal wuduk ibubapa jika anak sendiri tersentuh kemaluan ibu bapa?
Sah tapi makruh?
tidak perlu tukar. kalau kentut tercirit yela...
Kalau air hidung kena baju ketika solat batal x.....ataupun taik hidung
Assalamualikum adakah selepas solat merokok boleh membatalkan wuduk?
Kalau saya tertidur dengan lena sambil mengerengkan badan ke sebelah kanan,adakah wuduk saya terbatal?
Assalammuakaikum...nak tnye kalau kita ambk wudhu ingin solat..lepas tu kucing sy lepas buang najisnye..waktu sy solat kucing sy tu bermain di kaki sy adakah batal wudhu??? Harap2 ustaz2 jwb dgn jelas terima kasih...
Saya seorang perempuan. Adakah batal wuduk jika menyentuh anak lelaki kakak saya dan anak lelaki adik perempuan saya.
Tidak perlu, tapi perlu berwudhu untuk setiap kali kali solat fardhu sahaja adapun ibadah sunnat maka tidak perlu seperti membaca alqura dsb
Adakah air liur anjing membatalkan wudhu
Selepas solat maghrib saya salawat . Tiba ii air mata saya mengalir . Wuduk saya batal takk untuk saya solat isya'pula ?
Kalau kita nk baca al quran kita kena ambl wuduk kan tpi kalo trkentuk kena ambil wuduk lain ka sbb nk baca al quran...
Beetul tu
Setahu saye... Kena ambil wudhu pula sbb Al quran kan suci dan wajib ambil wudhu setiap kali ingin bacanya
Sesiapa yg lebih tahu tolong perbetulkkn ya
Assalamualaikum
Saya nak tanya adakah perkara ini membatalkan solat selepas berwhuduk n then sapu minyak angin
batal
Assalamualaikum sy nak tanya, adakah batal wudhuk jika bersentuhan dengan anak sy yang belum berkhatan? umur 12thun kebawah?
Assalamualaikum ustaz saya nak tanya adakah garu lebih dari 3x batal wuduk. Dn satu lagi suami isteri bersentuhan adakah batal wuduknya
Anak darah daging makanya tak batal
Tidak
1)wuduk tidak batal.
2) batal
Assalamualaikum... Nak tye klau sy da ambik wuduk dn mnyedari ank kecil sy mmbuang air bsr, lalu sy membsuhnye adakah wuduk sy batl?
Assalamualaikum.
Ustaz,sya nk tanya.. Klu kita dlm keadaan berwudhuk, kemudian ada org bukan Islam dtg bersalaman dgn kita.. Adakah wudhuk kita terbatal jika org bukan Islam itu sama jantina dgn kita..
l assalamualaikum...
sy nk tnya,,btal x wuduk jika kte mengorek hdung ,telinga atau mkan slepas berwuduk
Saya berwuduk utk solat zohor dan menjaga wuduk supaya tidak batal utk solat asar. Tapi sementara masuk asar tukar seluar dan aurat terbuka. Batalkah wuduk?
Saya berwuduk utk solat zohor dan menjaga wuduk supaya tidak batal utk solat asar. Tapi sementara masuk asar tukar seluar dan aurat terbuka. Batalkah wuduk?
assalamualaikum saya nak tanyabustaz ke ustazah ye anak saya ni perempuan dia ambil air wuduk lepas tu dia tutup kepala dgn tuala saya x kisah la lepas tu saya nk pastikan adakah batal air sembhyngnye jika org lain selain bukan muhrim lihat rmbutnya setahu saya x btl kalau air sembhyg jika tidk bersentuhan
😂
Catat Ulasan