Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) menegaskan, “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Rabu, 4 Julai 2007

Topic 011 - Download Video Sifat Solat Nabi (Plus! Buku Solat + Wudhu’ + Tayammum)

Download Video Sifat Solat Nabi (Plus! Buku Solat + Wudhu’ + Tayammum)

As-Salaamu ‘alaikum,

Alhamdulillah, kalau sebelum ini, saya dapat compiled berkenaan Doa-doa dan Zikir-zikir Rasulullah s.a.w., kali ni saya telah siap upload-kan berkenaan solat.

Saya kira, dan berdasarkan pemerhatian saya sendiri secara peribadi, masih ramai lagi masyarakat di luar sana (secara umum) yang masih gagal menghayati practical solat dan wudhu’ dengan kaedah yang sebenarnya iaitu berdasarkan practical yang diajarkan Rasulullah s.a.w. melalui riwayat (hadis) yang tsabit atau sahih.

Kalau kita teliti, andaikata ada seramai sepuluh (10) orang sedang mengambil wudhu’ lalu seterusnya menunaikan solat berjema’ah. Pasti anda akan melihat bahawa setiap satu mereka membawakan bentuk practical (perlaksanaan) solat atau wudhu’ yang berbeza-beza. Saya maksudkan adalah “tidak seragam”. Persoalan inilah yang perlu diberi perhatian. “Kenapa tidak seragam?” Sama-samalah kita semak dan muhasabah.

Dalam kebanyakan para pendakwah kita sibuk menyerukan daulah Islamiyah dan Jihad menentang kuffat atau sekular, sebenar-nya kita masih tercicir dengan asas yang paling utama ini, iaitu solat dengan sempurna. Adakah kerana kita mengutamakan jihad dan perjuangan daulah, membenarkan sehingga kita meremehkan bab solat dan wudhu’? Membiarkan amalan solat dan wudhu’ hanya sekadar ala kadar? Padahal, persoalan solat pada hakikatnya merupakan persoalan rukun dan kesempurnaan agama selepas persoalan dasar Aqidah (rujuk blog aqidah – http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com).

Tidak ingatkah anda, bagaimana Bilal Bin Rabah disiksa oleh tuan-nya? Bagaimana Keluarga Yasir disiksa dan dibunuh? Adakah nabi segera menghantarkan tentera dan melaungkan seruan jihad? Seperti yang kita sedia maklum, adalah tidak.

Nabi s.a.w. menitik-beratkan persoalan ilmu dan asas. Nabi s.a.w. menitik-beratkan persoalan pembinaan asas dan akidah. Antaranya adalah persoalan kesempurnaan solat.

Jika persoalan asas pun masih tidak mampu kita kuasai, mana mungkin kita mampu menang?

Oleh itu, di samping keumuman kerja-kerja yang lain, marilah kita sama-sama menyemak kembali persoalan kesempurnaan solat dan wudhu’ kita.

Renungilah sahabat-sahabatku, andaikata seorang paderi bergelar “Mother Terressa” itu menghafal al-Qur’an tiga puluh (30) juzuk sekalipun, namun, jika dia tidak beriman dengan aqidah Islam yg haq, maka... ke-manakah dia? Anda sedia maklum bukan?

Renungilah jua wahai sahabat-sahabat, sebagaimana hebatnya Abu Thalib membela Muhammad s.a.w. dari ancaman puak kafir Jahiliyyah dengan sedaya upayanya... namun, ke manakah beliau? Oleh itu, janganlah kita remehkan persoalan dasar keislaman kita ini dengan menganggapnya sebegai persoalan furu’, remeh temeh, dan seumpamanya. Saya percaya, ramai di kalangan mereka diluar sana walaupun yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang Islam di luar sana, sebenarnya masih jahil dalam kebanyakan bab solat ini.

InsyaAllah, jika ada kesempatan, selepas ini saya akan bawakan pula persoalan solat musafir, solat ketika sibuk, solat jamak, solat qasar, solat dalam uzur, solat di atas kenderaan, Solat sambil berjalan, dan seumpamanya.

Allahu a’lam.

“Solatlah kamu, sebagaiman kamu melihat aku (Baginda s.a.w) bersolat”. (Hadis Riwayat Bukhari, 631)

4 ulasan:

soulof99 berkata...

Assalamualaikum Bro, link video ke 5 tak boleh download lah...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
apa mksd wajiz? adakah sebuah kitab agama.. jika ya..siapa penulisnya?

Anak Pendang Sekeluarga berkata...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

Tanpa Nama berkata...

link ke-5 mati sudah