Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) menegaskan, “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Sabtu, 13 Disember 2008

143 - Bolehkah Seseorang Wanita (Muslimah) Memperlihatkan Perhiasannya (Auratnya) Kepada Wanita Kafir?

Bolehkah Seseorang Wanita (Muslimah) Memperlihatkan Perhiasannya (Auratnya) Kepada Wanita Kafir?

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Sebahagian Ulama berpendapat bahawa seseorang wanita muslimah tidak boleh memperlihatkan auratnya (tidak boleh membuka hijab/tudungnya) kepada wanita kafir. Perkara ini dilarang adalah kerana ditakuti wanita kafir tersebut akan menceritakan berkenaan wanita muslimah tersebut kepada kaum lelaki yang lain.

Sebelum itu, dijelaskan secara ringkas:

Seseorang wanita tidak boleh melihat bahagian (badan) di antara pusat dan lutut dari wanita yang lainnya, iaitu sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan muslimah. (Rujuk: al-Mughni, 5/562, Ibnu Qudamah)

Ibnul Jauzi rahimahullah berkata, “Wanita-wanita yang jahil (yang tidak mengerti) secara umumnya tidak merasa segan membuka auratnya atau sebahagian auratnya padahal ibnunya ada di hadapannya atau saudara perempuannya, atau juga anak wanitanya, lalu dia berkata, “Mereka adalah kerabat”. Maka hendaklah seseorang wanita tahu bahawa jika ia telah mencapai umur tujuh tahun, maka ibu, atau saudara perempuan atau anak saudara perempuannya tidak boleh melihat auratnya (aurat berat).” (Rujuk: Ahkaamin Nisaa’, 76, Ibnul Jauzi)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),

“Janganlah seseorang pemuda (lelaki) melihat aurat lelaki yang lainnya, dan jangan pula seseorang wanita melihat aurat wanita yang lainnya, janganlah seseorang lelaki bersama-sama dengan lelaki lainnya di dalam satu kain. Dan janganlah seseorang seseorang wanita bersama-sama dengan wanita lainnya di dalam satu kain...” (Hadis Riwayat Muslim, no. 338)

Pendapat Yang Melarang:

Dalam persoalan ini (wanita membuka aurat/hijab di hadapan wanita kafir) Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan,

“Firman Allah, “أَوْ نِسَائِهِنَّ” (bermaksud atau wanita-wanita Islam) ... (daripada ayat asalnya:

“Hendaklah mereka (wanita yang beriman) menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya (aurat), melainkan yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (melabuhkan) kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan auratnya melainkan kepada suami mereka, atau ayah mereka (dan seterusnya)... atau wanita Islam (“أَوْ نِسَائِهِنَّ”), atau hamba-hamba yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak memiliki keinginan terhadap wanita.” (Surah an-Nuur, 24: 31))

Maksudnya mereka boleh menampakkan auratnya (boleh membuka hijab/tudungnya) di hadapan para wanita Muslim, tetapi tidak di hadapan wanita-wanita kafir. Alasan kepada larangan ini adalah supaya mereka (wanita kafir tadi) tidak menceritakan kepada suami mereka (atau lelaki yang lainnya – pen.) berkenaan wanita muslim tersebut. Walaupun kemungkinan ini boleh terjadi kepada wanita-wanita muslim yang lain, namun kebimbangan terhadap wanita-wanita kafir adalah lebih besar lagi, kerana mereka tidak memiliki perundangan (hukum) yang melarang untuk menceritakan rahsia wanita lain kepada suami mereka (atau lelaki lainnya). Berlainan halnya dengan wanita muslimah, mereka lebih memahami bahawa membicarakan soal tubuh atau rahsia wanita yang lain kepada suaminya sendiri adalah suatu perkara yang diharamkan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),

“Seseorang wanita tidak boleh melihat tubuh wanita lain, kerana dia akan menceritakan (keindahan) wanita tersebut kepada suaminya, di mana nanti seolah-olah suaminya dapat membayangkan tubuh wanita yang diceritakan itu secara langsung (jelas).” (Hadis Dari Ibnu Mas’oud, Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Lihat: Fathul Bari, 9/250, no. 5241)” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir di bawah perbahasan ayat 31 Surah an-Nuur)

Pendapat Yang Membolehkan:

Manakala terdapat sebahagian pandangan daripada kalangan ulama yang lain bahawa perkara tersebut dibolehkan. Mereka menjelaskan bahawa:

Tidak ada perbezaan di antara wanita muslimah dan kafir dalam persoalan ini (melihat aurat wanita lainnya). Mereka berhujjah dengan dalil bahawa kaum wanita dari kalangan Yahudi datang kepada isteri-isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam, dan mereka sama sekali tidak memakai hijab (bertudung atau menutup aurat sepenuhnya) juga tidak ada perintah untuk memakainya. Begitu juga pernah datang seorang wanita Yahudi kepada ‘Aisyah bertanyakan persoalan tentang siksa kubur... (dan seterusnya). (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1372, dan Muslim, no. 903)

Asma’ binti Abu Bakar berkata, “Ibuku datang kepadaku dan dia enggan untuk masuk Islam. Lalu aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Salam, “Adakah aku boleh menjalinkan silaturrahmi dengannya?” Beliau menjawab, “Ya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2620)

Diwajibkan berhijab bagi wanita di hadapan kaum lelaki (yang bukan mahram) adalah kerana atas adanya alasan tertentu yang sangat penting. Maka, dengan sebab itulah mengapa wanita diwajibkan menutup aurat di hadapan lelaki yang bukan mahram. Namun, tidak pula terdapat alasan untuk turut berhijab di hadapan wanita kafir Dzimmi (kaum kafir yang menetap di dalam wilayah/negara Islam dan membayar jizyah). Begitu juga kepada lelaki muslim tidak diwajibkan untuk menutup aurat di hadapan lelaki kafir Dzimmi. Begitu juga tidak adanya sebab supaya untuk menutupi aurat (berhijab) bagi seseorang wanita muslimah di hadapan wanita muslimah yang lainnya.

Adapun berkenaan Firman Allah, “أَوْ نِسَائِهِنَّ” kemungkinan boleh juga membawa maksud “wanita secara umum”. Wallahu a’lam. (Lihat Ahkaamin Nisaa’, 4/498, Ibnul Jauzi)

Manakala menurut Syaikh Abu Malik Kamal:

“Sekiranya terjadi keraguan dari salah seorang wanita Kitabiyyah, dan diketahui bahawa ia sering menceritakan perihal wanita lainnya kepada suaminya atau yang seumpamanya, maka atas sebab tersebut, wanita muslimah adalah dilarang untuk menampakkan perhiasannya (aurat/membuka hijabnya) di hadapan wanita tersebut.” (Lihat: Ensiklopedi Fiqh Wanita, 2/163, Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim)

Wallahu a’lam.

142 - Bolehkah Lelaki Datang Menziarahi Seorang Wanita Yang Sedang Sakit?

Bolehkah Lelaki Datang Menziarahi Seorang Wanita Yang Sedang Sakit?

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu,

“Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam datang kepada Ummu as-Sa’ib, lalu beliau bertanya, “Kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu Sa’ib?” Ia menjawab, “Demam, semoga Allah tidak memberkahinya (penyakit demam)”. Klalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berkata, “Janganlah engkau mencela demam, kerana sebenarnya ia boleh menghilangkan (menghapuskan) kesalahan (dosa) manusia.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2575)

Seseorang lelaki yang hendak menziarahi seorang wanita perlulah dengan membawa teman dan mendapat kebenaran daripada wanita tersebut. Dan wanita tersebut perlulah menjaga auratnya.

141 - Hukum Seorang Lelaki Dan Seorang Wanita Berdua-duaan

Hukum Seorang Lelaki Dan Seorang Wanita Berdua-duaan

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3006)

Juga melalui hadis berikut (maksudnya),

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/18)

Adalah dibolehkan sekiranya sekumpulan (lebih dari seorang) lelaki (yang baik) yang dikenali dan tidak mungkin melakukan perkara yang buruk untuk menemui seseorang wanita.

Pernah suatu ketika sekelompok orang dari Bani Hasyim masuk (ke rumah) Asma’ binti ‘Umais, lalu Abu Bakar ash-ShiddiQ datang (di mana Asma’ adalah isterinya), ia membencinya lalu menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam dan kemudiannya Abu Bakar menjelaskan, “Aku tidak melihat melainkan kebaikan”. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),

“Sesungguhnya Allah telah membebaskannya.” Seterusnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berdiri di atas mimbar lalu bersabda,

“Janganlah selepas hari ini (walau) seorang pun laki-laki masuk ke dalam (rumah) seorang wanita di ketika suaminya tiada melainkan jika ia bermasa seorang atau dua orang yang lain.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2174)

140 - Siapakah Mahram Bagi Wanita

Siapakah Mahram Bagi Wanita

Oleh: Abu Numair Nawawi B. Subandi
http://fiqh-sunnah.blogspot.com


Setelah penulis menyentuh persoalan aurat dan ikhtilath, berikut penulis bawakan pula siapakah yang dimaksudkan sebagai mahram bagi seseorang wanita. Sekaligus ia juga akan menjelaskan setakat mana sebenarnya batas aurat seorang wanita di hadapan mahramnya.

Definisi mahram (bagi wanita)

Secara bahasa, seseorang disebut sebagai mahram bagi seorang wanita adalah apabila orang itu tidak halal untuk menikahi wanita tersebut buat selamanya.

Adapun secara istilah, mahram bagi seorang wanita adalah laki-laki yang boleh memandangnya, berdua dengannya, boleh melakukan safar (perjalanan) bersamanya, dan juga mereka yang diharamkan bernikah dengannya buat selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram.

Ketetapan ini berlaku sama ada disebabkan ikatan nasab (keturunan) seperti ayah dan anak lelakinya, sebab ikatan perkahwinan seperti suami dan suami dari anak perempuannya serta anak lelaki suaminya, atau pun dengan sebab penyusuan seperti anak yang disusukannya serta saudara lelaki sepersusuan.

Berikut Adalah Perinciannya

Melalui ayat 23-24 Surah an-Nisaa’ berikut ini Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan beberapa tambahan siapa dia mahram selamanya hasil ikatan perkahwinan, penyusuan, dan nasab.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالاتُكُمْ وَبَنَاتُ الأخِ وَبَنَاتُ الأخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلابِكُمْ وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الأخْتَيْنِ إِلا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا (٢٣) وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاءِ إِلا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ كِتَابَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَلِكُمْ أَنْ تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُمْ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً وَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُمْ بِهِ مِنْ بَعْدِ الْفَرِيضَةِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

“Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (yaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina. Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai suatu kewajiban, dan tidak mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya setelah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah an-Nisaa’, 4: 23-24)

Kata al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah:

Ayat yang mulia ini menjelaskan haramnya mahram disebabkan nasab (keturunan) dan sebab-sebab lain yang mengikutinya berupa penyusuan dan pernikahan. Ibnu Abi Hatim meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata. “Diharamkan ke atas kamu tujuh wanita kerana nasab dan tujuh wanita lagi kerana pernikahan.” Kemudian beliau membaca, “Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan...” sehingga akhir ayat.

Ath-Thabari meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata, “Yang diharamkan kerana nasab ada tujuh, dan yang ekrana pernikahan juga ada tujuh. Kemudian beliau membaca ayat, “Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan.” Mereka adalah mahram dengan sebab nasab.

Firman Allah, “ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan.” Sebagaimana diharamkan atas kamu ibu-ibu yang melahirkan kamu, maka demikian juga diharamkan ke atas kamu ibu-ibu yang menyusui kamu.” (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir, 2/247-248)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (melabuhkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara (adik-beradik) mereka yang lelaki, atau anak-anak saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak memiliki keinginan (terhadap wanita) atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nuur, 24: 31)

Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan bolehnya mahram yang disebutkan melihat bahagian perhiasan (aurat tertentu) dari tubuh wanita. Iaitu sebagaimana yang ditegaskan oleh ayat:

“... dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (melabuhkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka...”

Di antara hikmah bolehnya wanita tidak menutup bahagian aurat tertentu di hadapan mahram adalah bagi memudahkan pelbagai urusan mereka. Di mana antaranya kerana mereka sentiasa berada bersama bercampur-baur dan keluar-masuk di dalam rumah yang sama. Serta juga dengan sebab hubungan kekerabatan yang rapat dan keadaan yang aman dari fitnah. Wallahu a’lam.

Terdapat sebahagian ulama menyatakan bahawa pak cik dari pihak bapa atau dari pihak ibu tidak termasuk mahram yang dibolehkan untuk tidak menutup aurat (membuka khimar) di hadapannya. Ini antaranya kerana pak cik dari sebelah ibu mahupun bapa tidak disebutkan dalam Surah an-Nuur di atas.

Ini adalah sebagaimana apa yang disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah:

عن الشعبي وعِكْرمَة في هذه الآية: { وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ } -حتى فرغ منها قال: لم يذكر العم ولا الخال؛ لأنهما ينعَتان لأبنائهما، ولا تضع خمارها عند العم والخال فأما الزوج فإنما ذلك كله من أجله، فتتصنع له ما لا يكون بحضرة غيره.

Ibnul Mundzir meriwayatkan atsar daripada asy-Sya’bi dan ‘Ikrimah berkenaan ayat ini, (kata beliau) “Pada ayat ini Allah tidak menyebutkan pak cik dari pihak bapa atau pak cik dari pihak ibu. Kerana hukum pak cik dari pihak bapa atau pak cik dari pihak ibu mengikuti anak-anak pak cik mereka (sepupu). Dengan demikian, mereka tidak boleh melepaskan khimar (tudung) ketika berhadapan dengan pak cik dari pihak bapa atau pak cik dari pihak ibu.

Adapun suami tentu dibolehkan kerana setiap perilaku isteri dalam menjaga kehormatannya adalah termasuk dalam rangka berbakti untuk suaminya. Dengan itu, isteri boleh melakukan apa sahaja di hadapan suaminya, selama mana tanpa kehadiran lelaki lain bersamanya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 6/47)

Namun, (lebih tepat) kebanyakan ulama berpendapat bahawa mereka (pak cik dari pihak ayah atau dari pihak ibu) adalah sama hukumnya dengan mahram yang lainnya dengan berdalilkan hadis daripada ‘Urwah dan ‘Aisyah berkenaan hukum penyusuan. Begitu juga sebagaimana dijelaskan dalam Surah an-Nisaa’, ayat 23-24 di atas.

‘Urwah menyatakan bahawa ‘Aisyah telah mengkhabarkan kepadanya:

أَنَّ عَمَّهَا مِنْ الرَّضَاعَةِ يُسَمَّى أَفْلَحَ اسْتَأْذَنَ عَلَيْهَا فَحَجَبَتْهُ فَأَخْبَرَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَهَا لَا تَحْتَجِبِي مِنْهُ فَإِنَّهُ يَحْرُمُ مِنْ الرَّضَاعَةِ مَا يَحْرُمُ مِنْ النَّسَبِ

“Sesungguhnya pak cik sepersusuannya yang bernama Aflah meminta izin untuk menemuinya tetapi dia menutup diri darinya. Lalu beliau mengkhabarkan perkara tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Rasulullah pun bersabda, “Janganlah kamu menutup (menghijab) diri daripadanya kerana sesungguhnya apa yang diharamkan kerana hubungan penyusuan adalah sama seperti apa yang haram kerana hubungan nasab.” (Hadis Riwayat Muslim, 7/335, no. 2621)

Dalam riwayat yang lain, ‘Aisyah berkata kepada ‘Urwah:

اسْتَأْذَنَ عَلَيَّ أَفْلَحُ بْنُ قُعَيْسٍ فَأَبَيْتُ أَنْ آذَنَ لَهُ فَأَرْسَلَ إِنِّي عَمُّكِ أَرْضَعَتْكِ امْرَأَةُ أَخِي فَأَبَيْتُ أَنْ آذَنَ لَهُ فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ لِيَدْخُلْ عَلَيْكِ فَإِنَّهُ عَمُّكِ

“Aflah B. Qu’ais meminta izin untuk masuk menemuiku tetapi aku enggan membenarkannya. Lalu ia mengirimkan pesanan, “Aku adalah pak cik kamu di mana isteri saudara lelakiku telah menyusukanmu.” Tetapi aku tetap tidak membenarkannya (untuk menemuiku).

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam datang, lalu aku ceritakan perkara tersebut kepada beliau. Dan beliau pun bersabda, “Biarkanlah ia masuk menemuimu kerana dia adalah pak cik kamu (kerana hubungan penyusuan).” (Hadis Riwayat Muslim, 7/336, no. 2622)

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

“Hadis-hadis ini sama dalam perkara menetapkan keharaman seseorang untuk dinikahi dengan sebab penyusuan. Semua ulama juga turut bersepakat adanya keharaman tersebut antara anak yang disusukan dan perempuan yang menyusukan. Anak yang disusukan menjadi anak bagi perempuan yang menyusukannya sehingga haram untuk dinikahi selamanya. Si anak boleh memandang perempuan tersebut, berduaan dengannya, dan juga melakukan perjalanan (safar) bersamanya. Tetapi tidaklah berlaku hukum status sebagai ibu dari setiap sisi di mana keduanya tidak saling mewarisi, masing-masing tidak wajib memberi nafkah kepada yang lain...

... Para ulama juga sepakat tentang keharaman untuk melakukan pernikahan di antara ibu yang menyusukan dengan anak-anak susuannya, begitu juga antara anak yang menyusu dengan anak-anak dari ibu yang menyusukannya. Dalam perkara ini mereka seperti anak-anak kandung berdasarkan hadis-hadis ini.

Begitu juga dengan lelaki yang disandarkan kepada si ibu kerana statusnya sebagai suami si ibu yang menyusukan si anak tadi....

Maka mazhab kami dan mazhab ulama seluruhnya menyatakan dengan sebab penyusuan tersebut, haram melaksanakan pernikahan di antara lelaki tersebut dengan anak-anak yang menyusu kepada isterinya. Si anak menjadi anak bagi lelaki (suami) tersebut. Anak-anak dari lelaki tersebut menjadi saudara bagi anak yang menyusu kepada isterinya. Saudara lelaki dari lelaki tersebut menjadi pak cik baginya. Saudara perempuan lelaki tersebut menjadi mak cik baginya. Anak-anak dari anak yang menyusu kepada isterinya menjadi cucu kepada si lelaki tersebut. (Syarah Shahih Muslim, 10/19)

Berikut diringkaskan senarai mahram yang disebutkan oleh kedua-dua ayat tersebut berserta hadis-hadis berkaitan penyusuan. Dari ayat 31 Surah an-Nuur, Allah Subhanahu wa Ta’ala memulakannya berdasarkan turutan berikut:

1 – Suami. Adapun setiap perilaku isterinya dalam menjaga kehormatannya adalah termasuk juga dalam rangka berbakti untuk suaminya. Dengan itu, isteri boleh melakukan apa sahaja (bukan sekadar melepaskan apa yang menutup auratnya) di hadapan suaminya selama mana tiada individu lain atau lelaki lain bersama mereka.

2 – Bapa, termasuk datuk. Sama ada datuk dari pihak ibu ataupun ayah.

3 – Bapa suami (bapa mertua).

4 – Anak-anak mereka dan anak-anak suami mereka. Termasuklah cucu dan seterusnya.

5 – Saudara (adik-beradik) secara mutlak, sama ada saudara kandung, saudara se-bapa, saudara se-ibu, dan seterusnya ke bawah seperti anak-anak mereka dan cucu mereka.

6 – Anak-anak saudara lelaki (anak saudara) dan anak-anak saudara perempuan. Iaitu anak-anak dari adik, kakak, atau abang mereka.

7 – Pak cik dari pihak bapa mahupun dari pihak ibu.

8 – Mahram kerana penyusuan. Para ulama bersepakat bahawa mereka sama seperti mahram yang lainnya.

9 – Termasuk mahram yang diharamkan nikah dengannya untuk selamanya adalah seperti bapa mertua, suami anak-anak perempuan mereka (menantu lelaki), dan suami ibu mereka (ayah tiri yang telah bergaul bersama-sama ibunya).

Selain dari mereka yang disebutkan, maka tidak termasuk mahram.

Batasan Aurat Yang Boleh dilihat Oleh Mahram

Ibnu Qudamah menyatakan, “Mahram boleh melihat sesuatu yang biasa nampak dari aurat seseorang wanita seperti anggota-anggota wudhu’nya.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 6/554)

Daripada Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anha, berliau berkata:

كَانَ الرِّجَالُ وَالنِّسَاءُ يَتَوَضَّئُونَ فِي زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَمِيعًا

“Dahulu kaum lelaki dan wanita pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam melaksanakan wudhu’ secara bersama-sama.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/327, no. 186. Bab: Seorang lelaki berwudhu’ bersama-sama isterinya)

Kata Imam Ibnul Jauzi rahimahullah, “Dalam hadis tersebut terdapat suatu penjelasan yang menunjukkan seseorang lelaki boleh melihat anggota-anggota wudhu’ bagi mahramnya, demikian juga sebaliknya.” (Ibnul Jauzi, Jami’ Ahkam an-Nisaa’, 4/195)

Manakala sebahagian pandangan yang lain menyatakan bahawa mahram dibolehkan melihat wanita melainkan aurat di antara pusat dengan lutut. Dan sebahagian pandangan lagi menyebutkan mahram dibolehkan melihat pada wanita kecuali tubuh (aurat) di antara dada dengan lutut. Wallahu a’lam.

Dengan itu, seseorang mahram boleh melihat seorang wanita berdasarkan penjelasan di atas dengan syarat bukan dalam keadaan bersyahwat dan timbulnya fitnah. Sekiranya syahwat dan fitnah berlaku, maka perkara tersebut adalah terlarang dan perlu dihindari.

Atau dengan kata lain, seseorang wanita diwajibkan menutup seluruh tubuhnya ketika di hadapan mahram melainkan pada bahagian yang menjadi anggota wudhu’nya maka ia dibolehkan terbuka. Tetapi sekiranya membuka sebahagian aurat tersebut boleh menyebabkan datangnya fitnah dan syahwat, maka menutup seluruh tubuh adalah yang terbaik kerana mengelakkan fitnah dan syahwat itu sendiri termasuk sebahagian dari tujuan asal menutup aurat.

Penjelasan ini antaranya penulis ambil daripada Syaikh Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, pada kitabnya Fiqhus Sunnah lin Nisaa’. Buku ini telah diterjemahkan oleh beberapa penerbit antara Pustaka Ibnu Katsir dengan judul Ensiklopedi Fiqih Wanita dan Fiqih Sunnah Wanita oleh penerbit Griya Ilmu.

Penutup

Kesimpulannya, wanita dibenarkan tidak menutup di bahagian tertentu pada auratnya apabila berdepan dengan mahram. Dan wajib mengenakan penutupan aurat dengan sempurna kepada selain mahram iaitu kepada sebagaimana individu yang dijelaskan di atas. Ada pun penutupan aurat dengan sempurna, bolehlah merujuk semula kepada artikel sebelumnya.

Selain itu wanita juga dibolehkan bersalaman, berkenderaan, dan bermusafir bersama mahramnya.

Wallahu a’lam.

Rabu, 3 Disember 2008

139 - Pakaian Seorang Wanita Beriman (Muslimah) Menurut al-Qur’an & as-Sunnah

Pakaian Seorang Wanita Beriman (Muslimah) Menurut al-Qur’an & as-Sunnah

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Syarat-Syarat asas pakaian seorang wanita,

1 – Menutup Seluruh Tubuh, melainkan bahagian yang dikecualikan (yang boleh untuk tidak ditutup).

2 – Bukan dengan tujuan untuk berhias atau melawa.

3 – Menggunakan kain yang tebal (bukan yang tipis) sebagai kain pakaiannya.

4 – Tidak ketat (longgar) dan menggambarkan bentuk tubuh.

5 – Tidak diberi wangian (perfume).

6 – Tidak menyerupai pakaian lelaki.

7 – Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.

8 – Bukan pakaian untuk bermegah-megah.

Perintah Menutup Aurat

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.” (Surah an-Nuur, 24: 31)

لا جُنَاحَ عَلَيْهِنَّ فِي آبَائِهِنَّ وَلا أَبْنَائِهِنَّ وَلا إِخْوَانِهِنَّ وَلا أَبْنَاءِ إِخْوَانِهِنَّ وَلا أَبْنَاءِ أَخَوَاتِهِنَّ وَلا نِسَائِهِنَّ وَلا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ وَاتَّقِينَ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدًا

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengenakan (dan melabuhkan) jilbabnya (pakaian) ke seluruh tubuh mereka”. Dengan demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, dan dengan itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-ahzaab, 33: 59)

Maksud Hijab:

Hijbab adalah bentuk mashdar, dan maknanya secara bahasa adalah yang besifat menutup, melindungi, dan mencegah.

Dari segi syara’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/dihijab dengan pakaiannya atau dengan tinggal di rumahnya.

Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan khimar (kain tudung/penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke dada-dada mereka dan dengan mengenakan jilbab yang menutupi seluruh tubuh mereka.

Maksud Khimar:

Lafaz al-Khumru/khumur (ألخمر) yang termaktub di dalam ayat 31 surah an-Nuur di atas adalah bentuk jama’ dari lafaz khimar (خمار) yang membawa maksud sesuatu yang dapat menutupi. Maksudnya di sini, adalah merujuk kepada menutupi kepala (tidak termasuk dada). Atau, ia juga disebut dengan al-Miqna’ (sigular) atau al-Maqaani’ (jamak/plural) yang membawa maksud tudung (penutup kepala). Secara lengkapnya (istilah) ia adalah pakaian yang menutup bahagian kepala iaitu mencakupi rambut, telinga, dan leher.

Berdasarkan penelitian Syaikh al-Albani, beliau menyatakan bahawa khimar adalah penutup kepala, tidak ada yang nampak darinya, melainkan lingkaran wajahnya. (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 14)

Manakala sebahagian pendapat yang lain (dari ulama) menyatakan menutup termasuk bahagian wajah/muka.

Maksud Jilbab:

Bentuk jama’ dari kata Jilbab adalah jalaabib (جلاَبِيب). Jilbab ialah pakaian yang menutupi seluruh tubuh. Fungsi jilbab lebih luas/umum dari khimar, kerana jilbab merujuk kepada menutup tubuh wanita dari kepalanya sehingga ke bahagian bawah tubuhnya (termasuk kaki). (Melainkan apa yang dibenarkan untuk tidak ditutup/dibolehkan terbuka)

Al-Jauhari berkata: “Jilbab adalah kain/pakaian yang menutupi seluruh tubuh.” (al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, jil. 7, m/s. 372)

Berkenaan ayat 31 Surah an-Nuur

“وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا” - “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”

Maksudnya di sini, janganlah kamu (wanita yang beriman) menampakkan walau satu pun perhiasannya kepada lelaki ajnabi (yang bukan mahram), kecuali yang tidak dapat disembunyikan.

Ibnu Mas’oud (radhiyallahu ‘anhu) berkata: (iaitu) “Selendang dan pakaian”. Maksudnya di sini adalah kain tutup kepala yang biasa dikenakan oleh wanita arab dan baju yang menutupi badannya. Tidak mengapa menampakkan pakaian bawahnya. (al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, jil. 7, m/s. 374-375)

Manakala sebahagian yang lain (pendapat yang lebih kuat) menyatakan bahawa tidak mengapa menampakkan tapak tangan (dari pergelangan ke tapak tangan) dan muka/wajah. Syaikh al-albani menjelaskan berdasarkan riwayat-riwayat yang mutawatir bahawa “kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” adalah muka/wajah dan tapak tangan sebagaimana yang biasa berlaku kepada wanita-wanita pada zaman Nabi dan generasi sahabat. (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 60)

Begitu juga dengan imam al-Qurthubi yang menjelaskan bahawa “kecuali yang (biasa) nampak daripadanya” adalah muka/wajah dan tapak tangan dan ianya dikuatkan dengan dalil dari hadis riwayat Abu Daud:

Dari ‘Aisyah, bahawa Asma’ binti Abu Bakar pernah menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam dengan mengenakan pakaian yang tipis. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam pun berpaling darinya, lalu berkata, “Wahai Asma’, sesungguhnya wanita itu apabila telah mencapai masa haid, dia tidak sepatutnya memperlihatkan tubuhnya melainkan ini dan ini. Beliau berkata begitu sambil menunjuk ke wajah dan kedua tapak tangannya. Ini adalah cara yang paling baik dalam menjaga dan mencegah kerosakan manusia. Maka, janganlah para wanita menampakkan bahagian tubuhnya, melainkan wajah dan tapak tangannya. Allahlah yang memberi taufiq dan tidak ada Tuhan (yang benar) melainkan Dia.” (Tafsir al-Qurthubi, 11/229. Rujuk: al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 58-59)

Hadis ‘Aisyah yang diriwayatkan oleh Abu Daud tersebut juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi, 2/226, 7/86. ath-Thabrani, Musnad asy-Syamiyyin, m/s. 511-512. Ibnu Adi, al-Kamil, 3/1209. Syaikh al-Albani menyatakan bahawa hadis ini mursal sahih dari jalan Qatadah yang dikuatkan dengan jalan Ibnu Duraik serta Ibnu Basyir. Rujuk perbahasan selanjutnya berkenaan hadis ini oleh al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 67-68)

“وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ” – “Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya,” Maksudnya, kain tudung yang memanjang melebihi dada sehingga dapat menutupi dada dan tulang dada. Hukum ini adalah supaya wanita mukmin memiliki perbezaan yang jelas berbanding dengan wanita-wanita jahiliyyah, kerana wanita-wanita jahiliyyah tidak pernah melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah tersebut. Menjadi kebiasaan mereka lalu di hadapan para lelaki dengan menampakkan dada tanpa ditutupi. Malah, mereka juga menampakkan leher, jambul rambut, dan anting-anting telinga mereka. Maka, Allah Subhanahu wa Ta’ala pun memerintahkan kepada wanita-wanita yang beriman supaya menutup diri mereka di hadapan lelaki ajnabi (yang bukan mahramnya) atau apabila keluar dari rumah. (al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, jil. 7, m/s. 375)

Maka, dengan ini, jelaslah bahawa wanita-wanita yang beriman (Islam) wajib untuk berhijab (menutup aurat) dengan mengenakan pakaian menutup seluruh tubuhnya kecuali yang dibenarkan terbuka (dinampakkan) iaitu muka dan tapak tangan.

Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah:

“Wajib bagi seluruh kaum wanita, sama ada yang merdeka, atau pun yang hamba supaya menutup jilbab ke seluruh tubuh mereka apabila keluar rumah (atau di hadapan lelaki ajnabi). Mereka hanya dibolehkan menampakkan wajah dan tapak tangannya sahaja berdasarkan kebiasaan yang berlaku pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam kerana adanya persetujuan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam terhadap mereka.” (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 111)

Wajibkah Menutup Wajah/Muka (Bagi Wanita)?

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud di atas, membuka wajah bukanlah suatu yang diharamkan malah dibenarkan. Memang terdapat sebahagian pendapat yang menyatakan bahawa menutup wajah adalah wajib (dengan membiarkan hanya mata yang kelihatan). Maka, terdapat sebahagian wanita yang mempraktikkannya dengan mengenakan niqab (kain penutup yang menutup wajah dari hidung atau dari bawah lekuk mata dan ke bawah) atau purdah. Namun, menurut Syaikh al-Albani rahimahullah, menutup wajah dan kedua tapak tangan itu hukumnya adalah sunnah dan mustahab sahaja (tidak sampai kepada hukum wajib). (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 12)

Beliau juga menjelaskan bahawa:

“Dapat diambil kesimpulan bahawa permasalahan menutup wajah bagi seseorang wanita dengan purdah/niqab atau yang sejenisnya seperti yang dikenakan oleh sebahagian wanita zaman ini yang bersungguh-sungguh menjaga dirinya adalah suatu perkara yang memang terdapat di dalam syari’at dan termasuk amalan/perbuatan yang terpuji walaupun ianya bukanlah suatu hukum yang diwajibkan (ke atas mereka). Kepada mereka yang mengenakannya (menutup wajah) bererti dia telah melakukan suatu kebaikan dan mereka yang tidak melakukannya pula tidaklah berdosa.” (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 128)

Ini adalah kerana terdapat banyaknya riwayat-riwayat yang jelas menunjukkan bahawa tidak wajibnya menutup wajah. Namun, terdapat juga riwayat-riwayat yang lain yang menunjukkan adanya sunnah terhadap perbuatan menutup wajah (bagi wanita).

Riwayat Yang Menunjukkan Adanya Sunnah Menutup Wajah

Perlu kita fahami bahawa walaupun perbuatan menutup wajah dan tapak tangan bukanlah suatu perkara yang diwajibkan bagi wanita, namun perbuatan tersebut ada dasarnya dari Sunnah, dan ianya juga pernah dipraktikkan oleh para wanita di Zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam sebagaimana yang pernah disabdakan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri (maksudnya),

“Janganlah wanita yang ber-ihram itu mengenakan penutup wajah/muka atau pun penutup/kaos (sarung) tangan.” (Hadsi Riwayat al-Bukhari, 4/42, dari Ibnu ‘Umar)

Dari hadis ini menunjukkan bahawa apabila di luar waktu berihram, mereka akan mengenakan penutup wajah dan tangan. Maka dengan sebab itulah Nabi mengarahkan apabila mereka di dalam ihram supaya tidak berbuat demikian (menutup wajah dan tangan).

Malah, terdapat banyak hadis yang menunjukkan bahawa para isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam memakai niqab (menutup wajah-wajah mereka). Perbuatan menutup wajah juga tsabit dari banyak atsar-atsar sahabat/tabi’in yang sahih. Ini adalah sebagaimana beberapa riwayat berikut:

1 - Dari ‘Aisyah, dia berkata:

“Biasanya para pemandu lalu di hadapan kami yang sedang berihram bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Maka, jika mereka melewati kami, maka masing-masing dari kami menjulurkan jilbab yang ada di atas kepala untuk menutup muka. Namun, apabila mereka sudah berlalu dari kami, maka kami pun membukanya kembali.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 5/30. Hadis ini hasan, lihat al-Irwa’, no. 1023, 1024)

2 – Dari Asma’ binti Abu Bakar, dia berkata:

“Kami biasa menutup wajah kami dari pandangan lelaki dan sebelum itu kami juga biasa menyisir rambut ketika ihram.” (Hadis Riwayat al-Hakim, al-Mustadrak, 1/545. Disepakati oleh adz-Dzahabi)

3 – Dari Ashim al-Ahwal, dia berkata:

“Kami pernah mengunjungi Hafshah bin Sirin (seorang tabi’iyah) yang ketika itu dia menggunakan jilbabnya untuk menutup wajahnya. Lalu, aku katakan kepadanya, “Semoga Allah memberi rahmat kepadamu. Allah berfirman: “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak memiliki keinginan untuk berkahwin (lagi), bagi mereka tiada dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka.” (Surah an-Nuur, 24: 60).” (Atsar Riwayat oleh al-Baihaqi, 7/93)

Berkenaan ayat 60 dari surah an-Nuur tersebut, Syaikh Abdurrahman as-Sa’di berkata di dalam tafsirnya, jil. 5, m/s. 445, katanya: “Iaitu pakaian yang jelas tampak, seperti khimar (penutup kepala) dan sejenisnya yang sebelumnya telah Allah wajibkan untuk dipakai oleh wanita sebagaimana di dalam ayat “... dan hendaklah mereka melabuhkan khimar mereka sehingga ke dadanya.”

4 – Dari ‘Abdullah bin ‘Umar, dia berkata:

“Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam meliuhat Syafiyah, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam melihat ‘Aisyah mengenakan niqab (penutup wajah) di dalam sekumpulan para wanita. Dan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam tahu bahawa itu adalah ‘Aisyah berdasarkan niqabnya.” (Hadis Riwayat Ibnu Sa’ad, 8/90)

5 – Dari Anas bin Malik (dalam Perang Khaibar):

“...Akhirnya para sahabat pun mengetahui bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam menjadikannya (Shafiyah) sebagai isteri. Ini adalah kerana beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam memakaikan khimar kepadanya dan membawanya duduk di belakangnya (di atas unta). Dan beliau pun menutupkan selendang (pakaian) beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam pada punggung dan wajahnya...” (Lihat: Hadis Riwayat al-Bukhari, 7/387, 9/105. Muslim, 4/146-147. Ahmad, 3/123, 246, 264)

6 – Dari ‘Aisyah (di dalam peristiwa al-Ifki), dia berkata:

(ketika di dalam suatu perjalanan perperangan, ‘Aisyah tertinggal dalam satu persinggahan) katanya, “... aku berharap kumpulan prajurit akan menyedari bahawa aku tidak ada di dalam tandu dan segera akan kembali mencariku (yang tertinggal). Ketika aku duduk di perkhemahanku itu, aku terasa mengantuk lalu aku pun tertidur.

Ketika itu, Shafwan bin Mu’aththal as-Sulaimi adz-Dzakwani juga mengalami nasib yang sama, tertinggal dari rombongan prajurit. Dia pun berjalan menghampiri perkhemahanku dan melihat dari kegelapan ada sekujur tubuh manusia yang sedang tertidur. Dia pun menghampiriku. Dan dia mengenaliku, kerana dia pernah melihatku sebelum turun ayat hijab. Ketika dia tahu bahawa yang tertidur itu adalah aku, dia pun berteriak istirja’ (inna lillahi wa inna ilaihi raji’un). Teriakan tersebut membuatkanku terjaga dari tidur dan aku cepat-cepat menutup wajahku dengan jilbab...” (rujuk di dalam Tafsir Ibnu Katsir di bawah penafsiran Surah an-Nuur, 24: 11. Sirah Ibnu Hisyam, 3/309. Hadis Riwayat al-Bukhari, 8/194-197. Muslim, 8/133-118)

Riwayat Yang Menunjukkan Dibolehkan Membuka Wajah Dan Tapak Tangan

1 - Dari Imran bin Hushain, katanya:

“Suatu ketika aku pernah duduk bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Tiba-tiba Fatimah datang, lalu berdiri di hadapan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Aku memandang ke arahnya. Di wajahnya terdapat darah yang kekuning-kuningan...”(Hadis Riwayat Ibnu Jarir, at-Tahzib (Musnad Ibnu Abbas), 1/286, 481)

2 – Dari Abu Asma’ ar-Rabi’, dia menyatakan bahawa pernah mengunjungi Abu Dzar al-Ghifari yang ketika itu sedang berada di Rabdzah, yang di sampingnya ada isteri yang berkulit hitam... (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 5/159)

3 – Dari Urwah bin Abdullah bin Qusyar, dia pernah mengunjungi Fathimah binti Abu Thalib. Dia berkata, “Aku melihat di tangan Fathimah terdapat gelang tebal, yang pada tiap-tiap tangannya terdapat dua gelang.” Dia berkata lagi, “Dan aku juga melihat ada cincin di tangannya...” (Hadis Riwayat Ibnu Sa’ad, 8/366. Shahih menurut Syaikh al-Albani)

4 – Dari Mu’awiyah, dia berkata:

“Aku pernah bersama ayahku mengunjungi Abu Bakar. Aku melihat Asma’ berdiri dekat dengannya, dan Asma’ kelihatan putih (wajahnya). Lalu aku melihat Abu Bakar. Ternyata dia adalah seorang lelaki yang putih dan kurus.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1: 10/25)

5 – Dari ‘Aisyah, katanya:

“Kami para wanita mukminah biasanya menghadiri solat Subuh bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam dengan mengenakan kain yang tidak berjahit. Kemudian para wanita tadi pulang ke rumahnya sebaik sahaja melaksanakan solat. Mereka tidak dapat dikenali disebabkan gelap.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim. Lihat juga Shahih Sunan Abi Daud, no. 449)

Daripada hadis tersebut, para wanita tidak dapat dikenali diakibatkan oleh keadaan yang gelap. Sekiranya tidak gelap, sudah tentu mereka dapat dikenalpasti. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak mengenakan penutup wajah yang mana mereka boleh dikenali.

6 – Dari Ibnu Abbas dia berkata:

“Pernah seorang wanita solat di belakang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam (di saf wanita). Dia seorang wanita yang sangat cantik dan secantik-cantik wanita...” (Hadis Riwayat al-Hakim. Sahih, disepakati oleh adz-Dzahabi. Lihat juga, Silsilah al-Ahadis as-Sahihah, no. 2472)

Malah, bolehnya membuka wajah bagi wanita tersebut juga turut didukung oleh firman Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri,

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman supaya menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka...” (Surah an-Nuur, 24: 30)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berkata kepada Ali, “Wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan yang berikutnya. Sesungguhnya hak kamu adalah pandangan yang pertama itu sahaja.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 1/335. Hadis hasan menurut Syaikh al-Albani)

Dari Jarir bin Abdullah, dia berkata: “Aku pernah berkata kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berkenaan pandangan sekilas (pandangan pertama). Beliau meemrintahkanku supaya segera memalingkan pandangan tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, 6/182)

Kesimpulan dari firman Allah dan hadis tersebut adalah, sekiranya wanita tersebut menutup wajah-wajah mereka, mengapa perlu untuk menundukkan pandangan? Dengan ini, ia menunjukkan bahawa pada wanita itu ada bahagian yang terbuka dan memungkinkan untuk dilihat.

Malah berdasarkan hadis tersebut, sekiranya wajah wajib ditutup, sudah tentu bukan sahaja Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam memerintahkan kaum lelaki memalingkan wajahnya, tetapi juga beliau akan memerintahkan wanita untuk mengenakan penutup wajah.

Ciri-ciri Pakaian Wanita Yang Beriman

1 - Bukan dengan tujuan untuk berhias atau melawa (tabarruj):

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan hendaklah kamu (isteri-isteri Nabi) tetap di rumahmu serta janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu...” (Surah al-ahzaab, 33: 33)

Wanita-wanita diperintahkan supaya tinggal di rumah, namun tetap dibenarkan untuk keluar rumah dengan alasan yang dibenarkan oleh Syara’.

Muqatil bin Hayyan menyatakan berkenaan firman Allah (maksudnya), “janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu” bahawa yang dimaksudkan dengan tabarruj adalah meletakkan tudung di atas kepala tanpa menutup bahagian leher, sehingga kalung-kalung mereka, anting-anting, dan leher mereka dapat dilihat. Qatadah berkata, “Apabila kaum wanita keluar rumah, mreka gemar berjalan dengan lenggang-lenggok, lemah gemalai, dan manja. Maka Allah melarang semua itu. (al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, jil. 7, m/s. 279)

Menurut Syaikh al-albani rahimahullah:

“Tabarruj adalah perbuatan wanita menampakkan perhiasan dan kecantikannya, serta segala sesuatu yang sewajibnya ditutup dan disembunyikan kerana boleh membangkitkan syahwat klelaki. Dengan itu, maksud asal perintah menutup aurat adalah supaya kaum wanita menutup perhiasaannya (yang memiliki daya tarikan). Atas sebab itulah, maka tidak masuk akal sekiranya jilbab yang bertujuan menutup tubuh (aurat/perhiasan) itu pula menjadi pakaian untuk berhias/melawa sebagaimaan yang sering kita temui zaman ini.” (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 133)

2 - Menggunakan kain yang tebal (bukan yang tipis) sebagai kain pakaiannya

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

“Pada akhir zaman nanti ada wanita dari kalangan umatku yang berpakaian, namun sebenarnya mereka telanjang. Di atas kepala mereka seperti terdapat punggung unta. Kutuklah mereka itu, kerana sebenarnya mereka adalah wanita-wanita yang terkutuk.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, m/s. 232. Rujuk Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah, no. 1326)

Ibnu Abdil Barr berkata: “Apa yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam adalah para wanita yang mengenakan pakaian yang tipis sekaligus menggambarkan bentuk tubuhnya...” (as-Suyuti, Tanwir al-Hawalik, 3/103)

Dari Abdullah bin Abu Salamah, bahawa ‘Umar al-Khaththab pernah membahagikan baju qibthiyah (jenis pakaian mesir yang tipis berwarna putih) kepada masyarakat, kemudian dia berkata, “Janganlah kamu pakaikan baju-baju ini kepada isteri-isteri kamu!” Kemudian ada seseorang yang menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, aku telah memakaikannya kepada isteriku, dan telah aku perhatikan dari arah depan serta belakang, yang ternyata pakaian tadi tidaklah termasuk pakaian yang tipis.” Maka ‘Umar pun menjawab, “Sekalipun tidak tipis, namun pakaian tersebut masih tetap menggambarkan bentuk tubuh.” (Atsar Riwayat al-Baihaqi, 2/234-235)

Dari Syamiyah, dia berkata: “Aku pernah mengunjungi ‘Aisyah yang mengenakan pakaian siyad, shifaq, khimar, serta nuqbah yang berwarna kuning.” (Atsar Riwayat Ibnu Sa’ad, 8/70)

Siyad: adalah pakaian campuran sutera yang tebal.

Shifaq: adalah pakaian yang tebal dan begitu baik mutu tenunannya.

Nuqbah: adalah seluar yang tebal kainnya dan bermutu.

Maka, dengan itu hendaklah pakaian yang dikenakan bersifat tebal dan tidak tipis. Sekaligus tidak menggambarkan bentuk tubuh dan menampakkan warna kulit serta apa yang wajib disembunyikan (ditutup).

3 - Tidak ketat (longgar) dan menggambarkan bentuk tubuh

Usamah bin Zaid berkata:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam pernah memberikan kepadaku baju qibthiyyah yang tebal hadiah dari Dihyah al-Kalbi. Baju tersebut aku pakaikan kepada isteriku. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bertanya kepadaku, “Mengapa engkau tidak pernah memakai baju qibthiyyah?” Aku memberitahunya, “Baju tersebut aku pakaikan kepada isteriku.” Beliau lantas berkata, “Perintahkan isterimu supaya memakai baju dalam ketika mengenakan baju qibthiyyah tersebut, kerana aku bimbang baju tersebut masih dapat menggambarkan bentuk tubuhnya.” (Hadis Riwayat Adh-Dhiya’ al-Maqdisi, al-Ahadis al-Mukhtarah, 1/441. Ahmad, 5/205. Hadis ini memiliki penguat di dalam Riwayat Abu Daud, no. 4116 sehingga menjadikannya hasan)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam menjelaskan sebab larangan memakai baju qibthiyyah bagi wanita adalah kerana kebimbangan beliau bahawa baju tersebut masih dapat menggambarkan bentuk tubuh.

Jika kita perhatikan, bukankah pakaian tersebut tebal, jadi apa gunanya mengenakan pakaian dalam untuk masa yang sama?

Maka, perlulah kita fahami bahawa baju qibthiyyah tersebut walaupun tebal, namun ia masih boleh menggambarkan bentuk tubuh, kerana dia memiliki sifat lembut dan lentur (melekat) di tubuh seperti pakaian yang terbuat dari sutera atau tenunan dari bulu kambing yang dikenali pada zaman ini. Dengan sebab itulah, Rasulullah memerintahkan isteri Usamah supaya memakai pakaian dalam supaya bentuk tubuhnya dapat dilindungi dengan baik.

Dari Ummu Ja’far bintu Muhammad bin Ja’far, bahawa Fathimah binti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam pernah berkata:

“Wahai Asma’, sesungguhnya aku memandang buruk seorang wanita yang mengenakan pakaian tetapi masih menggambarkan bentuk tubuhnya.” (Atsar Riwayat abu Nu’aim, al-Hilyah, 2/43. al-Baihaqi, 6/34-35)

4 - Tidak Diberi Wangian (perfume)

Dari Abu Musa al-Asy’ary, dia berkata:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

“Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i, 2/283. Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, 2786. Ahmad, 4/400. Menurut al-Albani, hadis ini hasan)

“Alasan dari larangan tersebut dapat dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki). Sebahagian ulama telah mengaitkan perkara lain dengannya, seperti memakai pakaian yang cantik (melawa), perhiasan yang ditampakkan, dan bercampur baur dengan kaum lelaki.” (Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 2/279. Lihat Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 151)

Dari Abu Hurairah, dia berkata:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam pernah bersabda: “Wanita yang memakai bakthur (sejenis pewangi untuk pakaian), janganlah solat ‘isya’ bersama kami.” (Lihat Silsilah al-Ahadis ash-shahihah, no. 1094)

Dari Zainab ats-Tsaqafiyah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

“Jika salah seorang wanita di antara kamu hendak ke masjid, maka janganlah sekali-kali dia memakai wangi-wangian.” (Hadis Riwayat Muslim)

Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah:

“Apabila perkara tersebut diharamkan bagi wanita yang hendak ke masjid, maka apatah lagi bagi wanita yang bukan ke masjid seperti ke pasar dan seumpamanya? Tidak diragukan lagi bahawa perkara tersebut lebih haram dan lebih besar dosanya.” (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 151)

Al-Haitsami rahimahullah menjelaskan:

“Sesungguhnya keluarnya seseorang wanita dari rumahnya dengan mengenakan wangi-wangian dan perhiasan adalah dosa besar, walaupun suaminya memberi izin padanya.” (al-Haitsami, az-Zawaajir, 2/37. Lihat Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 151)

5 - Tidak menyerupai pakaian lelaki

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 2/182. Ibnu Majah. 1/588, Ahmad. 2/325. Sanad Hadis ini Sahih)

Dari Ibnu abbas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/274)

Batas larangan yang dimaksudkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berkenaan penyerupaan wanita dengan lelaki atau yang sebaliknya tidaklah hanya merujuk kepada apa yang dipilih oleh sama ada kaum lelaki atau wanita berdasarkan apa yang biasa mereka pakai. Tetapi, apa yang lebih penting adalah perlunya merujuk kembali kepada apa yang wajib dikenakan bagi kaum lelaki dan wanita berpandukan kepada perintah syara’ yang mewajibkan menutup aurat menurut kaedahnya. (Lihat juga: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 152)

Di antara contoh perbuatan kaum wanita pada masa ini yang menyerupai kaum lelaki di dalam berpakaian adalah mereka memendekkan kain-kain atau pakaian-pakaian mereka sehingga mengakibatkan tersingkapnya kaki dan betis-betis mereka. Malah lebih parah sehingga peha-peha mereka menjadi tontonan umum.

Persoalan ini dapat kita fahami dengan baik melalui hadis yang berikut ini,

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya (melebihi mata kaki/buku lali) dengan kesombongan, maka Allah tidak akan melihatnya pada Hari Kiamat. Ummu Salamah bertanya, “Bagaimana dengan kaum wanita, apa yang harus dilakukan pada hujung (bawah) kain mereka?” Baginda pun menyatakan: “Sekiranya mereka melabuhkannya, labuhkanlah sejengkal (dari tengah-tengah betis). Ia berkata, “Sesungguhnya jika seperti itu (hanya sejengkal) maka kaki mereka akan masih dapat tersingkap”. Baginda menjelaskan, “Maka, labuhkanlah sehingga sehasta dan jangan lebih dari itu”. (Hadis Riwayat Abu Daud, 4/364, no. 4119. an-Nasaa’i, 8/209, no. 5336-5339. at-Tirmidzi, 4/223, no. 1736. Ahmad di dalam al-Musnad, 2/5555. Dan Abul Razak as-San’ani di dalam al-Mushannafnya 11/82. Berkata Imam Muslim: Sanad hadis ini sahih)

Melalui hadis ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam memerintahkan supaya para wanita melabuhkan kain-kain atau pakaian mereka sehingga tertutupnya betis dan kaki mereka.

Namun, apa yang berlaku pada masa ini adalah sebaliknya. Di mana, telah banyak tersebar dan diketahui secara umum bahawa begitu ramai sekali kaum lelaki yang gemar melabuhkan pakaiannya sehingga menyentuh tanah atau melabuhkannya dengan melepasi paras mata kaki (buku lali), namun berlaku sebaliknya pula kepada kaum wanita di mana mereka pula banyak berpakaian seakan-akan tidak cukup kain. Iaitu dengan mendedahkan aurat kepalanya (tidak bertudung), memakai pakaian ketat dan malah memendekkan kainnya atau seluarnya sehingga tersingkap betis-betis mereka.

Bukankah ini sudah menunjukkan suatu perkara yang terbalik berbanding sebagaimana yang dikehendaki oleh syari’at? Di mana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan agar kaum lelaki supaya tidak ber-isbal (tidak melabuhkan pakaiannya melebihi buku lali), dan memerintahkan agar kaum wanitanya melabuhkan kain sehingga sejengkal melebihi buku lali.

Maka, tidak syak lagi, bahawa perkara ini juga tergolong di dalam suatu bentuk penyerupaan di antara satu jantina dengan jantina yang lain dalam berpakaian dan bertingkah laku.

Ini hanyalah sebagai contoh, malah banyak lagi contoh yang lainnya (bagi lelaki yang menyerupai wanita) seperti lelaki yang mengenakan sutera sebagai pakaian yang mana ia adalah pakaian yang diharamkan kepada lelaki tetapi diharuskan bagi wanita. Begitu juga dalam persoalan memakai emas, anting-anting, dan seumpamanya.

Dan bagi wanita yang menyerupai lelaki adalah mereka mengenakan pakaian seluar yang ketat, berseluar pendek, tidak mengenakan tudung, memakai baju yang menampakkan lengan-lengan mereka dan seumpamanya.

6 - Tidak Menyerupai Pakaian Wanita Kafir (Tasyabbuh)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Adakah belum datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk hatinya tunduk mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya yang telah diturunkan al-Kitab kepada mereka, kemudian berlalulah masa yang panjang ke atas mereka sehinggalah hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasiq.” (Surah al-Hadid, 57: 16)

Ibnu Katsir menjelaskan berkenaan ayat ini dengan katanya: “Oleh kerana itu, Allah Ta’ala melarang orang-orang yang beriman menyerupai mereka (orang-orang yahudi) sama ada dalam perkara aqidah atau pun perkara-perkara fiqh.

Beliau juga menjelaskan (di bawah penafsiran al-Baqarah, 2: 104):

“Allah Ta’ala melarang hamba-hamba-Nya yang beriman menyerupai orang-orang kafir, sama ada dalam ucapan mahu pun perbuatan mereka.” (al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, jil. 1, m/s. 364)

Dari Ibnu ‘Umar, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

“Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk dari golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani dalam Shahihul Jami’, no. 6149)

Syaikh al-Albani rahimahullah menjelaskan:

“Di dalam syari’at Islam telah ditetapkan bahawa umat Islam, sama ada lelaki atau pun perempuan, mereka tidak dibenarkan bertasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir, sama ada dalam persoalan ibadah, hari perayaan, dan juga berpakaian terutamanya yang merujuk kepada pakaian-pakaian khas agama mereka. Ini adalah merupakan prinsip yang asas di dalam agama Islam, yang sayangnya telah banyak diabaikan oleh umat Islam zaman sekarang” (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 176)

Di dalam sebuah hadis, ia menjelaskan bahawa Rasulullah mengharamkan kepada kita memakai pakaian yang merupakan pakaian orang-orang kafir.

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, dia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam melihatku memakai dua pakaian yang diwarnai dengan warna kuning (yang menyerupai pakaian kebiasaan orang kafir), maka beliau pun berkata:

“Sesungguhnya ini adalah pakaian orang-orang kafir, maka janganlah engkau memakainya”.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2077. an-Nasa’i 2/298. Ahmad, 2/162)

Dari Ali radhiyallahu ‘anhu: “Janganlah kamu memakai pakaian para pendeta (seperti paderi, brahma, sami). Kerana sesungguhnya sesiapa yang mengenakan pakaian seumpama itu atau menyerupai mereka, maka dia bukan termasuk golonganku.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani, al-Ausath)

Jika kita mahu mengambil contoh pada zaman sekarang, kita boleh melihat terdapat sebahagain umat Islam yang menggayakan/mengenakan pakaian sari (milik mereka yang beragama hindu), memakai pakaian Santa Claus (milik orang Kristian), dan juga memakai pakaian sami yang berwarna kuning, dan seumpamanya.

Dalam persoalan tasyabbuh ini sebagaimana yang dijelaskan, ia tidaklah terhad dalam persoalan berpakaian, malahan bersifat umum dan menyeluruh. Jika kita lihat hadis-hadis dalam persoalan tasyabbuh ini, ia turut menunjukkan betapa Nabi menegaskan larangan menyerupai orang-orang kafir dalam soal ibadah seperti solat, puasa, haji, jenazah, makanan, dan seterusnya.

Contoh Larangan Tasyabbuh Dalam Ibadah Solat:

1 – Nabi melarang menggunakan loceng dan trompet bagi menunjukkan masuknya waktu solat dan menyeru orang menunaikan solat. Beliau menjelaskan perbuatan tersebut menyerupai kaum Nasrani dan Yahudi. (Lihat Sahih Sunan Abi Daud, no. 511)

2 – Nabi melarang menunaikan solat ketika terbit matahari sehinggalah bermula naiknya matahari. Begitu juga di waktu terbenamnya matahari. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu orang-orang kafir beribadah. (Rujuk Hadis Riwayat Muslim, 2/208-209)

3 – Dilarang menunaikan solat di atas kubur dan menjadikan kuburan sebagai masjid. Ini adalah kerana orang-orang kafir sebelum mereka menjadikan kuburan sebagai masjid. (Rujuk Hadis Riwayat Muslim, 2/67-68)

Contoh Larangan Tasyabbuh Ketika Berpuasa:

1 – Nabi memerintahkan supaya bersahur untuk berpuasa supaya membezakan dengan puasa ahli kitab yang berpuasa tanpa bersahur. (Rujuk Hadis Riwayat Muslim, 3/130-131)

Larangan Tasyabbuh Dalam Urusan Sembelihan Haiwan:

1 – Nabi melarang menyembelih haiwan dengan menggunakan kuku kerana kuku adalah pisau sembelihan orang-orang Habasyah. (Rujuk Hadis Riwayat al-Bukhari, 9/513-517, 553)

Larangan Tasayabbuh Dalam Penampilan:

1 – Nabi memerintahkan supaya menyelisihi orang-orang musyrik dengan cara merapikan misai, dan membiarkan janggut tumbuh panjang (jangan dicukur). (Rujuk Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/288)

Larangan Tasyabbuh Dalam Persoalan Adab:

1 – Nabi melarang memberi salam seperti orang Yahudi, iaitu mereka memberi salam dengan kepala, tapak tangan, dan isyarat. (Lihat Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah, no. 1783)

2 – Nabi memerintahkan supaya menjaga kebersihan halaman rumah dan jangan membiarkan ia dipenuhi sampah sarap. Kerana perbuatan mebiarkan sampah sarap di halaman rumah adalah perbuatan orang-orang Yahudi. (Rujuk Hadis Riwayat ath-Thabrani, al-Ausath, 11/2)

Maka, dengan penjelasan tersebut, kita perlu berusaha supaya menyelisihi orang-orang kafir terutamanya dalam persoalan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Kerana Allah berfirman,

“Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.” (Surah al-Mujadilah, 58: 22)

7 – Bukan Pakain Untuk Bermegah-megah (Menunjuk-nunjuk)

Dari Ibnu ‘Umar, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

“Sesiapa yang memakai pakaian syuhrah (kebanggaan), maka Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan pada hari Kiamat kemudian membakarnya dengan Api Neraka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 2/172, no. 4029)

Pakaian syuhrah adalah pakaian yang dipakai dengan tujuan supaya terkenal di mata orang kebanyakan, sama ada pakaian yang sangat berharga yang dipakai dalam rangka tujuan berbangga (mencari populariti) di dunia dan perhiasannya atau pakaian yang lusuh dengan tujuan menampakkan sifat kezuhudan dan menarik perhatian. (Lihat: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 153)

Hukum Menutup Kaki Bagi Wanita

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya (melebihi mata kaki/buku lali) dengan kesombongan, maka Allah tidak akan melihatnya pada Hari Kiamat. Ummu Salamah bertanya, “Bagaimana dengan kaum wanita, apa yang harus dilakukan pada hujung (bawah) kain mereka?” Baginda pun menyatakan: “Sekiranya mereka melabuhkannya, labuhkanlah sejengkal (dari tengah-tengah betis). Ia berkata, “Sesungguhnya jika seperti itu (hanya sejengkal) maka kaki mereka akan masih dapat tersingkap”. Baginda menjelaskan, “Maka, labuhkanlah sehingga sehasta dan jangan lebih dari itu”. (Hadis Riwayat Abu Daud, 4/364, no. 4119. an-Nasaa’i, 8/209, no. 5336-5339. at-Tirmidzi, 4/223, no. 1736. Ahmad di dalam al-Musnad, 2/5555. Dan Abul Razak as-San’ani di dalam al-Mushannafnya 11/82. Berkata Imam Muslim: Sanad hadis ini sahih)

Berdasarkan hadis ini, bahawa wanita perlu (wajib) menutup kaki-kaki mereka termasuklah betis-betis mereka iaitu dengan melabuhkan kain-kain mereka sebanyak satu hasta (lebih kurang satu kaki) dari pertengahan betis mereka.

Malah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam mebenarkan pakaian wanita terseret di atas tanah bagi tujuan menutup kaki-kaki mereka. (Lihat penjelasannya oleh Ibnu Taimiyah di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 166, al-Albani)

Berkenaan hadis tersingkapnya gelang-gelang kaki wanita di dalam perang Uhud, iaitu sebagaimana hadis daripada Anas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:

“Ketika waktu perang Uhud, kaum muslimin berada dalam keadaan kucar-kacir meninggalkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam, sedangkan abu Thalhah berdiri di hadapan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam melindungi dengan perisai dari kulit miliknya. Aku lihat ‘Aisyah binti Abu Bakar dan Ummu Sulaim berjalan tergesa-gesa. Aku melihat gelang-gelang kaki mereka ketika keduanya melompat-lompat sambil membawa bekas air di pinggangnya dan menuangkan bekas air tersebut ke mulut-mulut kaum muslimin...” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7/290. Muslim, 5/197)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata: “Siatusi tersebut terjadi sebelum turunnya ayat perintah menutup aurat (ayat hijab). (Dalam keadaan seperti itu) Mungkin juga ia terjadi tanpa mereka sengajakan.” (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 166)

138 - Seharian Berzikir Sebagaimana Yang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam Lakukan

Seharian Berzikir Sebagaimana Yang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam Lakukan

Download Edisi PDF - Klik (273kb)

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Berzikir kepada Allah adalah amalan yang terbaik dan merupakan cara yang mulia bagi seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah yang Maha Suci dan Maha Tinggi. Allah memerintahkan hamba-Nya supaya berzikir kerana dengan berzikir kita akan diberi kelebihan dan manfaat yang banyak.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Dengan itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (Surah al-Baqarah, 2: 152)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu di dalam hatimu dengan merendahkan diri dan perasaan takut, serta dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang lalai.” (Surah al-A’raaf, 7: 205)

Juga firman-Nya,

“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.” (Surah al-Ahzaab, 33: 41)

Juga firman-Nya yang lain,

“Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzaab, 33: 35)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda,

“Mahukah kamu aku tunjukkan amalanmu yang terbaik, paling suci di sisi Rajamu (Allah), dan paling mengangkat darjatmu, lebih baik bagimu daripada menginfakkan emas atau perak, dan lebih baik bagimu daripada kamu bertemu dengan musuhmu, lalu kamu memenggal lehernya atau lehermu dipenggal?” Para sahabat yang hadir berkata, “Mahu wahai Rasulullah!” Beliau bersabda lagi, “Berzikir kepada Allah Yang Maha Tinggi”.”
[1]

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam juga bersabda,

“Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dengan orang yang tidak berzikir kepada Tuhannya adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati.”
[2]

Mereka yang banyak berzikir kepada Allah hatinya akan menjadi tenang.

Ini adalah sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“... ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.” (Surah ar-Ra’d, 13: 28)

Terdapat begitu banyak doa dan zikir yang telah ditunjukkan atau diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang sewajarnya menjadi amalan bagi setiap muslim. Dengan mengamalkannya, ia akan menjadikan kita sentiasa mengingati Allah dan terhindar daripada menjadi orang yang lalai. Dengannya juga, Allah akan sentiasa memberi perlindungan agar kita dijauhkan dari pelbagai bentuk gangguan Syaitan yang terkutuk, kerana Syaitan adalah musuh yang nyata bagi setiap muslim.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya Syaitan-syaitan itu hanya mengajak kelompoknya supaya mereka menjadi penghuni Neraka yang menyala-nyala.” (Surah al-Fathir, 35: 6)

Di antara zikir yang telah ditunjukkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam melalui hadis-hadis yang shahih adalah zikir di waktu pagi dan petang dan zikir selepas solat fardhu lima waktu.

Risalah kecil ini mempersembahkan kepada anda panduan dan bentuk-bentuk zikir di waktu pagi dan petang serta zikir selepas solat fardhu yang bertepatan dengan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam supaya dengannya ia akan mudah difahami, dihafal, dan diamalkan oleh para pembaca.

Melalui risalah ini, kami hanya membawakan hadis-hadis yang shahih dan hasan sahaja berdasarkan penilaian para ulama hadis.

Kami berdoa kepada Allah semoga risalah ini memberi manfaat bagi diri kami dan para pembaca. Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah taufiq kepada kita supaya dapat mengamalkannya bertepatan dengan Sunnah yang mulia.

Semoga selawat dan Salam dicurahkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam, keluarganya, para Sahabatnya, dan sesiapa yang mengikuti jejak mereka dengan baik sehingga ke hari Kiamat.

KELEBIHAN DOA DAN ZIKIR (MENGINGATI ALLAH SUBHANAHU WA TA’ALA)

Terdapat begitu banyak kelebihan doa dan zikir kepada kita. Maka di sini kami hanya menyebutkan sebahagian daripadanya yang di antaranya adalah,

1 – Meraih keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

2 – Mengusir, menundukkan, dan menjadi pendinding daripada Syaitan.

3 – Melahirkan perasaan bahawa diri kita ini sentiasa diawasi oleh Allah sehingga menjadi pendorong untuk sentiasa melakukan perkara kebaikan.

4 – Melahirkan sifat merendah diri dan pasrah kepada Allah. Iaitu dia akan sentiasa memiliki sifat tawakkal yang tinggi di mana hanya kepada Allah tempat bergantung sama ada ketika susah atau pun senang dan kepada Allah kita akan dikembalikan.

5 – Mendekatkan diri kepada Allah. Seberapa banyak dia melakukan zikir kepada Allah, maka semakin dekatlah dia dengan Allah. Dan seberapa jauh dia lalai untuk berzikir, maka sejauh itulah jarak yang memisahkannya dengan Allah.

6 – Membukakan pintu yang luas dari pelbagai pintu ma’rifat.
[3] Semakin banyak kita berzikir, maka semakin luas pintu ma’rifat yang dibukakan.

7 – Melahirkan rasa takut kepada Allah dan memuliakan-Nya.

8 – Menjadikan kita sentiasa mengingati Allah iaitu sebagaimana firman-Nya,

“Kerana itu, iangatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu...” (Surah al-Baqarah, 2: 152)

9 – Menjadikan hati sentiasa hidup. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata, “Zikir bagi hati adalah ibarat seperti air dengan ikan. Maka apakah yang akan terjadi kepada ikan tersebut sekiranya ia dipisahkan dengan air?”

10 – Zikir merupakan santapan hati dan rohani. Jika hati dan roh kehilangan makanannya, maka samalah ia dengan badan yang tidak mendapatkan bekalan zat nutriennya. Pada suatu masa, kami (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah) menemui Ibnu Taimiyyah yang sedang melaksanakan Solat Fardhu Subuh. Selepas solat, dia berzikir kepada Allah sehingga hampir pertengahan siang. Pada ketika itu, beliau menoleh kepadaku lalu berkata, “Inilah santapanku. Sekiranya aku tidak mendapat santapan ini, kekuatanku akan hilang.” Syaikhuil Islam Ibnu Taimiyyah juga pernah berkata kepada kami, “Aku tidak akan meninggalkan zikir, melainkan dengan niat memang itulah yang dikehendaki oleh jiwaku atau kerana aku ingin berehat. Bagiku berehat ini adalah persiapan untuk melakukan zikir yang berikutnya”.

11 – Membersihkan hati dari kekotoran. Kekotoran hati yang dimaksudkan adalah lalai dan bergelumangnya dengan hawa nafsu. Maka, cara untuk membersihkannya adalah dengan bertaubat dan memperbanyakkan istighfar.

12 – Menghilangkan kerisauan dan ketidakyakinan dalam mentaati Allah. Orang yang lalai, dia sering mengalami kerisauan terhadap soal hubungannya dengan Allah. Maka, kerisauan itu dapat dihilangkan dengan melaksanakan ibadah zikir.

13 – Takbir, tasbih, tahmid, dan tahlil yang diucapkan oleh seseorang di waktu dia berzikir, dapat membantu dirinya di waktu kesusahan. Ini adalah kerana Allah sentiasa mengingati hamba-hamba-Nya yang beriman dan melaksanakan amal-amal yang soleh.

14 – Seseorang yang mengenali Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan cara berzikir di waktu senang, akan menjadikannya sentiasa mengingati Allah walau bagaimana pun keadaannya di waktu susah.

15 – Amalan berzikir kepada Allah mampu menjadi benteng yang manpan dari pelbagai keburukan dunia dan akhirat. Ia juga mampu menyelamatkan diri seseorang dari azab Allah, sebagaimana yang dijelaskan oleh Mu’az bin Jabal radhiyallahu ‘anhu sebagaimana yang dia fahami daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam:

“Tidak ada amal yang dilakukan oleh anak Adam yang mampu menjaminnya dari dikenakan azab Allah Subhanahu wa Ta’ala, selain dari berzikir kepada-Nya.”
[4]

16 – Memberikan ketenangan dan penyebab datangnya rahmat. Orang-orang yang berzikir juga dia akan dikelilingi oleh para malaikat, sebagaimana yang pernah dijelaskan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam di dalam hadisnya.
[5]

17 – Zikir juga dapat membantu pengamalnya dari melakukan perkara-perkara lisan yang dilarang seperti ghibah (mengumpat), berdusta, menghasut, mengata, dan mengeluarkan perkataan yang boleh menyakitkan perasaan orang lain.

Seseorang muslim yang soleh, dia perlulah sentiasa berkata dengan perkataan yang baik atau jika tidak, diam adalah lebih baik baginya. Sebagai seseorang muslim yang baik juga, dia wajib menjauhkan diri dari perbuatan mengumpat, berbohong, menghasut, memfitnah, dan segala perkara yang dilarang di dalam agama. Dengan itu, kita perlu sentiasa membersihkan lisan dengan memperbanyakkan amalan zikir kepada Allah.

Sesiapa yang sentiasa membiasakan lidahnya dengan amalan zikir, maka lidahnya akan lebih terjaga dari pelbagai jenis keburukan dan perkataan-perkataan yang sia-sia. Tetapi, bagi sesiapa yang lidahnya kering dari berzikir, maka keburukan dan kekejian akan lebih mudah untuk terungkap dari lidah dan mulutnya.

18 – Majlis Zikir merupakan majlis para malaikat, manakala majlis yang melalaikan serta permainan adalah merupakan majlis Syaitan. Seseorang muslim perlulah memilih mana yang lebih dia gemari dan lebih utama. Kerana dengan memahami sesuatu amalan berdasarkan mana yang lebih penting dan utama, maka begitulah dia menentukan tempatnya di dunia dan di akhirat.

19 – Malaikat sentiasa memohonkan keampunan kepada Allah bagi orang-orang yang berzikir. Dengan berzikir juga ia akan menghindarkan seseorang muslim itu dari sifat nifaq.

20 – Dengan berzikir kepada Allah, maka mereka akan merasa aman tenteram, begitu juga dengan mereka yang sentiasa dekat dengan Allah. Mereka adalah orang yang sentiasa mendapat keberkahan. Sebaliknya bagi orang-orang yang lalai, dia akan sentiasa merasa gundah-gulana di atas pelbagai kelalaiannya di dalam mengingati Allah.

21 – Berzikir kepada Allah sambil menitiskan air mata ketika bersendirian akan menjadi perlindungan kepada pengamalnya dari kepanasan terik matahari di padang Mahsyar pada hari Kiamat kerana dia akan dilindungi oleh ‘Arsy Allah. Manakala mereka yang tidak berzikir kepada Allah maka dia tidak akan mendapat perlindungan yang dijanjikan tersebut.

22 – Zikir merupakan ibadah yang paling mudah, tetapi paling agung, mulia, dan paling besar kesannya. Antara sebabnya, gerakan lidah merupakan gerakan anggota badan yang paling ringan dan paling mudah.
[6]

23 – Zikir merupakan tanaman Syurga, sebagaimana yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dari hadis ‘Abdullah bin Mas’oud, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Pada malam aku diisra’kan, aku bertemu Ibrahim al-Khalid, lalu dia berkata kepadaku: “Wahai Muhammad, sampaikanlah salamku kepada ummatmu dan beritahulah kepada mereka bahawa Syurga itu baik tanahnya, segar airnya, dan Syurga itu adalah merupakan taman, manakala tanamannya adalah:

“Maha Suci Allah, segala puji adalah milik-Nya, tidak ada tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Allah dan Allah Maha Besar.”
[7]

Menurut at-Tirmidzi, hadis ini darjatnya hasan gharib
[8]. Dia juga meriwayatkan dari Abu az-Zubair, dari Jabir, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam, beliau bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan:

“Maha Suci Allah, aku memuji-Nya”, Maka disediakan baginya pohon kurma di Syurga.” At-Timirdzi menjelaskan bahawa hadis ini darjatnya hasan shahih.
[9]

24 – Pemberian dan anugerah yang dilimpahkan atas sebab berzikir ini tidak dilimpahkan di atas sebab melakukan amal-amal yang lain. Di dalam ash-Shahihain (Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim) disebutkan, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan:

“Tidak ada tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan hanya Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujian. Dia Maha berkuaasa ke atas segala sesuatu”. (Sebanyak) seratus kali dalam sehari, maka dia mendapat pahala sebagaimana pahala membebaskan sepuluh orang hamba wanita, ditetapkan bagi dirinya seratus kebaikan, dihapuskan darinya seratus keburukan dan perkara tersebut menjadi perlindungan dari segala bentuk gangguan Syaitan pada hari tersebut sehingga ke petang hari, dan tidak ada seseorang yang membawa sesuatu yang lebih baik dari apa yang dibawa oleh orang tersebut, melainkan mereka yang melakukannya dengan lebih banyak lagi.”
[10]

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Aku mengucapkan, “Maha Suci Allah, segala Puji Milik-Nya, tidak ada tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Allah, Allah Maha Besar”, lebih aku sukai dari terbitnya matahari.”
[11]

Dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Sesiapa yang pada pagi hari dan petangnya mengucapkan:

“Aku redha Allah sebagai Tuhan (Rabb)ku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam sebagai Nabi-ku”, maka Allah juga berhak untuk meredhainya.”
[12]

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Sesiapa yang masuk ke pasar lalu mengucapkan:

“Tiada tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Allah sahaja yang tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan (kerajaan) dan pujian, Yang menghidupkan dan mematikan, Dia hidup dan tidak mati, di tangan-Nya segala kebaikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”, maka Allah menetapkan baginya sejuta kebaikan, menghapus sejuta kesalahan, dan meninggikan baginya sejuta darjat.”
[13]

25 – Terus menerus berzikir kepada Allah akan menjadikan hati seseorang tidak lalai dari mengingati Allah. Kerana dengan hati yang lalai dari mengingati Allah ia menjadi sebab penderitaan hamba di dunia dan di akhirat. Sesiapa saja yang lalai dari mengingati Allah, ia akan lalai terhadap dirinya dan kepentingannya, dan dia akan binasa.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (Surah al-Hasyr, 59: 19)

Allah berfirman:

“Dan sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya bagi dirinya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia, “Ya Tuhanku, mengapa Engkau membangkitkanku dalam keadaan yang buta, sedangkan aku dahulu adalah orang yang melihat?” Allah berfirman: “Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, tetapi kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan.” (Surah Thoha, 20: 124-126)

Ertinya, engkau dilupakan dalam lembah azab, sebagaimana engkau melupakan ayat-ayat-Ku dan tidak mahu mengamalkannya.

Berpaling dari mengingati Allah juga menjadikannya berpaling dari mengingati apa yang diturunkan Allah di dalam Kitab-Nya. Akhirnya, akibat dari perbuatannya dia lupa terhadap perkara-perkara yang telah disebutkan Allah di dalam Kitab-Nya, lupa terhadap Asma’-Nya, sifat-sifat-Nya, perintah, anugerah, dan nikmat-nikmat-Nya. Ini semua sebagai akibat berpaling dari kitab Allah. Dengan kata lain, “Sesiapa yang berpaling dari Kitab-Ku, tidak mahu membacanya, tidak mendalaminya, tidak memahaminya, dan tidak mengamalkannya, maka kehidupannya akan menjadi sempit dan dia akan sentiasa tersiksa.”
[14]

Keadaan ini adalah berbeza dengan mereka yang diberi kebahagian dan kemudahan hidup. Kehidupan mereka di dunia dipenuhi dengan kebaikan manakala kehidupan mereka di akhirat mendapat kesenangan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, sama ada lelaki atau pun perempuan serta dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik. Dan benar-benar akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (Surah an-Nahl, 16: 97)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu melakukan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (dengan terus menerus) kepadamu sehingga ke waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada setiap orang yang mempunyai keutamaan dengan haknya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari Kiamat.” (Surah Huud, 11: 3)

Dan firman-Nya:

“Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertaqwalah kepada Tuhanmu”. Orang-orang yang melakukan kebaikan di dunia ini mendapat kebaikan. Dan bumi Allah ini adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan pahala mereka tanpa batas.” (Surah az-Zumar, 39: 10)

26 – Zikir menjadi cahaya bagi mereka yang berzikir di dunia, cahaya ketika di barzakh, cahaya ketika dia meninggal dunia, dan ia menerangi ketika di atas (titian) ash-Shirath, dan tidak ada yang dapat menerangi kegelapan kubur dan hati melainkan hanya dengan berzikir mengingati Allah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan adakah mereka yang telah mati, kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang mana dengan cahaya tersebut dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, sama seperti orang-orang yang keadaannya berada dalam gelap-gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar darinya? Begitulah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik terhadap apa yang mereka telah lakukan.” (Surah al-An’am, 6: 122)

27 – Zikir merupakan pangkal sesebuah laluan atau jalan manusia secara umum yang membuka kepada kecintaan. Sesiapa yang dibukakan untuk berzikir, bermakna dia telah dibukakan untuk menuju Allah.

28 – Di dalam hati ada terdapat suatu sudut dan ruang di mana sama sekali tidak boleh diisi melainkan dengan zikir. Jika zikir telah menjadi santapan hati, maka di situlah zikir akan mampu memenuhi ruang tersebut sehingga manusia menjadi kaya bukan dengan hartanya, dipandang tinggi bukan kerana keturunannya, serta disegani bukan kerana kekuasaannya. Begitulah sikap mereka yang sentiasa berzikir. Namun, jika mereka lalai dari berzikir, maka keadaannya akan bertukar menjadi sebaliknya, ia miskin walaupun hartanya banyak, hina walaupun berada di tampuk kuasa, dan tidak mendapat perhatian walaupun keturunannya dari golongan yang hebat-hebat.

29 – Zikir dapat menyatukan mereka yang bertelingkah, mendekatkan yang jauh, dan menjauhkan yang dekat. Apa yang berkecamuk di dalam hati dapat disatukan kembali, hasratnya yang jauh dapat dicapai dengan ketenangan. Siksaan yang paling pedih adalah sekiranya apa yang terdapat di dalam hatinya berkecamuk dan bercerai-berai. Hati manusia menjadi hidup dan merasa nikmat apabila kehendak atau keinginan hatinya dapat dicapai dihimpunkan menjadi satu.

30 – Zikir mampu membangunkan hati dari keadaan yang selalu tidur dan membangunkannya dari keadaan yang selalu mengantuk. Jika hati selalu terlena dan mengantuk, maka ia akan kehilangan begitu banyak peluang keuntungan, di mana seterusnya dia akan mengalami kerugian. Sekiranya ia terjaga dan menyedari apa yang terlepas dari tangannya sepanjang dalam tidurnya, maka dia akan merasa sangat menyesal, lalu dia pasti akan berusaha kembali menghidupkan sisa umurnya dengan mencari apa yang telah terlepas hilang dari genggaman tangannya. Tidak ada yang dapat membangkitkan dirinya dari keadaan tersebut melainkan dengan zikir. Sebenarnya kelalaian tersebut adalah merupakan tidur yang nyenyak.

31 – Zikir yang diasaskan dengan tauhid merupakan sebatang pohon yang menghasilkan pengetahuan dan keadaan yang dapat dilalui oleh orang-orang yang menuju kepada Allah. Tidak ada cara untuk mendapatkan buahnya melainkan dari pohon zikir. Jika pohon tersebut semakin besar dan akarnya mapan, maka ia akan memberikan hasil yang lebih baik berupa buah yang berkualiti.

32 – Mereka yang berzikir (mengingati Allah) sentiasa merasa dekat dengan Allah di mana Allah sentiasa bersamanya. Sifat “Kebersamaan” ini adalah satu bentuk sifat yang khusus, ia tidak dimaksudkan sebagai kebersamaan seperti duduk (berada) bersebelahan tetapi sifat kebersamaan kerana dekatnya kasih sayang, cinta, pertolongan, serta taufiq dari-Nya.
[15]

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa...” (Surah an-Nahl, 16: 128)

“... Dan Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, 2: 249)

“... Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang melaksanakan kebajikan.” (Surah al-‘Ankabut, 29: 69)

“Janganlah engkau bersedih hati, kerana sesunguhnya Allah bersama kita...” (Surah at-Taubah, 9: 40)

Dengan sifat ma’iyyah (kebersamaan) ini, mereka yang sentiasa berzikir akan memperolehi nikmat yang banyak, sebagaimana yang disebutkan melalui hadis qudsi:

“Aku bersama hamba-Ku selagi dia mengingati-Ku dan kedua bibirnya bergerak kerana Aku.”
[16]

33 – Zikir merupakan penyembuh dan penawar bagi penyakit hati. Hati yang sakit hanya dapat disembuhkan dengan berzikir kepada Allah. Sehingga dalam persoalan ini Imam Mak-hul pernah berkata: “Mengingati Allah itu merupakan kesembuhan, dan mengingati manusia itu merupakan penyakit.”

34 – Zikir menghadirkan selawat dari Allah dan para Malaikat-Nya. Sesiapa yang mendapatkan selawat Allah dan para Malaikat-Nya, maka dia adalah orang yang sangat beruntung.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan Malaikat-Nya (memohon keampunan untuk dirimu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah al-Ahzaab, 33: 41-43)

Selawat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala dan para Malaikat-Nya ini merupakan sebab untuk mengeluarkan mereka dari kegelapan menuju cahaya.

35 – Berzikir kepada Allah membantu mengatasi kesulitan dan meringankan beban hidup yang berat. Kesulitan dan kesukaran akan menjadi mudah, di ketika mana seseorang sentiasa berzikir mengingati Allah.

36 – Berzikir kepada Allah menghilangkan perasaan takut di dalam hati sehingga mampu memberikan rasa tenang dan tenteram di dalam hati. Tiada yang lebih baik bagi mereka yang diselubungi perasaan takut melainkan dengan berzikir kepada Allah.

37 – Dengan berzikir kepada Allah, ia mampu melahirkan kekuatan sehinggakan ia mampu membangkitkan semangat seseorang untuk lebih kuat melakukan sesuatu pekerjaan.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam pernah mendidik puterinya, Fatimah serta ‘Ali bin Abi Thalib supaya mereka bertasbih sebanyak 33 kali di waktu malam ketika hendak masuk tidur, bertahmid sebanyak 33 kali, dan bertakbir sebanyak 34 kali. Pesanan ini diberikan oleh Rasulullah ketika mana Fatimah meminta seorang pembantu untuk membantu pekerjaannya yang dikeluhkannya sebagai berat iaitu untuk menjalankan alat penggiling di samping menjalankan pelbagai tugas rumahtangga. Dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu berdua daripada mengambil seorang hamba (pelayan).”
[17]

38 – Berzikir adalah sebagai tanda-tanda asas beryuskur seseorang itu terhadap Tuhannya. Orang yang tidak berzikir adalah orang yang tidak bersyukur kepada Allah. Zikir dan syukur adalah dua kombinasi kebahagian dan kejayaan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Dengan itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (Surah al-Baqarah, 2: 152)

39 – Dan turut termasuk di dalam perbuatan berzikir kepada Allah adalah dengan melaksanakan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, dan melaksanakan hukum-hukum-Nya.
[18]

ZIKIR DI WAKTU PAGI DAN PETANG

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, dia menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

“Aku duduk bersama orang-orang yang berzikir kepada Allah bermula dari solat Subuh sehinggalah terbit matahari adalah lebih aku sukai daripada memerdekakan empat orang hamba dari keturunan Ismail. Dan aku duduk bersama mereka yang berzikir kepada Allah bermula dari solat ‘Asar sehinggalah terbenam matahari lebih aku cintai daripada memerdekakan empat orang hamba.”
[19]

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

Waktu berzikir (pagi dan petang) adalah di antara Subuh sehingga terbit matahari (bagi sebelah pagi), dan di antara ‘Asar sehingga terbenam matahari (bagi sebelah petangnya).”

Dalil Dari al-Qur’an Berkenaan Zikir Pagi dan Petang:

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah dengan sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.” (Surah al-Ahzaab, 33: 41-42)

Al-Jauhari (seorang ahli bahasa Arab) berkata:

““َأَصِيلا” membawa maksud waktu di antara ‘Asar sehingga Maghrib.”

“Maka bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah keampunan bagi dosa-dosamu dan bertasbihlah lalu memuji Tuhan-mu di waktu pagi dan petang.” (Surah al-Mu’min, 40: 55)

“َالإبْكَارِ” ertinya adalah “awal waktu siang”. Manakala “الْعَشِيِّ” ertinya adalah “akhir waktu siang hari”.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah dengan memuji Tuhan-mu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam (matahari).” (Surah Qaaf, 50: 39)

Penafsiran tersebut adalah berdasarkan apa yang telah disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam melalui hadis-hadisnya. (Lihat penjelasan Imam Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Shahih al-Wabilish Shayyib, m/s. 165-166)

LAFAZ-LAFAZ ZIKIR DI WAKTU PAGI

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

“Aku berlindung kepada Allah dari gangguan Syaitan yang terkutuk”

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

“Allah, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa sahaja yang berada di hadapan mereka, dan di belakang mereka serta apa yang mereka tidak ketahui dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Surah al-Baqarah, 2: 255) (dibaca 1 kali)[20]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (١)اللَّهُ الصَّمَدُ (٢)لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣)وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

“Katakanlah: “Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah (Tuhan) di mana setiap sesuatu bergantung kepada-Nya. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya”.” (Surah al-Ikhlas, 112: 1-4) (dibaca 3 kali)[21]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (١)مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (٢)وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣)وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (٤)وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

“Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai (waktu) Subuh dari kejahatan makhluk-Nya. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita. Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang meniup simpulan tali. Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki”.” (Surah al-Falaq, 113: 1-5) (dibaca 3 kali)[22]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (١)مَلِكِ النَّاسِ (٢)إِلَهِ النَّاسِ (٣)مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (٤)الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (٥)من للجنة والناس

“Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan (ilah) manusia. Dari kejahatan (bisikan) Syaitan yang biasa bersembunyi. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada-dada manusia. Dari golongan jin dan manusia.” (Surah an-Nas, 114: 1-6) (dibaca 3 kali)[23]

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِيْ هَذَا الْيَوْمِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيْ هَذَا الْيَوْمِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَسُوْءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ

“Kami telah memasuki waktu pagi dan kerajaan (kuasa pemerintahan) hanya miliki Allah, segala puji hanya milik Allah. Tidak ada tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya pujian. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, aku meminta kepada-Mu kebaikan di hari ini dan kebaikan selepasnya. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan hari ini dan kejahatan selepasnya. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan dan keburukan di hari tua. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka dan siksa kubur.” (dibaca 1 kali)[24]

اَللَّهُمَّ بِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوْتُ وَإِلَيْكَ النُّشُوْرُ

“Ya Allah, dengan rahmat serta pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat serta pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang. Dengan rahmat serta kehendak-Mu kami hidup dan dengan rahmat serta kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu kebangkitan (bagi semua makhluk).” (dibaca 1 kali)[25]

Membaca SAYYIDUL ISTIGHFAR:

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah, Engkau adalah Tuhan-ku, tidak ada tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Engkau, Engkau-lah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia terhadap perjanjian-Mu dengan sedaya upaya. Aku berlindung kepada-Mu dari sebarang keburukan yang aku timbulkan. Aku mengakui nikmat-Mu (yang diberikan) kepadaku dan aku mengakui dosaku, maka dengan itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau. (dibaca 1 kali)[26]

اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ بَدَنِيْ، اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ سَمْعِيْ، اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ بَصَرِيْ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah, selamatkanlah tubuhku (dari penyakit dan dari apa yang tidak aku inginkan). Ya Allah, selamatkanlah pendengaranku (dari penyakit dan maksiat atau dari apa yang tidak aku inginkan). Ya Allah, selamatkanlah penglihatanku, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran. Aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau.” (dibaca 3 kali)[27]

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ، اَللَّهُمَّ احْفَظْنِيْ مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِيْ، وَعَنْ يَمِيْنِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ، وَمِنْ فَوْقِيْ، وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebaikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebaikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga, dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak patut dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari perasaan takut. Ya Allah, peliharalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri, dan dari atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu, supaya aku tidak disambar dari bawahku (aku berlindung dari dibenamkan ke dalam bumi).” (dibaca 1 kali)[28]

اَللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيْكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ، وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ، وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِيْ سُوْءًا أَوْ أَجُرُّهُ إِلَى مُسْلِمٍ

“Ya Allah, Yang Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib dan yang nyata. Ya Tuhan Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu yang Mengetuainya (menjadi Raja kepadanya). Aku mengakui bahawa tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, kejahatan Syaitan dan ajakan-ajakan menyekutukan Allah, dan (aku berlindung kepada-Mu) dari melakukan keburukan ke atas diriku serta (lindungilah aku) dari mendorong Muslim yang lain kepadanya.” (dibaca 1 kali)[29]

بِسْمِ اللهِ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

“Dengan menyebut Nama Allah, yang dengan nama-Nya tiada suatu pun yang dapat memberi bahaya, sama ada yang berada di bumi atau pun di langit. Dialah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (dibaca 3 kali)[30]

رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِاْلإِسْلاَمِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا

“Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam sebagai Nabiku (yang diutus oleh Allah).” (dibaca 3 kali)[31]

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ

“Ya Allah (Tuhan) Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri sendiri (tidak memerlukan kepada sesuatu) dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan, perbaikilah segala keadaan dan urusanku serta janganlah Engkau biarkan aku walaupun hanya untuk sebentar (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu).” (dibaca 1 kali)[32]

أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ اْلإِسْلاَمِ وَعَلَى كَلِمَةِ اْلإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيْمَ، حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ

“Di waktu pagi kami berada di atas fitrah Islam, kalimah yang ikhlas (Syahadatain), agama Nabi kami Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam dan agama ayah kami, Ibrahim, yang berdiri di atas jalan yang lurus (Muslim) dan tidak tergolong dari kelompok orang-orang muysrik.” (dibaca 1 kali)[33]

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji. Dan dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.” (dibaca 10 kali[34] atau 1 kali[35])

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

“Tidak ada tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji. Dan Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.” (dibaca setiap hari 100 kali. Boleh dibaca pada waktu pagi atau petang)[36]

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

“Maha suci Allah, aku memuji-Nya sebanyak bilangan makhluk-Nya, Maha Suci Allah dengan keredhaan-Nya, Maha Suci Allah seberat timbangan ‘Arsy-Nya, dan Maha Suci Allah sebanyak dakwah (menulis kalimah-Nya).” (dibaca 3 kali)[37]

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal, dan amalan yang diterima.” (dibaca 1 kali)[38]

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

“Maha Suci Allah, aku memuji-Nya” (dibaca 100 kali)[39]

أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ

“Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.” (dibaca setiap hari 100 kali. Boleh dibaca di waktu pagi atau petang)[40]

LAFAZ-LAFAZ ZIKIR DI WAKTU PETANG

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

“Aku berlindung kepada Allah dari gangguan Syaitan yang terkutuk.”

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

“Allah, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Tidak ada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa sahaja yang berada di hadapan mereka, dan di belakang mereka serta apa yang mereka tidak ketahui dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (Surah al-Baqarah, 2: 255) (dibaca 1 kali)[41]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (١)اللَّهُ الصَّمَدُ (٢)لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (٣)وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

“Katakanlah: “Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah (Tuhan) di mana setiap sesuatu bergantung kepada-Nya. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya”.” (Surah al-Ikhlas, 112: 1-4) (dibaca 3 kali)[42]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (١)مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (٢)وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣)وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (٤)وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

“Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai (waktu) Subuh dari kejahatan makhluk-Nya. Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita. Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang meniup simpulan tali. Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki”.” (Surah al-Falaq, 113: 1-5) (dibaca 3 kali)[43]

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (١)مَلِكِ النَّاسِ (٢)إِلَهِ النَّاسِ (٣)مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (٤)الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (٥)من للجنة والناس

“Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan (ilah) manusia. Dari kejahyatan (bisikan) Syaitan yang biasa bersembunyi. Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada-dada manusia. Dari golongan jin dan manusia.” (Surah an-Nas, 114: 1-6) (dibaca 3 kali)[44]

أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى الْمُلْكُ لِلَّه ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِيْ هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدهَا وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيْ هَذِهِ اللَّيْلَةِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهَا ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَسُوْءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ

“Kami telah memasuki waktu petang dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji hanya milik Allah. Tidak ada tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya pujian. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan di malam ini dan kebaikan selepasnya. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan malam ini dan kejahatan selepasnya. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan dan keburukan di hari tua. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa Neraka dan siksa kubur.” (dibaca 1 kali)[45]

َللَّهُمَّ بِكَ أَمْسَيْنَا، وَبِكَ أَصْبَحْنَا، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوْتُ وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ

“Ya Allah, dengan rahmat serta pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang dan dengan rahmat serta pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi. Dengan rahmat dan kehendak-Mu kami hidup dan dengan rahmat dan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu temapt kembali (bagi semua makhluk).” (dibaca 1 kali)[46]

Membaca SAYYIDUL ISTIGHFAR:

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah, Engkau adalah Tuhan-ku, tidak ada tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Engkau, Engkau-lah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia terhadap perjanjian-Mu dengan sedaya upaya. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan (apa) yang aku timbulkan. Aku mengakui nikmat-Mu (yang diberikan) kepadaku dan aku mengakui dosaku, maka dengan itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau. (dibaca 1 kali)[47]

اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ بَدَنِيْ، اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ سَمْعِيْ، اَللَّهُمَّ عَافِنِيْ فِيْ بَصَرِيْ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah, selamatkanlah tubuhku (dari penyakit dan dari apa yang tidak aku inginkan). Ya Allah, selamatkanlah pendengaranku (dari penyakit dan maksiat serta dari apa yang tidak aku inginkan). Ya Allah, selamatkanlah penglihatanku, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kekafiran. Aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan engkau.” (dibaca 3 kali)[48]

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ، اَللَّهُمَّ احْفَظْنِيْ مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِيْ، وَعَنْ يَمِيْنِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ، وَمِنْ فَوْقِيْ، وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ

“Ya Allah, aku memohon kebaikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon kebaikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkanlah aku dari perasaan takut. Ya Allah, peliharalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri, dan dari atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu, agar aku tidak disambar dari bawahku (aku berlindung dari dibenamkan ke dalam bumi).” (dibaca 1 kali)[49]

اَللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيْكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ، وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ، وَأَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِيْ سُوْءًا أَوْ أَجُرُّهُ إِلَى مُسْلِمٍ

“Ya Allah, Yang Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib dan yang nyata. Ya Tuhan Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu yang Mengetuainya (menjadi Raja kepadanya). Aku mengakui bahawa tidak ada tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, kejahatan Syaitan dan ajakan-ajakan menyekutukan Allah, dan (aku berlindung kepada-Mu) dari melakukan keburukan ke atas diriku serta (lindungilah aku) dari mendorong Muslim yang lain kepadanya.” (dibaca 1 kali)[50]

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

“Dengan menyebut Nama Allah, yang dengan nama-Nya tiada sesuatu pun yang dapat memberi bahaya, sama ada yang berada di bumi atau pun di langit. Dialah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (dibaca 3 kali)[51]

رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِاْلإِسْلاَمِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا

“Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam sebagai Nabiku (yang diutus oleh Allah).” (dibaca 3 kali)[52]

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ

“Ya Allah (Tuhan) Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri sendiri (tidak memerlukan kepada sesuatu) dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan, perbaikilah segala keadaan dan urusanku serta janganlah engkau biarkan aku walaupun hanya sebentar (tanpa mendapat pertolongan dari-Mu).” (dibaca 1 kali)[53]

أَمْسَيْنَا عَلَى فِطْرَةِ اْلإِسْلاَمِ، وَعَلَى كَلِمَةِ اْلإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيْمَ، حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ

“Di waktu petang kami berada di atas fitrah Islam, kalimah yang ikhlas (Syahadatain), agama Nabi kami Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam dan agama ayah kami, Ibrahim, yang berdiri di atas jalan yang lurus (Muslim) dan tidak tergolong dari kelompok orang-orang muysrik.” (dibaca 1 kali)[54]

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji. Dan dia Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.” (dibaca 10 kali[55] atau 1 kali[56])

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan sesuatu yang diciptakan-Nya.” (dibaca 3 kali)[57]

ZIKIR-ZIKIR SELEPAS SOLAT FARDHU

أَسْتَغْفِرُ اللهَ (٣×) اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ

“Aku memohon ampun kepada Allah (3x). Ya Allah, Engkau pemberi keselamatan, dan dari-Mu keselamatan, Maha Suci Engkau, wahai Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.”[58] (dibaca pada setiap kali selepas solat fardhu)

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ، اَللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

“Tiada Tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala puji. Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Ya Allah, tidak ada yang menghalang apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang memberi apa yang Engkau halang. Tidak berguna kekayaan dan kemuliaan itu bagi pemiliknya bagi menghadapi siksa-Mu.”[59]

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ

“Tiada Tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan puji. Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan upaya melainkan (dengan pertolongan) Allah. Tiada Tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Allah. Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya. Bagi-Nya nikmat, anugerah, dan pujian yang baik. Tiada Tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Allah, dengan memurnikan ibadah kepada-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya.”[60]

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

“Tiada Tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala puji. Dia-lah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dia-lah Yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.” (dibaca 10 kali setiap kali selepas solat Maghrib dan Subuh)[61]

اَللَّمَ أَعِنِّّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, serta beribadah dengan baik kepada-Mu.”[62]

- سُبْحَانَ اللهِ - وَالْحَمْدُ لِلَّهِ - وَاللهُ أَكْبَرُ -

“Maha Scui Allah.” (33 kali) “Segala puji bagi Allah.” (33 kali) “Allah Maha Besar.” (33 kali)

Kemudian ianya dilengkapkan menjadi seratus dengan membaca:

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

“Tiada Tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala puji. Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.”[63]

Kemudian membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas di setiap kali selepas solat fardhu.
[64]

Membaca ayat Kursi di setiap kali selepas solat fardhu.
[65]

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amal yang diterima.”[66]

CATATAN PENTING BERKAITAN KESALAHAN-KESALAHAN LAZIM DALAM SOLAT

Begitu banyak sekali kesalahan yang dilakukan oleh orang ramai setelah solat fardhu. Tetapi, kebanyakan mereka tidak menyedari akan perbuatan mereka itu adalah suatu yang salah dan tidak bersandarkan kepada dalil-dalil yang tsabit. Iaitu di mana mereka beramal tanpa mengikuti petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang shahih.

Di antara kesalahan-kesalahan yang dimaksudkan adalah:

1 – Menyapu muka sebaik setelah salam.
[67]

2 – Berdoa dan berzikir secara berjama’ah dengan dipimpin oleh imam solat.
[68]

3 – Berzikir dengan bacaan yang tidak ada dalilnya, sama ada dari sudut lafaz atau pun bilangannya. Malah sebahagian dari mereka mengamalkan zikir berdasarkan hadis-hadis yang dhaif (lemah) dan maudhu’ (palsu).

Contoh:

- Selepas salam, mereka melafazkan al-hamdulillah.

- Membaca surah al-Fatihah, dan

- Membaca beberapa ayat-ayat terakhir dari surah al-Hasyr serta selainnya.

4 – Mengira zikir yang dibaca dengan menggunakan biji tasbih atau yang seumpama dengannya. Tidak ada satu pun hadis yang shahih berkenaan perbuatan mengira bacaan zikir dengan menggunakan biji-bijian tasbih. Malahan, sebahagian hadis berkenaan dengannya adalah maudhu’ (palsu).
[69] Syaikh al-Albani rahimahullah menyatakan, “Berzikir dengan biji-biji tasbih adalah bid’ah.”[70]

Syaikh Bakr bin ‘Abdillah Abu Zaid rahimahullah menjelaskan bahawa berzikir dengan menggunakan biji-biji tasbih adalah menyerupai perbuatan orang-orang Yahudi, Nasrani, Budha, dan perbuatan tersebut adalah bid’ah dholalah.
[71]

Tatacara yang disunnahkan di dalam melaksanakan zikir adalah dengan menggunakan jari-jari tangan:

“Dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma, dia berkata: “Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam mengira bacaan tasbih (dengan jari-jari) tangan kanannya”.”
[72]

Dalam persoalan ini, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri memerintahkan Sahabat wanita supaya mengira “Subhanallah, alhamdulillah, dan mensucikan Allah dengan jari-jari, kerana jari-jari tersebut akan ditanya dan diminta untuk berbicara (pada hari kiamat).
[73]

5 – Berzikir dengan suara keras (kuat/nyaring) dan beramai-ramai (secara berjama’ah).

Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan kita supaya berzikir dengan suara yang tidak keras (dengan perlahan). (Rujuk surah al-A’raaf, 7: ayat 55 dan 205, lihat Tafsir Ibni Katsir berkenaan ayat tersebut).

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam melarang berzikir dengan suara yang keras sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhari, Muslim, dan selainnya.

Imam asy-Syafi’i rahimahullah menganjurkan supaya imam atau makmum tidak mengeraskan bacaan zikir.
[74]

6 – Membiasakan berdoa di setiap selepas solat fardhu dan dengan mengangkat (menadah) tangan. Perbuatan ini sebenarnya tiada contohnya dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam.
[75]

7 – Saling bersalam-salaman dengan para jama’ah solat sebaik sahaja selesai solat fardhu berjama’ah. Padahal, tidak ada pun contoh dari mana-mana para Sahabat atau pun Salafush Soleh radhiyallahu ‘anhum yang melakukan amalan tersebut. Jika sekiranya perbuatan tersebut adalah baik, maka sudah pasti riwayatnya akan sampai kepada kita, dan ulama akan menukil serta menyampaikannya kepada kita dengan sandaran yang shahih.

Para ulama menyatakan bahawa perbuatan tersebut adalah bid’ah yang diada-adakan di dalam agama.
[76]

Perbuatan atau amalan berjabat tangan adalah dianjurkan, akan tetapi menetapkannya sebagai suatu amalan di setiap kali selesai solat fardhu adalah tidak ada contoh mahu pun sandarannya dari sunnah. Wallahu a’lam bish shawwab.

BIBLIOGRAFI

1 – Tafsir al-Qur’an al-Azim (Ibnu Katsir), al-Hafiz ‘Imadudin Abul Fida’ Ismail bin Katsir al-Qurasyi ad-Dimasyqi, cet. Maktabah Darus Salam th. 1413H.

2 – Shahih al-Bukhari, Imam Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari, cet. Darus Salam, Riyadh th. 1417H dan cet. Darul Fikr, Beirut th. 1401.

3 – Shahih Muslim, Imam Abu Husain Muslim bin Hajjaj al-Qusyairi an-Naisaburi, tahqiq dan tarqim Muhammad Fu’ad ‘Abdul Baqi cet. Darul Hadis, Kairo th. 1412H dan cet. Darul Fikr, Beirut.

4 – Sunan Abi Daud, Imam Abu Daud Sulaiman bin al-Asy’ats as-Sijistani, cet. Baitul Afkar ad-Dauliyah, Riyadh th. 1420H.

5 – Jami’ at-Tirmidzi (Sunan at-Tirmidzi), Imam Abu ‘Isa bin Saurah at-Tirmidzi, cet. Baitul Afkar ad-Dauliyah, Riyadh th. 1420H.

6 – Sunan an-Nasa’i, Imam ‘Abdurrahman Ahmad bin Syu’aib bin ‘Ali an-Nasa’i, syarah al-Hafiz Jalauddin as-Suyuti, cet. Darul Fikr, Beirut th. 1348H.

7 – Sunan Ibni Majah, Imam Abu ‘Abdillah Muhmmad bin Yazid Ibnu Majah, cet. Baitul Afkar ad-Dauliyah, Riyadh th. 1420H.

8 – Sunan ad-Darimi, Imam Abu Muhammad ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman bin Fadhl bin Bahram ad-Darimi, cet. Darul Fikr, Kairo th. 1398H.

9 – Mawariduzh Zham’an ila Zawa’idi Ibni Hibban, al-Hafiz Nuruddin ‘Ali bin Abi Bakr al-Haitsami, cet. Darul Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut.

10 – al-Mustadrak, Imam al-Hakim Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘Abdillah an-Naisaburi, talkhish al-Hafiz adz-Dzahabi, cet. Darul Fikr, Beirut th. 1398H.

11 – al-Musnad, Imam Ahmad bin Hanbal.

12 – al-Adabul Mufrad, Imam al-Bukhari.

13 – ‘Amalul Yaum wa-Lailah, Imam an-Nasa’i, cet. Darul Fikr.

14 – ‘Amalul Yaum wal-Lailah, Imam Ibnus Sunni, tahqiq dan tahkrij Abu Muhmmad ‘Abdurrahman Kansar al-Barni, cet. Darul Qiblat, Jeddah.

15 – Misykatul Mashabih, Muhammad ‘Abdillah al-Khatib at-Tibrizi, tahqiq Muhammad Nashiruddin al-Albani.

16 – Shahih al-Adabil Mufrad, Imam Muhammad Nashiruddin al-Albani, cet. 2 Dar ash-Shiddiq 1415H.

17 – Shahih Sunan Abi Daud bi Ikhtisharis Sanad, Muhammad Nashiruddin al-Albani, cet. Maktabah at-Tarbiyah al-‘Arabi li Duwal al-Khalij th. 1408H.

18 – Shahih Sunan at-Tirmidzi bi Ikhtisharis Sanad, Muhammad Nashiruddin al-albani, cet. 1 Maktabah at-Tarbiyah al-‘Arabi li Duwal al-Khalij th. 1408H.

19 – Shahih Sunan Ibni Majah bi Ikhtisharis sanad, Muhammad Nashiruddin al-Albani, cet. 1 Maktabah at-Tarbiyah al-‘Arabi li Duwal al-Khalij th. 1408H.

20 – Shahih Ibni Khuzaimah, Imam Abu Bakar Muhammad bin Ishaq bin Khuzaimah as-Sulami an-Naisaburi, cet. Al-Maktab al-Islami.

21 – Shahih al-Jami’ish Shaghir, Muhammad Nashiruddin al-Albani.

22 – Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah, Muhammad Nashiruddin al-albani, cet. Maktabah al-Ma’arif.

23 – Silsilah al-Ahadis adh-Dha’ifah, Muhammad Nashiruddin al-Albani.

24 – Shahih at-Targhib wat Tarhib 1-3, cet. 1 Maktabah al-Ma’arif 1412H.

25 – Majmu’ Fatawa, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baaz, cet. Darul Qasim 1420H.

26 – al-Adzkar, Imam Abu Zakariyya Muhyiddin Yahya bin Syaraf an-Nawawi, wafat 676H.

27 – Shahih Kitab al-Adzkar wa Dha’ifah, Abu Usamah Salim bin ‘Ied al-Hilali, cet. 1 Maktabah al-Ghuraba’, Madinah 1413H.

28 – al-Kalimuth Thayyib, Syaikhul Islam Taqiyyudin ahmad bin ‘abdul Halim Ibnu Taimiyah al-Harrani ad-Dimasyqi, tahqiq al-Albani, cet. 1 Maktabah al-Ma’arif, Saudi Arabia tahun 1422H/2001M.

29 – Shahih al-Wabilish shayyib minal Kalimith Thayyib, Ibnu Qayyim al-Jauziyah, tahqiq dan takhrij Syaikh Salim ‘Ied al-Hilali, cet. 3 Dar Ibnil Jauzi tahun 1416H.

30 – Tashhihud Du’a, Syaikh Bakr bin ‘Abdillah Abu Zaid, cet. 1 Darul ‘Ashimah 1419H.

31 – Hisnul Muslim min Adzkaril Kitab was Sunnah, Syaikh Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahthani, cet. 5 tahun 1421H.

32 – Wirdush Shabab wal Masa’ minal Kitab was Sunnah, Syaikh Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahthani, cet. 2 tahun 1411H.

33 – Fathul Bari Syarh Shahih al-Bukhari, al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, cet. Darul Fikrm, Beirut.

34 – Tuhfatul Ahwadzi Syarh Sunan at-Tirmidzi, cet. Darul Fikr.

35 – Syarhun Nawawi li Shahih Muslim, cet. Darul fikr.

36 – Zaadul Ma’ad fi Hadyi Khairil ‘Ibad, Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan ‘Abdul Qadir al-Arnauth, cet. Ke-25 Mu’assasah ar-Risalah, Beirut 1412H.

37 – al-I’tisham, Imam asy-Syatibi, tahqiq Abu Usamah Salim bin ‘Ied al-Hilali, cet. Dar Ibni ‘Affan th. 1412H.

38 – as-Sunah wal Mubtada’at, ‘Amr ‘Abdul Mun’im Salim, cet. 1 Mu’assasah ar-Rayyan 1420H.

39 – al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Musollin, Syaikh Masyhur Hasan Salman Alu Salman, cet. 4 Dar Ibnil Qayyim 1416H.

40 – Majma’uz Zawa’id wa Manba’ul Fawa’id, al-Hafiz Nuruddin ‘Ali bin Abi Bakar al-Haitsami, cet. Darul Kitab al-‘Arabi, Beirut th. 1402H.

41 – Dan kitab-kitab lainnya.


Footneote:

[1] Hadis Riwayat at-Tirmidzi (no. 3377), Ibnu Majah (no. 3790). Lihat juga Shahih at-Tirmidzi (3/139, no. 2688) dan Shahih Ibni Majah (2/316, no. 3057), dari Sahabat Abud Darda’ radhiyallahu ‘anhu.
[2] Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 6407 – Fathul Bari 11/208). Imam Muslim meriwayatkan dengan lafaz sebagaimana berikut: “Perumpamaan rumah yang digunakan untuk berzikir kepada Allah dengan rumah yang tidak digunakan untuk berzikir, adalah seperti orang hidup dengan orang yang mati.” (Shahih Muslim (no. 779 (211)). Dari Abu Musa al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu)
[3] Ma’rifat diperolehi dengan cara:
1 – Mempelajari al-Qur’an dan as-Sunnah berdasarkan kefahaman para Sahabat radhiyallahu ‘anhum.
2 – Mengamalkan segala yang wajib, sunnah, dan menjauhi apa yang dilarang di dalam agama.
3 – Ikhlas dalam beramal.
4 – Sentiasa mengikuti sunnah dan petunjuk dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam.
5 – Sentiasa berzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
[4] Hadis Riwayat Ahmad (5/239) dan at-Timidzi (no. 3377)
[5] Hadis Riwayat Muslim (no. 2699) dan selainnya.
[6] Di antara contoh kalimah yang ringan di lidah dan berat di timbangan serta dicintai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Maha Suci allah, aku memuji-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung.” (Hadis shahih Riwayat al-Bukhari (no. 6406) dan Muslim (no. 2694)). Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu.
[7] Lihat Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah (no. 105). Di dalam riwayat Imam Muslim, perkataan yang dicintai oleh Allah itu ada empat: “Subhanallah, Alhamdulillah, Laa ilaaha illallaah, Allaahu akhbar.”
[8] Lihat Shahih al-Adzkar oleh Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali (1/90, no. 34)
[9] Lihat Shahih al-Adzkar oleh Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali (1/90, no. 35)
[10] Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 3293, 6403 – Fathul Bari, 6/338 dan 11/201). Muslim di dalam Syarh Muslim, 17/16-17)
[11] Hadis Riwayat Muslim (no. 2695 (32)). At-Tirmidzi (no. 3597).
[12] Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi (no. 3389) dan selainnya. Hadis hasan, lihat Shahih al-Waabilish Shayyid, m/s. 88-89)
[13] Hadis Riwayat at-Tirmidzi (no. 3429). Ibnu Majah (no. 2235). Ahmad (1/47) dan yang lainnya, dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma. Hadis ini hasan, lihat takhrijnya di dalam Shahih al-Wabilish Shayyib, m/s. 250-256).
[14] Shahih al-Wabilish Shayyib, m/s. 91.
[15] Ma’iyyah (kebersamaan) adalah satu sifat dari sifat-sifat Allah, dan ma’iyyah ini terbahagi menjadi dua:
1 – Ma’iyyah khusus, iaitu kebersamaan Allah dengan makhluk-Nya yang kita tidak tahu bagaimana kaifiyatnya (caranya), melainkan Allah lebih lebih mengetahuinya. Ma’iyyah ini mengandungi maksud bahawa Allah meliputi hamba-Nya yang dicintai, menolongnya, memberikan taufiq, menjaganya dari kebinasaan, serta seumpamanya.
2 – Ma’iyyah umum, iaitu kebersamaan Allah dengan makhluk-Nya, di mana Allah mengetahui keadaan hamba-hamba-Nya dan Allah tahu semua keadaan mereka, tindak-tanduk mereka yang zahir atau pun yang batin, dan keadaan ini tidak semestinya menunjukkan bahawa Allah menyatu dengan hamba-Nya, kerana Allah tidak boleh diserupakan dengan makhluk-Nya. Dan tingginya Allah di atas makhluk-Nya tidak menafikan kebersamaan Allah terhadap hamba-hamba-Nya, berbeza dengan makhluk, kerana keberadaan makhluk itu secara langsung akan melibatkan kedudukan atau tempat (arah). Dan di sini perlu kita fahami bahawa Allah tidak sama dengan sesuatu pun kerana kesempurnaan ilmu dan kekuasaan-Nya. (Rujuk: Ta’liq ke atas at-Tanbiihat al-Lathiifah, m/s. 45, oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baaz rahimahullah).
[16] Hadis Riwayat Ibnu Majah (no. 3792), Ahmad (2/540), al-Hakim (1/496) dan Ibnu Hibban (no. 2316 – al-Mawaarid). Sahih.
[17] Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 3705 – Fathul Bari, 7/71). Muslim (no. 2727/ Syarah M/uslim, 17/45)
[18] Diringkaskan dengan sedikit perubahan dari kitab Shahih al-Waabilish Shayyib minal Kalimith Thayyib, m/s. 82-155. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, tahqiq Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali, cet. 3, Dar Ibnil Jauzi, 1416H.
[19] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 3667), lihat Shahih Abi Daud (2/698, no. 3114) dan Misykah al-Masyabih (no. 970). Hadis ini Hasan.
[20] Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: Sesiapa yang membaca ayat ini di waktu pagi hari, maka dia dilindungi dari gangguan jin sehingga petang hari. Dan sesiapa mengucapkannya ketika petang hari, maka ia dilindungi dari (gangguan) jin sehingga pagi hari.” (Hadis Riwayat al-Hakim (1/562), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/418, no. 662). Hadis ini Shahih)
[21] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 5082), an-Nasa’i (8/250), dan at-Tirmidzi (no. 3575), Ahmad (5/312), Shahih at-Tirmidzi (no. 2829), Tuhfatul Ahwadzi (no. 3646), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/411, no. 649). Hadis ini Hasan shahih.
[22] Ibid.
[23] “Sesiapa yang membaca tiga surah tersebut di setiap waktu pagi dan petang hari, maka (tiga surah tersebut) cukup baginya dari segala sesuatu.” Iaitu ia membantu mencegah dari pelbagai gangguan kejahatan. At-Tirmidzi berkata: “Hadis ini Hasan shahih”. Hadis Riwayat Abu Daud (no. 5082), an-Nasa’i (8/250), dan at-Tirmidzi (no. 3575), Ahmad (5/312), dari ‘Abdullah bin Khubaib. Shahih at-Tirmidzi (no. 2829), Tuhfatul Ahwadzi (no. 3646), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/411, no. 649). Hadis ini Hasan shahih.
[24] Hadis Riwayat Muslim (no. 2723), Abu Daud (no. 5071), dan at-Tirmidzi (no. 3390). Hadis ini Shahih. Dari ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu.
[25] Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Adabul Mufrad (no. 1199), dan lafaz tersebut adalah milik al-Bukhari. At-Tirmidzi (no. 3391), Abu Daud (no. 5068), Ahmad (2/354), Ibnu Majah (no. 3868), dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih al-Ahadis ash-Shahihah (no. 262). Hadis ini Shahih.
[26] “Sesiapa yang membacanya dengan yakin di waktu pagi lalu dia meninggal sebelum masuk waktu petang, maka dia tergolong sebagai ahli Syurga. Dan sesiapa yang membacanya dengan yakin di waktu petang lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia tergolong sebagai ahli Syurga.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 6306, 6323), Ahmad (4/122, 125), dan an-Nasa’I (8/279-280) dari Syaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu).
[27] Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Adabul Mufrad (no. 701), Abu Daud (no. 5090), dan Ahmad (5/42) dari Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih al-Adabil Mufrad (no. 539). Hadis ini Hasan.
[28] Hadis Riwayat al-Bukhari dalam al-Adabil Mufrad (no. 1200), Abu Daud (no. 5074), Ibnu Majah (no. 3871), dan al-Hakim (1/517-518) dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih al-Adabil Mufrad (no. 912). Hadis ini Shahih.
[29] Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda kepada Abu Bakar ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu: “Ucapkanlah di waktu pagi dan petang hari serta ketika engkau hendak masuk tidur.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad (no. 1202, 1203), Ahmad (2/297). At-Tirmidzi (no. 3392), dan Abu Daud (no. 5067). Lihat Shahih at-tirmidzi (no. 2798), Shahih al-Adabil Mufrad (no. 913, 914), Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah (no. 2753). Hadis ini Shahih.
[30] “Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali di waktu pagi dan petang hari, maka tiada sesuatu pun yang akan membahayakan dirinya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (no. 3388), Abu Daud (no. 5088), Ahmad (no. 446 dan 474), tahqiq syaikh Ahmad Syakir, dan Ibnu Majah (no. 3869). Dari Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih Ibni Majah (no. 3120), al-Hakim (1/514), Shahih al-Adabil Mufrad (no. 513), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/413, no. 655). Sanadnya Shahih.
[31] Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali di waktu pagi dan petang hari, maka Allah meredhainya di hari Kiamat.” (Hadis Riwayat Ahmad (4/337), Anu Daud (no. 5072), at-Tirmidzi (no. 3389), Ibnu Majah (no. 3870), an-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal-Lailah (no. 4) dan Ibnus Sunni (no. 68), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/415, no. 657). Disahihkan oleh imam al-Hakim dalam Mustadrak (1/518) dan dipersetuji oleh imam adz-Dzahabi dengan darjat Hasan. Lihat juga Shahih al-Wabilish (2/372). Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah (no. 2686).
[32] Hadis Riwayat an-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal-Lailah (no. 575), al-Bazzar dalam Musnadnya (no. 3107) dan al-Hakim (1/545) dan Ibnus Sunni dalam ‘Amalul Yaum wal-Lailah (no. 48), dari anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih at-Targhib wat Tarhib (1/417, no. 661) dan Silsilah ash-Shahihah (no. 227). Hadis ini Hasan.
[33] Hadis Riwayat Ahmad (3/406, 407), ad-Darimi (2/292) dan Ibnus Sunni dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah (no. 34), dari ‘Abdurrahman bin Abi Abza radhiyallahu ‘anhu. Lihat Misykatul Mashabih (no. 2415) dan Shahih al-Jami’ish Shaghir (no. 4674). Hadis ini Shahih.
[34] Hadis Riwayat an-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah (no. 24), ahmad (5/420), dari Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu ‘anhu. Lihat Silsilah al-ahadis ash-shahihah (no. 113 dan 114) dan Shahih at-Targhib wat Tarhib (1/416, no. 660). Hadis ini Shahih.
[35] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 5077), Ibnu Majah (no. 3867) dari Abu ‘Ayyasy Zaid bin Shamit radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih Jami’ish Shaghir, no. 6418), Misykatul Masyabih (no. 2395) dan Shahih at-Targhib (1/414, no. 656). Shahih.
[36] Sesiapa yang membacanya sebanyak 100 kalidalam sehari, maka baginya (pahala) seperti memerdekakan sepuluh orang hamba, ditulis 100 kebaikan, dihapuskan darinya 100 keburukan, baginya perlindungan dari Syaitan pada hari tersebut sehingga petang hari. Tidaklah seseorang itu dapat mendatangkan yang lebih baik dari apa yang dibawanya melainkan dia melakukan lebih banyak lagi dari itu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 3293 dan 6403), Muslim (2691 (28)), at-Tirmidzi (no. 3468), Ibnu Majah (no. 3798), dari sahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Penjelasan: Dalam riwayat an-Nasa’i (‘amalul Yaum wal Lailah (no. 580)) dan Ibnus Sunni (no. 75) dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, lafaznya: “Sesiapa yang membaca 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang.” ... Dengan itu, zikir ini dibaca 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang. Lihat Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah (no. 2762).
[37] Hadis Riwayat Muslim (no. 2726). Syarah Muslim (17/44). Dari Juwairiyah binti al-Harits radhiyallahu ‘anhu.
[38] Hadis Riwayat Ibnu Majah (no. 925), Shahih Ibni Majah (1/152, no. 753) dan Ibnus Sunni dalam ‘amalul Yaum wal Lailah (no. 54, 110) dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anhuma. Hadis ini Shahih.
[39] Hadis Riwayat Mulism (no. 2691 dan no. 2692), dari Abu Hurairah. Lihat syarah Muslim (17/17-18), shahih at-Targhib wat Tarhib (1/413, no. 653). Jumlah atau bilangan bacaan terbanyak bagi zikir yang dibaca di waktu pagi dan petang hari adalah sebanyak 100 kali. Ada pun riwayat yang menyebutkan sehingga seribu kali adalah mungkar, kerana hadisnya dhaif. (Silsilah al-ahadis adh-Dhaifah (no. 5296).
[40] Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 6307 – Fathul Bari 11/101) dan Muslim (no. 2702). Dari Ibnu ‘Umar radhiyallhu ‘anhuma, dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Wahai manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah, sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya seratus kali sehari.”

Dalam riwayat yang lain dari Agharr al-Muzani, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: Sesungguhnya hatiku lupa padahal sesungguhnya aku beristighfar (minta ampun) kepada Allah seratus kali dalam sehari.” (Hadis Riwayat Muslim (no. 2702) (41)).

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan: “Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung, Yang tidak ada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.”

Maka Allah akan mengampuni dosanya walaupun dia pernah lari dari medan peperangan.” (Hadis Riwayat Abu Daud (no. 1517), at-Tirmidzi (no. 3577), dan al-Hakim (1/511). Lihat Shahih at-Tirmidzi (3/182, no. 2831).

Di antara ayat-ayat al-Qur’an yang menyarankan supaya kita beristighfar dan bertaubat adalah Surah Huud, 11: 3, Surah an-Nuur, 24: 31, dan Surah at-Tahrim, 66: 8.
[41] Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: Sesiapa yang membaca ayat ini di waktu pagi hari, maka dia dilindungi dari gangguan jin sehingga petang hari. Dan sesiapa mengucapkannya ketika petang hari, maka ia dilindungi dari (gangguan) jin sehingga pagi hari.” (Hadis Riwayat al-Hakim (1/562), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/418, no. 662). Hadis ini Shahih)
[42] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 5082), an-Nasa’i (8/250), dan at-Tirmidzi (no. 3575), Ahmad (5/312), Shahih at-Tirmidzi (no. 2829), Tuhfatul Ahwadzi (no. 3646), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/411, no. 649). Hadis ini Hasan shahih.
[43] Ibid.
[44] “Sesiapa yang membaca tiga surah tersebut di setiap waktu pagi dan petang hari, maka (tiga surah tersebut) cukup baginya dari segala sesuatu.” Iaitu ia membantu mencegah dari pelbagai gangguan kejahatan. At-Tirmidzi berkata: “Hadis ini Hasan shahih”. Hadis Riwayat Abu Daud (no. 5082), an-Nasa’i (8/250), dan at-Tirmidzi (no. 3575), Ahmad (5/312), dari ‘Abdullah bin Khubaib. Shahih at-Tirmidzi (no. 2829), Tuhfatul Ahwadzi (no. 3646), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/411, no. 649). Hadis ini Hasan shahih.
[45] Hadis Riwayat Muslim (no. 2723), Abu Daud (no. 5071), dan at-Tirmidzi (no. 3390), dari ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu. Hadis ini Shahih.
[46] Hadis Riwayat al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad (no. 1199), lafaz ini adalah lafaz al-Bukhari, at-Tirmidzi (no. 3391), Abu Daud (no. 5068), Ahmad (2/354), Ibnu Majah (no. 3868), dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih al-Adabil Mufrad (no. 911) dan Silsilah al-ahadis ash-Shahihah (no. 262). Hadis ini Shahih.
[47] “Sesiapa yang membacanya dengan yakin di waktu pagi lalu dia meninggal sebelum masuk waktu petang, maka dia tergolong sebagai ahli Syurga. Dan sesiapa yang membacanya dengan yakin di waktu petang lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia tergolong sebagai ahli Syurga.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 6306, 6323), Ahmad (4/122, 125), dan an-Nasa’I (8/279-280) dari Syaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu).
[48] Hadis Riwayat al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad (no. 701), Abu Daud (no. 5090), dan Ahmad (5/42). Hadis ini Hasan. Lihat Shahih Adabil Mufrad (no. 539) dari Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu.
[49] Hadis Riwayat al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad (no. 1200), Abu Daud (no. 5074), Ibnu Majah (no. 3871), dan al-Hakim (1/517-518), dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma. Lihat Shahih al-Adabil Mufrad (no. 912). Hadis ini Shahih.
[50] Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda kepada Abu Bakar ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu: “Ucapkanlah di waktu pagi dan petang hari serta ketika engkau hendak masuk tidur.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam al-Adabul Mufrad (no. 1202, 1203), Ahmad (2/297). At-Tirmidzi (no. 3392), dan Abu Daud (no. 5067). Lihat Shahih at-tirmidzi (no. 2798), Shahih al-Adabil Mufrad (no. 913, 914), Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah (no. 2753). Hadis ini Shahih.
[51] “Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali di waktu pagi dan petang hari, maka tiada sesuatu pun yang akan membahayakan dirinya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (no. 3388), Abu Daud (no. 5088), Ahmad (no. 446 dan 474), tahqiq syaikh Ahmad Syakir, dan Ibnu Majah (no. 3869). Dari Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih Ibni Majah (no. 3120), al-Hakim (1/514), Shahih al-Adabil Mufrad (no. 513), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/413, no. 655). Sanadnya Shahih.
[52] Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali di waktu pagi dan petang hari, maka Allah meredhainya di hari Kiamat.” (Hadis Riwayat Ahmad (4/337), Anu Daud (no. 5072), at-Tirmidzi (no. 3389), Ibnu Majah (no. 3870), an-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal-Lailah (no. 4) dan Ibnus Sunni (no. 68), Shahih at-Targhib wat-Tarhib (1/415, no. 657). Disahihkan oleh imam al-Hakim dalam Mustadrak (1/518) dan dipersetuji oleh imam adz-Dzahabi dengan darjat Hasan. Lihat juga Shahih al-Wabilish (2/372). Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah (no. 2686).
[53] Hadis Riwayat an-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal-Lailah (no. 575), al-Bazzar dalam Musnadnya (no. 3107) dan al-Hakim (1/545) dan Ibnus Sunni dalam ‘Amalul Yaum wal-Lailah (no. 48), dari anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih at-Targhib wat Tarhib (1/417, no. 661) dan Silsilah ash-Shahihah (no. 227). Hadis ini Hasan.
[54] Hadis Riwayat Ahmad (3/406, 407), ad-Darimi (2/292) dan Ibnus Sunni dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah (no. 34), dari ‘Abdurrahman bin Abi Abza radhiyallahu ‘anhu. Lihat Misykatul Mashabih (no. 2415) dan Shahih al-Jami’ish Shaghir (no. 4674). Hadis ini Shahih.
[55] Hadis Riwayat an-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah (no. 24), ahmad (5/420), dari Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu ‘anhu. Lihat Silsilah al-ahadis ash-shahihah (no. 113 dan 114) dan Shahih at-Targhib wat Tarhib (1/416, no. 660). Hadis ini Shahih.
[56] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 5077), Ibnu Majah (no. 3867) dari Abu ‘Ayyasy Zaid bin Shamit radhiyallahu ‘anhu. Lihat Shahih Jami’ish Shaghir, no. 6418), Misykatul Masyabih (no. 2395) dan Shahih at-Targhib (1/414, no. 656). Shahih.
[57] Hadis Riwayat Ahmad (2/290), an-Nasa’I dalam ‘amalul Yaum wal Lailah (no. 596) dan ath-Thahawi dalam Syarh Musykilil Atsar (no. 20), Shahih at-Targhib wat Tarhib (1/412, no. 652), shahih al-Jami’ish Shaghir (no. 6427).
[58] Hadis Riwayat Muslim (no. 591 (135)), Ahmad (5/275, 279), Abu Daud (no. 1513), an-Nasa’i (3/68-69), Ibnu Khuzaimah (no. 737), ad-Darimi (1/311) dan Ibnu Majah (no. 928) dari Sahabat Tsauban radhiyallahu ‘anhu.
[59] Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 844) dan Mulism (no. 593), Abu Daud (no. 1505), Ahmad (4/245, 247, 250, 254, 255), Ibnu Khuzaimah (no. 742), ad-Darimi (1/311), dan an-Nasa’i (3/70, 71), dari al-Mughirah bin syu’bah radhiyallahu ‘anhu.
[60] Hadis Riwayat Muslim (no. 594), Ahmad (4/4, 5), Abu Daud (no. 1506, 1507), an-Nasa’i (3/70), Ibnu Khuzaimah (no. 740, 741). Dari ‘Abdullah bin az-Zubair radhiyallahu ‘anhuma.
[61] Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Sesiapa setelah solat Maghrib dan Subuh membaca: (10x)

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ

Allah akan menulis setiap sekali dengan 10 kebaikan, dihapus 10 keburukan, diangkat 10 darjat, dan Allah melindunginya dari setiap keburukan, dan Allah melindunginya dari gangguan Syaitan yang terkutuk.” (Hadis Riwayat Ahmad (4/227, 5/420) dan at-Timirdzi (no. 3474)) dari Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu. At-Tirmidzi berkata: “Hadis ini hasan gharib Shahih”. (Lihat Shahih at-Targhib wat Tarhib (1/322-323, no. 474, 475, dan 477), Zaadul Ma’ad (1/300-301), dan Silsilah al-ahadis ash-Shahihah (no. 113, 114, dan 2563)).
[62] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 1522), an-Nasa’i (3/53), Ahmad (5/245) dan al-Hakim (1/273 dan 3/273) dan disahihkannya, juga disepakati oleh adz-Dzahabi, yang mana kedudukan hadis ini seperti yang disebutkan oleh keduanya, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam pernah memberikan wasiat kepada Mu’adz supaya dia mengucapkannya di setiap akhir solat.
[63] “Sesiapa yang membaca kalimah tersebut setiap kali selesai solat, kesalahan-kesalahannya akan dimaafkan walaupun ianya seperti banyaknya buih di lautan.” (Hadis Riwayat Muslim (no. 597), Ahmad (2/371, 483), Ibnu Khuzaimah (no. 750), dan al-Baihaqi (2/187)) Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu.
[64] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 1523), an-Nasa’i (3/68), Ibnu Khuzaimah (no. 755) dan al-Hakim (1/253). Lihat pula Shahih at-Tirmidzi (3/8, no. 2324) dari Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu. Ketiga surah tersebut dinamakan al-Mu’awwidzat, lihat juga Fathul Bari (9/62).
[65] “Sesiapa yang membacanya di setiap kali selepas solat, tidak ada yang menghalangnya masuk Syurga selain kematian.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal0Lailah (no. 100) dan Ibnus Sunni (no. 124) dari Abu Usamah radhiyallahu ‘anhu. Dinyatakan Shahih oleh syaikh al-Albani dalam Shahihul Jami’ dan Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah (no. 972))
[66] Hadis Riwayat Ibnu Majah (no. 925), Shahih Ibnu Majah (1/152, no. 753), dan Ibnus Sunni dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah (no. 54, 110), dan ahli hadis yang lain dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anhuma. Lihat kitab Majma’uz Zawaa’id (10/111). Hadis ini Shahih.
[67] Lihat Silsilah al-Ahadis adh-Dhaifah wal Maudhu’at (no. 660) oleh syaikh al-Albani.
[68] Al-I’tisham, imam asy-Syatibi (m/s. 455-456), tahqiq syaikh Salim al-Hilali, Fatawa al-Lajnah ad-Da’imah (7/104-105), Fatawa syaikh bin Baaz (11/188-189), as-Sunan wal Mubtada’aat (m/s. 70). “Perbuatan ini adalah bid’ah.” (al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Musollin (m/s. 304-305)).
[69] Lihat Silsilah al-Ahadis adh-Dhaifah wal Maudhu’at (no. 83 dan 1002)
[70] Silsilah al-Ahadis adh-Dhaifah (1/185).
[71] As-Subhah Tarikhuha wa Hukmuha (m/s. 101), cet. 1, Darul ‘Ashimah 1419H – syaikh Bakr bin ‘Abdillah Abu Zaid.
[72] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 1502) dan at-Tirmidzi (no. 3486), Shahih at-Tirmidzi (3/146, no. 2714), Shahih Abi Daud (1/280, no. 1330), al-Hakim (1/547), dan al-Baihaqi (2/253). Hadis ini Shahih.
[73] Hadis Riwayat Abu Daud (no. 1501), at-Tirmidzi (no. 3486), dan al-Hakim (1/547). Dihasankan oleh imam an-Nawawi dan Ibnu Hajar al-‘Asqalani.
[74] Lihat kitab Fathul Bari (2/326) dan al-Qaulul Mubin (m/s. 305)
[75] Lihat Zaadul Ma’ad (1/257) tahqiq syaikh Syu’aib al-Arnauth. Majmu’ al-Fatawa, syaikh bin Baaz (11/167-168).
[76] Al-Qaulul Mubin fi Akhtha’il Musollin (m/s. 293-294) – syaikh Masyhur Hasan Salman.