Sabtu, 9 September 2017
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?
Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) berkata:
الرجل راع لكن رعيته محصورة؛ هو راع في أهل بيته، في زوجته، في ابنه، في بنته، في أخته، في عمته، في خالته، كل من في بيته، راع في أهل بيته ومسؤول عن رعيته، يجب عليه أن يرعاهم أحسن رعاية؛ لأنه مسؤول عنهم.
كذلك المرأة راعية في بيت زوجها ومسؤولة عن رعيتها، يجب عليها، يجب أن تنصح في البيت، في الطبخ، في القهوة، في الشاي، في الفرش، لا تطبخ أكثر من اللازم، ولا تجهز الشاي أكثر مما يحتاج إليه، يجب عليها أن تكون امرأةً مقتصدة؛ فإن الاقتصاد نصف المعيشة، غير مفرطة فيما ينبغي.
مسؤولة أيضاً عن أولادها في إصلاحهم وإصلاح أحوالهم وشؤونهم، كإلباسهم الثياب، وخلع الثياب غير النظيفة، وتغيير فراشهم الذي ينامون عليه، وتغطيتهم في الشتاء وهكذا، مسؤولة عن كل هذا، مسؤولة عن الطبخ وإحسانه ونضجه، وهكذا مسؤولة عن كل ما في البيت.
“Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin bagi orang-orang yang berada di bawah pimpinannya dalam ruang lingkup yang telah dibataskan. Dia adalah pemimpin terhadap ahli rumahnya (ahli keluarganya), terhadap isterinya, terhadap anak-anaknya, anak-anak perempuannya, terhadap saudaranya yang perempuan (adik-beradik perempuan), terhadap makciknya, dan seluruh anggota keluarga yang berada di rumahnya, dia adalah pemimpin ahli keluarganya dan dia akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah pimpinannya, dia wajib memelihara dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya, kerana dia bertanggungjawab atas mereka semua.
Demikian pula dengan wanita (isteri), mereka adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya. Isteri bertanggungjawab mengatur urusan rumah, memasak, membuat minuman, semisal kopi atau teh, mengurus tempat tidur, hendaklah dia tidak berlebihan pada kelaziman urusan memasak (yakni bersikap pertengahan dan bijak dalam mengurus, tidak membazir, atau tidak pula terkurang), tidak pula berlebihan pada minuman (sehingga terlalu pekat), wajib baginya untuk berjimat-cermat dan sederhana, kerana sikap pertengahan dan tepat adalah separuh dari keperluan dalam kehidupan, tidak boleh berlebih-lebihan pada apa yang tidak diperlukan.
Dia juga bertanggungjawab terhadap anak-anaknya, pada pendidikan mereka dan menguruskan keadaan mereka, seperti mengenakan pakaian (yang baik) untuk mereka dan melepaskan pakaian yang kotor, merapikan tempat tidur mereka, memastikan pakaian/selimut mereka ketika musim sejuk, dan yang seumpamanya. Seorang isteri juga bertanggungjawab terhadap apa yang dia masak, yang baik dan matang, dan demikian pada setiap apa yang ada di rumahnya (yakni dari hal-hal yang lazim dan kebiasaan).” (Syarh Riyadh Ash-Shalihin, 3/150)
Baca dalil-dalil dan penjelasan lengkap bagi hal ini di website kami, http://www.ilmusunnah.com/adakah-memasak-termasuk-tanggungjawab-seorang-isteri/
Label:
keluarga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan