Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) menegaskan, “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Khamis, 27 Disember 2007

070 - KEPALSUAN SOLAT HAJAT DAN ALTERNATIF-NYA

KEPALSUAN SOLAT HAJAT DAN ALTERNATIF-NYA

Artikel ini adalah lanjutan daripada artikel sebelumnya bertajuk,
Antara Solat Hajat & Qunut Nazilah.

SOALAN:

Saya (penulis) sering ditanya berkenaan hukum solat hajat, dan diminta agar menjawab dengan berhujjahkan dalil-dalil syara, apakah solat hajat itu hukum sunnah atau bid’ah?

JAWAPAN:

Al-Hamdulillah, was-salatu was-salamu ‘ala Rasulullah. Menurut para ulama hadis (para muhaddis), bahawa semua hadis-hadis yang berkaitan dengan solat hajat adalah hadis dha’if belaka (hadis lemah). Tidak boleh mengamalkan hadis-hadis lemah walaupun banyak jumlahnya. Maka mendirikan solat hajat dihukum bid’ah lantaran tidak ada hadis yang sahih untuk dijadikan hujjah atau sandaran.

Menurut Imam al-Bukhari rahimahullah (dan para imam hadis yang ramai) bahawa:

“Semua para rawi yang telah aku jelaskan tentang hadis solat hajat padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya”. (Lihat: Mizanul I’tidal, Jld. 1. Hlm. 6)

Antara hadis-hadis lemah yang menjadi hujjah dan alasan kepada mereka yang melakukan solat hajat ialah:

(HADIS PERTAMA)

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللهِ حَاجَةً ، أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِيْ آدَمَ ، فَلْيَتَوَضَاُّ وَلْيُحْسِنِ الْوُضُوْءَ ، ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ، ثُمَّ الْيُثْنِ عَلَى اللهِ وَلِيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ لِيَقُلْ: لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ ، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، أَسْأَلُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ ، وَعَزَائِمِ مَغْفِرَتِكَ ، وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، لاَ تَدَعْ لِيْ ذَنْبًا اِلاَّ غَفَرْتَهُ ، وَلاَ هَمًّا اِلاَّ فَرَجْتَهُ ، وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رَضًا اِلاَّ قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ

حَدِيْثٌ ضَعِيْفٌ جِدًّا . اَخْرَجَهُ التَّرْمِذِي (1/477). وَابْنُ مَاجَه رَقَم (1348) . وَالْحَاكِمُ (1/230). كُلُّهُمْ مِنْ طَرِيْقِ فَائِدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِيْ أَوْفَى مَرْفَوْعًا

قَالَ التُّرْمِزِي: هَذَا حَدِيْثٌ غَرِيْبٌ ، فِى اِسْنَادِهِ مَقَال . فَائِدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَن يُضَعَّفُ فِى الْحَدِيْثِ ، وَفَائِدُ هُوَ أَبُوْ الْوَرْقَاء

“Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang mempuyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang dari Bani Adam, maka hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya, kemudian solat hajat dua rakaat. Setelah selesai solat hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Kemudian ia membaca doa hajat:

لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ ، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ ، اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، أَسْألُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ ، وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ ، وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ ، لاَ تَدَعْ لِيْ ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ ، وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَجْتَهُ ، وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Hadis di atas ini sangat lemah. Dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1/477). Ibnu Majah No. 1384. Dan Hakim (1/320). Semuanya dari jalan Faaid bin Abdurrahman dari Abdullah bin Abi Aufa secara marfu’.

Imam Tirmizi rahimahullah dalam riwayatnya menjelaskan tentang hadis ini bahawa:

“Hadis ini gharib (asing), pada sanadnya ada perbincangan (dipersoalkan) atau (maqal مقال) disebabkan Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan hadisnya. Dan Faaid dia adalah Abu al-Waruqa”. (Lihat: Sunan Ibnu Majah, Kitab Iqamatus Solah wa-Sunnatu Fiha. Bab Ma Jaa Fi Solatul Hajah. Hadis 189)

Didapati sanad (rawi) hadis ini sangat lemah, kerana Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan oleh ramai (sejumlah besar) ulama hadis (muhaddis). Di bawah ini dibawakan penjelasan para ulama hadis tentang Faaid bin Abdurrahman Abdul Waruqa’:

Berkata Abdullah bin Ahmad dari bapanya (Imam Ahmad rahimahullah), bahawa hadis ini termasuk “Mungkarul hadis” منكر الحديث atau orang yang ditinggalkan (tidak boleh dipakai) hadisnya.

Berkata Imam Ibnu Ma’in: Faaid binAbdulrrahman dhaif (lemah hadisnya) dan bukan orang yang siqah (tidak dipercayai).

Berkata Imam Abu Daud: Faaid bin Abdurrahman Waruqa’ tidak berguna (istilah yang bermakna lemah/perawi yang lemah).

Berkata Imam an-Nasaii: Faaid bin Abdulrrahman dia perawi yang tidak siqah atau matrukul hadis (hadisnya ditinggalkan).

Berkata Imam Abu Hatim: Hadis-hadis dari Ibn Abi Aufa batil (Faaid bin Abdurrahman meriwayatkan hadis ini dari Ibnu Abi Aufa), maka hadisnya batil.

Berkata Imam al-Hakim: Faaid bin Abdurrahman meriwayatkan hadis ini dari Ibnu Abi Aufa dan hadis-hadisnya adalah maudu’ (palsu).

Berkata Ibnu Hibban: Hadis ini adalah “Mungkarul Hadis” منكر الحديث iaitu jenis hadis yang darjat mungkar.

Berkata Imam al-Bukhari: Mungkarul Hadis. Dan menurut jarah Imam al-Bukhari:

“Bahawa setiap rawi yang telah aku katakan padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima segala riwayatnya”. (Lihat: Mizanul I’tidal. 1/6)

Dengan keterangan ini, jelaslah bahawa hadis tentang solat hajat sangat lemah kerana telah lemahkan oleh ramai ulama hadis, malah menurut sebahagian besar ahli hadis (ulama hadis/muhaddis) ia adalah hadis palsu, mungkar atau matruk (ditinggalkan).

Oleh yang demikian, mengamalkan solat hajat untuk tujuan-tujuan tertentu seperti ingin lulus dalam peperiksaan, ingin menunaikan sesuatu hajat, sebelum berpergian atau sebagainya, maka ia adalah perbuatan bid’ah yang diada-adakan, kerana tidak ada keterangan, dalil atau hujjah yang sahih yang membolehkannya.

(HADIS KEDUA)

Bantahan terhadap Syaid Sabiq rahimahullah:

عَنْ اَبِيْ الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : يَا اَيُّهَا النَّاسُ ، إِنِّيْ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَنْ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوْءَ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ يُتِمُّهُمَا أَعْطَاهُ اللهُ مَا سَأَلَ مُعَجَّلاً أَوْ مُؤَخَّرًا

حَدَيْثٌ ضَعِيْفٌ . رَوَاهُ أَحْمَدُ فِى الْمُسْنَدِ 6/332 – 443

“Dari Abi ad-Darda’ radiallahu ‘anhu berkata: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda!: Barangsiapa yang berwuduk, lalu dia sempurnakan wuduknya, kemudian melakukan solat dua rakaat dengan sempurnanya, nescaya Allah akan menunaikan segala hajatnya (apa sahaja yang diminta) cepat atau lambat”.

Hadis Lemah. Diriwayatkan oleh Ahmad dalam al-Musnad 6/442 – 443.

Hadis di atas ini lemah. Ia dimuatkan oleh Syaid Sabiq dalam kitabnya “Fiqih Sunnah”. Hadis ini dianggap oleh Syaid Sabiq sebagai hadis sahih, namun sebaliknya menurut al-Imam Nasruddin al-Albani rahimahullah bahawa hadis ini terbukti hadis yang lemah. (Lihat penjelasan Nasrudsdin al-Albani dalam kitabnya: Tamamul Minnah. Hlm 260) Hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk membolehkan solat hajat. Begitu juga hadis ini dan yang semisal dengannya tidak mempunyai syawahid.

Menurut al-Albani rahimahullah: Hadis di atas ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad rahimahullah dalam Musnadnya 6/442 - 443 dengan sanadnya yang lemah (dhaif). Di dalam sanadnya terdapat seorang rawi yang majhul (tidak dikenali/tidak diketahui), iaitu Maimun Abi Muhammad. (Lihat: Tamamul Minnah. Hlm. 260)

Dengan demikian kenyataan Syaid Sabiq rahimahullah bahawa sanad hadis ini sahih adalah merupakan kesilapan dan tasaahul (bermudah-mudah) dalam mengambil hadis sebagai hujjah syara.

Dengan penjelasan ini, diharap para ulama yang mengamalkan serta membiarkan umat mengerjakan solat hajat diketika mereka ada hajat/keperluan, seperti amalan di sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi apabila hampirnya menghadapi peperiksaan, atau juga persatuan-persatuan agama apabila ada perayaan-perayaan tertentu, masjid-masjid, surau-surau atau orang perseorangan apabila menghadapi hari-hari yang dianggap sebagai hari musibah, maka mereka (terutamanya para ulama) perlu berhujjah dengan hujjah dari syara untuk membolehkan solat hajat agar mereka tidak terjebak melakukan bid’ah yang ditegah oleh agama Islam.

Pengganti solat hajat:

1 - Adapun pengganti solat hajat apabila ada keperluan atau hajat, hendaklah solat istikharah sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis yang sahih.

Antara para Imam hadis (Ahli Hadis) yang memuatkan hadis tentang solat hajat di dalam kitab-kitab mereka kemudian melemahkannya ialah:

Imam al-Hakim. Lihat: Kitab al-Mustadrak. 1/320.

Imam at-Tirmizi: Lihat: Sunan Tirmizi 1/477.

Imam Ibnu Majah. Lihat: Hadis no. 134.

Ibn Hajar. Lihat: Kitab Tahzibut Tahzib 8/255.

Imam an-Nawawi. Lihat: Al-Azkar. Hlm. 167.

Untuk persoalan solat Istikhoroh, rujuk di sini:

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/12/065-solat-istikhoroh-sebagai-satu.html

2 – Berdoa (Secara Umum)

Iaitu berdoa secara umum tanpa menetapkan dengan kaedah-kaedah tertentu yang khusus yang tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w.. Berdoa boleh sahaja dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (al-Baqarah 2: 186)

Sebagai contoh, boleh juga berdoa di akhir solat (selepas tasyahhud dan sebelum salam), di dalam sujud dan seumpamanya yang sebagaimana disunnahkan.

“Apabila kamu duduk pada setiap dua rakaat, ucapkanlah At-Tahaiyyat …., kemudian hendaklah seseorang kamu memilih doa yang disukainya dan hendaklah ia mengajukan permohonannya kepada Allah Yang Mahaperkasa lagi Mahamulia”. (Hadis Riwayat an-Nasaii, Ahmad dan at-Thabrani dengan sanad sahih)

Menurut Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah:

“Hadis ini secara tersurat menyatakan dibenarkannya berdoa pada setiap tasyahhud sekalipun pada tasyahhud awal. Pendapat ini dikemukan oleh Ibnu Hazam”. (Rujuk: Sifat Solat Nabi oleh Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Hlm. 198. Nota kaki)

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,
Bagaimana pula dengan ayat dlm Surat Al-Fatihah yang kita selalu baca: Hanya pada Engkaulah kami sembah, dan hanya pada Engkaulah kami memohon pertolongan. Sekiranya ada apa2 hajat, apekah BID'AH utk kita mendirikan solat, memuji Tuhan kita yang berkuasa, dan kemudian kita meminta drpd-Nya? Subhanallah saudara. Bukan niat utk merendah2kan saudara, tetapi igtlah, tulisan ini mungkin 1000 orang membacanya dan mungkin menerimanya, sedangkan tulisan itu dibuat berdasarkan ilmu yg tidak seberapa.

Nawawi berkata...

wa 'alaikumussalam, diharap saudara jangan menggunakan dalil umum untuk mengkhususkan sesuatu amalan. Kerana nnT mungkin org pun boleh menggunakan kaedah berhujjah seperti saudara untuk menghalalkan pelbagai kaedah2 yang lain atas alasan saya ni ikhlas dan meminta kepada Allah bukan kepada yang lain. Kita mempersoalkan cara, tetapi bukan mempersoalan tujuan.

Kemudiannya, saya mengakui bahawa ada sebahagian ulama yang berpendapat bahawa solat sunnah dua rakaat untuk memohon doa itu dibolehkan, namun hendaklah dilakukan secara sendiri-sendiri dan bukan secara berjemaah dan mengkhususkan dengan nama/kaedah2 tertentu seperti dengan mengkhususkan surah2 tertentu dan seumpamanya.

hal yang tersebut adalah berdasarkan dalil "Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'..."

Namun, dari segi penafsiran ini, perlulah dilihat kepada perbuatan nabi dan sahabat. Bagaimana kaifiyat/kaedah Nabi dan para sahabat2 nya mengamalkan ayat ini?

Apakah dengan mengadakan solat hajat beramai2 setiap kali ada masalah?

Alternatifnya telah ada iaitu:

1 - Berdoa secara umum.
2 - Berdoa ketika sujud dalam apa2 jua solat.
3 - Berdoa melalui solat istikharah.
4 - Berdoa ketika selepas tasyahhud akhir dan sebelum salam.
5 - Solat itu sendiri merupakan doa.

Inilah antara cara yang tsabit dan sahih daripada hadis. Namun, tidak ada pula perbuatan memohon hajat dengan cara solat hajat perdana dan seumpamanya. Tidak ada juga solat hajat minta hujan... Yang ada ialah solat sunnah istisqa'. Sila kaji semula bagaimana solat sunnah istisqa' berdasarkan hadis2 yang sahih.

Terima kasih kerana memberi komen.

Tanpa Nama berkata...

kesian msyarakat kita ni nawi.. masih lagi mahu BERDALIH dengan agama, berbanding BERDALIL.. kena giatkan lagi usaha, spy yakin 100% ajaran Nabi tu telah sempurna..

kpd yg lain (yg kurang setuju dengan nawi), saya raikan niat murni anda, dan rasa ikhlas anda semua.. namun ikhlas anda tiada makna tanpa kaedah yang betul.. kalau nawi ni tersalah, betulkan dia dengan dalil yang menyanggah hujah dia.. bukan dalih yang tiada makna di sisi agama..

ingat, agama kita ni agama bijak.. agama fakta.. kenapa kita hari ni tak hebat? sbb tak jadi umat yang menguasai fakta, walaupun dalam hal agama kita sendiri.. dlm hal dunia? lebih2 lagi tak kuasai..

Tanpa Nama berkata...

Telah mengabarkan kepada kami Qutaibah, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Ibnu Abi Al Mawal dari Muhammad bin Al Munkadir dari Jabir bin Abdullah, ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengajari kami cara beristikharah dalam seluruh perkara sebagaimana beliau mengajari kami surat Al Qur'an. Beliau bersabda: \"Apabila salah seorang diantara kalian hendak melakukan suatu perkara, shalatlah dua rekaat yang bukan shalat wajib, kemudian mengucapkan: ALLAAHUMMA INNII ASTAKHIIRUKA BI'ILMIKA WA ASTA'IINUKA BIQUDRATIKA WA AS ALUKA MIN FADHLIKAL 'AZHIIM FAINNAKA TAQDIRU WA LAA AQDIRU WA TA'LAMU WA LAA A'LAMU WA ANTA 'ALLAAMUL GHUYUUB. ALLAAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU ANNA HADZAL AMRA KHAIRUN LII FII DIINII WA MA'AASYII WA 'AAQIBATI AMRII atau mengatakan FII 'AAJILI AMRII, WA AAJILIHI FAQDURHU LII WA YASSIRHU LII TSUMMA BAARIK LII FIIHI WA IN KUNTA TA'LAMU ANNA HAADZAL AMRA SYARRUN LII FII DIINII WA MA'AASYII WA 'AAQIBATI AMRII atau ia mengatakan FII 'AAJILI AMRII WA AAJILIHI FASHRIFHU 'ANNII WASHRIFNII 'ANHU WAQDUR LIL KHAIRA HAITSU KAANA TSUMMA ARDHINII BIHI beliau bersabda: "Kemudian menyebutkan hajatnya."


أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي الْمَوَالِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُنَا الِاسْتِخَارَةَ فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنْ الْقُرْآنِ يَقُولُ إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَعِينُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدِرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ قَالَ وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ

Tanpa Nama berkata...

Nasiruddin Albani Ahli Muhaddis Wahaabi yg harus dicurigai? sebab dalam banyak hal tulisan beliau kearah perpecahan ummah.Fatwa terbaru RAKYAT PALESTIN wajib tinggalkan negerinya krn Penjajahan Israil.kononya ia menjadi hak MUTLAK PENJAJAH.Celik hati murnikan minda kenali Al Bani melalui sejarah Wahhabi dan IBNU TAIMIAH. Amin

Ismail Yusof berkata...

Saya ini jahil namun terkejut bila awak awak kata solat hajat palsu sebab dasarnya hadit Dhoif. Apakah dhoif hadis disamakan dengan palsu dan tidak boleh buat?. Kata tok guru hadis dhoif tujuan fadhai boleh beramal, walaupun nabi tidak buat atau ditinggalkan ( AR TARKU ) Hadis itu tidak ada larangan dan barangkali ia dhoif tetapi hadis lain di nilai hassan oleh ? Lagi pun kaedah Ijmak Ulama dasar usul fiqh LIL MANASIL HUKUMUM AL MAQASSID. Berhati-hatilah dengan pandangan AL Bani dan WAHABIAH . Nak tanya IBNU TAIMIAH DAN NASARUDIN AL BANI bertaubat saat akhir atas sebab apa kalau awak seorang yang PEKA. Saya ikut sepanjang masa pengisian BLOK awak nyata sekali ???. ilmu tak cukup banyak jangan menyumbanan BID' AH atas dasar sendiri ?.

Ismail Yusof berkata...

Hakikatnya kalau anta jahil tanya orang yang lebih alim, baru betul kaedah belajar.Jgan asyik bertaklid buta kepa mereka yang nak menyesatkan islam. Anta minat dan tekun menulis tapi kenali dahulu siapa ' Nasirudin Al Bani, kalau tak kenal pelajari sehingga kenalinya. Saya percaya awak akan nafikan sampai mati kalau dikatakan Al BANI anak didik MUHAMAD ABDUL WAHAB ( WAHABBIAH ) anak murid Ibn. TAIMIAH,. Al BANIlah ulamak kononya tetapi Dialah yang membahagikan hadith terbaru secara songsang , berlawanan dengan Iman BUKHARI dan Imam MUSLIM , banyak sekali hadith Shahih Muslim dan Bukhari dikatakan Dhoif apabila tidak sehaluan dengan apa impian dan MISSI??. Apa jawapan tanda soal itu cari sampai dapat.Dalam bab TAUHID tolong baca Kitab YAHUDI insyaAllah terjawab mungkin. Sya tidak nak ajar anta tapi sebagi panduan untuk kebenaran kalau sebelum ini anta belum ketemui. Nasihat saya jangan tulis secara syok sendiri bertambah lagi perpecahan di kalangan umat Islam. Cuba kaji sejarah dan Tmaddun islam yang tulin, bukankah HIJAZ Atau MEKAH bumi kelahiran Nabi Muhamad saw. merupakan bumi yang dijaga oleh Allah swt. menyebabkan ABRAHAH dan tentera bergajah nak serang KAABAH dihancurkan Allah. Tapi malangnya selepas kewafatan Bagindan dan selepas kejatuhan Kerajaan OSMANIYYAH Mekah dijajah dan ditawan oleh 2 orang MUHAMAD yang didalangi Yahudi dan Nasarrani BRITAIN dan BELANDA . Tahukah anta HIJAZ, YAMAN dan RIYAD digabung dan dinamakan ARAB SAUDIAH. MUHAMAD ALSAUUD dan MUHAMAD ABDUL WAHAB bermaharajalella mengusir dan membunuh Ulamak SUNNI dan Ahlul Bait, Inikah dikata pembela Islam? , hal yang sama dengan SYIAH dan Yahudi.Saya jikut apa yang anta tulis ttg Allah ISTAWWA saya tak komen sebab nas dan hujjah Al BANI dan IBN TAIMIAH mereka ini menambah pandangan Ulamak Salafi Sooleh yang diubah suai untuk menyokong hujjah mereka WAHHABBIYAH. Nak menulis perpaksikan hidayahNya jangan ikut NAFSU.

Tanpa Nama berkata...

Ini website Wahabi ni, inform semua, kena jaga-jaga.. Wallahu a'lam.

ajoi berkata...

Assalamualaikum.. dari manakah sumber kita peroleh sesuatu maklumat ye? adakah dari sumber kedua atau terus kepada sumber pertama? contoh kalau kita nak tahu pasal kristian, adakah kita tanya pak ustaz atau tanya pope atau ulama kristian sendiri? saya cadangkan kalau nak kenal Muhammad Abdul Wahab sila baca tulisan beliau Kitabut Tawheed.. jika kita tidak membaca sendiri sumber2 asal maka tak layak untuk kita melemparkan tuduhan2 yang tidak patut.. saya bukan pendokong wahabiah.. saya hanya seorang muslim yang sukakan hujah yang berilmu.. penulis di atas telah berhujah dengan ilmu yang dia ada.. kita bagaimana?

Tanpa Nama berkata...

ada benarnya sebab sanad itu penting maqol itu wajib.. Perkara bid'ah bole merosak kan akhidah juga membantutkan jln ke syurga..ape2 kembali pd al quran dan as sunah.. barakalloh..

Tanpa Nama berkata...

Saya baru saja baca kitabut tawheed karangan Muhammad Abdul Wahhab ! Alhamdulillah atas petunjuk Allah..saya dapati semua hujah hujahnya hanya berlandaskan al Quran dan hadis2 sohih Nabi saw SAHAJA. Pelik juga macamana beliau boleh dikata kan sesat ? Mungkin agenda Yahudi, Syiah dan Orientalis barat kot ?? Sebab saya ada baca dimana Orientalis barat , Yahudi dan Syiah amat amat membenci fahaman yang di amal kan di Saudi. Mungkin kaum kuffar lebih faham diantara kebenaran fahaman Islam yang di amalkan ahlus sunnah diSaudi dan ahlus sunnah di negara asia tengara..seperti si ibu mengenal anak mereka tetapi kaum itu tidak mahu beriman. Saya bekerja sebagai pemandu pelancung selama 18 tahun,dan saya ada ajukan soalan " adakah Saudi fahaman wahabiyah ?"namun hampir semua warga Saudi tidak tahu menahu tentang Wahabi yang mereka semua jawab adalah mereka berpegang hanya pada al Quran , Sunnah Nabi saw & tauladan Khulafah ar Rasyidin dan bagi warga saudi yang tahu tentang wahabi pula mereka akan berkata ini semua agenda yahudi, iran syiah dan kristian yang beratus tahun memfitnah warga saudi dan Muhammad Abdul Wahhab. Tidak minat berdebat..

Tanpa Nama berkata...

Yang membunuh umat Islam di Hijaz adalah Muhammad Ali Pasha, Sharif Hussin bersekongkol dgn Lawrence of Arabia dan bukan Sheikh Muhammad Abd Wahab dan juga Amir Aziz Ibn Saud. Ini fakta sejarah, bukan tauhid atau feqah.