Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) menegaskan, “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Jumaat, 14 November 2008

133 - Niat Solat Dan Takbiratul Ihram

Niat Solat Dan Takbiratul Ihram

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada kepada niatnya, dan setiap orang mendapatkan bergantung dengan apa yang diniatkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Imam an-Nawawi menjelaskan, “Makna niat adalah kehendak (hasrat) untuk melakukan sesuatu. Seseorang yang hendak mengerjakan solat perlu menghadirkan niat di dalam hatinya dan fikirannya berkenaan solat yang hendak dia kerjakan dan tata caranya, seperti niat solat zuhur, atau solat fardhu dan solat-solat lainnya. Seterusnya ia memulakan ibadah ini (solat) dengan takbiratul ihram. (Lihat: Raudhatuth Tholibin, 1/224)

Menurut Ibnu Rejab al-Hambali, “Niat ialah keinginan hati.” (Lihat: Jami’ al-Ulum wa al-Hikam, hal. 36)

Pada tulisan yang lalu telah dijelaskan bahawa niat tidak perlu untuk dilafazkan dan tiada sunnahnya untuk melafazkan niat dengan rangkap-rangkap yang tertentu.

Rasulullah Memulakan solatnya dengan mengucapkan “Allahu Akhbar” iaitu sebagaimana hadis berikut,

1 – Dari Muhammad bin ‘Amr bin ‘Atha’, ia berkata, Aku telah mendengar Humaid as-Sa’di mengatakan:

“Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam hendak mengerjakan solat, beliau menghadap kiblat, kemudian mengangkat kedua tangannya dan beliau mengucapkan “Allahu Akhbar”.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 1/268. Ibnu Hibban & Ibnu Khuzaimah juga meriwayatkannya di dalam Kitab Sahihnya masing-masing)

2 – Dari Ali radhiyallahu ‘anhu, “Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memulakan solatnya dengan mengucapkan “Allahu Akhbar”, wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati...” (Diriwayatkan oleh al-Bazzar di dalam al-Musnad dan beliau mensahihkannya)

3 – Daripada al-A’raj, “Apabila beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdiri mengerjakan solat wajib, beliau bertakbir dan mengangkat kedua tangannya sejajar dengan kedua bahunya.” (al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam at-Talkhis, 3/371, menjelaskan bahawa Ahmad mensahihkan hadis ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Khallal))

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adakah ketika tangan diangkat utk takbir bersama dgn itu perlu beserta niat(lintasan hati)???

cth : bersama tangan diangkat didalam hati aku solat fardhu subuh 2 rakaat krn Allah Taala

Tanpa Nama berkata...

Ia berbalik kepada apa kah yg dimaksudkan dengan niat itu?

Ia tidak perlu dengan lafaz2 yg specific.

Wallahu a'lam.