Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) menegaskan, “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Jumaat, 27 November 2009

Wasiat Ibnu Umar: Membaca al-Qur'an Di Kubur???

Wasiat Ibnu ‘Umar, Membaca Al-Qur’an Di Kubur???

www.ilmusunnah.com

Al-Imam Al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) meriwayatkan:

Telah mengkhabarkan kepada kami Abu ‘Abdillah Al-Haafiz, telah menceritakan kepada kami Abu Al-‘Abbaas Muhammad bin Ya’quub, telah menceritakan kepada kami Al-‘Abbaas bin Muhammad, beliau berkata, aku pernah bertanya kepada Yahya bin Ma’in berkaitan qiraa’ah (membaca Al-Qur’an) di sisi kubur, maka beliau berkata:

....

Baca selengkapnya di website kami, http://www.ilmusunnah.com/wasiat-ibnu-umar-membaca-al-quran-di-kubur/

11 ulasan:

Muhammad Hanafi Bin Sulaiman berkata...

assalamualaikum...
sungguh terasa diri ini terpencil membaca entry ini...
Benar apa yg d katakan..
Namun masyarakat kini, bila d katakan tak boleh baca al-quran d atas kuburan, itu sudah d cop sebagai wahabi...
fahaman wahabi ni fahaman jahat ke??
sebenarnye mereka nak mengajak menjalankan sunnah rasul... Kenapa masih seperti asobiyyah, bg sesetengah pihak la..
wallahua'lam

Avishmael berkata...

jangan dipedulikan cakap-cakap orang yang suka sangat tuduh orang lain wahabi. Kita sudah dibentangkan dgn hujah dan dalil yg kuat lagi sahih. Beriman sajalah dgnnya. Dan di pihak kita, bagi mengelak timbul fitnah, sekiranya terdapat dlm kalangan tetangga kita yg masih mengamalkan membaca quran di atas kuburan, diamkan saja sbg tanda kita tidak bersetuju dgn amalan tersebut. Jgn dilarang kerana akan membawa padah yg besar terhadap kesatuan umat.

BUJANG SUSAH berkata...

Alhamdulillah.. satu pencerahan yang baik.

BUJANG SUSAH berkata...

Assalamualaikum tuan.. minta sedikit pencerahan jika tuan tidak keberatan.

Seperti yang kita sedia maklum dari hadis2 rasulullah yang melarang kita beribadah di perkuburan. Juga larangan menghias kubur. Cuma yang hamba sedikit kurang jelas, mengapa makam rasulullah terletaknya dalam masjid nabawi dan makam rasulullah juga dihias dgn begitu indah?

Diharap tuan dapat memberi penjelasan agar hamba tidak terkeliru.

Wassalam.

Avishmael berkata...

Wallahu a'lam. Apa yg saya tahu, memang makam rasulullah s.a.w berada dlm masjid nabawi, tetapi makam baginda s.a.w bukan dlm ruangan solat. Ada ruangan khas utk makam baginda, Abu Bakr dan Umar. Berdekatan makam baginda juga terdapat pengawal yg mengawal para jemaah drpd bersolat berdekatan dgn makam baginda s.a.w.

Ttg hiasan, wallahu a'lam. Setahu saya, apa yg kita lihat bukan makam tetapi hijab (lebih kurang mcm pagar la) yg memisahkn makam nabi s.a.w dgn ruangan dalam masjid. Hijab ini dibina utk melindungi jenazah nabi drpd dijarah (dibongkar). Terdapat peristiwa yg mana seorang raja bermimpi bhw nabi datang kepadanya dan memintanya melindungi makamnya drpd dijarah. Maka hijab pun didirikan utk melindungi kesucian makam nabi dan hijab ini di 'up-grade kan' dari masa ke masa oleh pemerintah. Wallahu a'lam. Kalau saya silap sila betulkan fakta.

Ibn Mansor berkata...

Salam..minta maaf saya mencelah..saya ingin membetulkan dimana binaan telah dibina diatas kubur nabi dan masjid telah disambung hingga ke kubur nabi adalah kerana pada masa yang lalu ade satu pemimpin yang fasik dan zalim telah menyambungkan masjid nabawi dan rumah nabi..Untuk yang lebih jelas sila lihat youtube Ustaz Rasul Dahri mengenai "solat dikuburan" dan "membina binaan diats kuburan"..Semoga ia lebih jelas..sama2 kite kongsi ilmu ini..

Selempang Merah berkata...

assalamualaikum Nilai Sri Wangsa..

Satu kupasan ilmu yang amat bagus untuk diperjelaskn secara terperinci kepada umum. Namun, jika tuan dapat menyelitkan hujah2 tersebut berdasarkan hadis Nabi s.a.w. adalah lebih baik dan lebih mantap. Izinkan saya mencedok nukilan tuan ke blog saya untuk disebarkan kepada umum.

wAllahu a'lam.. Terima kasih..

adiba berkata...

assalamualaikum..masyaAllah, selama ini telah melakukan perkara bidaah tanpa disedari..apa yg lebih malang prbuatan ini sudah senonim dgn masyrakt kita..jirus air, letak daun yg dibawa surah al-quran di ats kuburan..sedekah ayt2 dr al-quran utk si mati..saya ingin bertanya sedikit, bagaimana klu kita bercakap dgn org yg telah mati di kuburan, adakah mereka mendengarnya? adakah wajar klu kita mencabut rumput yg telah panjang, hilang tidak nmpk lagi kuburan tersebut, adakah perbuatan ini benar? skg ni ada pulak, yg letak tmpt duduk khas dekat kubur, mungkin tmpt utk baca ayt quran utk si mati. waAllahua'alam..

Avishmael berkata...

Adiba, hukum bercakap dengan orang yang telah mati dibolehkan, dan bukan bidaah. Nabi sendiri pernah diriwayatkan, selepas perang badar selesai, nabi ke medan perang kemudian baginda bercakap kepada org musyrikin makkah yg telah terkorban dalam pertempuran (dalam nada yang menempelak kekufuran mereka sewaktu hidup). Apabila Umar menyaksikan hal itu, Umar bertanya kepada nabi, "wahai nabi, mereka ini sudah mati!", Nabi menjawab, "bahkan mereka mendengar apa yang diucapkan kepada mereka".
Ucapan sebaik-sebaiknya sewaktu kita menziarahi pusara ayah bonda atau saudara semuslim kita ialah DOA. Doakan mereka. Mereka sangat hauskan doa dari orang yang masih hidup. Mereka dambakan doa pengampunan drpd org yang masih hidup. Tetapi adalah HARAM hukumnya kalau meminta si mati mendoakan kita. Orang yg dah mati tak boleh bawa manfaat kepada org yg masih hidup! Jadi, jgn buat tawassul bidaah ini!

Bg mencabut rumput pula, hal ini bertentangan dgn apa yg nabi ajar. Bahkan, Nabi dlm satu riwayat hadis pernah menunjukkan kpd para sahabat sewaktu mereka melintasi kuburan org yg disiksa, nabi memacakkan ranting yg berdaun pada kuburan tersebut. Kata nabi, selagi mana daun itu masih hidup (tidak layu), ia akan berzikir (berdoa) untuk si mati. Sungguhpun kalau kita nk kasi kubur tu nampak kemas, tak payahlah cabut, potong rumput tu kasi pendek dah lah. Kalau tumbuh lagi, potong lagi. Memangla payah sikit, tapi buat tu semuakan ibadah.

So Adibah, soal menabur bunga atau daun di atas pusara itu, berdasarkan hadis di atas, adalah dibolehkan dan tidak bidaah, asalkan tidak membawa kpd pembaziran. Tak payah la sampai nk buat "garden" atas kubur tu. hehehe

WAllahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,seperti yang tuan tahu,tuan telah memadamkan mesej yang saya beri serta tuan telah hitamkan email yahoo saya.Walaubagaimanapun tentang solat di masjid yang ada kubur itu harus dan sebahagian ulama' menyatakan sunat dengan dalil yang terdapat dalam Surah Al-Kahfi ayat 21.Kalau tuan terlalu mengikut Mannhaj Salaf,Saya boleh memberikan dalil dari ulama salaf juga.Imam Ar-Razi berpendapat pada ayat "layattakhizanna alaihim masjida"adalah "na'budallahu fihi,wa nastabqa aathar ashabal kahf bisabab dzalikal masjid"kita sembah Allah padanya serta kita jaga kesan ashabul-kahfi dengan sebab mendirikan masjid ini.Asy-Syihabul-Khafaji di dalam Hasyiah(syarah)kepada Tafsir Baydhowi ada menyebut "fi hadzihi dalil ala ittikhadzil-masajid ala quburissolihin serta di dalam Tafsir Jalalain ada menyebut "yusoli fiihi wa fa'ala dzalika ala baabil-kahfi"mereka solat dan mendirikan masjid pada pintu gua kahfi.
Tentang hadis yang tuan taip pada blog "jangan jadikan rumah kamu sebagai kubur hingga akhir" adalah dalil tentang pembacaan Al-Quran di dalam rumah dan bukan dalil solat di kuburan.Juga dalil solat sunat di dalam rumah serta daliil ini tiada kaitan langsung dengan pensyariatan bahawa haram solat di masjid yang ada kubur.Tentang hadis yang anda beri seluruh muka bumi Allah itu masjid sila rujuk kembali hadis itu dalam kitab hadis yang sebenar jangan semata-mata ambil dari sumber yang tidak tahu asal-usulnya kerana saya sendiri tidak pernah dengar pengecualian terhadap kubur walau sememangnya ada hadis yang menyatakan seluruh mukabumi Allah itu masjid.
Hadis tentang laknat Allah keatas yahudi dan nasara pula hanya untuk mereka sahaja kerana mereka menyembah kubur dan bukan membuat masjid serta mereka membuat patung pada kubur itu untuk disembah juga kubur itu dijadikan kiblat bagi mereka dan kerana itulah wurud hadis tersebut.Saya harap tuan bertanyalah kepada orang yang mengetahui kerana mereka lebih arif daripada kita wallahua'lam