Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) menegaskan, “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Selasa, 15 September 2009

163 - Sunnah Di Dalam Persoalan Ziarah Kubur

Sunnah Di Dalam Persoalan Ziarah Kubur

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Dalil Disunnahkan (disyari'atkan) menziarahi kubur:


عن بريدة بن الحصيب رضي الله عنه قال: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إني كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروها


Maksud: Dari Buraidah B. Al-Hushaib radhiyallahu 'anhu, beliau berkata:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Dulu aku pernah melarang kamu untuk menziarahi kuburan, tetapi sekarang ziarahilah. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Jana'iz, no. 1623)


فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يَزُورَ فَلْيَزُرْ وَلَا تَقُولُوا هُجْرًا


Maksud: Oleh kerana itu, sesiapa yang hendak menziarahi kubur, hendaklah dia melakukannya, dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang batil. (Hadis Riwayat an-Nasa'i, Bab ziarah Kubur, no. 2006. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan an-Nasa'i, no. 2033)


إِنِّي كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ ثَلَاثٍ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا وَلْتَزِدْكُمْ زِيَارَتُهَا خَيْرًا


Maksud: Dulu aku melarang kamu dari tiga perkara (iaitu) menziarahi kubur, tetapi sekarang, ziarahilah ia dan hendaklah ziarah yang kamu lakukan itu menambah kebaikan... (Hadis Riwayat an-Nasa'i, Kitab adh-Dhohaya, no. 4353. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan an-Nasa'i, no. 5653)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُكُمْ الْآخِرَةَ


Maksud: Dari Abi Hurairah, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

Menziarahi kubur, dengannya dapat mengingati akhirat. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Kitab Ziarah Kubur, no. 1558. Ahmad, Musnad Ahmad, 3/179, no. 1173. Dinilai Shahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Ibnu Majah, no. 1569 dan Shahih al-Jami' ash-Shoghir, no. 7829)


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ فَزُورُوهَا فَإِنَّ فِيهَا عِبْرَةً


Maksud: Dari Abi Sa'id al-Khudri, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

Sesungguhnya aku telah melarang kamu dari menziarahi kubur, tetapi sekarang, kamu sudah boleh berziarah kerana sesungguhnya di dalamnya terdapat 'ibrah (pelajaran). (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 22/466, no. 10901. al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 4/77. al-Hakim, al-Mustadrak, 3/414, no. 1335. Dan beliau menyatakannya Sahih di atas syarat Muslim. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Targhib wa at-Tarhib, no. 3543)


زِيَارَةِ الْقُبُورِ ثُمَّ بَدَا لِي أَنَّهَا تُرِقُّ الْقَلْبَ وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ فَزُورُوهَا وَلَا تَقُولُوا هُجْرًا


Maksud: Menziarahi kubur itu melembutkan hati, menitiskan air mata, dan mengingatkan kepada kehidupan akhirat. Dan janganlah kamu berkata-kata dengan perkataan yang batil/keji. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 27/47, no. 13000. al-Hakim, al-Mustadrak, 3/421, no. 1342. Hadis daripada Anas B. Malik)

Sunnah Ziarah Kubur Adalah Umum Sama ada Kubur Kaum Muslimin Atau Orang Kafir:


عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِامْرَأَةٍ عِنْدَ قَبْرٍ وَهِيَ تَبْكِي فَقَالَ اتَّقِي اللَّهَ وَاصْبِرِي


Maksud: Dari Anas B. Malik radhiyallahu 'anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah berjalan melintasi seorang perempuan yang sedang berada di perkuburan dan sedang menangis. Maka beliau pun berkata kepadanya:

Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah... (Hadis Riwayat al-Bukhari, Bab Ziarah Kubur (Kitab al-Jana'iz), 4/476, no. 1174)

Syaikh al-Albani menukilkan:


وقال العيني في (العمدة) (3 / 76): وفيه جواز زيارة القبور مطلقا، سواء كان الزائر رجلا أو امرأة: وسواء كان المزور مسلما أو كافرا، لعدم الفصل في ذلك


Maksud: Dan telah berkata al-'Aini di dalam (kitab) Syarahnya iaitu al-'Umdah (3/76): Di dalam hadis tersebut memiliki pengertian yang membolehkan perbuatan menziarahi kubur secara mutlak, sama ada lelaki mahu pun perempuan, atau yang diziarahi itu Muslim atau pun kafir disebabkan tiadanya penjelasan berkenaan dengannya. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Janaz'iz, m/s. 185, Maktabah Syamilah. Edisi Terjemahan m/s. 417, Terbitan Pustaka Imam asy-Syafi'i, Cet. 2 September 2006)

Imam an-Nawawi juga turut menjelaskan bahawa perbuatan menziarahi kubur adalah umum (dibolehkan secara mutlak) sama ada kubur orang Islam atau orang kafir:


قال النووي: وبالجواز قطع الجمهور، وقال صاحب الحاوي: لا تجوز زيارة قبر الكافر وهو غلط


Maksud: Berkata imam an-Nawawi: Secara pasti bahawa jumhur ulama membolehkan ziarah kubur. Penulis kitab al-Haawii (Abul Hasal al-Mawardi) berkata: "Tidak dibolehkan menziarahi kubur orang kafir". Dalam perkara ini, dia telah salah (gholath). (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Janaz'iz, m/s. 185, Maktabah Syamilah. Edisi Terjemahan m/s. 417, Terbitan Pustaka Imam asy-Syafi'i, Cet. 2 September 2006. Rujuk juga: Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 3/150)

Juga terdapat hadis yang menjelaskan bolehnya menziarahi kubur orang yang matinya di dalam keadaan tidak memeluk Islam. Di mana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah menziarahi kubur ibunya:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: زَارَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي فِي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِي وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِي أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِي فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ


Maksud: Dari Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu, beliau berkata:

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah menziarahi kubur ibunya lalu beliau mengangis, maka orang-orang di sekelilingnya pun turut menangis. Beliau pun bersabda:

Aku meminta izin kepada Rabb-ku untuk memberikan keampunan untuk ibuku, tetapi Dia tidak mengizinkanku. Aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya, maka Dia memberi izin kepadaku. Oleh kerana itu, ziarahlah kubur, kerana ia dapat mengingatkan kepada kematian. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Jana'iz, no. 1622)

Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan:


فيه جواز زيارة المشركين في الحياة وقبورهم بعد الوفاة لأنه اذا جازت زيارتهم بعد الوفاة ففي الحياة


“Hadis ini menunjukkan bolehnya menziarahi orang-orang musyrik yang masih hidup dan bolehnya menziarahi kuburan mereka setelah mereka meninggal. Kerana sekiranya menziarahi mereka ketika meninggal dibolehkan, sudah tentu menziarahi mereka di ketika masih hidup lebih boleh lagi.” (an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 7/45)

Tujuan Menziarahi Kubur:

Pertama:


انتفاع الزائر بذكر الموت والموتى، وأن مآلهم إما إلى جنة وإما إلى نار وهو الغرض الاول من الزيارة


Maksud: Orang yang berziarah dapat mengambil manfaat dengan mengingati kematian orang-orang yang telah meninggal dunia dan bahawasanya tempat kembali mereka hanya Syurga atau Neraka. Demikianlah tujuan pertama menziarahi kubur. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 188, Maktabah Syamilah)

Di antara lain, daripada hadis-hadis di atas dapat kita fahami bahawa menziarahi kubur dapat:

1 - Mengingati akhirat (mati),

2 - di dalamnya terdapat 'ibrah (pelajaran), dan

3 – dapat melembutkan hati.

Kedua:


نفع الميت والاحسان إليه بالسلام عليه، والدعاء والاستغفار له، وهذا خاص بالمسلم


Maksud: Memberikan manfaat kepada si jenazah (si mati) sekaligus sebagai bentuk perbuatan baik kepadanya dengan memberi salam, mendoakannya, dan memohon keampunan baginya. Yang demikian itu khusus bagi Muslim sahaja. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 189, Maktabah Syamilah)

Sunnah Mendoakan Ahli Kubur (Apabila Menziarahi Kubur):


عَنْ عَائِشَةَ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْبَقِيعِ فَيَدْعُو لَهُمْ فَسَأَلَتْهُ عَائِشَةُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَدْعُوَ لَهُمْ


Maksud: Dari 'Aisyah (beliau berkata):

Bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah pergi ke tanah perkuburan Baqi'. Kemudian, beliau mendoakan para penghuninya.

'Aisyah bertanya kepada beliau berkenaan perkara tersebut, maka beliau menjawab:

Sesungguhnya aku diperintahkan untuk mendoakan mereka. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad ahmad, 52/110, no. 24952. Sanadnya sahih berdasarkan syarat dua kitab sahih sebagaimanya dinyatakan oleh Syaikh al-Albani di dalam Ahkamul Jana'iz, m/s. 189)

Doa Ketika Menziarahi Kubur:

Dari sebuah hadis yang agak panjang:


كَيْفَ أَقُولُ لَهُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟

قَالَ: قُولِي:

السَّلَامُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَيَرْحَمُ اللَّهُ الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاَحِقُونَ


Maksud: ('Aisyah bertanya) Bagaimana harus aku katakan (doakan) kepada mereka (ahli kubur) wahai Rasulullah?

Beliau menjawab, katakanlah:

Semoga keselamatan dilimpahkan ke atas ahli kubur, dari kalangan orang Mukmin dan Muslim. Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang telah meninggal dunia terdahulu atau terkemudian. Sesungguhnya, insyaAllah kami akan menyusul bertemu kamu semua. (Hadis Riwayat Muslim, 5/102, Kitab al-Jana'iz, no. 1619)

Disunnahkan (atau dibolehkan) mengangkat tangan ketika mendoakan ahli kubur berdasarkan dari hadis yang sama:


فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ انْحَرَفَ فَانْحَرَفْتُ


Maksud: (Ketika di perkuburan Baqi') Beliau berdiri cukup lama dan kemudian mengangkat kedua tangannya tiga kali. Dan beliau pun kemudiannya terus pulang... (Hadis Riwayat Muslim, 5/102, Kitab al-Jana'iz, no. 1619)

Ketika berdoa tidak boleh menghadap ke arah kubur, tetapi hendaklah menghadap ke arah kiblat. Ini adalah kerana terdapat larangan bersolat dengan menghadap ke arah kubur. Dan terdapat pula hadis yang sahih menjelaskan bahawa doa itu adalah ibadah. (Untuk penjelasan lanjut, rujuk: al-Albani, Ahkamul Janai'z)

Disunnahkan Membuka Selipar/Kasut:

Adalah disunnahkan supaya membuka kasut/selipar ketika menziarahi kubur. Ini berdasarkan hadis berikut:


(بينما أماشي رسول الله (ص)...أتى على قبور المسلمين...فبينما هو يمشي إذ حانت منه نظرة، فإذا هو برجل يمشي بين القبور عليه نعلان، فقال: يا صاحب السبتيتين ألق سبتيتيك، فنظر، فلما عرف الرجل رسول الله (ص) خلع نعليه، فرمى بهما


Maksud: Ketika aku menemani Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, di ketika melalui perkuburan kaum Muslimin... Ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam berjalan, tiba-tiba pandangannya tertumpu kepada satu arah. Ternyata beliau melihat seorang lelaki berjalan-jalan di antara kubur dengan mengenakan sepasang terompah, maka beliau pun bersabda:

Wahai orang yang memakai dua terompah, celaka kamu, lepaskanlah kedua terompahmu itu.

Maka orang tersebut pun memandang dan ketika orang itu mengetahui bahawa yang dipandang itu adalah Rasulullah, dia pun segera melepaskan kedua terompahnya lalu melemparkan keduanya. (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 4/80. Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, 13/334, no. 3237. al-Hakim, al-Mustadrak, 3/407, no. 1328)

Berkenaan hadis ini, al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata:


والحديث يدل على كراهة المشي بين القبور بالنعال


Maksud: Dan hadis ini menunjukkan dimakruhkannya berjalan di antara kubur dengan memakai sandal (kasut/selipar/terompah). (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 199, Maktabah Syamilah)

Manakala Syaikh al-Albani berkata:


والاقرب أن النهي من باب احترام الموتى، فهو كالنهي عن الجلوس على القبر


Maksud: Yang lebih dekat dengan kebenaran adalah bahawa larangan tersebut sebagai sebuah tindakan menghormati orang-orang yang telah meninggal dunia. Ia sama juga seperti larangan duduk-duduk di atas kuburan. (Rujuk: al-Albani, Ahkamul Jana'iz, m/s. 200, Maktabah Syamilah)

Menziarahi Kubur Di Waktu Malam:

Terdapat juga contoh dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bahawa beliau menziarahi kubur di waktu malam.

Ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang agak panjang, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam keluar menziarahi perkuburan Baqi' di waktu malam dan mendoakan untuk penghuninya. (Rujuk: Hadis Riwayat Muslim, 5/102, Kitab al-Jana'iz, no. 1619)

Larangan Berhari Raya Di Perkuburan (Tidak mengadakan apa-apa majlis di perkuburan)

Hadis daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:


لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ قُبُورًا وَلَا تَجْعَلُوا قَبْرِي عِيدًا وَصَلُّوا عَلَيَّ فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ تَبْلُغُنِي حَيْثُ كُنْتُمْ

Maksud: Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti perkuburan dan jangan jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Berselawatlah ke atasku kerana sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku di mana jua kamu berada. (Hadis Riwayat Abu Daud, Bab: Ziarah al-Kubur, 5/418, no. 1746. Isnadnya sahih dan dihasankan oleh Ibnul Qayyim. Disahihkan oleh al-Albani - Rujuk: al-Albani, Shohih Sunan Abi Daud, 6/282, no. 1780. Diriwayatkan juga oleh Ahmad, Musnad Ahmad, 14/403, no. 8804 dan dinyatakan Isnadnya hasan oleh Syaikh Syu'aib al-Arnauth)

Tidak Dibenarkan Duduk Di Atas Kubur Serta Bersandar Padanya


لأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ

Maksud: Sesungguhnya jika seseorang daripada kamu duduk di atas bara api lalu ia membakar pakaiannya sehingga mengenai kulitnya, maka ia adalah lebih baik baginya dari dia duduk di atas kubur. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Bab: Larangan Duduk Di Atas Kubur dan Solat Di Atasnya, 5/93, no. 1612)

Tetapi dibenarkan (dibolehkan) duduk di tepi/sisi kubur berdasarkan hadis berikut (daripada Anas radhiyallahu 'anhu):

شَهِدْنَا بِنْتًا لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. قَالَ

وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ عَلَى الْقَبْرِ قَالَ: فَرَأَيْتُ عَيْنَيْهِ تَدْمَعَانِ

Maksud: Kami melihat ketika kematian puteri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam (iaitu Ummi Kaltsum radhiyallahu ‘anha). (Anas menyambung): “Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam duduk di atas kubur, maka aku melihat kedua-dua matanya menitiskan air mata.”

al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan duduk di atas kubur dari hadis di atas adalah duduk di sisi kubur di ketika urusan pengebumian berlangsung. (Rujuk: Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 1/269)

‘Amr bin Hazm al-Anshari radhiyallahu ‘anhu menceritakan:


رَآنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَّكِئًا عَلَى قَبْرٍ فَقَالَ: لاَ تُؤْذِ صَاحِبَ هَذَا الْقَبْرِ


Maksud: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam melihat aku bersandar kepada suatu kubur lalu beliau berkata: “Janganlah menyakiti ahli kubur ini.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 39/476, no. 24009. Isnadnya Sahih sebagaimana dinyatakan oleh Syaikh Syu'aib al-Arnauth)

Beberapa Larangan Yang Lain Berkaitan Adab di Kubur

Daripada Jabir radhiyallahu 'anhu, beliau berkata:

نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُجَصَّصَ الْقُبُورُ وَأَنْ يُكْتَبَ عَلَيْهَا وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهَا وَأَنْ تُوطَأَ

Maksud: Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam melarang dari mengkapur kubur (menyimen), menulis di atasnya (melainkan sekiranya sekadar tanda - pent.), membina sebarang binaan di atasnya dan memijaknya. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 4/206, no. 972. Beliau menyatakan: Hadis ini hasan sahih)

Dibolehkan membuat tanda sekadar pengenalan, sebagaimana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam meletakkan batu di kubur 'Umar B. Mazh'un radhiyallahu 'anhu dengan katanya:

أَتَعَلَّمُ بِهَا قَبْرَ أَخِي وَأَدْفِنُ إِلَيْهِ مَنْ مَاتَ مِنْ أَهْلِي

Maksud: Aku memberi tanda dengan batu ini untuk kubur saudaraku dan di sinilah akan dikebumikan sesiapa yang meninggal dunia dari kalangan ahli keluargaku. (Hadis Riwayat Abi Daud, 9/1, no. 2791. Dihasankan oleh al-Albani, Shohih Sunan Abi Daud, 7/206, no. 3206)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:


لأَنْ أَمْشِيَ عَلَى جَمْرَةٍ أَوْ سَيْفٍ أَوْ أَخْصِفَ نَعْلِي بِرِجْلِي أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَمْشِيَ عَلَى قَبْرِ مُسْلِمٍ وَمَا أُبَالِي أَوَسْطَ الْقُبُورِ قَضَيْتُ حَاجَتِي أَوْ وَسْطَ السُّوقِ

Maksud: Sesungguhnya, berjalan di atas bara api atau pedang atau aku ikat kasutku dengan kakiku lebih aku sukai dari berjalan di atas kubur orang Islam. Tidak ada beza keburukannya bagiku, sama ada membuang hajat di tengah perkuburan atau di tengah pasar. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Bab: Larangan Berjalan-jalan di Atas Kubur dan Duduk Di Atasnya, 5/39, no. 1556. Disahihkan oleh al-Albani, Shohih Sunan Ibnu Majah, 1/261, no. 1273)

Kesimpulan/Ringkasan:

1 – Disunnahkan menziarahi kubur bagi umat Islam sama ada yang lelaki atau wanita.

2 – Ziarah kubur tidak terhad kepada kubur-kubur yang tertentu dan khusus. Tetapi ia adalah bersifat umum kepada mana-mana kubur umat Islam (yang terdekat). Juga tidak dikhususkan kepada kubur ahli keluarga semata-mata.

3 – Dibolehkan menziarahi kubur orang kafir.

4 – Disunnahkan memberi salam ketika sampai ke kuburan, kemudian mendoakan kebaikan dan keampunan bagi si mati. Ini adalah khusus jika menziarahi perkuburan umat Islam. Serta dilarang mengucapkan kata-kata yang keji.

5 – Menziarahi kubur memiliki beberapa faedah seperti dapat mengingati kematian dan melembutkan hati.

Beberapa Contoh Tokok Tambah dan Salah Faham Masyarakat Terhadap Sunnah Menziarahi Kubur:

1 – Menziarahi perkuburan tertentu sahaja. Seperti mengkhususkan kepada kubur ahli keluarga tertentu.

2 – Berpendapat bahawa haram hukumnya menziarahi kubur orang kafir.

3 – Membacakan al-Qur'an di perkuburan. Sedangkan di kubur bukanlah tempat untuk membaca al-Qur'an.

4 – Mensedekahkan/menghadiahkan bacaan al-Qur'an atau Surah al-Fatihah kepada si mati di setiap kali menziarahi kubur.

5 – Melakukan safar (perjalanan jauh) kerana untuk menziarahi kubur-kubur tertentu. Sedangkan perbuatan tersebut adalah termasuk larangan.

6 – Mengkhususkan ziarah kubur pada hari raya.

7 – Bertahlil. Sedangkan amalan tahlilan itu adalah bid'ah, maka apatah lagi jika ia dilaksanakan di perkuburan. Maka, yang batil akan menjadi lebih batil lagi.

9 – Berdoa kepada si mati (memohon hajat kepada si mati/penghuni kubur). Seperti memintah berkat atau meminta nombor ramalan.

10 – Mengirimkan salam kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam melalui orang yang menziarahi kubur Rasulullah.

11 – Membina binaan tertentu di atas perkuburan. Seperti tembok atau malah ada yang sehingga membina seakan-akan rumah.

12 – Menjiruskan air mawar ke atas kubur.

13 – Meratap dan menangis teresak-esak di atas kubur.

Wallahu a'lam...

Khamis, 10 September 2009

162 - Solat Tarawikh Seperti Nabi

Solat Tarawikh Seperti Nabi

http://an-nawawi.blogspot.com

Setiap amal ibadah yang dilakukan dengan benar-benar berpandukan kepada sumbernya dan dengan mengharap keredhaan Allah Subahnahu wa Ta'ala akan sentiasa menjadi mudah.

Di dalam catatan ringkas ini, penulis cuba membawakan bagaimana melaksanakan solat tarawikh (qiyam ramadhan/solat malam di bulan ramadhan) yang bertepatan dengan sumber as-Sunnah yang sahih.

Definisi Solat Sunnah Tarawikh:

Solat Sunnah Tarawikh adalah merujuk kepada solat sunnah di malam hari yang dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan. Ia dilaksanakan di antara setelah selesainya solat fardhu Isya' (bersama solat sunnah selepas Isya') dan sebelum masuknya waktu Subuh.

Tuntutan Melaksanakan Solat Sunnah Tarawikh:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


Maksud: Daripada Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: Sesiapa yang mengerjakan Qiyam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala, maka akan diampuni dosanya yang lepas-lepas. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab Solat Tarawikh, 7/134, no. 1870)

Penjelasan as-Sunnah Berkenaan Solat Tarawikh Nabi:


عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ فَقَالَتْ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا قَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ فَقَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي


Maksud: Daripada Abi Salamah B. 'Abdirrahman, bahawasanya beliau pernah bertanya kepada 'Aisyah radhiyallahu 'anha:

(Beliau bertanya) Bagaimananakah solat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam ketika di bulan Ramadhan?

('Aisyah menjawab) Apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sama ada di bulan Ramadhan mahu pun di bulan-bulan selainnya, beliau tidak pernah solat malam melebihi sebelas raka'at. Beliau solat empat raka'at, jangan ditanya tentang bagus dan panjangnya. Kemudian beliau solat lagi empat raka'at, jangan ditanya tentang bagus dan panjangnya. Kemudian beliau menutup dengan tiga raka'at solat (witr). Aku bertanya (kepada Rasulullah): Wahai Rasulullah, adakah engkau tidur terlebih dahulu sebelum melaksanakan solat witir?

Rasulullah menjawab: Wahai 'Aisyah, mata aku tidur, tetapi hati aku tetap berjaga. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab Solat Tarawikh, Bab: Kebaikan Ramadhan, 7/138, no. 1874)


عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه قال : صلى بنا رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم في شهر رمضان ثمان ركعات وأوتر ، فلما كانت القابلة اجتمعنا في المسجد ورجونا أن يخرج ، فلم نزل فيه حتى أصبحنا ، ثم دخلنا ، فقلنا يا رسول الله ، اجتمعنا البارحة في المسجد ، ورجونا أن تصلي بنا ، فقال : إني خشيت أن يكتب عليكم


Maksud: Dari Jabir B. Abdillah radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pernah bersolat bersama-sama kami di bulan Ramadhan sebanyak lapan raka'at lalu beliau melaksananakan (solat) witir. Pada malam seterusnya (keesokkannya), kami pun berkumpul di masjid sambil berharap (menunggu) beliau akan keluar ke masjid. Kami terus setia menanti beliau di masjid sehingga datang waktu fajar. Kemudian kami pun menemui beliau dan bertanya:

Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami menunggumu tadi malam dengan harapan engkau akan bersolat bersam-sama kami.

Beliau menjawab: Sesungguhnya aku bimbang sekiranya solat tersebut menjadi wajib ke atas kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, al-Mu'jam ash-Shoghir, 2/127, no. 526. Abi Ya'la, Musnad Abi Ya'la, 4/370, no. 1762. Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Hibban, 10/289, no. 2450. al-Hafiz Ibnu Hajar mengisyratkan kesahihan hadis ini di dalam Fathul Bari, 4/108. al-Albani menghasankannya di dalam Kitab Solatut Tarawikh, 1/21)

Tuntutan Melaksanakannya Secara Berjama'ah:


عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ: صُمْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يُصَلِّ بِنَا حَتَّى بَقِيَ سَبْعٌ مِنْ الشَّهْرِ فَقَامَ بِنَا حَتَّى ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ ثُمَّ لَمْ يَقُمْ بِنَا فِي السَّادِسَةِ وَقَامَ بِنَا فِي الْخَامِسَةِ حَتَّى ذَهَبَ شَطْرُ اللَّيْلِ فَقُلْنَا لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ نَفَّلْتَنَا بَقِيَّةَ لَيْلَتِنَا هَذِهِ فَقَالَ إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ ثُمَّ لَمْ يُصَلِّ بِنَا حَتَّى بَقِيَ ثَلَاثٌ مِنْ الشَّهْرِ وَصَلَّى بِنَا فِي الثَّالِثَةِ وَدَعَا أَهْلَهُ وَنِسَاءَهُ فَقَامَ بِنَا حَتَّى تَخَوَّفْنَا الْفَلَاحَ قُلْتُ لَهُ وَمَا الْفَلَاحُ قَالَ السُّحُورُ


Maksud: Daripada Abi Dzar beliau berkata: Kami berpuasa bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pada bulan Ramadhan, dan beliau tidak pernah sedikit pun mengerjakan solat malam bersama kami dalam bulan tersebut sehingga berbaki tujuh hari (pada malam ke-23). Kemudian beliau solat bersama-sama kami (sebagai imam) sehingga berlalu sepertiga malam. Kemudian beliau tidak solat bersama-sama kami pada malam yang keempat. Kemudian beliau kembali solat bersama kami pada malam yang berikutnya sehingga berlalu sebahagian malam. Kami pun segera bertanya:

Wahai Rasulullah, alangkah baiknya sekiranya engkau mengerjakan solat malam bersama-sama kami pada baki malam kami ini?

Beliau menjawab: Sesungguhnya sesiapa yang solat bersama-sama imam sehingga selesai, dia akan memperolehi ganjaran (pahala) solat semalam penuh.

Kemudian beliau tidak keluar mengimami kami pada malam yang keenam, dan beliau mengimami kami lagi pada malam yang ketujuh. Beliau mengutus seseorang untuk membangunkan keluarganya dan orang-orang pun berkumpul. Lalu beliau solat mengimami kami sehinggalah kami risau akan terlewat al-Falah.

Aku bertanya (Jabir B. Nufair: perawi Abu Dzar): Apakah dia al-Falah itu?

Abu Dzar menjawab: Makan Sahur. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 3/299, no. 734. Dan beliau menyatakan bahawa hadis ini hasan sahih)

Umar Memerintahkan Solat Tarawikh Dengan 11 Raka'at:


عَنْ السَّائِبِ بْنِ يَزِيدَ أَنَّهُ قَالَ: أَمَرَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ وَتَمِيمًا الدَّارِيَّ أَنْ يَقُومَا لِلنَّاسِ بِإِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً قَالَ وَقَدْ كَانَ الْقَارِئُ يَقْرَأُ بِالْمِئِينَ حَتَّى كُنَّا نَعْتَمِدُ عَلَى الْعِصِيِّ مِنْ طُولِ الْقِيَامِ وَمَا كُنَّا نَنْصَرِفُ إِلَّا فِي فُرُوعِ الْفَجْرِ


Maksud: Dari as-Sa'ib B. Yazid, bahawasanya beliau berkata:

Umar al-Khaththab memerintahkan Ubay B. Ka'ab dan Tamim ad-Dari untuk mengimami manusia solat tarawikh dengan sebelas raka'at. Beliau menjelaskan lagi:

Dan pada ketika itu, seorang qari (imam) biasanya akan membaca ratusan ayat sehingga kami terpaksa bersandar kepada tongkat kami kerana terlalu lama berdiri. Lalu kemudian barulah kami bersurai (selesai solat) ketika hendak masuk fajar. (Hadis Riwayat Imam Malik, al-Muwaththa', 1/341, no. 232. Syaikh al-Albani menjelaskan bahawa hadis ini sanadnya sahih sekali (Sahih Jiddan), Solat Tarawikh, 1/53)

Bilangan Raka'at Solat Tarawikh:

Sebagaimana hadis di atas dijelaskan Solat malam Nabi sama ada pada bulan Ramadhan atau selainnya adalah tidak lebih dari sebelas raka'at. Dilakukan dengan dua raka'at dua raka'at.

Namun terdapat juga hadis (sebagaimana di atas) yang menjelaskan Nabi melaksanakannya dengan empat raka'at (satu salam) empat raka'at (satu salam) dan tiga witir.

Selain itu, ada juga solat malam Nabi yang bilangan raka'atnya kurang daripada itu (pelbagai) seperti tiga, lima, tujuh, atau sembilan raka'at. Ini telah dijelaskan sebagaimana di dalam artikel yang lalu: "Menutup Malam Dengan Witir".

Kesimpulan:

1 – Disunnahkan (sangat dituntut) supaya melaksanakan solat malam di bulan Ramadhan secara berjama'ah. Namun, boleh juga dilaksanakan secara individu.

2 – Nabi melaksanakan solat malam dengan tidak lebih dari sebelas raka'at. Begitu juga Umar al-Khaththab radhiyallahu 'anhu memerintahkan dilaksanakan solat malam di bulan Ramadhan secara berjama'ah dengan sebelas raka'at.

Tokok Tambah (Bid'ah) Di Dalam Solat Tarawikh:

1 – Ditambah dengan selawat di antara selang dua raka'at solat. Sedangkan solat tarawikh yang tsabit daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dilaksanakan tanpa disyari'atkan selawat.

2 – Ditokok-tambah dengan selawat-selawat yang tidak tsabit dari Nabi. Bahkan selawat tersebut turut diperlagu-lagukan.

3 – Dikhususkan dengan lebih dari sebelas raka'at seperti contohnya mesti dilaksanakan dengan 20 raka'at bagi meraih lebih ganjaran. Sedangkan perkara tersebut sama sekali tidak disandarkan kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam secara sahih.

4 – Ditokok-tambah dengan doa secara berjama'ah pada setiap selang empat raka'at solat dan pada akhir witir. Sedangkan perkara ini juga tiada sandarannya daripada Nabi.

Perhatian:

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ


Maksud: Katakanlah (Wahai Muhmmad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali Imran, 3: 31)

Selasa, 1 September 2009

161 - Beginilah Para Sahabat Nabi Merapikan Saf-saf Solat Mereka

Beginilah Para Sahabat Nabi Merapikan Saf-saf Solat Mereka

Berdasarkan kepada hadis-hadis yang sahih, di antaranya:



عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ: عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقِيمُوا صُفُوفَكُمْ فَإِنِّي أَرَاكُمْ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي وَكَانَ أَحَدُنَا يُلْزِقُ مَنْكِبَهُ بِمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمَهُ بِقَدَمِهِ


Maksud: Dari Anas B. Malik (radhiyallahu 'anhu), beliau menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menyuruh supaya para makmum merapatkan saf-saf mereka dan Nabi akan dapat memerhatikan mereka dari belakang. Dan pada ketika itu masing-masing di antara kami pun saling merapatkanlah bahu dengan bahu dan telapak kaki dengan telapak kaki yang di sebelah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, 3/154, no. 683)


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقِيمُوا الصُّفُوفَ وَحَاذُوا بَيْنَ الْمَنَاكِبِ وَسُدُّوا الْخَلَلَ وَلِينُوا بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ لَمْ يَقُلْ عِيسَى بِأَيْدِي إِخْوَانِكُمْ وَلَا تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ


Maksud: Daripada 'Abdullah B. 'Umar, bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

Luruskanlah saf-saf, rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah (di kanan dan kiri di antara kamu), dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kamu, serta jangan biarkan ada celah-celah untuk Syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungkan hubungan dengannya dan sesiapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, Kitab as-Solah, 2/309, no. 570. Dinilai Sahih oleh al-Albani, Shahih Sunan Abi Daud, 2/166, no. 666)

Contoh merapatkan saf yang betul pada telapak kaki berpandukan lakaran:



Rujukan dan untuk lebih informasi:

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Klik Untuk Download PDF (Edisi cetak dan sebaran)