Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) menegaskan, “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Khamis, 25 Mac 2010

170 - Larangan Solat dan Membina Binaan Di Atas Kubur Serta Meninggikan Kubur

Larangan Solat dan Membina Binaan Di Atas Kubur Serta Meninggikan Kubur


Terdapat golongan yang berhujjah dengan berdalilkan Surah al-Kahfi ayat 21 bagi membolehkan membina masjid (tempat beribadah) di atas kubur.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:


وَكَذَلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُوا أَنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَأَنَّ السَّاعَةَ لا رَيْبَ فِيهَا إِذْ يَتَنَازَعُونَ بَيْنَهُمْ أَمْرَهُمْ فَقَالُوا ابْنُوا عَلَيْهِمْ بُنْيَانًا رَبُّهُمْ أَعْلَمُ بِهِمْ قَالَ الَّذِينَ غَلَبُوا عَلَى أَمْرِهِمْ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِمْ مَسْجِدًا

Terjemahan: Dan demikian (pula) Kami menemukan (manusia) dengan mereka, supaya manusia itu mengetahui, bahawa janji Allah adalah benar, dan bahawa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka, orang-orang itu berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka.” Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: “Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya”. (Surah al-Kahfi, 18: 21)

Mereka mengambil dalil bolehnya membina masjid atau binaan di atas kubur dari ayat tersebut:

فَقَالُوا ابْنُوا عَلَيْهِمْ بُنْيَانًا رَبُّهُمْ أَعْلَمُ بِهِمْ

Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka, orang-orang itu berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka.”

Dan

قَالَ الَّذِينَ غَلَبُوا عَلَى أَمْرِهِمْ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِمْ مَسْجِدًا

“Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan (masjid) di atasnya”.

Pemahaman mereka terhadap ayat ini, perlu diperbetulkan semula (diberi pencerahan). Berikut kami bawakan perkataan seorang ulama tafsir terkemuka, al-Hafiz Ibnu Katsir (rahimahullah) berkenaan ayat tersebut:

فَقَالُوا ابْنُوا عَلَيْهِمْ بُنْيَانًا رَبُّهُمْ أَعْلَمُ بِهِمْ أي: سدوا عليهم باب كهفهم، وذروهم على حالهم
قَالَ الَّذِينَ غَلَبُوا عَلَى أَمْرِهِمْ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِمْ مَسْجِدًا حكى ابن جرير في القائلين ذلك قولين: أحدهما: إنهم المسلمون منهم. والثاني: أهل الشرك منهم، فالله أعلم

والظاهر أن الذين قالوا ذلك هم أصحاب الكلمة والنفوذ. ولكن هل هم محمودون أم لا؟ فيه نظر؛ لأن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "لعن الله اليهود والنصارى، اتخذوا قبور أنبيائهم وصالحيهم مساجد" يحذر ما فعلوا

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Mereka berkata: Dirikanlah sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka.”

Maksudnya, tutuplah pintu gua mereka untuk menahan mereka, dan biarkan mereka begitu sahaja.

Dan ayat:

“Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan (masjid) di atasnya”.

Ibnu Jarir membawakan dua pandangan dalam hal ini, iaitu mereka adalah kaum muslimin (umat Islam) di antara mereka. Kedua, mereka adalah orang-orang musyrik di antara mereka. (Wallahu a’lam)

Dan secara zahirnya, yang mengatakan perkara ini adalah orang-orang yang menyampaikan seruan dan memiliki kuasa/pengaruh (dari kalangan pemimpin/penguasa).

Tetapi adakah perbuatan mereka tersebut terpuji atau sebaliknya? Mengenai perkara ini, ia perlu diteliti semula, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Allah melaknat kaum Yahudi dan Nashara (Kristian). Mereka menjadikan kubur para Nabi dan orang-orang soleh di antara mereka sebagai tempat ibadah.”

Beliau (Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) memberi peringatan kepada kita dari apa yang telah mereka lakukan. (Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-Adzim, 5/147)

Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin (rahimahullah) berkata:

فَقَالُوا ابْنُوا عَلَيْهِمْ بُنْيَاناً يعني ابنوا عليهم بنياناً حتى يكون أثراً من الآثار وحماية لهم

Terjemahan: Dirikanlah sebuah bangunan di atas (gua) mereka. Maksudnya bangunkan/binakan bagi mereka bangunan sehingga menjadi peninggalan serta untuk melindungi mereka.

رَبُّهُمْ أَعْلَمُ بِهِمْ يعني توقفوا في أمرهم كيف يَبقَونَ ثلاث مائة سنة وتسع سنين لا يأكلونولا يشربون ولا يتغيرون أيضاً

Terjemahan: Rabb mereka lebih mengetahui tentang mereka. Maksudnya: Diamkanlah kamu akan kisah mereka ini, kerana bagaimana mereka mampu tinggal selama 309 tahun, tanpa makan, minum, dan berubah.

قَالَ الَّذِينَ غَلَبُوا عَلَى أَمْرِهِمْ وهم أمراؤهم

Terjemahan: Berkata orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka. Maksudnya adalah para penguasa (pemerintah).

لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِمْ مَسْجِداً بدل من أن نبني بنياناً نحوطهم به ونسترهم به ولا يكون لهم أثر أي لنجعلن عليهم مسجداً نتخذه مصلى، والظاهر أنهم فعلوا لأن القائل هم الأمراء الذين لهم الغلبة

Terjemahan: “Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya”. Maksudnya adalah sebagai ganti bangunan yang akan didirkan untuk melindungi serta menutupi mereka. Yang jelas, bahawa mereka benar-benar menjadikannya sebagai masjid atau tempat beribadah kerana mereka adalah penguasa.

هذا الفعل، اتخاذ المساجد على القبور، من وسائل الشرك وقد جاءت شريعتنا بمحاربته حتى أن النبي صلى الله عليه وسلم قال وهو في سياق الموت: "لعنة الله على اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد يُحذِّر ما صنعوا

Perbuatan seperti itu iaitu membina di atas perkuburan termasuk perantara menuju kepada kesyirikkan. Syari’at Islam melarang perbuatan tersebut sehinggakan Nabi berkata (berwasiat) sebelum kewafatannya:

“Allah melaknat kaum Yahudi dan Nashara (Kristian). Mereka menjadikan kubur para Nabi dan orang-orang soleh di antara mereka sebagai tempat ibadah (masjid).”

(Merupakan bentuk larangan) terhadap apa yang telah mereka lakukan. (Syaikh Muhammad B. Soleh al-Utsaimin, Tafsir al-Qur’an al-Kareem Surah al-Kahfi, Web: Ibn-Utsaimin)

Dari hadis yang lain, dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, beliau menjelaskan:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ

Terjemahan: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang menembok kubur, duduk di atasnya, dan didirikan (dibina) bangunan di atasnya. (Hadis Riwayat Muslim, 5/90, no. 1610)

Imam Muhammad B. Ismail ash-Shan’ani (rahimahullah) menjelaskan:

الحديث دليل على تحريم الثلاثة المذكورة لأنه الأصل في النهي

Terjemahan: Hadis ini adalah sebagai dalil yang menunjukkan haramnya tiga perbuatan yang disebutkan di dalam hadis ini, kerana keharaman itulah yang pada dasarnya terdapat dalam kata larangan tersebut.

وقد وردت الأحاديث في النهي عن البناء على القبور والكتب عليها والتسريج وأن يزاد فيها وأن توطأ

Terjemahan: Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan tentang larangan membina bangunan (binaan) di atas kubur, larangan menulis pada batu nisan dan mencantikkan (menghias) kubur, larangan menambah atau melebihkan dari sejengkal dengan meninggikan tanah di atasnya.

وهذه الأخبار المعبر فيها باللعن والتشبيه بقوله: "لا تجعلوا قبري وثناً يعبد من دون الله" تفيد التحريم للعمارة والتزيين والتجصيص ووضع الصندوق المزخرف ووضع الستائر على القبر وعلى سمائه والتمسح بجدار القبر وأن ذلك قد يفضي مع بعد العهد وفشو الجهل إلى ما كان عليه الأمم السابقة من عبادة الأوثان، فكان في المنع عن ذلك بالكلية قطع لهذه الذريعة المفضية إلى الفساد، وهو المناسب للحكمة المعتبرة في شرع الأحكام من جلب المصالح ودفع المفاسد، سواء كانت بأنفسها أو باعتبار ما تفضي إليه انتهى

Terjemahan: Khabar-khabar yang berkaitan dengan laknat dan tasyabbuh (penyerupaan) dengan berhala sebagaimana ucapan beliau (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam): “Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai bahan sembahan yang disembah selain Allah.” Memberikan pemahaman makna kepada pengharaman untuk membina binaan/bangunan/rumah, menghiasi, menembok dan meletakkan tanda-tanda perhiasan, serta meletakkan kain-kain penutup di kubur dan di atasnya, serta mengusap-ngusap tembok kubur. Perkara ini seiring dengan jauhnya masa dan tersebarnya kejahilan di antara umat-umat yang akan datang yang sekaligus menyebabkan kepada unsur-unsur penyembahan, maka semua ini sangat dilarang. Dan mencegah sebelum berlakunya bencana yang lebih besar yang akan menimpa umat manusia, lebih sesuai dengan hikmah yang diperolehi dari apa yang telah disyari’atkan melalui hukum-hukum, iaitu untuk mengambil manfaat dan menolak bencana sama ada ia dari sesuatu objek itu sendiri atau dari kesan yang dapat dihasilkannya. (ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarh Bulughul Maram, 2/111)

Dari hadis yang seterusnya, daripada Abu Martsad al-Ghanawi, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا تُصَلُّوا إِلَى الْقُبُورِ وَلَا تَجْلِسُوا عَلَيْهَا

Terjemahan: Janganlah kamu mengerjakan solat dengan menghadap ke kuburan dan jangan pula kamu duduk-duduk di atasnya. (Hadis Riwayat Muslim, 5/95, no. 1614)

Imam Muhammad B. Ismail ash-Shan’ani (rahimahullah) berkata:

وفيه دليل على النهي عن الصلاة إلى القبر كما نهى عن الصلاة على القبر والأصل التحريم ولم يذكر المقدار الذي يكون به النهي عن الصلاة إلى القبر والظاهر أنه ما يعد مستقبلا له عرفا

Terjemahan: Hadis ini merupakan dalil berkenaan larangan solat ke arah kubur sebagaimana dilarangnya solat di atas kubur yang mana hukum asalnya adalah haram. Tetapi tidak dijelaskan apakah batasan menghadap ke arah kubur tersebut? Yang jelas (secara zahirnya), adalah apa yang biasa dapat difahami oleh kita sebagai menghadap, maka itulah batasannya.

ودل على تحريم الجلوس على القبر وقد وردت به أحاديث

Hadis ini juga adalah merupakan dalil berkenaan larangan duduk-duduk di atas kubur. (ash-Shan’ani, Subulus Salam Syarh Bulughul Maram, 1/137)

Dari hadis Abu al-Hayyaj al-Asadi, beliau berkata:

Ali B. Abi Thalib pernah berkata kepadaku, mahukah engkau aku utus untuk melakukan sesuatu sebagaimana aku pernah diutus oleh Rasulullah untuk melakukannya: (iaitu salah satunya)...

ولا قبرا مشرفا إلا سويته

Terjemahan: Dan jangan biarkan walau satu kubur pun yang menjulang tinggi, melainkan engkau meratakannya. (Hadis Riwayat Muslim, 5/88, no. 1609)

Imam asy-Syaukani berkata di dalam kitabnya, Nailul Authar:

فيه أن السنة أن القبر لا يرفع رفعا كثيرا من غير فرق بين من كان فاضلا ومن كان غير فاضل . والظاهر أن رفع القبور زيادة على القدر المأذون فيه محرم وقد صرح بذلك أصحاب أحمد وجماعة من أصحاب الشافعي ومالك

Terjemahan: Di dalamnya mengandungi penjelasan bahawa apa yang sunnah untuk dilaksanakan adalah tidak meninggikan kubur secara berlebihan, tanpa membezakan di antara orang terhormat (yang memiliki kelebihan/kedudukan) dengan orang orang yang tidak terhormat. Dan secara zahirnya, perbuatan menambah tinggikan kubur melebihi ukuran yang dibenarkan adalah haram. Ini adalah sebagaimana yang ditegaskan oleh para Sahabat Imam Ahmad, sebahagian besar ulama dari mazhab asy-Syafi’i dan Malik.

ومن رفع القبور الداخل تحت الحديث دخولا أوليا القبب والمشاهد المعمورة على القبور وأيضا هو من اتخاذ القبور مساجد وقد لعن النبي صلى الله عليه وآله وسلم فاعل ذلك

Terjemahan: Di antara perbuatan meninggikan kubur yang termasuk di dalam maksud hadis tersebut adalah pemasangan kubah dan menara yang dibina di atas kubur. Perkara ini termasuk tindakan menjadikan kubur sebagai masjid. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melaknat mereka yang melakukan sebegitu rupa. (asy-Syaukani, Nail al-Authar, 4/131)

Hadis-hadis yang lain:

Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhu berkata:

إن تسوية القبور من السنة وقد رفعت اليهود والنصارى فلا تشبهوا بهما

Terjemahan: Sesungguhnya meratakan kubur itu termasuk apa yang disunnahkan, kerana orang-orang Yahudi dan Nashara (Kristian) biasa meninggikan kubur-kubur mereka. Dengan sebab itu, janganlah kamu menyerupai mereka. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir, 19/352, no. 823. Al-Haitsami berkata: Para perawinya adalah perawi kitab Sahih, Majma’ az-Zawa’id, 3/184, no. 4297)

Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

الْأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلَّا الْمَقْبَرَةَ وَالْحَمَّامَ

Terjemahan: Bumi ini secara keseluruhannya adalah masjid, melainkan tanah perkuburan dan bilik mandi/tandas. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 2/453, no. 737. Para perawinya tsiqah, disahihkan oleh al-Hakim dan Ibnu Hibban, Fathul Bari, 1/529)

Dari ‘Abdullah B. ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma:

Terjemahan: Laksanakanlah sebahagian solat kamu di rumah-rumah kamu. Janganlah kamu menjadikannya seperti kawasan perkuburan. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 2/210, no. 414)

Imam al-Bukhari (rahimahullah) meletakkan hadis ini di dalam bab:

كَرَاهِيَةِ الصَّلَاةِ فِي الْمَقَابِرِ

Terjemahan: Dibencinya solat di perkuburan.

Wallahu a’lam...

Rabu, 10 Februari 2010

169 - Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi?

Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi?

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Download (PDF)

Definisi dan Perintah (Saranan) Supaya Berselawat Ke Atas Nabi:

Allah berfirman:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Terjemahan: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Imam al-Bukhari (rahimahullah) berkata:

قَالَ أَبُو الْعَالِيَةِ صَلَاةُ اللَّهِ ثَنَاؤُهُ عَلَيْهِ عِنْدَ الْمَلَائِكَةِ وَصَلَاةُ الْمَلَائِكَةِ الدُّعَاءُ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ

{ يُصَلُّونَ }

يُبَرِّكُونَ

Terjemahan: Abul ‘Aliyah (rahimahullah) berkata: Selawat Allah (ke atas Nabi-Nya) maksudnya adalah pujian yang Allah berikan kepada Nabi di hadapan para malaikat, manakala selawat para malaikat (kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) adalah doa (untuk beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam).

Ibnu ‘Abbas berkata: Maksud dari lafaz “Yusholluna” adalah:

Allah dan para malaikat-Nya memberkahi Nabi. (Rujuk: al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 14/483)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani (rahimahullah) berkata:

وقال الحليمي في الشعب معنى الصلاة على النبي صلى الله عليه و سلم تعظيمه فمعنى قولنا اللهم صل على محمد عظم محمدا والمراد تعظيمه في الدنيا بإعلاء ذكره وإظهار دينه وابقاء شريعته وفي الآخرة باجزال مثوبته وتشفيعه في أمته وابداء فضيلته بالمقام المحمود وعلى هذا فالمراد بقوله تعالى صلوا عليه ادعوا ربكم بالصلاة عليه

Terjemahan: al-Hulaimi berkata di dalam Kitab asy-Syu’ab (Syu’abul Iman): Makna selawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah pengagungan terhadap beliau. Maka, apabila kita mengucapkan:

“Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad”:

Maksudnya adalah agungkanlah beliau dan muliakanlah beliau di dunia dengan meninggikan namanya, memenangkan agamanya, dan mengekalkan syari’atnya. Muliakanlah beliau di akhirat dengan melipat-gandakan pahalanya, mengizinkannya untuk memberi syafa’at kepada umatnya, serta menampakkan fadhilatnya dengan memberikannya “al-Maqam al-Mahmud” (kedudukan dan tempat yang terpuji).

Dan atas sebab inilah, Allah berfirman (maksudnya):

“Berselawatlah kamu ke atasnya...” bermakna:

Mohonlah kepada Rabb kamu untuk mengagungkan dan memuliakan beliau. (Rujuk: Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 11/156)

Contoh-contoh Lafaz Selawat Ke Atas Nabi Yang Sahih Daripada Sunnah

Berikut adalah beberapa contoh lafaz/kaifiyat selawat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada para sahabat berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang sahih.

Dari sini, dapat kita lihat bahawasanya beginilah sewajarnya kita melafazkan/mengungkapkan kata-kata selawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan bukan dengan lafaz-lafaz selawat yang lain, yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi dan tidak pernah mendapat jaminan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Maka, ambillah selawat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi. Kerana, apabila para sahabat hendak berselawat, mereka terlebih dahulu bertanya kepada nabi tentang bagaimana (kaifiyat) selawat tersebut. Maka, kita sebagai orang yang terkemudian, cukuplah dengan mengikuti. Kerana, jika kita mahu mereka-cipta bentuk-bentuk selawat yang lain, sesungguhnya kita tidak pernah bertanyakan sendiri kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (sebagaimana para sahabat telah bertanya), adakah selawat yang kita reka-cipta tersebut diterima?

1 - Dari Ka’ab B. ‘Ujrah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

Wahai Rasulullah, kami telah tahu bagaimana mengucapkan salam ke atas engkau, tetapi bagaimana pula untuk kami berselawat ke atas engkau?

Rasulullah pun menjelaskan – Katakanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 5/63, no. 1272. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaa’i, no. 1289.

Atau:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 2/303, no. 445, dengan katanya: Hasan Sahih. Disahihkan juga oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan at-Tirmidzi, 1/483, no. 483.

Atau:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 37/64, no. 17409. Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya Sahih di atas syarat al-Bukhari dan Muslim. Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 3/151, no. 894. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan Ibnu Majah, 1/149, no. 737.

Atau:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 11/156, no. 3119.

2 – Berkata Zaid B. Kharijah:

Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau pun bersabda: Berselawatlah ke atasku dan bersungguh-sungguhlahlah di dalam berdoa dan katakanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad.

Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaa’i, 5/67, no. 1275. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaa’i, 3/436, no. 1292.

3 – Dari Abi Mas’oud al-Anshari, beliau berkata:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam datang kepada kami yang mana kami sedang berada di dalam majlis Sa’ad B. ‘Ubadah. Kemudian Basyir B. Sa’ad bertanya kepada beliau (Rasulullah):

Allah telah memerintahkan kepada kami untuk berselawat kepadamu wahai Rasulullah, jadi bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu?

(Kata Abi Mas’oud): Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diam sehingga kami merasa lebih baik sekiranya beliau (Basyir B. Sa’ad) tidak bertanya kepada Rasulullah. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Katakanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaima yang Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, 2/373, no. 613. An-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 5/57, no. 1268.

Atau:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana yang Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaima Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat Malik, Muwaththa’, 2/230, no. 573. 2/21, no. 358. Ibnu Hibban, Shohih Ibnu Hibban, 5/287, no. 1958. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya Sahih. An-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 1/381, no. 1208.

4 - Dari ‘Amr B. Sulaim az-Zuraqi, beliau berkata: Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Humaid as-Sa’idi radhiyallahu ‘anhu. Bahawasanya mereka (para sahabat) bertanya:

Wahai Rasulullah, bagaimana (caranya) kami berselawat ke atas-mu? Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menjawab:

Katakanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau serta keturunannya (zuriatnya), sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan isteri-isteri beliau serta keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat Malik, Muwaththa’, 2/20, no. 357. Ahmad, Musnad Ahmad, no. 23600. Shohih al-Bukhari, 11/155, no. 3118. 19/445, no. 5883.

Atau:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau serta keturunannya (zuriatnya), sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan isteri-isteri beliau serta keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat Ibnu Majah, 3/152, no. 895. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan Ibnu Majah, 1/149, no. 738.

Atau:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas isteri-isteri beliau serta keturunannya (zuriatnya), sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas isteri-isteri beliau serta keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 2/375, no. 615.

5 – Dari Abi Mas’oud ‘Uqbah ‘Amr, beliau berkata:

Telah datang seorang lelaki sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan kami (para sahabat) pada masa itu sedang berada di sisinya (sisi Rasulullah). Lalu lelaki tersebut bertanya:

Wahai Rasulullah, bahawa Salam ke atas kamu telah kami ketahui, tetapi bagaimanakah (caranya) kami berselawat ke atas kamu apabila kami berselawat (kepadamu) di dalam solat kami Shallallahu ‘alaika?

Abi Mas’oud berkata:

Rasulullah kemudian diam, sehingga kami merasa lebih baik sekiranya lelaki tersebut tidak bertanya kepada Rasulullah.

Kemudian Rasulullah bersabda:

Apabila kamu berselawat kepadaku, maka katakanlah (ucapkanlah):

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِىِّ الأُمِّىِّ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ ، وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِىِّ الأُمِّىِّ ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad Nabi yang ummi dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi selawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Nabi Muhammad Nabi yang ummi dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat Ibnu Hibban, Shohih Ibnu Hibban, 5/289, no. 1959. Al-Baihaqi, Sunan ash-Shoghir, 1/396, no. 353. Imam ad-Daruquthni menjelaskan: Isnadnya hasan muttashil (hasan dan bersambung) di dalam Sunannya, 1/354, Bab: 45, no. 2. Dihasankan oleh Syaikh al-Albani di dalam al-Jami’ ash-Shoghir, 1/68, no. 672.

Atau:

اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad Nabi yang ummi dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi selawat ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Nabi Muhammad Nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 28/304, no. 17072. Dinilai Sahih oleh Syaikh Syu’aib al-Arnauth.

6 – Dari Abi Sa’id al-Khudri, beliau berkata:

Kami (para sahabat) bertanya:

Wahai Rasulullah, ini adalah mengucapkan salam kepada kamu (taslim) kami telah mengetahuinya, tetapi bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu?

Rasulullah pun bersabda:

Katakanlah (ucapkanlah):

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.

Rujukan: Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 19/442, no. 5881.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim.

Atau dengan:

كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ

Terjemahan: ... sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim.

Rujukan: Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 14/485, no. 4424.

Atau:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.

Rujukan: Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 3/47, no. 11451. Isnadnya sahih di atas syarat imam Muslim, sebagaimana dinyatakan oleh Syaikh Syu’aib al-Arnauth.

Atau:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim.

Rujukan: Hadis Riwayat Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 3/150, no. 893. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan Ibnu Majah, 1/149, no. 736.

Atau:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim.

Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 5/69, no. 1276. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, 3/437, no. 1293.

7 – Dari Abi Hurairah:

Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kami berselawat ke atas engkau?

Beliau (Rasulullah) bersabda: Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ وَباَرَكْتَ عَلىَ إِبْرَاهِيْمَ وَآلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدُ مَجِيْدُ

Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan selawat dan keberkahan ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: ath-Thahawi, al-Musykilul Athaar, 3/75. An-Nasaa’i, Amalul Yaum wal Lailah, 1/159, no. 47. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani. Dinukil dari: al-Albani, Ashlu Sifati Sholatin Nabi, 3/926-927.

Wallahu a’lam...

InsyaAllah akan disambung dengan persoalan/perbahasan seperti:

1 – Fadhilat (kelebihan/kepentingan) Selawat Ke Atas Nabi.

2 – Bila waktu untuk berselawat.

3 – Ganjaran bagi yang berselawat.

4 – Anjuran-anjuran berselawat.

Isnin, 18 Januari 2010

168 - Solat Sunnah Gerhana (Kusuuf/Khusuuf)

Solat Sunnah Gerhana (Kusuuf/Khusuuf)


Hadis-hadis berkaitan tuntutan melaksanakan solat sunnah di ketika berlakunya fenomena Gerhana:


عَنْ عَائِشَةَ: أَنَّ الشَّمْسَ خَسَفَتْ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَعَثَ مُنَادِيًا الصَّلَاةُ جَامِعَةٌ فَاجْتَمَعُوا وَتَقَدَّمَ فَكَبَّرَ وَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي رَكْعَتَيْنِ وَأَرْبَعَ سَجَدَاتٍ


Terjemahan: Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, bahawasanya matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Maka beliau meminta seseorang berseru (memanggil) dengan “ash-Shalatu Jami’ah” (ayuh solat berjama’ah). Beliau pun lantas tampil ke hadapan, bertakbir, dan melaksanakan solat dengan dua raka’at yang di dalamnya dilaksanakan empat kali ruku’. (Hadis Riwayat Muslim, Bab Solat Kusuuf, 4/444, no. 1501)


عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِمَا عِبَادَهُ وَإِنَّهُمَا لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ مِنْ النَّاسِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَصَلُّوا وَادْعُوا اللَّهَ حَتَّى يُكْشَفَ مَا بِكُمْ


Terjemahan: Dari Abu Mas’oud (Uqbah B. ‘Amir) al-Anshary radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kekuasaan dari tanda-tanda kekuasaan Allah, yang dengan keduanya Allah hendak menjadikan hamba-hamba-Nya berperasaan takut. Keduanya (matahari dan bulan) tidak mengalami gerhana dengan sebab matinya seseorang manusia dan tidak pula kerana hidupnya seseorang manusia. Sekiranya kamu melihat salah satu dari dua gerhana tersebut, maka solatlah dan berdoalah selagi mana ia dapat kamu lihat. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Kusuuf, 4/463, no. 1516)


عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ: خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الْأُولَى ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتْ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا ثُمَّ قَالَ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنْ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلبَكَيْتُمْ كَثِيرًا


Terjemahan: Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:

Matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu beliau berdiri dan bersolat bersama-sama yang lain, dengan memanjangkan (melamakan tempoh) berdiri, kemudian ruku’ lalu memanjangkan (melamakan tempoh) ruku’, kemudian berdiri dan memanjangkan tempoh berdiri namun lebih pendek dari tempoh berdiri yang pertama (sebelumnya). Kemudian ruku’ lalu memanjangkan ruku’, namun lebih pendek tempohnya berbanding ruku’ yang pertama, kemudian sujud dan memanjangkan tempoh sujud. Kemudian mengerjakannya di dalam rakaat yang lain sebagaimana beliau melaksanakannya di dalam raka’at yang pertama. Kemudian beliau beranjak sementara matahari sudah kelihatan, lalu menyampaikan khutbah kepada mereka yang hadir sambil memuji Allah dan menyanjung-Nya. Kemudian beliau bersabda:

Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kekuasaan dari tanda-tanda kekuasaan Allah, yang gerhana ini berlaku tidaklah berlaku dengan sebab kematian seseorang atau kehidupan seseorang. Sekiranya kamu melihat gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, solatlah, dan bersedekahlah.

Kemudian beliau bersabda:

Wahai umat Muhammad, demi Allah, tiada seseorang pun yang lebih cemburu daripada Allah sekiranya hambanya yang lelaki berzina atau hambanya yang wanita berzina. Wahai umat Muhammad, demi Allah, sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, tentu kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Bab Sedekah Di Waktu Gerhana, 4/159, no. 986)


عَنْ أَبِي مُوسَى الأشعري قَالَ: خَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ فَقَامَ يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِي صَلَاةٍ قَطُّ ثُمَّ قَالَ إِنَّ هَذِهِ الْآيَاتِ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لَا تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ


Terjemahan: Dari Abi Musa al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

Matahari mengalami gerhana pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu (beliau) berdiri dalam keadaan takut, kerana khuwatir (bimbang) hari kiamat telah tiba, sehingga beliau tiba di masjid, beliau berdiri lalu solat, ruku’, dan sujud dengan sangat lama. Aku sama sekali tidak pernah melihat beliau melakukan seperti itu di dalam mana-mana solat pun. Kemudian beliau bersabda:

Sesungguhnya ini merupakan tanda-tanda kekuasaan yang dikirimkan Allah Ta’ala, yang tidak terjadi disebabkan kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupan seseorang, tetapi Allah mengirimkannya untuk menjadikan hamba-hamba-Nya takut. Sekiranya kamu melihat sebahagian gerhana tersebut, maka mohonlah pertolongan dengan berzikir (mengingati Allah), berdoa, dan memohon keampunan kepada-Nya. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Kusuuf, 4/465, no. 1518)

Perkara-perkara Sunnah (Yang Dianjurkan) Ketika Berlaku Gerhana:

1 – Melihat gerhana dengan perasaan takut kerana Allah.

2 – Melaksanakan Solat jika berjaya melihatnya di tempat di mana berada.

3 – Berdoa dan berzikir.

4 – Mengeluarkan sedekah.

5 – Terdapat hadis yang menunjukkan bahawa Nabi memerintahkan memerdekakan hamba di waktu terjadinya gerhana.

6 – Melakukan amalan-amalan yang membawa keredhaan dan dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Definisi:

Imam Muhammad B. Isma’il ash-Shan’ani rahimahullah berkata:


يقال: كسفت الشمس: بفتح الكاف وتضم نادراً وانكسفت وخسفت بفتح الخاء وتضم نادراً وانخسفت. واختلف العلماء في اللفظين هلا يستعملان في الشمس والقمر، أو يختص كل لفظ بواحد منهما؟ وقد ثبت في القرآن نسبة الخسوف إلى القمر، وورد في الحديث خسفت الشمس كما ثبت في نسبة الكسوف إليهما وثبت استعمالهما منسوبين إليهما فيقال فيهما: الشمس والقمر ينخسفان، وينكسفان إنما الذي لم يرد في الأحاديث نسبة الكسوف إلى القمر على جهة الانفراد، وعلى هذا يدل استعمال الفقهاء فإنهم يخصون الكسوف بالشمس والخسوف بالقمر: واختاره ثعلب، وقال الجوهري: إنه أفصح، وقيل يقال بهما في كل منهما.


Terjemahan: Disebutkan (dengan lafaz) “Kasafat asy-Syam”, Inkasafat dan Khasafat, begitu juga khasafat. Para ulama berbeza pendapat di dalam penggunaan dua lafaz tersebut (al-Kusuuf dan al-Khusuuf) sama ada keduanya digunakan untuk matahari dan bulan, atau masing-masing lafaz tersebut memiliki pasangannya sendiri dari keduanya.

Di dalam al-Qur’an, penisbahan kata al-Khusuuf kepada bulan, namun di dalam hadis terdapat penyandaran al-Khusuuf kepada matahari sebagaimana tsabit juga penyandaran kata al-Kusuuf kepada matahari. Terdapat penggunaan kedua-dua bentuk lafaz tersebut kepada matahari dan bulan, sebagaimana disebutkan “asy-Syamsu wal Qomari yankhasifani wa yankasifani”, tetapi tidak ditemui lafaz al-Kusuuf dinisbahkan kepada bulan dengan cara menyendiri, dengan alasan ini para ulama mengkhususkan lafaz kusuuf untuk matahari dan lafaz khusuuf untuk bulan, dan inilah yang dipilih oleh Tsa’lab, dan al-Jauhari berkata: “Ini lebih fasih (mendekati kebenaran), dan juga dinyatakan, kedua istilah tersebut (al-Kusuuf dan al-Khusuuf) digunakan untuk keduanya (matahari dan bulan)”. (Rujuk: Imam ash-Shan’ani, Subulus Salam, 2/73)

Bgitu juga sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani:


والمشهور في استعمال الفقهاء أن الكسوف للشمس والخسوف للقمر واختاره ثعلب وذكر الجوهري أنه أفصح وقيل يتعين ذلك


Terjemahan: Telah masyhur penggunaan lafaz tersebut di kalangan ulama bahawasanya al-Kusuuf untuk matahari dan al-Khusuuf untuk bulan sebagaimana yang dipilih oleh Tsa’lab dan disebutkan oleh al-Jauhari bahawasanya ia lebih fasih (mendekati kebenaran) disebutkan demikian. (Ahmad B. ‘Ali B. Hajar, Fathul Bari, 2/535)

Syaikh Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim hafizahullah berkata:


الكسوف: هو ذهاب ضوء أحد النيري (الشمس والقمر) أو بعضه، وتغيره إلى سواد، والخسف مرادف له، وقيل: الكسوف للشمس، والخسوف للقمر، وهو الشهر فى اللغة. والصلاة الكسوف: صلاة تؤدى بكيفية مخصوصة، عند ظلمه أحد النيرين أو بعضهما


Al-Kusuf: Ia adalah menghilangnya (perginya) seluruh cahaya salah satu dari dua benda langit yang bercahaya (iaitu matahari dan bulan) atau sebahagian darinya dan berubah menjadi gelap (hitam). Sementara al-Khusuf adalah yang bersamaan dengannya. Dikatakan al-Kusuuf merujuk untuk matahari, manakala al-Khusuuf pula merujuk kepada bulan, dan inilah yang dikenali di dalam bahasa ‘Arab.

Dan solat al-Kusuuf (gerhana): Adalah solat yang dilaksanakan dengan tatacara yang khusus di ketika terjadinya gerhana matahari atau bulan sama ada gerhana secara penuh atau sebahagian darinya. (Rujuk: Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Shohih Fiqhus Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Mazahib al-A’immah, 1/432)

Hukum Melaksanakan Solat Sunnah Gerhana (Solat Kusuuf/Khusuuf)

Di dalam Fathul Bari, al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah menjelaskan:


أي مشروعيتها وهو أمر متفق عليه لكن اختلف في الحكم وفي الصفة فالجمهور على أنها سنة مؤكدة وصرح أبو عوانة في صحيحه بوجوبها ولم أره لغيره إلا ما حكى عن مالك أنه أجراها مجرى الجمعة ونقل الزين بن المنير عن أبي حنيفة أنه أوجبها وكذا نقل بعض مصنفي الحنفية أنها واجبة


Terjemahan: (Bahawa Solat gerhana ini) pensyari’atannya telah disepakati (diperakui), hanya cuma terdapat perbezaan pada penentuan hukum dan tatacara perlaksanaannya. Jumhur (majoriti) ulama menyatakan hukumnya (solat gerhana) adalah sunnah mu’akkad. Abu ‘Awanah menegaskan hukumnya wajib di dalam Shohihnya. Aku tidak melihat mereka yang meletakkan hukum wajib ini selain dari beliau (Abu ‘Awanah) kecuali apa yang diriwayatkan dari Malik bahawasanya beliau meletakkan kedudukan solat gerhana sama seperti solat Juma’at. Dan dinukilkan dari az-Zain B. Al-Munayir dari Abi Hanifah bahawa beliau mewajibkannya sebagaimana yang dinukil oleh para pencatat dari kalangan mazhab Hanafi. (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 2/527)

Ibnu Qudamah di dalam al-Mughni berkata:


وَصَلَاةُ الْكُسُوفِ سُنَّةٌ مُؤَكَّدَةٌ ؛ لِأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَهَا ، وَأَمَرَ بِهَا ، وَوَقْتُهَا مِنْ حِينِ الْكُسُوفِ إلَى حِينِ التَّجَلِّي ، فَإِنْ فَاتَتْ لَمْ تُقْضَ ؛ لِأَنَّهُ رُوِيَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { أَنَّهُ قَالَ : إذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَافْزَعُوا إلَى الصَّلَاةِ حَتَّى تَنْجَلِيَ } . فَجَعَلَ الِانْجِلَاءَ غَايَةً لِلصَّلَاةِ


Terjemahan: Solat gerhana hukumnya sunnah mu’akkadah, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melaksanakan dan memerintahkannya. Waktunya adalah ketika berlakunya gerhana sehingga terang kembali (selesai gerhana). Apabila telah berlalu maka tidak diqadha, kerana beliau bersabda: “Apabila kamu melihatnya (gerhana) maka lakukanlah solat sehingga gerhana selesai.” Beliau menetapkan “Sehingga gerhana selesai (kembali terang)” sebagai batas waktu berakhirnya perlaksanaan solat. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 4/318)

Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:


اتفقوا على أن صلاة كسوف الشمس سنة وأنها في جماعة


Terjemahan: Telah dipersejui (diperakui oleh para ulama) bahawa solat kusuuf (gerhana) matahari adalah sunnah dan ia dilaksanakan secara berjama’ah. (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/210)

Imam Muhammad B. Isma’il ash-Shan’ani berkata:


والأمر دليل الوجوب إلا أنه حمله الجمهور على أنه سنة مؤكدة لانحصار الواجبات في الخمس الصلوات


Terjemahan: Perintah solat gerhana melalui hadis ini menunjukkan perintah wajib, walaubagaimana pun majoriti ulama (jumhur) menyatakannya sebagai sunnah mu’akkadah kerana solat yang wajib hanyalah solat fardhu yang lima. (Rujuk: ash-Shan’ani, Subulus Salam, 2/73)

Syaikh Muhammad B. ‘Umar Salim Bazmul berkata:


صلاة الكسوف والخسوف سنة مؤكدة ، يستحب للمسلم فعلها استحباباً مؤكداً


Terjemahan: Solat Kusuuf (gerhana matahari) dan Khusuuf (gerhana bulan) adalah sunnah mu’akkadah (sunnah yang sangat dianjurkan). Disunnahkan bagi umat Islam melaksanakannya.

Beliau menjelaskan lagi:


قلت : ووجه دلالة الحديث أن الأمر بالصلاة جاء مقروناً بالأمر بالتكبير والدعاء والصدقة ، ولا قائل بوجوب الصدقة والتكبير والدعاء عند الكسوف ؛ فالأمر فيها للاستحباب إجماعاً ، فكذا الأمر بالصلاة المقترن بها. والله الموفق


Terjemahan: Aku katakan: Melalui dalil ini, ia adalah perintah mengerjakan solat bersamaan dengannya perintah untuk bertakbir, berdoa, dan bersedekah. Dan tidak ada seorang pun yang mewajibkan bersedekah, bertakbir, dan berdoa di ketika terjadinya gerhana. Dengan itu, menurut kesepakatan ijma’ bahawa perintah tersebut bersifat sunnah. Begitu juga dengan perintah untuk mengerjakan solat yang bersamaan dengannya. Wallahul Muwaffiq. (Rujuk: Muhammad B. ‘Umar, Bughayatul Mutathawwi’ fii Sholaatit Tathawwu’, m/s. 75, saaid.net)

Kesimpulan: Hukumnya adalah sunnah mu’akkad bagi mereka yang melihatnya. Dan dilaksanakan secara berjama’ah.

Masa Perlaksanaan Solat Gerhana:

Di dalam al-Mughni, Ibnu Qudamah menjelaskan:


فَقَالَ الْقَاضِي : يُصَلِّي ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَذْهَبْ وَقْتُ الِانْتِفَاعِ بِنُورِهِ وَضَوْئِهِ . وَيَحْتَمِلُ أَنْ لَا يُصَلِّيَ ؛ لِأَنَّ مَا يُصَلِّي لَهُ قَدْ غَابَ ، أَشْبَهَ مَا لَوْ غَابَتْ الشَّمْسُ . وَإِنْ فَرَغَ مِنْ الصَّلَاةِ وَالْكُسُوفُ قَائِمٌ لَمْ يَزِدْ ، وَاشْتَغَلَ بِالذِّكْرِ وَالدُّعَاءِ ؛ لِأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَزِدْ عَلَى رَكْعَتَيْنِ .


Terjemahan: al-Qadhi berkata: “Dilaksanakan solat gerhana disebabkan waktu untuk memanfaatkan cahaya dan sinarnya.” Kemungkinan juga tidak dilaksanakan solat gerhana disebabkan penyebabnya yang telah tiada sebagaimana apabila matahari tidak kelihatan. Apabila solat gerhana telah selesai dilakukan sedangkan gerhana masih berlangsung, maka tidak ditambah solatnya, namun sibukkanlah diri dengan zikir dan doa, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melakukannya tidak lebih dari dua raka’at. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 4/318)

Syaikh Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim:


وقت صلاة الكسوف ظهر الكسوف إلى حسين زوله، لقول النبى صلى الله عليه وسلم (المتقدم): إذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينجلى. فجعل الانجلاء غاية للصلاة، لأنها شرعت رغبة إلى لله فى رد نعمة الضوء، فإذا حصل ذلك حصل المقصود من الصلاة


Terjemahan: Waktu solat gerhana bermula pada ketika gerhana mula terjadi sehingga gerhana selesai. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

Apabila kamu melihat keduanya (fenomena gerhana), maka berdoalah kepada Allah dan solatlah sehingga gerhana tersebut selesai.”

Beliau menetapkan berakhirnya gerhana sebagai tanda berakhirnya solat. Kerana solat gerhana ini disyari’atkan sebagai harapan kepada Allah supaya mengembalikan nikmat cahaya. Sekiranya perkara tersebut telah tercapai, maka tercapailah maksud dari solat tersebut. (Rujuk: Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Shohih Fiqhus Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Mazahib al-A’immah, 1/433)

Imam Muhammad B. Isma’il ash-Shan’ani berkata:


وجعل صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم غاية وقت الدعاء والصلاة انكشاف الكسوف، فدل على أنها تفوت الصلاة بالانجلاء، فإذا انجلت وهو في الصلاة فلا يتمها، بل يقتصر على ما فعل إلا أن في رواية لمسلم: "فسلم وقد انجلت"، فدل أنه يتم الصلاة وإن كان قد حصل الانجلاء، ويؤيده القياس على سائر الصلوات فإنها تقيد بركعة كما سلف، فإذا أتى بركعة أتمها. وفيه دليل على أن فعلها يتقيد بحصول السبب في أي وقت كان من الأوقات، وإليه ذهب الجمهور


Terjemahan: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdoa dan solat sehingga hujung (akhir) waktu tersingkapnya gerhana menunjukkan habis waktu untuk bersolat adalah dengan tersingkapnya matahari. Dan sekiranya matahari sudah jelas terang (kelihatan/tamat gerhana) tetapi beliau masih di dalam keadaan solat, maka beliau pun menyempurnakan solatnya, akan tetapi cukup dengan apa yang telah dilakukan. Tetapi, di dalam riwayat Muslim, “Rasulullah memberi salam sedangkan matahari telah jelas tersingkap (tamat gerhana)”. Hadis ini menunjukkan bahawa beliau menyempurnakan solat walau pun matahari telah tersingkap. Perkara ini diperkuatkan dengan qiyas terhadap seluruh solat, iaitu setiap solat dibatasi oleh raka’at sebagaimana penjelasan yang lalu, iaitu sekiranya ia telah mendapatkan satu raka’at maka ia (hanya perlu) menyelesaikannya. Dan di dalam hadis ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa melaksanakan solat gerhana adalah dengan sebab terjadinya sebuah sebab di dalam waktu-waktu tertentu bila-bila sahaja (ia berlaku). Dan ini merupakan pendapat majoriti (jumhur ulama). (Rujuk: ash-Shan’ani, Subulus Salam, 2/73)

Perlaksanaan Solat Gerhana:

1 – Melaksanakannya di masjid secara berjama’ah. Wanita juga boleh turut keluar mengikuti solat gerhana berjama’ah di masjid sekiranya terhindar (bebas) dari fitnah.

Selain dalil-dalil sebagaimana di atas, berikut dalil yang menunjukkan wanita juga boleh turut serta melaksanakannya secara berjama’ah:


عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ أَنَّهَا قَالَتْ: أَتَيْتُ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ خَسَفَتْ الشَّمْسُ فَإِذَا النَّاسُ قِيَامٌ يُصَلُّونَ وَإِذَا هِيَ قَائِمَةٌ تُصَلِّي


Terjemahan: Dari Asma’ Binti Abi Bakr bahawasanya beliau berkata:

Aku datang kepada ‘Aisyah, isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika sedang berlakunya gerhana matahari. Maka aku pun melihat sekumpulan manusia berdiri melaksanakan solat dan beliau (‘Aisyah) pun turut melaksanakan solat juga. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/313, no. 178)

2 – Menyerukan untuk bersolat dengan lafaz:


الصَّلَاةُ جَامِعَةٌ


Ash-Shalaatu Jami’ah (ayuh solat berjama’ah). Dengan tanpa azan dan iqamah.

Imam Muhammad B. Isma’il ash-Shan’ani berkata:


وهو دليل على مشروعية الإعلام بهذا اللفظ للاجتماع لها ولم يرد الأمر بهذا اللفظ عنه صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم إلا في هذه الصلاة


Terjemahan: Hadis ini (berkenaan lafaz seruan ash-Shalatu Jami’ah) menunjukkan disyari’atkan untuk mengumumkan solat kusuuf dengan lafaz ini bagi tujuan mengumpulkan orang melaksanakannya. Tidak terdapat satu riwayat pun yang datang dari Rasulullah (berkenaan seruan solat dengan lafaz tersebut) melainkan bagi solat ini (solat gerhana). (ash-Shan’ani, Subulus Salam, 2/74)

Syaikh Muhammad B. ‘Umar Salim Bazmul menjelaskan:


اتفق العلماء على أنه لا يؤذن لصلاة الكسوف ولا يقام، والمستحب أن ينادى لها بـ (الصلاة جامعة )


Terjemahan: Para ulama telah bersepakat untuk tidak mengumandangkan azan dan iqamah bagi solat kusuuf (gerhana). Dan yang disunnahkan (mustahab) adalah menyerukan dengan lafaz: “ash-Sholatu Jami’ah”. (Rujuk: Muhammad B. ‘Umar, Bughayatul Mutathawwi’ fii Sholaatit Tathawwu’, m/s. 75, saaid.net)

3 – Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali ruku’, tiga (3) kali ruku’ atau empat (4) kali ruku bagi setiap raka’at.

Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:


وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة


Terjemahan: Ishak B. Rahawaih berkata: Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih dari empat kali.

Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata: Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara solat kusuuf memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat kusuuf dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali ruku’ dalam setiap raka’at, atau empat kali ruku’ dalam setiap raka’at. (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)

Dalil-dalilnya:


عَنْ جَابِرٍ قَالَ: انْكَسَفَتْ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ مَاتَ إِبْرَاهِيمُ ابْنُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّاسُ إِنَّمَا انْكَسَفَتْ لِمَوْتِ إِبْرَاهِيمَ فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى بِالنَّاسِ سِتَّ رَكَعَاتٍ بِأَرْبَعِ سَجَدَاتٍ


Terjemahan: Dari Jabir, beliau berkata: Telah berlaku gerhana matahari di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di ketika hari kematian Ibrahim putra Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Maka orang ramai pun mengatakan yang kejadian tersebut disebabkan oleh kematian Ibrahim, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdiri menunaikan solat bersama-sama orang ramai dengan enam kali ruku’ dan empat kali sujud... (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Kusuuf, 4/453, no. 1508)


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ كَسَفَتْ الشَّمْسُ ثَمَانَ رَكَعَاتٍ فِي أَرْبَعِ سَجَدَاتٍ


Terjemahan: Dari Ibnu ‘Abbas, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersolat di ketika terjadi gerhana matahari lapan kali ruku’ dengan empat kali sujud. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Kusuuf, 4/459, no. 1513. Walaubagaimana pun hadis ini didhoifkan oleh Ibnu Hibban di dalam Shohih-nya, 7/98 – Perawi bernama Habib tidak mendengar dari Thowus)

4 – Merupakan solat yang panjang (lama), berbanding solat-solat yang lain.


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: انْخَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ قِيَامًا طَوِيلًا نَحْوًا مِنْ قِرَاءَةِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلًا ثُمَّ رَفَعَ فَقَامَ قِيَامًا طَوِيلًا وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ


Terjemahan: Dari ‘Abdullah B. ‘Abbas, beliau berkata: Telah terjadi gerhana matahari di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kemudian beliau solat dengan berdiri lama sekira-kira membaca surah al-Baqarah, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang lama, kemudian bangun berdiri (qiyam) dengan berdiri yang lama, namun lebih pendek dari berdiri yang pertama... (sehingga seterusnya). (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Jama’ah, 4/173, no. 993. Rujuk juga hadis-hadis di atas)


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: كَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي يَوْمٍ شَدِيدِ الْحَرِّ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِأَصْحَابِهِ فَأَطَالَ الْقِيَامَ حَتَّى جَعَلُوا يَخِرُّونَ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ ثُمَّ رَفَعَ فَأَطَالَ ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ ثُمَّ رَفَعَ فَأَطَالَ ثُمَّ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ ثُمَّ قَامَ فَصَنَعَ نَحْوًا مِنْ ذَاكَ فَكَانَتْ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَأَرْبَعَ سَجَدَاتٍ


Terjemahan: Dari Jabir B. ‘Abdillah, beliau berkata: Telah berlaku gerhana matahari di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada hari yang sangat panas. Kemudian beliau solat bersama para sahabatnya, dengan memanjangkan (melamakan tempoh) berdiri sehingga menjadikan mereka jatuh tersungkur. Kemudian beliau ruku’ dengan panjang, kemudian mengangkat kepalanya dan berdiri dengan masa yang panjang (lama). Kemudian ruku’ kembali dengan waktu yang panjang (lama), kemudian beliau sujud dua kali, lalu berdiri kembali. Beliau mengulanginya sebagaimana raka’at yang pertama. Maka, solat tersebut adalah dengan empat kali ruku’ dan empat kali sujud. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Kusuuf, 4/452, no. 1507)

5 – Bacaan al-Fatihah dan surah pada setiap raka’at hendaklah dijaharkan/dikeraskan (bagi imam). Berlaku untuk solat gerhana bulan dan matahari.

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam perkara ini. Beberapa perbezaan tersebut adalah sebagaimana berikut:

1 – Dikeraskan/dikuatkan (jahr) bacaan sama ada pada solat gerhana bulan (malam) atau pun matahari (siang). Pendapat ini dikemukakan (dipegang) oleh Ahmad, Ishaq, Abu hanifah, Ibnu Khuzaimah, Ibnul Mundzir, dan selainnya.

2 – Diperlahankan (sirr) bacaan sama ada untuk solat gerhana matahari atau pun bulan. Pendapat ini dipegang oleh asy-Syafi’e.

3 – Dibolehkan memilih sama ada mahu mengeraskan bacaan atau memperlahankannya.

4 – Diperlahankan pada solat gerhana matahari (siang), dan dikeraskan pada solat gerhana bulan (malam). Pendapat ini adalah berdasarkan qiyas kepada solat fardhu. (Diringkaskan dari: ash-Shan’ani, Subulus Salam, 2/74)

Ada pun yang mendekati kebenaran (wallahu a’lam) adalah pendapat yang pertama. Dalilnya adalah hadis berikut:


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: جَهَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلَاةِ الْخُسُوفِ بِقِرَاءَتِهِ فَإِذَا فَرَغَ مِنْ قِرَاءَتِهِ كَبَّرَ فَرَكَعَ وَإِذَا رَفَعَ مِنْ الرَّكْعَةِ قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ثُمَّ يُعَاوِدُ الْقِرَاءَةَ فِي صَلَاةِ الْكُسُوفِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ فِي رَكْعَتَيْنِ وَأَرْبَعَ سَجَدَاتٍ


Terjemahan: Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha: Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjaharkan (mengeraskan) bacaan di dalam solat gerhana. Apabila selesai bacaannya, beliau pun bertakbir dan ruku’. Setelah bangun dari ruku’, beliau mengucapkan “Sami’Allahuliman hamidah, Rabbana wa lakalhamd”. Kemudian beliau kembali mengulangi bacaan di dalam solat gerhana. Empat kali ruku’ di dalam dua raka’at dan dengan empat kali sujud. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Jama’ah, 4/194, no. 1004)

Al-Bukhari meletakkan hadis ini di dalam bab:


بَاب الْجَهْرِ بِالْقِرَاءَةِ فِي الْكُسُوفِ


Terjemahan: Bab dikeraskan bacaan di dalam solat gerhana.

Juga hadis yang menjelaskan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan perkara yang sama apabila berlaku gerhana (merujuk kedua-dua gerhana): “Oleh itu, sekiranya kamu melihat gerhana tersebut, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, bertakbir, solat, dan bersedekah.” Jadi, solat untuk gerhana matahari dan bulan adalah sama, dan bacaan surah dikeraskan (jahr) bagi kedua-dua solat sama ada siang atau malam. (Rujuk penjelasan no. 6)

Solat gerhana juga dilakukan secara berjama’ah di masjid sebagaimana solat Istisqa’, solat Juma’at, dan solat ‘Ied. Maka, bacaannya hendaklah dikeraskan sebagaimana solat-solat tersebut.

Imam at-Tirmidzi berkata:


وَلِأَنَّهَا نَافِلَةٌ شُرِعَتْ لَهَا الْجَمَاعَةُ ، فَكَانَ مِنْ سُنَنِهَا الْجَهْرُ كَصَلَاةِ الِاسْتِسْقَاءِ وَالْعِيدِ وَالتَّرَاوِيحِ


Terjemahan: Dan solat ini adalah merupakan solat nafilah yang disyari’atkan dilaksanakan dengan berjama’ah, maka di antara Sunnahnya adalah mengeraskan bacaan sebagaimana solat istisqa’, solat ‘Ied, dan solat tarawikh. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 4/312)

Ulama yang menyatakan bacaan di dalam solat gerhana adalah perlahan (sirr) antaranya berdalilkan dengan riwayat berikut:

Pertama:


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ قِيَامًا طَوِيلًا نَحْوًا مِنْ قِرَاءَةِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ


Terjemahan: Dari ‘Abdullah B. ‘Abbas, beliau berkata: ... kemudian beliau solat dengan berdiri lama sekira-kira membaca surah al-Baqarah... (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Jama’ah, 4/173, no. 993. Rujuk juga hadis-hadis di atas)

Mereka menjelaskan: Sekiranya bacaan dikeraskan/dikuatkan (jahr), maka beliau (Ibnu ‘Abbas) tidak perlu mengukurnya (mengira-ngira/mengagak-agak) dengan apa yang disebutkan.

Bantahan: Ini tidak bererti bahawa bacaan tidak dikeraskan. Ada kemungkinan bahawa Ibnu ‘Abbas mendengar dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam surah yang lain, yang panjang bacaannya sekira-kira surah al-Baqarah. Atau boleh jadi, Ibnu ‘Abbas mendengarnya dari jarak (tempat berdiri) yang agak jauh sehingga menjadikannya tidak mendengar apa yang dibaca oleh Nabi dengan jelas, lalu beliau pun mengagak-agak.

Kedua:


عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ قَالَ: صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْكُسُوفِ فَلَا نَسْمَعُ لَهُ صَوْتًا


Terjemahan: Dari Samurah B. Jundab, beliau berkata: Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam solat di ketika terjadinya gerhana matahari, namun aku tidak mendengar suara beliau. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 4/138, no. 1254)


عن ابن عباس: أنه قام بجنب النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم في الكسوف فلم يسمع منه حرفاً


Terjemahan: Dari Ibnu ‘Abbas: Bahawasanya beliau berdiri di sisi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika melaksanakan solat gerhana, beliau (Ibnu ‘Abbas) tidak mendengar walau satu huruf pun (dari Nabi). (Rujuk: ash-Shan’ani, Subulus Salam, 2/74)

Bantahan: Hadis dari Samurah B. Jundab tersebut dhoif. Didhoifkan oleh Syaikh al-Albani di dalam Dhoif Sunan Ibnu Majah, Dhoif Sunan Abi Daud, al-Miyskah, dan Tamamul Minnah.

Hadis dari Ibnu ‘Abbas tersebut juga dhoif. Imam ash-Shan’ani menyatakan bahawa hadis ini dimaushulkan (disambungkan) oleh al-Baihaqi dari tiga jalan yang pada semua sanadnya terdapat wahiyah (kelemahan). Ini menjadikan hadis ini dhoif. Dianggap mauquf oleh imam adz-Dzahabi. Dan turut dilemahkan oleh Syaikh al-Albani di dalam Dhoif Sunan Abi Daud.

Ketiga:

Mereka berhujjah bahawa sekiranya Nabi mengeraskan (jahr) bacaannya, sudah tentu ‘Aisyah tidak perlu meneka-neka apa yang beliau baca.


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كُسِفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى بِالنَّاسِ فَقَامَ فَحَزَرْتُ قِرَاءَتَهُ فَرَأَيْتُ أَنَّهُ قَرَأَ بِسُورَةِ الْبَقَرَةِ


Terjemahan: Dari ‘Aisyah beliau berkata: Telah terjadi gerhana matahari di zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun keluar dan berdiri menunaikan solat bersama-sama dengan orang ramai. Kemudian aku meneka-neka apa yang dibaca oleh beliau (Rasulullah), bahawasanya beliau membaca surah al-Baqarah... (Hadis Riwayat Abi Daud, 3/415, no. 1002. Hadis ini hasan, dihasankan oleh al-Albani di dalam Shohih Sunan Abi Daud, 3/187, no. 1187))

Bantahan: Pertamanya, hadis ini menyelisihi hadis yang lebih sahih sebagaimana yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah juga bahawa Nabi mengeraskan bacaan ketika solat gerhana.

Boleh jadi juga, ‘Aisyah berada di tempat yang agak jauh dan tidak begitu jelas mendengar apa yang dibaca oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ketika itu, lalu beliau pun meneka-neka apa yang dibaca oleh Nabi ketika itu.

6 – Diadakan khutbah setelah solat. Khutbah dimulakan dengan pujian kepada Allah.

Ibnu Rusyd berkata:


واختلفوا أيضا هل من شروطها الخطبة بعد الصلاة؟ فذهب الشافعي إلى أن ذلك من شرطها. وذهب مالك وأبو حنيفة إلى أنه لا خطبة في صلاة الكسوف

والسبب في اختلافهم اختلاف العلة التي من أجلها خطب رسول الله صلى الله عليه وسلم الناس لما انصرف من صلاة الكسوف على ما في حديث عائشة وذلك أنها روت أنه لما انصرف من الصلاة وقد تجلت الشمس حمد الله وأثنى عليه ثم قال: "إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته" الحديث فزعم الشافعي أنه إنما خطب لأن من سنة هذه الصلاة الخطبة كالحال في صلاة العيدين والاستسقاء. وزعم بعض من قال بقول أولئك أن خطبة النبي عليه الصلاة والسلام إنما كانت يومئذ لأن الناس زعموا أن الشمس إنما كسفت لموت إبراهيم ابنه عليه السلام


Terjemahan: Para ulama juga berbeza pendapat sama ada khutbah termasuk syarat solat gerhana atau tidak. Pendapat asy-Syafi’e, ia termasuk sebahagian dari syaratnya. Malik dan Abu Hanifah berpendapat, tidak ada khutbah di dalam solat gerhana (khutbah bukanlah syarat).

Sebab terjadinya perbezaan pendapat adalah dari tujuan khutbah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di ketika selesainya solat gerhana sebagaimana yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak akan menjadi gerhana disebabkan oleh kematian atau kehidupan seseorang.”

Asy-Syafi’e menjelaskan dari hadis ini bahawa khutbah termasuk di dalam syarat solat gerhana sebagaimana solat ‘Ied dan Istisqa’. Beberapa ulama yang lain menyatakan bahawa Nabi berkhutbah hanya disebabkan kerana pada masa tersebut orang ramai menganggap gerhana berlaku disebabkan oleh kematian Ibrahim anak lelaki beliau. (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/213)

Ibnu Qudamah pula menjelaskan:


وَلَنَا ، هَذَا الْخَبَرُ ، فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُمْ بِالصَّلَاةِ وَالدُّعَاءِ وَالتَّكْبِيرِ وَالصَّدَقَةِ ، وَلَمْ يَأْمُرْهُمْ بِخُطْبَةٍ ، وَلَوْ كَانَتْ سُنَّةً لَأَمَرَهُمْ بِهَا ، وَلِأَنَّهَا صَلَاةٌ يَفْعَلُهَا الْمُنْفَرِدُ فِي بَيْتِهِ ، فَلَمْ يُشْرَعْ لَهَا خُطْبَةٌ ، وَإِنَّمَا خَطَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ الصَّلَاةِ لِيُعَلِّمَهُمْ حُكْمَهَا ، وَهَذَا مُخْتَصٌّ بِهِ ، وَلَيْسَ فِي الْخَبَرِ مَا يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ خَطَبَ كَخُطْبَتَيْ الْجُمُعَةِ


Terjemahan: Menurut kami, pada khabar tersebut, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan mereka supaya solat, berdoa, bertakbir, dan bersedekah. Beliau tidak memerintahkan supaya berkhutbah. Sekiranya khutbah itu disyari’atkan, sudah tentu beliau akan memerintahkannya. Solat ini juga boleh dilaksanakan secara bersendirian di rumah (tanpa khutbah). Maka tidak disyari’atkan untuk berkhutbah. Ada pun khutbah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam setelah solat tersebut, bertujuan memberitahu mereka tentang hukumnya, dan khutbah tersebut dikhususkan bagi beliau. Pada khabar ini juga tidak menunjukkan bahawa beliau berkhutbah sebagaimana dua khutbah solat Juma’at. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 4/315)

Pendapat yang menyatakan khutbah tidak disyari’atkan (sebagaimana pendapat Abu Hanifah, Malik, Ahmad, dan Ibnu Qudamah) dibantah pula oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqolani rahimahullah:


وتعقب بما في الأحاديث الصحيحة من التصريح بالخطبة وحكاية شرائطها من الحمد والثناء والموعظة وغير ذلك مما تضمنته الأحاديث فلم يقتصر على الإعلام بسبب الكسوف والأصل مشروعية الاتباع والخصائص لا تثبت إلا بدليل


Terjemahan: Ia dibantah dengan apa yang disebutkan di dalam hadis-hadis sahih, iaitu penegasan adanya khutbah dan penjelasan tentang syarat-syarat khutbah berupa pujian dan sanjungan (kepada Allah), nasihat, dan selainnya yang terkandung di dalam hadis-hadis tersebut. Beliau tidak hanya setakat memberitahu berkenaan sebab terjadinya gerhana. Oleh itu, hukum asalnya adalah disyari’atkan untuk ittiba’ (mengikuti Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) dan kekhususan tidak ditetapkan melainkan dengan dalil. (Rujuk: Ibnu Hajar, Fathul Bari, 2/534)

7 – Solat Gerhana Matahari sama dengan solat gerhana bulan.

Syaikh Muhammad B. Umar Salim Bazmul menjelaskan:


يصلى لكسوف القمر كما يصلى لخسوف الشمس ، والدليل قوله صلى الله عليه وسلم : " إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله ، لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته ، فإذا رأيتم ذلك ؛ فادعوا الله وكبروا وصلوا وتصدقوا". أخرجه الشيخان. قلت : فالرسول صلى الله عليه وسلم صلى لخسوف الشمس ، وأمرنا أن نصنع مثل ذلك في كسوف القمر ، وهذا ظاهر بين ، و الله أعلم.
قال ابن المنذر : "ويصلى لكسوف القمر كما يصلى لخسوف الشمس"


Terjemahan: (Dari sudut tatacara) Solat gerhana bulan dilaksanakan sama sebagaimana solat gerhana matahari dilaksanakan. Perkara ini adalah berdasarkan kepada hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana disebabkan kematian seseorang atau kehidupan seseorang. Oleh itu, sekiranya kamu melihat gerhana tersebut, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, bertakbir, solat, dan bersedekah.” (Hadis Riwayat dua Syaikh (al-Bukhari & Muslim))

Saya katakan: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah melaksanakan solat gerhana matahari dan beliau memerintahkan kita supaya melakukan perkara yang sama di ketika gerhana bulan. Perkara ini sangat jelas dan terang. Wallahu a’lam.

Ibnul Mundzir berkata: “Solat gerhana bulan dilaksanakan sama sebagaimana gerhana matahari.” (Rujuk: Muhammad B. ‘Umar, Bughayatul Mutathawwi’ fii Sholaatit Tathawwu’, m/s. 79, saaid.net)

Ringkasan tatacara solat gerhana:

1 – Dilaksanakan di masjid. Mengumpulkan orang ramai untuk solat berjama’ah. Seorang mu’adzin menyerukan “ash-Sholatu Jami’ah” bagi tujuan mengumpulkan orang dan melaksanakan solat berjama’ah.

2 – Bertakbir, membaca doa istiftah, al-fatihah, membaca surah (disunnahkan membaca surah yang panjang baacaannya).

3 – Ruku’ dengan ruku’ yang panjang (lama).

4 – Bangun dari ruku’ dan mengucapkan sami’allahuliman hamidah rabbana wa lakalhamd. Kemudian kembali membaca al-Fatihah dan surah yang panjang (namun lebih pendek dari surah yang pertama).

5 – Ruku’ yang panjang, namun lebih pendek dari ruku’ yang pertama.

6 – Bangun dari ruku’ dan mengucapkan sami’allahuliman hamidah rabbana wa lakalhamd.

7 – Sujud dan duduk di antara dua sujud, lalu sujud semula.

8 – Kemudian bangun (qiyam) semula untuk raka’at yang kedua. Ia dilaksanakan sama sebagaimana raka’at yang pertama, namun lebih pendek dari yang pertama. Sehinggalah kepada tahiyat dan memberi salam.

Wallahu a’lam...

Jumaat, 27 November 2009

Wasiat Ibnu Umar: Membaca al-Qur'an Di Kubur???

Wasiat Ibnu ‘Umar, Membaca Al-Qur’an Di Kubur???

www.ilmusunnah.com

Al-Imam Al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) meriwayatkan:

Telah mengkhabarkan kepada kami Abu ‘Abdillah Al-Haafiz, telah menceritakan kepada kami Abu Al-‘Abbaas Muhammad bin Ya’quub, telah menceritakan kepada kami Al-‘Abbaas bin Muhammad, beliau berkata, aku pernah bertanya kepada Yahya bin Ma’in berkaitan qiraa’ah (membaca Al-Qur’an) di sisi kubur, maka beliau berkata:

....

Baca selengkapnya di website kami, http://www.ilmusunnah.com/wasiat-ibnu-umar-membaca-al-quran-di-kubur/

Khamis, 12 November 2009

166 - Berzikir Dengan Suara Perlahan Atau Kuat: Kita Lihat Pendapat Mazhab Syafi'e

Berzikir Dengan Suara Perlahan Atau Kuat:
Kita Lihat Pendapat Mazhab Syafi'e

http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Masyarakat awam Malaysia secara umumnya sudah terbiasa untuk berzikir di setiap kali selesai solat (setelah salam) dengan cara berjama'ah dan suara yang kuat (dinyaringkan atau dilagukan (koir)).

Di antara dalil yang mereka gunakan adalah hadis dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu sebagaimana berikut:

أَنَّ رَفْعَ الصَّوْتِ بِالذِّكْرِ حِينَ يَنْصَرِفُ النَّاسُ مِنْ الْمَكْتُوبَةِ كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ كُنْتُ أَعْلَمُ إِذَا انْصَرَفُوا بِذَلِكَ إِذَا سَمِعْتُهُ

Terjemahan: Bahawasanya mengeraskan suara di ketika berzikir setelah para jama'ah mendirikan solat fardhu, adalah biasa dilakukan pada zaman Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. (Berkata Ibnu 'Abbas):

Dahulu aku mengetahui bahawa berakhir solat (selesai solat) itu adalah apabila telah mendengar suara zikir. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, Kitab al-Azan, 3/345, no. 796. Muslim, 3/239, no. 919)

Disebabkan masyarakat kita secara umumnya telah sepakat bahawa kita di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafi'e, di sini saya mengambil keputusan untuk mengetengahkan perkataan ulama Syafi'iyah sendiri dalam memahami hadis tersebut.

Imam asy-Syafi'e sendiri telah menjelaskan berkenaan hadis ini sebagaimana yang disebutkan oleh Imam an-Nawawi rahimahullah:

وحمل الشافعي رحمه الله تعالى هذا الحديث على أنه جهر وقتا يسيرا حتى يعلمهم صفة الذكر لا أنهم جهروا دائما قال فاختار للإمام والمأموم أن يذكر الله تعالى بعد الفراغ من الصلاة ويخفيان ذلك الا أن يكون اماما يريد أن يتعلم منه فيجهر حتى يعلم أنه قد تعلم منه ثم يسر وحمل الحديث على هذا

Terjemahan: asy-Syafi'e rahimahullahu Ta'ala menjelaskan berkenaan hadis ini, bahawasanya (Nabi) mengeraskan suara di dalam beberapa tempoh waktu sahaja, ia adalah bertujuan untuk mengajar para sahabatnya berkenaan cara-cara berzikir, bukan bererti mereka (Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan sahabatnya) sentiasa mengeraskan suaranya. Beliau (asy-Syafi'e) berkata:

Aku berpendapat bahawa seseorang imam dan makmum hendaklah mereka berzikir kepada Allah, sebaik selesai menunaikan solatnya, dan hendaklah mereka merendahkan suara zikirnya, kecuali bagi seseorang imam yang mahu supaya para makmumnya belajar (berkenaan zikir) darinya, maka dia boleh mengeraskan zikirnya, sehingga apabila dia merasa (mengetahui) bahawa mereka telah memahami (belajar), maka hendaklah ia kembali merendahkan (memperlahankan) suaranya ketika berzikir. (Rujuk: Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi 'ala Muslim, 5/84)

Imam an-Nawawi rahimahullah sendiri pula turut berkata:

يندب الذكر والدعاء عقب كل صلاة ويسر به. فإن كان إماما يريد تعليمهم جهر. فإذا تعلموا أسر

Terjemahan: Disunnahkan untuk berzikir dan berdoa di setiap kali selesai solat (fardhu) dan hendaklah ia merendahkan suaranya. Apabila seseorang imam dan hendak mengajarkan makmumnya (tentang bacaan zikir), maka ia boleh untuk mengeraskan suaranya, kemudian apabila mereka telah mengetahui, ia kembali merendahkan (suara zikirnya). (Imam an-Nawawi, at-Tahqiq fil Fiqh asy-Syafi'e, m/s. 219. Dinukil dari Muhammad Ariffin Badri, Zikir 'Ala Tasawuf, m/s. 152-154. Rujuk juga: Edisi e-Book (manuskrip))

Imam Yahya B. Abil Khoir al-'Imrani (bermazhab Syafi'e), setelah menyebutkan beberapa riwayat berkenaan zikir-zikir Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau memberikan kesimpulan:

فتحمل رواية من روى أنه دعا وجهر. على أنه أراد بذلك ليتعلم الناس. وتهمل رواية من روى أنه مكث قليلا ثم انصرف على أنه دعا سرا بحيث يسمع نفسه

Terjemahan: Riwayat perawi yang meriwayatkan bahawa beliau (Shallallahu 'alaihi wa Sallam) berdoa (berzikir) dan mengeraskan suaranya, ditafsirkan bahawa beliau (Shallallahu 'alaihi wa Sallam) melakukan perkara tersebut supaya para sahabatnya dapat belajar dari beliau (Shallallahu 'alaihi wa Sallam). Dan riwayat perawi yang menyebutkan bahawa beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam diam sejenak (setelah selesai solat) kemudian bangun dan pergi, difahami bahawa beliau berdoa dengan merendahkan suaranya, sehingga beliau hanya memperdengarkan untuk dirinya sahaja. (Yahya B. Abil Khoir, al-Bayan, 2/250. Dinukil dari: Muhammad Ariffin Badri, Zikir 'Ala Tasawuf, m/s. 133)

Berkenaan hadis tersebut juga, Syaikh 'Abdullah B. 'Abdurrahman al-Bassam di dalam Syarahnya ke atas 'Umdatul Ahkam berkata:

Di sini sebenarnya harus difahami bahawa Ibnu 'Abbas masih kecil dan dia tidak turut serta dalam solat berjama'ah. Dia mendengar suara tahlil dari luar masjid. Dapat juga diertikan bahawa beliau menyertai solat berjama'ah, tetapi beliau di shaf yang jauh sehingga tidak ada orang yang menyambung suara kepadanya, menjadikan beliau tidak mengetahui telah berakhirnya solat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam melainkan dengan mendengar suara tahlil dari saf-saf yang awal. ('Abdullah B. 'Abdurrahman al-Bassam, Syarah Hadis Pilihan Bukhari Muslim, m/s. 266. Edisi Terbitan/terjemahan Darul Falah)

Alasan yang sama turut dijelaskan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqolani yang bermazhab Syafi'e:

فقال عياض الظاهر أنه لم يكن يحضر الجماعة لأنه كان صغيرا ممن لا يواظب على ذلك ولا يلزم به فكان يعرف انقضاء الصلاة بما ذكر وقال غيره يحتمل أن يكون حاضرا في أواخر الصفوف فكان لا يعرف انقضاءها بالتسليم وإنما كان يعرفه بالتكبير وقال بن دقيق العيد يؤخذ منه أنه لم يكن هناك مبلغ جهير الصوت يسمع من بعد

Terjemahan: Berkata 'Iyadh (al-Qadhi 'Iyadh), bahawa Ibnu 'Abbas tidak hadir menyertai solat jama'ah tersebut kerana usianya yang masih kecil, ia tidak termasuk di antara orang-orang yang terus-menerus menghadiri jama'ah, maka beliau mengetahui habisnya solat berdasarkan keadaan tersebut. Ulama selainnya mengatakan, kemungkinan Ibnu 'Abbas hadir di akhir Saf, maka beliau tidak mengetahui selesainya solat berdasarkan salam, akan tetapi beliau mengetahuinya dengan takbir. Ibnu Daqiq al-'Ied berpendapat, dari sini dapat dibuat kesimpulan bahawa di ketika itu tidak ada orang yang menyampaikan takbir imam (muballigh) supaya didengar oleh orang-orang yang berada di akhir saf. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 2/326)

Demikianlah penjelasan berkenaan hadis Ibnu 'Abbas di atas berdasarkan para ulama dari kalangan mazhab Syafi'e.

Kemudiannya, kaedah di dalam persoalan ini sebenarnya dapat dilihat secara umum dan khusus:

1 – Secara umumnya, adab dalam berzikir itu adalah dengan suara yang perlahan dan bukan dikeraskan.

Ini dijelaskan melalui dalil berikut yang bersifat umum:

وَلا تَجْهَرْ بِصَلاتِكَ وَلا تُخَافِتْ بِهَا

Terjemahan: Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya. (Surah al-Israa', 17: 110)

Imam asy-Syafi'e rahimahullah berkata tentang ayat ini:

Maksud kata الصلاة (ash-Sholah) wallahu Ta'ala a'lam adalah doa. لا تَجْهَرْ (Laa Tajhar): Janganlah engkau mengangkat suaramu, وَلا تُخَافِتْ (wa laa tukhofit): Janganlah engkau rendahkan sehingga engkau sendiri tidak mendengarnya. (Rujuk: Imam asy-Syafi'e, al-Umm, 1/127)

Juga firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ

Terjemahan: Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (Surah al-A'raaf, 7: 205)

Ini dijelaskan lagi dengan larangan daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berdasarkan kepada riwayat berikut:

Dari sebuah hadis dari Abu Musa al-'Asy'ari, beliau menceritakan:

رفع الناس أصواتهم بالدعاء في بعض الأسفار، فقال لهم النبي صلى الله عليه وسلم: "أيها الناس، أربعوا على أنفسكم، فإنكم لا تدعون أصمَّ ولا غائبًا؛ إن الذي تدعونه سميع قريب

Terjemahan: Ketika itu, orang ramai mengeraskan (memperkuatkan) suaranya di dalam berdoa di ketika melakukan safar (perjalanan), maka Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun berkata (membantah perbuatan mereka yang mengeraskan suara dalam berdoa):

Wahai manusia, kasihanilah diri kamu. Kerana kamu sebenarnya tidak menyeru kepada yang tuli (pekak) dan yang jauh, sesungguhnya Dzat yang kamu seru adalah Maha Mendengar lagi sangat dekat. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim, 3/539)

Dalam riwayat yang lain, dari Abu Musa al-'Asya'ari:

كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في غَزَاة فجعلنا لا نصعد شَرَفًا، ولا نعلو شَرَفًا، ولا نهبط واديًا إلا رفعنا أصواتنا بالتكبير. قال: فدنا منا فقال: "يا أيها الناس، أرْبعُوا على أنفسكم؛ فإنَّكم لا تدعون أصمّ ولا غائبًا، إنما تدعون سميعًا بصيرًا، إن الذي تدعون أقربُ إلى أحدكم من عُنُق راحلته. يا عبد الله بن قيس، ألا أعلمك كلمة من كنوز الجنة؟ لا حول ولا قوة إلا بالله"

Terjemahan: Ketika kami bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam di dalam sebuah peperangan, tidaklah kami mendaki tanah tinggi, memanjat bukit, dan menuruni lembah, melainkan kami meninggikan suara ketika bertakbir. Kemudian beliau pun mendekati kami lalu bersabda:

Wahai sekalian manusia, tahanlah diri kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada Tuhan yang Maha mendengar dan Maha melihat. Sesungguhnya Tuhan yang kamu seru itu lebih dekat kepada seseorang di antara kamu daripada leher binatang tunggangannya. Wahai 'Abdullah B. Qais, mahukah engkau aku ajarkan sebuah kalimah yang termasuk perbendaharaan Syurga? Iaitu ucapan "La haula walaa quwwata illaa billah" (Tidak ada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan pertolongan Allah). (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, no. 19599. Tahqiq Syaikh Syu'aib al-Arnauth: Isnadnya sahih berdasarkan syarat dua kitab sahih (Bukhari dan Muslim))

Maka, secara umumnya, adab dalam berzikir itu adalah dengan suara yang perlahan dan bukan dikuatkan. Cukup dengan sekadar diri sendiri yang mendengarnya.

2 – Zikir boleh dikuatkan (diperdengarkan suara bacaannya kepada yang lain) dengan beberapa sebab yang mengkhususkannya. Ini dapat dilihat melalui beberapa dalil sebagaimana salah satunya dari Ibnu 'Abbas di atas, yang dijelaskan oleh para ulama sebagai bertujuan untuk mengajar.

Ini dapat kita fahami bahawa, dalam soal mahu mengajar sudah tentu zikir perlu diperdengarkan demi untuk memberi tahu kepada para pelajarnya. Namun, dalam praktik untuk ibadah, hendaklah kita mematuhi dengan baik adab-adabnya setelah mengetahui dari apa yang telah dipelajarinya. Demikianlah sebahagian adab dalam berzikir yang merupakan salah satu bentuk ibadah yang mulia dengan tatacaranya, yang bukan untuk dilaksanakan mengikut hawa nafsu.

Prinsip dalam berzikir ini diperkuatkan lagi dengan beberapa penjelasan ulama yang lainnya, antaranya adalah al-Hafiz Ibnu Katsir yang bermazhab Syafi'e, katanya:

أي: اذكر ربك في نفسك رهبة ورغبة، وبالقول لا جهرًا؛ ولهذا قال: { وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ } وهكذا يستحب أن يكون الذكر لا يكون نداء ولا جهرًا بليغًا؛ ولهذا لما سألوا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقالوا: أقريب ربنا فنناجيه أم بعيد فنناديه؟ فأنزل الله: { وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ }

Terjemahan: Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rasa penuh harap dan takut, dan dengan suaramu (lisanmu) tanpa mengeraskannya, dengan sebab itulah Allah berfirman: Dan dengan tidak mengeraskan suara. Dan demikianlah yang disunnahkan, hendaklah zikir itu dengan suara yang tidak sampai seperti suara orang memanggil, dan (bukan dengan) suara yang keras, oleh sebab itu juga di ketika para sahabat bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam:

Adakah Tuhan kita itu dekat, sehingga kita bermunajat (berdoa dengan berbisik-bisik) kepada-Nya ataukah jauh sehingga kita memanggilnya?

Maka Allah pun menurunkan firman-Nya:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat, Aku memperkenankan permohonan orang yang memohon bila ia memohon pada-Ku. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur'anil Adzim, 3/538)

Sekali lagi dipetik perkataan Imam an-Nawawi dari sumber yang lain dalam syarahnya ke atas hadis Abu Musa al-'Asy'ari, beliau berkata:

ارفقوا بأنفسكم واخفضوا أصواتكم فان رفع الصوت انما يفعله الانسان لبعد من يخاطبه ليسمعه وأنتم تدعون الله تعالى وليس هو بأصم ولاغائب بل هو سميع قريب وهو معكم بالعلم والاحاطه ففيه الندب إلى خفض الصوت بالذكر اذا لم تدع حاجة إلى رفعه فانه إذا خفضه كان أبلغ فى توقيره وتعظيمه فان دعت حاجةالى الرفع رفع كما جاءت به أحاديث

Terjemahan: Kasihanilah dirimu, dan rendahkanlah suaramu, kerana mengeraskan suara itu biasanya dilakukan seseorang kerana orang yang diajak berbicara berada di tempat yang jauh agar ia mendengar suaranya (apa yang hendak disampaikan). Sedangkan kamu sedang menyeru Allah Ta’ala, dan Dia tidaklah tuli dan tidak juga jauh, akan tetapi Dia Maha Mendengar dan Maha Dekat dan bersama kamu dengan ilmunya sehingga dalam hadis ini mengandungi anjuran supaya merendahkan suara zikir, selagi mana tidak ada keperluan untuk mengeraskannya, kerana dengan merendahkan suara itu lebih menunjukkan tanda penghormatan dan pengagungan. Dan bila ada keperluan untuk mengeraskan suara, maka boleh untuk dikeraskan, sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis. (Rujuk: Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi 'Ala Muslim, 17/26)

Dari penjelasan Imam an-Nawawi ini kita dapat melihat bahawa secara asasnya setiap orang yang berzikir itu hendaklah dengan merendahkan suaranya, melainkan apabila ada alasan untuk mengeraskannya, sebagai contoh misalnya apabila seseorang imam atau guru (cikgu) yang hendak memberi tunjuk-ajar dan membimbing makmumnya (atau orang-orang tertentu dari para pelajar) memahami wirid-wirid atau zikir-zikir yang dahulu diucapkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam asy-Syafi’e rahimahullah.

Perkara ini dikuatkan dengan dalil sebuah riwayat sebagaimana yang dilakukan oleh Ibnu Abbas radiallahu 'anhu ketika beliau menjadi imam di dalam solat jenazah di saat dia hendak mengajarkan kepada makmumnya bahawa disunnahkan membaca al-fatihah dalam solat jenazah:

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَوْفٍ قَالَ صَلَّيْتُ خَلْفَ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَلَى جَنَازَةٍ فَقَرَأَ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ قَالَ لِيَعْلَمُوا أَنَّهَا سُنَّةٌ

Terjemahan: Dari Thalhah bin ‘Abdillah bin ‘Auf, beliau berkata: Aku pernah mensolatkan jenazah dengan berimamkan Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, maka beliau membaca surat al-Fatihah (dengan suara keras), kemudian beliau berkata: Supaya mereka mengetahui bahawa ini (membaca al-fatihah dalam solat jenazah) adalah sunnah.” (Riwayat Bukhori, 1/448, hadis no: 1270)

Berdasarkan sedikit kupasan di atas ini, alhamdulillah dapat dibuat kesimpulan dengan beberapa point bahawa:

1 – Mazhab asy-Syafi'e menyatakan bahawa amalan berzikir di setiap kali setelah selesai solat fardhu adalah sunnah (dianjurkan).

2 – Cara berzikir selepas solat adalah dilaksanakan dengan secara individu.

3 – Dilaksanakan dengan suara yang perlahan dan bukan dikuatkan, cukup sekadar diri sendiri yang mendengarnya.

4 – Boleh dikeraskan bacaan sekiranya bertujuan untuk mengajar dan memberi bimbingan kepada orang lain yang mahu memperlajarinya.


Untuk melihat contoh-contoh zikir yang disunnahkan untuk diamalkan apabila telah selesai solat fardhu (sebaik selepas salam), bolehlah melihat artikel saya yang lalu bertajuk: No. 98 – Zikir-zikir Selepas Solat Fardhu Yang Tsabit Dari Sunnah.

Sekian, Wallahu a'lam...

Selasa, 3 November 2009

Menghadiahkan Pahala Bacaan al-Qur’an Kepada Si Mati Menurut as-Sunnah & Ulama Bermazhab Syafi'e

Menghadiahkan Pahala Bacaan al-Qur’an Kepada Si Mati Menurut as-Sunnah & Ulama Bermazhab Syafi'e
 

Pendapat:

1 - Amalan mensedekahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati adalah tidak tsabit dari sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.

2 – Pahala bacaan al-Qur’an yang disedekahkan kepada orang yang telah mati adalah tidak sampai.

Penjelasan:

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

أَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى (٣٨) وَأَنْ لَيْسَ لِلإنْسَانِ إِلا مَا سَعَى

Terjemahan: Bahawasanya seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain, dan bahawasanya seorang manusia tidak mendapat selain apa yang telah diusahakannya. (Surah an-Najm, 53: 38-39)

Artikel asal di sini telah kami kemaskini dan kami pindahkan ke website baru kami di, http://www.ilmusunnah.com/?p=3415

Harap maklum.