Selasa, 16 Ogos 2011
183 - Syaitan Dibelenggu Ketika Ramadhan
Isnin, 8 Ogos 2011
182 - Mengkhatamkan al-Qur’an Kurang Dari Tiga Hari
Ini adalah sebagaimana amalan para salafush sholeh seperti yang telah disebutkan oleh Imam a-Nawawi rahimahullah di atas. Juga sebagaimana amalan para ulama yang mengikutinya dengan baik seperti asy-Syafi’i, Qotadah, dan selainnya. Dan mereka lebih tekun lagi ketika datangnya bulan Ramadhan, yang mana ia dinamakan sebagai bulan al-Qur’an.
Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) menukilkan:
“Berkata ar-Rabi’ B. Sulaiman, dari dua jalan bahkan lebih, bahawasanya asy-Syafi'i mengkhatamkan al-Qur'an pada bulan Ramadhan 60 kali khatam.” (Siyar A'lam an-Nubala', 10/36)
“Bahawasanya al-Aswad mengkhatam al-Qur'an setiap dua malam sekali pada bulan Ramadhan.” (Siyar A'lam an-Nubala', 4/51)
Adapun bagi mereka yang belum menguasai al-Qur’an, tidak memahaminya, dan tidak pernah menghafalnya, tetapi tiba-tiba mahu segera mengkhatamkannya secara tergesa-gesa sehingga mengabaikan aspek tadabbur, tajwid, tartil, dan seumpanya, maka berikut kata Syaikh Salim B. ‘Ied al-Hilali hafizahullah:
“Membaca al-Qur’an hendaklah dengan mentadabburinya (penghayatan). Adapun membacanya dengan cepat (supaya segera khatam), maka ia merupakan bentuk-bentuk bacaan yang bid’ah yang tidak akan melepasi tenggorokan. (Iaitu bacaan yang tidak memberikan sebarang kefahaman). Oleh sebab itulah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengecam orang-orang yang bacaannya tidak melepasi tenggorokan (seperti kaum khawarij).” (Salim al-Hilali, Mausu’ah al-Manahi asy-Syar’iyyah as-Shahih as-Sunnah an-Nabawiyyah, 1/217 – Daar Ibnu ‘Affan)
Khamis, 21 Julai 2011
181 - Menghidupkan Sunnah Di Bulan Sya'ban
Oleh itu, hendaklah kita menghidupkan amalan-amalan yang telah jelas anjurannya berdasarkan dalil-dalil yang sahih. Sebaliknya hendaklah kita meninggalkan amalan-amalan yang tidak memiliki dasarnya sedikitpun. Secara umumnya, meninggalkan amalan (ibadah) yang tidak diamalkan dan tidak pula dianjurkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam itu sendiri adalah termasuk salah satu sunnah, manakala menghidupkannya adalah bid’ah. Wallahu a’lam.
Jumaat, 3 Jun 2011
180 - Mengambil Faedah Hadis Badwi Kencing Di Masjid
Abu Numair Nawawi B. Subandi
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/
Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan (maksudnya), “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka mengajak kepada yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.” (Surah at-Taubah, 9: 71)
Manakala sifat dan ciri-ciri orang munafik pula adalah mereka melarang amar ma’ruf dan mengajak kepada yang mungkar. Sebagaimana Allah menyebutkan dalam firman-Nya (bermaksud), “Orang-orang munafik lelaki dan perempuan. Sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka mengajak melaksanakan yang munkar dan melarang melaksanakan yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasiq.” (Surah at-Taubah, 9: 67)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga mengingatkan, “Sesiapa yang melihat di kalangan kamu suatu kemungkaran, maka tegahlah ia dengan tangannya. Sekiranya tidak mampu, maka tegahlah dengan lisannya (perkataan). Sekiranya tidak mampu, maka tegahlah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, 1/167, no. 70)
Para ulama menyatakan bahawa hasil nahi mungkar (mencegah kemungkaran) adalah satu dari empat perkara. Iaitu sama ada hilangnya kemungkaran, kemungkaran berubah menjadi lebih ringan, kemungkaran tidak berubah atau berubah tetapi digantikan dengan kemungkaran lain yang sama saja keadaannya dengan sebelumnya, atau menjadi lebih teruk dari sebelum ia cuba diubah.
Dalam situasi pertama dan kedua, hukum melaksanakan nahi mungkar adalah wajib. Manakala bagi situasi ketiga, ia perlu dipertimbangkan dengan baik, dan bagi situasi keempat, tidak boleh dilaksanakan kerana maksud asal dari sebuah nahi mungkar adalah menghilangkan atau mengurangkan kemungkaran tersebut dan bukannya menambah menjadi lebih buruk.
Kebijaksanaan Dalam Bertindak
Setelah kita mengetahui perintah dan keutamaan amar ma’ruf nahi mungkar, sebenarnya kita juga perlu tahu bahawa praktik nahi mungkar harus dilaksanakan dengan bijaksana. Ini ditunjukkan oleh banyak hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam soal ini.
Salah satu hadis yang dapat kita ambil sebagai contoh adalah hadis daripada Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu. Beliau berkata:
[Kedua] Menunjukkan air kencing manusia adalah suatu yang kotor dan najis. Cara menyucikannya adalah dengan membersihkannya menggunakan air.
[Ketiga] Hadis ini menunjukkan akhlak dan kebijaksanaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam menangani orang yang jahil. Iaitu dengan cara lemah-lembut dan tidak berlaku kasar. Walaupun kencing di masjid adalah suatu kesalahan dan termasuk perbuatan membuat kekotoran di masjid, tetapi Rasulullah tidak segera memarahi pelakunya atas beberapa kemaslahatan dan sebab-sebab tertentu. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menasihati dan menunjukkan contoh yang tepat kepada para sahabatnya dalam menghadapi karenah orang-orang jahil.
[Keempat] Menolak kemudharatan yang lebih besar dengan memilih yang lebih ringan di antara keduanya. Jika orang yang sedang kencing tersebut dicegah dengan tiba-tiba, mungkin ia akan mengakibatkan mudharat serta membahayakannya. Kerana kencing yang dihentikan dengan tiba-tiba boleh mengundang risiko dan sakit.
Atau mungkin ia akan terkejut lalu berpindah atau lari ke tempat yang lain dalam keadaan kencingnya bersepah-sepah. Akhirnya najis tersebut akan tersebar ke serata masjid, mengenai pakaiannya, serta terpalit ke tubuh-badannya pula. Tetapi dengan sebab contoh kebijaksanaan Rasulullah, maka najis tersebut hanya terkena pada satu tempat sahaja. Orang Badwi tersebut pula berjaya dinasihati dengan lemah-lembut dan penuh hikmah serta tidak diperlakukan dengan kasar yang mungkin hanya akan menjadikannya malu atau marah. Dan najis tersebut dapat dibasuh dengan sempurna hanya dengan sebaldi atau sebekas air.
Kesimpulan yang dapat kita ambil di sini adalah kita tidak boleh mencegah sesuatu kemungkaran dengan cara yang salah serta terburu-buru. Juga tidak boleh mencegah sesuatu keburukan dengan cara yang buruk juga. Atau dengan cara yang lebih buruk lagi.
Sebaliknya kita hendaklah meneliti di antara maslahah (kebaikan) dan mafsadahnya (keburukan) dengan pertimbangan yang tepat. Kita tidak boleh mengingkari sesuatu kemungkaran dengan suatu kemungkaran yang lain. Kita juga tidak boleh mengingkari kemungkaran sehingga menyebabkan berlaku kemungkaran yang lebih besar lagi.
Dengan sebab itu jugalah Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) menyentuh persoalan ini dengan katanya:
“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mensyari’atkan kepada ummatnya tentang kewajiban mencegah atau membasmi kemungkaran. Ini bertujuan meraih perkara yang ma’ruf yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya dari usaha-usaha tersebut. Tetapi jika perbuatan membasmi kemungkaran tersebut akan membawa kepada perkara lain yang lebih mungkar lagi dan lebih dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, maka membasmi kemungkaran tidak perlu dilakukan walaupun Allah tetap membenci dan murka kepada pelaku kemungkaran tersebut. Situasi ini adalah sama seperti mengingkari para raja dan pemimpin dengan cara memberontak keluar dari ketaatan kepada mereka. Bahawasanya ini adalah asas kepada setiap keburukan dan fitnah sehingga akhir zaman. Para sahabat telah meminta izin Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk memerangi para pemimpin (amir) yang melengah-lengahkan solat dari waktunya sambil berkata, “Adakah kita tidak perangi sahaja mereka?” Maka Rasulullah pun menjawab, “Tidak, selagi mana mereka masih tetap melaksanakan solat.”
Sesiapa yang meneliti fitnah-fitnah yang besar dan kecil dalam sejarah umat Islam, dia pasti akan mendapati bahawa fitnah-fitnah tersebut berpunca dari pengabaian prinsip-prinsip ini dan tidak sabar dalam menghadapi kemungkaran. Lalu mereka menuntut untuk menghapuskannya (dengan terburu-buru). Maka timbullah perkara lain yang lebih besar dari fitnah asal tersebut. Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melihat sebesar-sebesar kemungkaran ketika di Makkah dan beliau tidak memiliki kemampuan untuk mengubahnya.
Sebaliknya ketika Allah telah membuka Makkah dan ia telah menjadi wilayah Islam, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bertekad untuk mengubah Ka’abah dan mengembalikannya kepada bentuk asal sebagaimana yang dibina oleh Nabi Ibrahim, tetapi beliau tidak melakukannya walaupun telah berkuasa pada ketika itu. Ini adalah kerana kebimbangan beliau dari berlakunya perkara-perkara buruk yang lebih besar kerana orang-orang Quraisy pada ketika itu masih tidak dapat menerima perubahan secara drastik disebabkan baru memeluk Islam dan masih baru mula untuk meninggalkan kekufuran. Kerana sebab itulah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak mengizinkan untuk mengingkari para pemimpin dengan kekuatan kerana akan mengakibatkan timbulnya keburukan yang lebih besar lagi dari yang sedia ada.” (Ibnul Qayyim, I’lam al-Muwaqqai’in ‘an Rabb al-‘Alamin, 3/4 - Daar al-Jil)
Sabtu, 2 April 2011
179 - Ada Apa Dengan Tarian Poco-poco?
Sabtu, 13 November 2010
178 - Solat Juma’at Bersama Pemerintah Sebagai Syi’ar Perpaduan
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/
Baru-baru ini kita digemparkan dengan sebuah perkhabaran adanya sekumpulan umat Islam yang melaksanakan solat Juma’at berasingan dengan tempat solat (masjid) yang telah ditetapkan atau diwartakan oleh pihak pemerintah atau jabatan agama. Begitulah perkhabaran yang sampai kepada penulis.
Mengambil isu perkhabaran tersebut, penulis pun berusaha mengambil inisiatif untuk meneliti beberapa perincian berkenaan dengannya berkaitan kewajiban mentaati pemerintah dalam urusan perlaksanaan solat Juma’at. Iaitu bersolat (Juma’at) bersama-sama dengan pemerintah atau wakilnya di masjid-masjid yang telah mereka tetapkan (wartakan). Solat Juma’at bersama-sama dengan pemimpin umat Islam ini sebenarnya adalah di antara apa yang telah ditetapkan oleh agama bahawa solat Juma’at merupakan sebahagian syi’ar agama yang utama sebagai lambang kesatuan dan perpaduan umat Islam itu sendiri.
Imam al-Hasan al-Bashri rahimahullah (Wafat: 110H) menyebutkan tentang peranan pemimpin dalam menjaga kesatuan masyarakat dengan katanya,
هم يلون من أمورنا خمساً: الجمعة، والجماعة، والعيد، والثغور، والحدود. والله لا يستقيم الدين إلا بهم، وإن جاروا وظلموا والله لما يصلح الله بهم أكثر مما يفسدون، مع أن طاعتهم – والله – لغبطة وأن فرقتهم لكفر
Berdasarkan ini, solat Juma’at tidak boleh dilaksanakan di tempat yang dilarang oleh pihak pemerintah, dan wajib untuk solat bersama-sama dengan pemimpin (atau wakilnya) dan masyarakat di tempat yang dibenarkan melainkan berlakunya uzur yang dibenarkan.
Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H) menyebutkan, “Solat Juma’at hanya dilaksanakan oleh para imam (pemimpin) pada setiap masa, sehingga perkara ini menjadi ijma’. Demikian sebagaimana diriwayatkan daripada al-Hasan, al-‘Auza’i, Habib B. Abu Tsaur, dan Abu Hanifah.” (al-Mughni, 4/167)
Ibnu Qudamah membahaskan bahawa bolehnya melaksanakan solat Juma’at tanpa izin pemimpin atas beberapa sebab seperti masyarakat yang menetap jauh di pedalaman sehingga terputus hubungan daripada pihak berkuasa, mengalami kesukaran atau halangan mendatangi tempat solat (masjid) yang diwartakan, atau terdapat ancaman bahaya (kekacauan).
Kemudian beliau menukilkan perkataan al-Qadhi,
فَعَلَى هَذَا يَكُونُ الْإِذْنُ مُعْتَبَرًا مَعَ إمْكَانِهِ، وَيَسْقُطُ اعْتِبَارُهُ بِتَعَذُّرِهِ
“Berdasarkan keadaan ini, maka izin daripada pemerintah itu berkuatkuasa selagi ianya tidak menyulitkan, dan menjadi tidak perlu sekiranya terdapat uzur (kesukaran).” (al-Mughni, 4/169)
Bagi menetapkan tempat solat Juma’at secara khusus yang berasingan dari apa yang telah diwujudkan oleh pihak pemerintah, Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah menyebutkan,
وأما تعدد الجمعة فيشترط له إذن الإمام
Selain izin pemerintah, secara umum asalnya solat Juma’at ini memang tidak sepatutnya dilaksanakan lebih dari satu tempat di sesebuah kawasan, wilayah, atau perkampungan melainkan dengan sebab keperluan yang mendesak dan menuntut dilakukan pada tempat selainnya. Di antara sebab contoh bolehnya adalah seperti kerana begitu besarnya wilayah atau perkampungan tersebut, terlalu besar populasi penduduknya, begitu jauh jarak menuju ke masjid, ruang masjid yang sangat terhad, atau kerana adanya ancaman yang membahayakan. Ini adalah di antara bentuk-bentuk alasan yang menyebabkan bolehnya solat Juma’at dilaksanakan lebih dari satu tempat atau secara berasingan. Berlakunya bentuk-bentuk ketetapan seperti ini adalah supaya perpaduan umat Islam sentiasa terpelihara dan bagi mengelakkan perpecahan.
Imam Abu Hanifah, Malik, dan asy-Syafi’i menyatakan,
وَقَالَ أَبُو حَنِيفَةَ، وَمَالِكٌ وَالشَّافِعِيُّ: لَا تَجُوزُ الْجُمُعَةُ فِي بَلَدٍ وَاحِدٍ فِي أَكْثَرِ مِنْ مَوْضِعٍ وَاحِدٍ؛ لِأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ يُجَمِّعُ إلَّا فِي مَسْجِدٍ وَاحِدٍ، وَكَذَلِكَ الْخُلَفَاءُ بَعْدَهُ، وَلَوْ جَازَ لَمْ يُعَطِّلُوا الْمَسَاجِدَ، حَتَّى قَالَ ابْنُ عُمَرَ: لَا تُقَامُ الْجُمُعَةُ إلَّا فِي الْمَسْجِدِ الْأَكْبَرِ، الَّذِي يُصَلِّي فِيهِ الْإِمَامُ
“Solat Juma’at tidak boleh dilaksanakan di lebih dari satu tempat di sesebuah wilayah (negeri), kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah melaksanakannya melainkan pada satu masjid. Demikian juga para khalifah setelah beliau. Sekiranya perkara tersebut dibenarkan, maka mereka pasti tidak akan membiarkan masjid-masjid (lainnya). Sehinggakan Ibnu ‘Umar berkata, “Solat Juma’at tidak dilaksanakan melainkan di masjid utama (masjid besar), di mana para pemimpin melaksanakan solat”.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 4/170)
Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H) berkata,
جُمْلَتُهُ أَنَّ الْبَلَدَ مَتَى كَانَ كَبِيرًا، يَشُقُّ عَلَى أَهْلِهِ الِاجْتِمَاعُ فِي مَسْجِدٍ وَاحِدٍ، وَيَتَعَذَّرُ ذَلِكَ لِتَبَاعُدِ أَقْطَارِهِ، أَوْ ضِيقِ مَسْجِدِهِ عَنْ أَهْلِهِ، جَازَتْ إقَامَةُ الْجَمَاعَةِ فِيمَا يُحْتَاجُ إلَيْهِ مِنْ جَوَامِعِهَا
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata,
فإقامة الجمعة في المدينة الكبيرة في موضعين للحاجة يجوز عند أكثر العلماء
Sekiranya sebab-sebab yang mendesak tersebut tiada, mengadakan solat Juma’at secara berasingan lebih dari satu tempat maka ianya tidak dibenarkan kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah mengumpulkan masyarakat (jama’ah) melainkan di satu masjid, iaitu masjid beliau di Madinah (Masjid Nabawi).
Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah menyatakan, “Tidak dibenarkan melaksanakan solat Juma’at melainkan di masjid bersama-sama umat Islam (masyarakat). Akan tetapi sekiranya masjid telah penuh dan saf-saf bersambung sehingga ke bahagian-bahagian jalan, maka tidak mengapa solat di atas jalan (luar masjid) disebabkan darurat yang tidak dapat dielakkan. Adapun seseorang yang solat di rumah atau di premis-premis perniagaannya, maka perkara tersebut tidak dibenarkan dan tidak dihalalkan. Kerana maksud asal dari sebuah Juma’at dan juga jama’ah adalah supaya umat Islam dapat hadir bersama-sama. Sehingga menjadi sebab kepada masyarakat untuk bersatu dan saling mengasihi. Yang belum tahu dapat belajar kepada yang tahu.” (Fatawa Arkanil Islam, m/s. 602 - Terjemahan/Terbitan Pustaka as-Sunnah)
Adapun apa yang kita lihat pada hari ini adalah beberapa contoh sikap berlebihan di beberapa tempat (di negara-negara Islam tertentu) dalam memperbanyakkan masjid yang di dalamnya diselenggarakan solat Juma’at sehingga masjid-masjid kecil di pinggir-pinggir jalan dan tempat-tempat yang sangat berdekatan. Padahal solat Juma’at dapat ditampung di masjid yang lebih besar. Tidak syak lagi bahawa fenomena ini boleh memecah-belahkan perpaduan umat dan mengeluarkan hikmah solat Juma’at dari tujuan asalnya. (Abu Malik Kamal, Shahih Fiqih Sunnah, 2/332 - Terjemahan/Terbitan Pustaka at-Tazkia)
Selain dari itu, kita sendiri telah sedia maklum, bagi sesiapa yang tertinggal atau terlewat menunaikan solat Juma’at bersama imam (yang dilantik) di masjid-masjid yang telah diwartakan, maka tiada solat Juma’at baginya. Sebaliknya mereka yang tertinggal atau terlewat tersebut perlu melaksanakan solat Zuhur masing-masing. Iaitu bukan membina jama’ah (kumpulan) kedua bagi melaksanakan solat Juma’at yang kedua pula. Imam Ibnul Mundzir menyatakan dalam kitabnya al-Ijma’ (m/s. 39 - Maktabah Syamilah),
وأجمعوا على أن صلاة الجمعة ركعتان، وأجمعوا على أن من فاتته الجمعة من المقيمين أن يصلوا أربعاً
Wallahu a’lam...
Khamis, 30 September 2010
177 - Meringankan Bebanan Kerja-kerja Rumah Dengan Zikir
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ وَاللَّفْظُ لِابْنِ الْمُثَنَّى قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ أَبِي لَيْلَى حَدَّثَنَا عَلِيٌّ
أَنَّ فَاطِمَةَ اشْتَكَتْ مَا تَلْقَى مِنْ الرَّحَى فِي يَدِهَا وَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبْيٌ فَانْطَلَقَتْ فَلَمْ تَجِدْهُ وَلَقِيَتْ عَائِشَةَ فَأَخْبَرَتْهَا فَلَمَّا جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ بِمَجِيءِ فَاطِمَةَ إِلَيْهَا فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْنَا نَقُومُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى مَكَانِكُمَا فَقَعَدَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمِهِ عَلَى صَدْرِي ثُمَّ قَالَ أَلَا أُعَلِّمُكُمَا خَيْرًا مِمَّا سَأَلْتُمَا إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا أَنْ تُكَبِّرَا اللَّهَ أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ وَتُسَبِّحَاهُ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَتَحْمَدَاهُ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَهْوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ
و حَدَّثَنَاه أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ح و حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُعَاذٍ حَدَّثَنَا أَبِي ح و حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ كُلُّهُمْ عَنْ شُعْبَةَ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَفِي حَدِيثِ مُعَاذٍ أَخَذْتُمَا مَضْجَعَكُمَا مِنْ اللَّيْلِ و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي يَزِيدَ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ ابْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ وَعُبَيْدُ بْنُ يَعِيشَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ ابْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ عَلِيٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِنَحْوِ حَدِيثِ الْحَكَمِ عَنْ ابْنِ أَبِي لَيْلَى وَزَادَ فِي الْحَدِيثِ قَالَ عَلِيٌّ مَا تَرَكْتُهُ مُنْذُ سَمِعْتُهُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ لَهُ وَلَا لَيْلَةَ صِفِّينَ قَالَ وَلَا لَيْلَةَ صِفِّينَ وَفِي حَدِيثِ عَطَاءٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ ابْنِ أَبِي لَيْلَى قَالَ قُلْتُ لَهُ وَلَا لَيْلَةَ صِفِّينَ
Terjemahan: Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin al-Mutsanna] dan [Muhammad bin Basysyar] - lafazh ini milik Ibnu Mutsanna keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin Ja’far] Telah menceritakan kepada kami [Syu’bah] dari [al-Hakam] dia berkata; Aku mendengar [Ibnu Abu Laila] Telah menceritakan kepada kami [Ali]:
Bahwasanya Fatimah merasa sakit tangannya kerana menumbuk tepung dan ketika itu ada seorang pelayan yang menawarkan dirinya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Fatimah datang menemui Rasulullah untuk meminta seorang pembantu. Tetapi ia tidak berjaya menemui Rasulullah dan hanya bertemu dengan ‘Aisyah. Kemudian Fatimah menyampaikan pesanan kepada ‘Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Ketika Rasulullah tiba di rumah, ‘Aisyah pun memberitahu beliau tentang kedatangan Fatimah.
Ali bin Abu Thalib berkata; “Lalu Rasulullah pergi ke rumah kami ketika kami sedang baring hendak tidur. Maka kami segera bangun, tetapi beliau mencegahnya lalu berkata: ‘Tetaplah di tempat kamu! ‘ Kemudian Rasulullah duduk di antara kami sehingga aku merasakan dinginnya telapak kaki beliau yang menyentuh dada-ku. Setelah itu, Rasulullah bersabda: ‘Inginkah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu minta? Apabila kamu baring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) tiga puluh empat kali, tasbih (Subhanallah) tiga puluh tiga kali, dan tahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kamu daripada seorang pembantu.’
Telah menceritakannya kepada kami [Abu Bakr bin Abu Syaibah] Telah menceritakan kepada kami [Waki’] Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya, Telah menceritakan kepada kami [Ubaidullah bin Mu’adz] Telah menceritakan kepada kami [Bapakku] Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya, Telah menceritakan kepada kami [Ibnu al-Mutsanna] Telah menceritakan kepada kami [Ibnu Abu Adi] seluruhnya dari [Syu’bah] melalui sanad ini. Di dalam Hadits Mu’adz dengan menggunakan kalimat; Apabila ‘kamu baring hendak tidur di malam hari.’ Telah menceritakan kepadaku [Zuhair bin Harb] Telah menceritakan kepada kami [Sufyan bin Uyainah] dari [Ubaidullah bin Abu Yazid] dari [Mujahid] dari [Ibnu Abu laila] dari [Ali bin Abu Thalib] Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya, dan telah menceritakannya kepada kami [Muhammad bin Abdullah bin Numair] dan [Ubaid bin Ya’isy] dari [Abdullah bin Numair] Telah menceritakan kepada kami [Abdul Malik] dari [Atha bin Abu Rabah] dari [Mujahid] dari [Ibnu Abu Laila] dari [Ali] dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sama dengan Hadits Al Hakam dari Ibnu Abu Laila. Di dalamnya ada tambahan,
Ali berkata; ‘Aku tidak pernah meninggalkan bacaan tersebut semenjak aku mendengarnya dari Rasulullah.’ Seseorang bertanya kepadanya; ‘Wahai Ali, adakah kamu juga tidak meninggalkan doa ini pada malam perang Shiffin? ‘Ali menjawab; ‘Ya. Aku tidak pernah meninggalkan bacaan ini pada malam perang Shiffin sekalipun.’ Sedangkan di dalam Hadits Atha dari Mujahid dari Ibnu Abu Laila dia berkata; aku bertanya kepada Ali; ‘Apakah kamu juga tidak meninggalkan doa ini pada malam perang Shiffin?’
Rujukan: Shohih Muslim, 13/259, Kitab: adz-Dzikr wad-Du’a wat-Taubati wal-Istighfar, Bab: Tasbih di Ketika Awal Siang dan Hendak Tidur, no. 4906. Maktabah Syamilah.









