Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) menegaskan, “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Selasa, 13 Mei 2008

098 - Doa-doa dan Zikir-zikir Selepas Solat Fardhu Yang Sahih Dari Sunnah

Doa-doa dan Zikir-zikir Selepas Solat Fardhu Yang Sahih Dari Sunnah
Artikel ini telah kami kemaskini dan pindahkan ke website kami di, http://www.ilmusunnah.com/zikir-zikir-setelah-solat-fardhu-yang-dianjurkan-nabi/

Semoga lebih bermanfaat dan kami mohon maaf atas kesulitan. Baarakallaahufiikum.

29 ulasan:

asyrafdinie berkata...

assalamualaikum nawi,

tanya skt, betul ke dlm hisnul muslim ada hadis yg didhaifkan oleh ulama' hadis yg lain?..soalan ni bukan nak bermaskud kondem ke ape, tak..tp just nak tau..just kalau ada..wallahua'lam..

asyrafdinie berkata...

Lupa lak..

Syukran jazilan atas artikel ni..Jazakallahukhairan kathiran..

mohd firdaus berkata...

hanya berkongsi

Sunnah perlahan zikir, doa elak ganggu Muslim lain bersolat

PENDAPAT Imam Syafie mengenai zikir berjemaah ialah: "Imam dan makmum boleh memilih sama ada ingin berzikir kepada Allah selepas salam atau tidak. Jika berzikir, mereka hendaklah memperlahankan zikir kecuali imam. Imam wajib mengajar makmum berzikir. Imam saja boleh menguatkan zikir sehingga mereka mempelajari zikir itu. Kemudian, imam hendaklah berzikir secara perlahan."

Al-Nawawi al-Syaife berkata, “Imam Syafie berpegang pada hadis menyatakan bahawa zikir boleh dikuatkan sekali sekala. Tetapi, pendapat yang paling tepat ialah makmum dan imam memperlahankan suara ketika berzikir dan boleh menguatkannya ketika mengajar makmum.”

Apa yang menghairankan pada hari ini, kebanyakan mereka mengaku bermazhab Syafie menguatkan bacaan zikir dan doa selepas solat fardu setiap waktu. Sedangkan beliau sendiri melarang perbuatan itu.

Mengenai doa beramai-ramai pula, Nabi SAW tidak pernah melakukannya. Bahkan Imam Syafie tidak pernah menukilkan pendapat mengenai harus berdoa secara berjemaah selepas solat. Adakah Imam Syafie tidak mengetahui bahawa ia juga termasuk bidaah hasanah?

Ketika mengulas hadis Ibn Abbas, Imam Syafie menegaskan mengenai sunnah berzikir selepas solat. Katanya: “Aku berpendapat, Baginda menguatkan suara ketika berzikir hanya untuk seketika (sekejap) saja. Tujuannya supaya sahabat dapat mempelajari zikir itu daripadanya. Kebanyakan riwayat yang telah kami tulis sama ada bersama kitab ini (al-Umm) atau selainnya langsung tidak menyebut adanya bacaan tahlil atau takbir selepas Baginda memberi salam.

Kadang-kadang riwayat yang datang menyebut Baginda SAW berzikir selepas solat seperti apa yang aku nyatakan (secara kuat) dan kadangkala Baginda beredar (meninggalkan saf) tanpa berzikir. Menurut apa yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah, Baginda tidak berzikir secara kuat selepas solat.

Oleh itu, aku berpendapat bahawa Baginda SAW tidak akan duduk sama sekali kecuali untuk berzikir secara perlahan.”

Kesimpulannya, sunnah berzikir dengan perlahan namun, imam boleh menguatkan suaranya sekali-sekala untuk mengajar makmum. Imam juga berhak meninggalkan saf tanpa berzikir jika dia kehendaki.

Bukan seperti apa yang disangkakan oleh sebahagian pengikut Syafie yang jahil lalu memandang serong terhadap imam yang meninggalkan perbuatan berzikir selepas solat.

Perbincangan mengenai hukum berdoa selepas solat bersendirian secara berterusan tidak sabit dan tidak pernah diamalkan oleh salafussoleh. Apatah lagi secara berjemaah dan diaminkan oleh makmum kerana boleh mengganggu seseseorang sedang solat.

Pendapat terpilih, diharuskan berdoa secara bersendirian sekali sekala selepas berzikir secara perlahan kecuali doa tertentu diamalkan oleh salafussoleh pada waktu tertentu. Ia boleh diamalkan secara berterusan seperti doa yang diajar oleh Nabi SAW kepada Mu’az bin Jabal tanpa mengangkat tangan.

Mengenai perbuatan berdoa tanpa zikir, ia dianggap menyanggahi sunnah Nabi SAW sedangkan tidak ada seorang pun generasi terdahulu melakukannya. Semoga Allah memberi hidayah kepada hamba-Nya menyanggah sunnah Rasul-Nya.

faza4peace berkata...

Zaman ini, timbul fenomena di mana ada di kalagan golongan “muda” yang cuba mengetengahkan isu-isu remeh yang telah lama dibahaskan oleh para ulama’ dan ianya sama sekali tidak membawa kepada pengingkaran. Ia merupakan masalah-masalah khilafiyah, yang menunjukkan kekayaan perbendaharaan intitusi ilmu fiqh Islam yang dicemburui oleh golongan bukan Islam.



Bertolak dari kegagalan sesetengah pihak, memahami fiqh ikhtilaf dalam masalah fiqh, menyebabkan mereka tampil ke hadapan, untuk, kononnya menentang bid’ah dan menegakkan sunnah, dengan masalah-masalah khilaf tersebut.



Golongan ulama’ Islam yang mempunyai latar-belakang yang kukuh dalam bidang fiqh Islami pada mulanya memberi teguran secara umum, mengenai golongan yang cuba memperbesarkan masalah khilaf ini, tanpa menjawab satu persatu persoalan yang ditimbulkan oleh golongan tersebut. Namun, kemelaratan sehingga menuduh seolah-olah golongan lain yang tidak sependapat dengan mereka dalam masalah-masalah khilaf tersebut, sebagai ahli bid’ah dan hanya mereka yang sependapat dengan mereka sahaja sebagai ahli sunnah, memaksa ramai para ulama’ Islam tampil menjawab persoalan-persoalan remeh-temeh mereka (yang mereka besar-besarkan sehingga jadi pintu saling salah-menyalahkan).



Antara para ulama’ yang menjawab kekeliruan golongan (separa ilmuan)tersebut adalah seperti Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (yang mana ulama’-ulama’ tersebut dikafirkan oleh sesetengah golongan salafi), Dr. Umar Abdullah Kamil, Sheikh Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki, Sheikh Abdullah Siddiq Al-Ghumari. Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, Shiekh Dr. Ali Jum’ah (mufti Mesir hari ini) dan sebagainya.



Antara masalah-masalah kecil yang cuba diperbesarkan oleh golongan tersebut ialah masalah zikir selepas solat dengan suara yang kuat. Mereka tampil memberi tamparan yang hebat khususnya kepada institusi-institusi ibadah di Malaysia, seperti masjid-masjid dan surau-surau yang mengamalkan zikir dengan kuat setelah solat.



Pelbagai kritikan yang tidak ilmiah, dilemparkan atas nama keilmuan, terhadap tradisi masyarakat Melayu di Malaysia, yang sudah lama mengamalkan zikir setelah solat secara jihar (terang-terangan) dan jama’i (berjamaah). Mereka terlupa, atau sengaja mengelirukan diri sendiri, takkala berhadapan dengan dalil-dalil Sunnah yang membela

faza4peace berkata...

amalan tersebut.



Bahkan, ada yang sampai sanggup mengatakan: Nabi dan para sahabat hanya membaca wirid dengan suara kuat dan lantang sewaktu mengajar makmum. Kita sekarang, para makmum sudah menjangkau usia lebih daripada 60 tahun takkanlah, tak tahu membaca doa dan berwirid?



Selain daripada ianya merupakan ayat berbentuk penghinaan dan sikap memperlekehkan amalan tersebut, ianya juga merupakan suatu kenyataan yang tidak berasas dan menjadi hujah ke atas dirinya sendiri.



Kalau kita lihat perkataan berikut, kita dapati bahawa, dia sendiri mengakui Nabi s.a.w. membaca wirid dengan suara kuat dan lantang sewaktu mengajar makmum. Kemudian, mengetengahkan contoh di mana, masyarakat kita, takkala mengamalkan amalan yang sama, dia berkata: “Kita sekarang, para makmum sudah menjangkau usia lebih daripada 60 tahun takkanlah, tak tahu membaca doa dan berwirid?”



Apa, zaman Rasulullah s.a.w. tidak ada makmum yang sudah menjangkau usia 60 tahunkah, yang membuatkan Nabi s.a.w. turut berzikir dengan kuat untuk mengajar para sahabat Baginda s.a.w. pada ketika itu?



Kalau saudara yang berkata perkataan ini cuba bermaksud, semua orang yang sudah berumur 60 tahun ke atas pandai baca zikir dan wirid sendiri, ini merupakan perkataan yang tidak barasas.



Penolakan yang pertama terhadap perkataan beliau: Rasulullah s.a.w. juga ketika membaca zikir secara kuat untuk mengajar para sahabat Baginda s.a.w., ada di kalangan mereka yang sudah melebihi 60 tahun juga.

faza4peace berkata...

Penolakan yang kedua: Adakah saudara yang berkata sedemikian tidak pernah ke masjid, kerana di masjid, bukan semua makmumnya melebihi 60 tahun. Ada dari kalangan remaja (walaupun sedikit), ada dari kalangan dewasa yang tidak pernah belajar membaca, bahkan ada dari kalangan mereka melebihi 60 tahun, namun masa mudanya tidak pernah belajar tentang ilmu agama langsung. Ini realiti di Malaysia.



Jadi, amalan berzikir secara terang merupakan suatu amalan yang digalakkan, di samping ianya turut dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., ianya juga turut memberi kesan positif dalam mengajar masyarakat kita yang secara umumnya, jauh lebih jahil dari masyarakat zaman Rasulullah s.a.w. itu sendiri.



Ada juga yang berkata: “Oleh yang demikian (berzikir dengan kuat) masjid dan surau sudah menjadi seperti majlis nasyid. Ada di antaranya menjadi bising sehingga mengganggu jemaah yang sedang sembahyang, sedang masbuk dan di antaranya baru hendak bersembahyang. Seolah-olah mereka tidak menghirau orang masbuk yang sedang bersolat atau orang baru datang untuk bersolat.”



Pertama, ianya seolah-olah menujukan persoalan tersebut kepada Rasulullah s.a.w. sendiri, kerana Baginda s.a.w. yang memulakan amalan berzikir secara kuat untuk mengajar para sahabat Baginda s.a.w..



Sememangnya adab perlu dijaga, takkala mendapati ada orang yang masih bersolat, dan sebagainya. Maka, pada ketika itu, perlulah diperlahankan sedikit, sehingga tidak mengganggu orang yang bersolat. Namun, pengingkaran terhadap amalan zikir dengan kuat setelah solat berjemaah semata-mata kerana takut mengganggu orang yang sedang solat, bererti pengingkaran terhadap Rasulullah s.a.w., sendiri, kerana Baginda s.a.w. lah yang mula-mula melakukan zikir secara kuat tersebut, berdasarkan hadis yang akan dibincangkan nanti. Adakah kita sanggup menuduh Rasulullah s.a.w. tidak merai orang-orang yang solat takkala Baginda s.a.w. sendiri membaca zikir dengan kuat untuk mengajarkan para sahabatnya zikir tersebut? Ini tidak benar. Konsep pengajaran zikir dalam hadis tersebut jelas, di mana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat berzikir secara terang-terangan sehingga didengari olah orang yang di luar masjid, untuk mengajar para sahabat berzikir setelah solat.



Tidak boleh dinafikan kemungkinan bahawa, takkala Rasulullah s.a.w. berzikir secara kuat juga, ada yang masih solat kerana masbuq dan sebagainya. Namun, Rasulullah s.a.w. mengutamakan pengajaran zikir kepada para sahabat yang lain sambil merai adab-adab supaya tidak mengganggu mereka yang masih lagi sedang solat.

faza4peace berkata...

Apa yang kita perlu lakukan, bukanlah mengingkari amalan berzikir secara kuat setelah solat tersebut, tetapi memberitahu adab-adab yang perlu dijaga dalam merai mereka yang sedang solat. Itu sahaja. Siapalah kita untuk mengingkari amalan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. tersebut?



Ada hadis yang menyebutkan tentang mengeraskan suara dengan zikir iaitu hadis riwayat Ibnu Abbas:



“Bahawasanya mengangkat suara dengan zikir sewaktu orang ramai selesai solat fardu adalah dilakukan pada zaman Rasulullah. Berkata Ibnu Abbas lagi: “Aku mengetahuinya setelah mereka selesai solat fardu itu apabila aku mendengarnya.” Hadis riwayat Bokhari.



Ada orang mengulas: “Hadis ini ditujukan kepada keperluan mengajar zikir yakni nabi dan para sahabat pernah mengeraskan suara membaca zikir buat sementara waktu sahaja, bukan terus-menerus secara tetap.”



Persoalan yang pertama, di manakah petunjuk dalam hadis tersebut, menunjukkan Rasulullah s.a.w. hanya mengeraskan suara membaca zikir buat sementara waktu sahaja?



Jika kita lihat dari perkataan Ibn Abbas takkala mengulas bahawa, beliau r.a. mengetahui solat jemaah habis dengan mendengar bacaan zikir secara kuat tersebut, bahkan menunjukkan amalan tersebut kerap dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., sehingga ianya menjadi seolah-olah satu petunjuk bahawa, solat jemaah sudah selesai di masjid tersebut.



Kalaupun ada hadis yang menjelaskan amalan tersebut hanya sementara sahaja, kerana ianya merupakan suatu pengajaran terhadap para sahabat r.a., yang dapat kita ambil darinya ialah illah (sebab) Rasulullah s.a.w. mengeraskan suara dalam zikir setelah solat jemaah untuk untuk mengajar zikir setelah selesai solat kepada para sahabat.



Oleh itu, jika tiada illah (iaitu untuk mengajar) maka Rasulullah s.a.w. pun meniggalkan amalan tersebut. Persoalannya, illah tersebut akan tiada bila Baginda s.a.w. dapati para sahabatnya sudah boleh berzikir sendiri setelah solat, maka ditinggalkanlah amalan tersebut.

faza4peace berkata...

Tapi, fenomena di Malaysia, tidak sedemikian. Janganlah anda bercakap seolah-olah anda sebagai seorang sahabat yang hidup di zaman Baginda s.a.w. tersebut. Anda berada di abad ke 21 di mana, masyarakat Malaysia umumnya, amat jahil hatta dalam hukum agama sekalipun, inikan pula dalam bab zikir selepas solat.



Fiqh merupakan solusi realiti. Realiti masyarakat Malaysia masih memerlukan pengajaran yang berterusan khususnya dalam perkara-perkara agama. Oleh yang demikian, illah untuk membaca zikir secara kuat setelah solat berjemaah di Malaysia (iaitu mengajar masyarakat awam tentang zikir tersebut) masih lagi wujud, dengan wujudnya kejahilan dalam diri mereka.



Jadi, golongan yang lantang mengkritik amalan tersebut samada tidak faham dengan konsep sunnah Rasulullah s.a.w. itu sendiri, ataupun tidak faham dengan realiti masyarakat. Cukuplah dari memperdebatkan tentang perkara ini.



Kalaupun ada ulama’ yang menolak amalan tersebut seperti Ibn Qayyim (beliau orang Malaysiakah yang hidup dalam realiti kita hari ini) dan sebagainya, ada juga ulama’ muktabar yang membenarkan bacaan zikir secara kuat untuk tujuan mengajar masyarakat.



Bagi mereka yang mengamalkan, mereka ada dalil yang tersendiri. Bagi mereka yang tidak mengamalkan, mereka ada dalil yang tersendiri. Tetapi, bagi mereka yang sibuk berdebat, bergaduh, tuduh-menuduh, salah-menyalahkan satu sama lain dalam masalah ini, mereka sebenarnyalah yang membawa bid’ah, kerana menjadikan masalah khilafiyah yang tidak sepatutnya timbul pengingkaran sesama manusia di dalamnya, mereka canang merata-rata seolah-olah ianya suatu racun masyarakat Islam di Malaysia, padahal ramai dari kalangan umat Islam di Malaysia sendiri, yang sentiasa meninggalkan solat dan jahil dalam ilmu agama.

faza4peace berkata...

Apa gaduh-gaduh tentang perkara zikir setelah solat. Kalau anda mahu ikut serta dengan imam untuk baca zikir secara kuat, kalau anda sudah rasa “pandai” berzikir setelah solat sendiri, tidak ada sesiapa paksa anda zikir secara kuat, berjemaah. Ianya bukan suatu yang wajib. Orang-orang awam yang solat jemaah di masjid sendiri tidak pernah kata: “Zikir secara kuat lepas solat itu wajib”! Anda yang buruk sangka terhadap mereka, dengan mendakwa mereka anggap ianya wajib.



Semoga Allah s.w.t memelihara kita dari perpecahan dan dari sikap memecah-belahkan umat Islam…Amin…



Wallahu ‘alam…



Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin

23 November 2006

UTM, Kuala Lumpur

mohd firdaus berkata...

entahlah...tak samakah islam yang rasullulah bawa ngan islam yang ada skrg..
nape zaman tu lain dan zaman ni lain...
islam org malaysia kene lain ngan org arab ke??
islam ikut zaman atau zaman yang ikut islam??
otak kene ikut islam ..atau islam yang kene ikut otak??
beza ke islam untuk org cerdik (yang tahu nas2) dan islam bagi org awam..
sapa yang pandai2 buat ukuran ini??

aiii entahlahhh...fikirlah sendiri

mohd firdaus berkata...

ulamak salafi yang mana ni enta baca mengkafirkan ulama'
adakah ulama' besar salafi yang mcm aid al qorni yang mengarang kitab la tahzan tu ???
atau pun ahmad hassan??
atau pun anda baca salafi tiruan agaknya..

entahlah.....
mungkin anda lagi banyak tahu dari ana..jazakallah khiaral jaza'

Tanpa Nama berkata...

Maaf dengan sedikit teguran di sini. Adab berdakwah, jaranglah kita menonjolkan diri kita melebihi dari yang lain kerana ditakuti berlaku ketaksuban dan sifat ujub. Jika orang tidak mahu menerima apa yang kita sampaikan, usah merungut, menyebarkan dan menyatakan kekecewaan kita. Ini adalah kerana tugas hamba Allah adalah berdakwah tetapi hidayah cuma datangnya dari Allah. Seperkara lagi, jangan menganggap ilmu yg kita ada dan sudah diperolehi oleh kita sudah mencukupi, kajilah dan rujuklah ilmu dari semua sudut iaitu dari ilmuwan rujukan salafiyyah atau ilmuwan yang tidak sealiran dengannya. Ini adalah kerana kita wajib berlaku adil.

Nawawi berkata...

Artikel Baru: Berzikir Dengan Suara Perlahan Atau Kuat? Mari Kita Lihat Pendapat Mazhab Syafi'e. Klik -

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2009/11/166-berzikir-dengan-suara-perlahan-atau.html - Sebar-sebarkan...

mk berkata...

Alhamdulillah... minta tambah pencerahan cadangan cara untuk diaplikasikannya apabila solat berjemaah...agar tidak menampakan keributan dipandang Jemaah setempat yg masih mengamalkan zikir dan doa sebaik selesai solat..

Untuk mengundur untuk solat rawwatib..tidak mungkin sebab hendak melakukan dirumah saperti sunnah.
Harap tuan dapat beri cadangan yg mesra Jemaah..

Tanpa Nama berkata...

Salam smua..saya nk tny zikir tu kite bleh pilih ke antara zikir 1 atau berikutnya..ke kna zikir mengikut turutan 1 hnga berikutnya

Unknown berkata...

Pendapat Imam Syafi'e dan ulama2 mahzab Syafi'e serta ulama2 muktabar VS kebiasaan rakyat Malaysia.

Farhan berkata...

Nta mcm dah menuduh Rasulullah dgn kemungkinan yg nta hanya rasa. Dan mengatakan beliau berbuat demikian.

Unknown berkata...

Amalan dari hadith yang sahih adalah amalan yang kita yakin kenebarannya, dan amalan dari hadith yang dhaif adalah amalan yang dikhuatiri tentang kebenarannya.
Apakah menjadi satu kesalahan jika kita menerangkan agar mengelak dari melakukan ibadah yang kita tidak pasti kebenarannya?
Seperti tahlil dan doa selamat, Imam Syafie sendiri telah menolak amalan ini. Mengapakah kita yang mengaku bermazhab Imam Syafie sendiri menentang pendapat beliau tentang tahlil dan doa selamat? Sudah jelas sekali kita yang kerdil ini mengaku lebih hebat ilmu agama sehingga mencipta amalan-amalan baru dan mengamalkannya sedangkan Rasulullah sendiri tidak melakukannya wahima Ulama dan Imam yang 4 juga mengatakan ianya adalah amalan bidaah yang mungkar?? Sekiranya kita melakukan amalan atau ibadah yang jelas tidak ada nas dan dalil yang kukuh dari Rasulullah, ini bermakna kita telah melakukan fitnah yang besar terhadap Rasulullah!!!
Seolah-olah Rasulullah telah lupa dan lalai serta alpa untuk mengajar kita amalan-amalan yang baru ini!!!
Tidaklah Allah mengutuskan Para Rasul untuk menyampaikan Agama Allah sekiranya manusia boleh mencipta amalan dan ibadah mereka sendiri.

Unknown berkata...

Anda perlu belajar tentang penilaian hadith...
Sababul Nuzul atau sebab hadith. Sewaktu itu agama Islam baru diwahyukan oleh Allah dan ramai umat Islam yang sedang belajar tentang ibadah dalam Islam.
Harap tuan belajar dahulu ilmu hadith sebelum berhujah di sini.

Unknown berkata...

Saya setuju pendapat tuan.
Mereka yang mempertikaikan hujah tuan ini lebih bermazhab orang tua dari bermazhab Syafie. Bercakap dari dalil yang tidak sahih.
Hadith sahih dinilai dari sanad yang disampaikan oleh rawi dalam sesebuah hadith. Setiap rawi yang tercatat dalam sesebuah hadith boleh diselidik latar belakangnya samada mereka itu boleh dipertikai atau tidak dari biographi rawi tersebut. Ada rawi yang boleh dipetikaikan kesahihannya jika didpati mereka pernah berdusta dalam menyampaikan hadith, atau mereka ini rawi yang pelupa, atau sebagainya; ***jika dihurai terlalu panjang***
Maka ahli hadith lah yang lebih pakar dalam menilai sesuatu hadith. Mereka lah yang mentafsir segala hukum dari kajian hadith yang sabit dengan nas di dalam Al-Quran. Siapa lagi yang lebih arif dari mereka ini? Dan siapa yang boleh menidakkan hukum dari mereka ini? Benar sungguh ramai yang masih berpegang kepada amalan nenek moyang mereka yang kebanyakannya berbeza dari dalil yang sahih.

Nuur berkata...

Betul tu...

Nuur berkata...

Bila ada alasan ini; "tradisi masyarakat Melayu di Malaysia, yang sudah lama mengamalkan zikir setelah solat secara jihar (terang-terangan) dan jama’i (berjamaah)", maka jelaslah point utamanya... Jika adat resam diutamakan melebihi agama, maka hilanglah kemanisan iman n pudarlah semangat ingin meneroka khazanah ilmu Islam yg tulen.

Unknown berkata...

Agama semakin di perdalam semakin membigungkan...

Tanpa Nama berkata...

saya dah lama cari cotoh bid'ah sayyi ah.. ada sesiapa boleh bantu?

bagi saya,berusahalah ikut dan amalkan apa yg nabi ajar.. bila kita buat ikut cara orang tertentu atau rasa2, bimbang tergolong dlm kalangan org yg menambah2 dlm agama..semua org boleh tersilap..tp nabi tidak.wAllahu A'lam

Absleg berkata...

Wirid kuat lepas solat bagus untuk mengajar, cuma orang baca kuat lepas solat, saya tak fikir sebabnya untuk mengajar. Tapi sebab dah biasa. Kalau duduk di kawasan orang baru masuk Islam, atau surau sekolah ke....logik. Tapi kalau masjid yg sama, jamaah yg sama, tak kan tak pandai-pandai lagi kot? Sunnah Nabi gitu la....nak ajar kuat. Tapi tak tiap-tiap hari. Mesti orang pandai jugak lepas tu.....Kebiasaan yang baik perlu ada perubahan ke arah yang lebih baik, iaitu kali ni, buat ikut sunnah pulak. Dulu kita baca kuat-kuat wirid yg baik ni ikut orang tua. Sekarang kita buat ikut sunnah yang ada dalam riwayat. Amacam? Tak kan tak nak jadi lagi baik kot? Orang buat benda baik amalan Nabi, boleh dalam otak dia sebut "saya nak ikut Nabi" orang buat benda baik, ikut orang tua, baik tetap baik, tapi boleh fikir "saya buat benda baik" aje la...

Absleg berkata...

Pertamanya,kena kikis prasangka.
Bagi yg 'cuba kekalkan kebiasaan'...

elakkan dari fikir kawan yg 'cuba buat berdasarkan dalil' tu, sengaja nak sakitkan hati anda, dengan kemukakan dalil dan menegur perbuatan yg tak sunnah. Bukan tujuannya nak menyakitkan hati anda. Bila anda belajar sunnah, anda akan sedar ada banyak amalan yg baik yg tiada dasar dari sunnah. Amalan yg biasa tu baik, tapi tak boleh diletak setara dgn sunnah. Elakkan dari guna hujjah 'apa salahnya?' ... salahnya ialah bila kita buat, kita tak boleh nak sandar pada Nabi. Orang yg buat hampir macam Nabi buat, sekurangnya dalam minda dia boleh sebut "aku tahu Nabi buat macam ni" ....Contohnya, saya sudah menerima kesan ajaran "apa salahnya" ni... iaitu apabila saya lihat orang bangun lepas solat tak berdoa, saya rasa macam tak kena. Padahal tu tak salah pun. Langsung tak salah.

Bagi yg 'cuba tegakkan sunnah'...
elakkan dari fikir kawan yg 'tegakkan kebiasaan tu' sengaja tolak anda. Mungkin cara anda tak berhikmah. Sebaiknya sabar dalam berdakwah. Selain dari menegur, anda juga perlu mengajar melalui perbuatan, apa sebenarnya yg diajar dalam sunnah. Contoh: bacalah wirid yg ada dlm riwayat, daripada wirid yg baik, tapi bukan dari sunnah.

Unknown berkata...

TERASA DIRI KITA SAHAJA YG IKUT SUNNAH DAN ORANG LAIN TAK IKUT SUNNAH ITULAH YG BID'AH. YAKINLAH RASULULLAH ITU SGT BERFIKIRAN TERBUKA DLM BAB BERZIKIR, BERTASBIH, BERTAHMID, BERTAKBIR DAN
BERDOA SAMADA SECARA KUAT ATAU PERLAHAN.
MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH ITU MAKNANYA JANGAN SAMPAI MELAMPAU SEHINGGA MENSYIRIKKAN ALLAH. ADAPUN MASIH MENYANJUNG RASUL DAN MEMUJI ALLAH DGN PENUH ADAB DAN MUSLIHAH MENDIDIK APALAH SALAHNYA.
BUKAN MEMANDAI MANDAI DAN BUKAN LEBIH PANDAI DARI RASUL TETAPI BERASA DIRI KITA SAHAJA YG BETUL ITULAH SIFAT YG BURUK DLM PANDANGAN AGAMA ALLAH.
SUDAHLAH... ANGGAPLAH KITA NI HAMBA ALLAH YG SEDANG BELAJAR. JANGAN MUDAH TERASA DIRI PANDAI SANGAT DAN TELAH MENGIKUT SUNNAH SEPENUHNYA. BERSIHKAN HATI KITA YG KOTOR ITU DGN BERISTIGHFAR.
SEMOGA KITA SEMUA DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA BERSAMA MEREKA YG IKHLAS BERIBADAH KRN ALLAH TAALA.
AAMIIN YA RABBAL 'AALAMIIN.
MOHON AMPUN MAAF DARI KAMI ORANG TUA YG MASIH TERUS BELAJAR DAN MENGAJAR.

Unknown berkata...

Jangan sampai zikir kuat ada yang kepanasan

Unknown berkata...

apakah bidaah yg sebenarnya??pemahaman tentang bidaah sahaja sudah byk khilaf...ini perbezaan pendapat..hanya masalah khilaf saja..x perlu serius sgt..