Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Kebanyakan adzab kubur itu pada kencing.” (Musnad Ahmad, no. 8331, 9033)
Dalam lafaz yang lain, dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Kebanyakan adzab kubur itu berpunca dari air kencing.” (Musnad Ahmad, no. 9060. Sunan Ibnu Majah, no. 348. Al-Mustadrak oleh Al-Hakim, no. 653)
Dalam riwayat yang lain, dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Bersihkanlah diri dari kencing, kerana kebanyakan adzab kubur disebabkan olehnya.” (Sunan Ad-Daruquthni, no. 464)
Dari hadis Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Jagalah diri dari tiga tempat yang menjadi sebab laknat; (yakni) buang hajat di tempat-tempat air (sumber air, atau tempat bergenangnya air), di tempat-tempat laluan orang, dan di tempat orang berteduh.” (Sunan Abi Dawud, no. 26)
Ikuti huraian dan penjelasan hadis di, http://www.ilmusunnah.com/kebanyakan-azab-kubur-berpunca-dari-air-kencing/




