Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) menegaskan, “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Selasa, 20 Mac 2018

Pemimpin Adalah Cermin Rakyat!

Pemimpin Adalah Cermin Rakyat!

Manshur bin Abi Al-Aswad berkata, “Aku bertanya kepada Al-A’masy (salah seorang tokoh tabi’in) tentang firman Allah Ta’ala:

وَكَذَلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi wali (pemimpin) bagi sebahagian yang lain dengan sebab apa yang mereka lakukan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)...
Tanya beliau:

“Apa yang engkau dengar daripada mereka (para ulama sahabat – pent.) yang menjelaskan tentang perkara tersebut?” Al-A’masy (Sulaiman bin Mihran) pun berkata, “Aku mendengar mereka menjelaskan:

إِذَا فَسَدَ النَّاسُ أُمِّرَ عَلَيْهِمْ شِرَارُهُمْ

“Apabila manusia telah rosak, maka mereka pun dipimpin oleh orang yang paling buruk dari kalangan mereka.” (Hilyat ul-Awliyaa’, 5/50-51)

Baca selengkapnya di website kami, http://www.ilmusunnah.com/pemimpin-adalah-cermin-rakyatnya/

Sabtu, 9 September 2017

Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?

Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?

Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) berkata:

الرجل راع لكن رعيته محصورة؛ هو راع في أهل بيته، في زوجته، في ابنه، في بنته، في أخته، في عمته، في خالته، كل من في بيته، راع في أهل بيته ومسؤول عن رعيته، يجب عليه أن يرعاهم أحسن رعاية؛ لأنه مسؤول عنهم.

كذلك المرأة راعية في بيت زوجها ومسؤولة عن رعيتها، يجب عليها، يجب أن تنصح في البيت، في الطبخ، في القهوة، في الشاي، في الفرش، لا تطبخ أكثر من اللازم، ولا تجهز الشاي أكثر مما يحتاج إليه، يجب عليها أن تكون امرأةً مقتصدة؛ فإن الاقتصاد نصف المعيشة، غير مفرطة فيما ينبغي.
مسؤولة أيضاً عن أولادها في إصلاحهم وإصلاح أحوالهم وشؤونهم، كإلباسهم الثياب، وخلع الثياب غير النظيفة، وتغيير فراشهم الذي ينامون عليه، وتغطيتهم في الشتاء وهكذا، مسؤولة عن كل هذا، مسؤولة عن الطبخ وإحسانه ونضجه، وهكذا مسؤولة عن كل ما في البيت.

“Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin bagi orang-orang yang berada di bawah pimpinannya dalam ruang lingkup yang telah dibataskan. Dia adalah pemimpin terhadap ahli rumahnya (ahli keluarganya), terhadap isterinya, terhadap anak-anaknya, anak-anak perempuannya, terhadap saudaranya yang perempuan (adik-beradik perempuan), terhadap makciknya, dan seluruh anggota keluarga yang berada di rumahnya, dia adalah pemimpin ahli keluarganya dan dia akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah pimpinannya, dia wajib memelihara dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya, kerana dia bertanggungjawab atas mereka semua.

Demikian pula dengan wanita (isteri), mereka adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya. Isteri bertanggungjawab mengatur urusan rumah, memasak, membuat minuman, semisal kopi atau teh, mengurus tempat tidur, hendaklah dia tidak berlebihan pada kelaziman urusan memasak (yakni bersikap pertengahan dan bijak dalam mengurus, tidak membazir, atau tidak pula terkurang), tidak pula berlebihan pada minuman (sehingga terlalu pekat), wajib baginya untuk berjimat-cermat dan sederhana, kerana sikap pertengahan dan tepat adalah separuh dari keperluan dalam kehidupan, tidak boleh berlebih-lebihan pada apa yang tidak diperlukan.

Dia juga bertanggungjawab terhadap anak-anaknya, pada pendidikan mereka dan menguruskan keadaan mereka, seperti mengenakan pakaian (yang baik) untuk mereka dan melepaskan pakaian yang kotor, merapikan tempat tidur mereka, memastikan pakaian/selimut mereka ketika musim sejuk, dan yang seumpamanya. Seorang isteri juga bertanggungjawab terhadap apa yang dia masak, yang baik dan matang, dan demikian pada setiap apa yang ada di rumahnya (yakni dari hal-hal yang lazim dan kebiasaan).” (Syarh Riyadh Ash-Shalihin, 3/150)

Baca dalil-dalil dan penjelasan lengkap bagi hal ini di website kami, http://www.ilmusunnah.com/adakah-memasak-termasuk-tanggungjawab-seorang-isteri/

Khamis, 7 September 2017

Diancam Azab Kubur Kerana Tidak Menjaga Diri Dari Air Kencing

Diancam Azab Kubur Kerana Tidak Menjaga Diri Dari Air Kencing

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَكْثَرُ عَذَابِ الْقَبْرِ فِي الْبَوْلِ

“Kebanyakan adzab kubur itu pada kencing.” (Musnad Ahmad, no. 8331, 9033)

Dalam lafaz yang lain, dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ أَكْثَرَ عَذَابِ الْقَبْرِ مِنَ الْبَوْلِ

“Kebanyakan adzab kubur itu berpunca dari air kencing.” (Musnad Ahmad, no. 9060. Sunan Ibnu Majah, no. 348. Al-Mustadrak oleh Al-Hakim, no. 653)

Dalam riwayat yang lain, dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

اسْتَنْزِهُوا مِنَ الْبَوْلِ فَإِنَّ عَامَّةَ عَذَابِ الْقَبْرِ مِنْهُ

“Bersihkanlah diri dari kencing, kerana kebanyakan adzab kubur disebabkan olehnya.” (Sunan Ad-Daruquthni, no. 464)

Dari hadis Mu’adz bin Jabal radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

اتَّقُوا الْمَلَاعِنَ الثَّلَاثَةَ: الْبَرَازَ فِي الْمَوَارِدِ، وَقَارِعَةِ الطَّرِيقِ، وَالظِّلِّ

“Jagalah diri dari tiga tempat yang menjadi sebab laknat; (yakni) buang hajat di tempat-tempat air (sumber air, atau tempat bergenangnya air), di tempat-tempat laluan orang, dan di tempat orang berteduh.” (Sunan Abi Dawud, no. 26)

Ikuti huraian dan penjelasan hadis di, http://www.ilmusunnah.com/kebanyakan-azab-kubur-berpunca-dari-air-kencing/

Khamis, 4 Ogos 2016

Memahami Hadis Habbatus Sauda Penawar Segala Penyakit

Memahami Hadis Habbatus Sauda Penawar Segala Penyakit


Di hadis yang lain dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

فِي الحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا السَّامَ» قَالَ ابْنُ شِهَابٍ: وَالسَّامُ المَوْتُ، وَالحَبَّةُ السَّوْدَاءُ: الشُّونِيزُ

“Pada Al-Habbatus Sauda’ itu syifaa’ (penawar) bagi segala penyakit, kecuali As-Saam.”
Ibn Syihab berkata:

“As-Saam adalah Al-Maut (mati), dan Al-Habbatus Sauda’ adalah Asy-Syuuniiz (jintan hitam – black cumin).” (Shahih Al-Bukhari, no. 5688)

Jumaat, 20 Mac 2015

Adab Masuk dan Keluar Masjid Menurut Sunnah

Adab Masuk dan Keluar Masjid Menurut Sunnah

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Alhamdulillah, berikut dikongsikan sebahagian dari hadis-hadis berkaitan adab-adab dan sunnah-sunnah masuk dan keluar dari masjid. Semoga bermanfaat buat sahabat-sahabat yang membaca, dan menjadi amal yang berpahala dari sisi Allah.

1, Dengan Niat yang Baik.

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ أَتَى الْمَسْجِدَ لِشَيْءٍ فَهُوَ حَظُّهُ

“Sesiapa yang mendatangi masjid untuk sesuatu, maka dia akan mendapatkan bersesuaian dengan niatnya.” (Sunan Abi Dawud, no. 472. Bab: Keutamaan duduk di Masjid)

2, Berwudhu’ Sebelum Berangkat ke Masjid.

Untuk melihat adab-adab masuk dan keluar masjid secara lengkap, anda boleh klik link artikel website kami berikut, http://www.ilmusunnah.com/?p=11277

Ahad, 15 Mac 2015

Agar Amal Tidak Sia-sia

Agar Amal Tidak Sia-sia 

Abu Numair

Setiap daripada kita tentu tidak mahu sekiranya apa yang kita amalkan dari setiap amal-amal kita sehari-hari menjadi sia-sia dan tidak diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sedangkan kita telah berusaha bersungguh-sungguh dan menghabiskan segenap qudrat untuk melakukan dengan sebaik-baiknya.

Tentu kita amat bimbang menjadi orang-orang yang sia-sia amalannya lalu menjadilah kita orang-orang yang rugi di akhirat kelak. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأخْسَرِينَ أَعْمَالا

 الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

“Katakanlah (wahai Muhammad), “Adakah perlu kami beritahu kepadamu tentang orang yang paling rugi amalannya?” Iaitu orang-orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia sedangkan mereka beranggapan telah melakukan yang sebaik-baiknya.” (Surah al-Kahfi, 18: 103-104)

Ikuti artikel lengkap di website kami » http://www.ilmusunnah.com/?p=8175

Kubur Bukan Tempat Ibadah, Bukan Tugu Peringatan

Kubur Bukan Tempat Ibadah, Bukan Tugu Peringatan

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Pada hari ini dapat kita saksikan, banyak kubur-kubur yang ditinggikan, yang dihias-hiasi, yang dibina binaan padanya, dan sehingga dibinakan tempat-tempat ibadah padanya, seperti tempat berdoa, tempat untuk bersolat, tempat mengambil berkah, dan seumpamanya. Sedangkan ini semua termasuk perbuatan melampaui batas terhadap kuburan.

Dan sebahagian dari mereka ini berhujah pula dengan dalil-dalil Al-Qur’an, yang di antaranya dengan berdalilkan Surah Al-Kahfi ayat 21 bagi membolehkan membina masjid (yakni tempat ibadah) di atas kubur.

Ikuti artikel selengkapnya di website baru kami >> http://www.ilmusunnah.com/kubur-bukan-tempat-ibadah-bukan-tugu-peringatan/

Khamis, 12 Mac 2015

Etika dan Akhlak Peniaga Muslim

Etika dan Akhlak Peniaga Muslim

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Jual-beli adalah aktiviti mu’amalah yang dihalalkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

“... Dan Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba.” (Surah Al-Baqarah, 2: 275)
Dalam perjalanan sejarah umat Islam, jual-beli termasuk bidang pekerjaan yang masyhur, ia telah menjadi sarana penghidupan, simbol amanah, penzahiran tawakkal, dan laluan dalam pengembangan dakwah.

Baca selengkapnya di website kami, http://www.ilmusunnah.com/etika-dan-akhlak-peniaga-muslim/

Selasa, 10 Mac 2015

Mentalqin Orang Yang Sedang Sakaratul Maut (Nazak)

Mentalqin Orang Yang Sedang Sakaratul Maut (Nazak)

Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah
www.ilmusunnah.com

فإذا حضره الموت، فعلى من عنده أمور: أ - أن يلقنوه الشهادة، لقوله صلى الله عليه وسلم: " لقنوا موتا كم لا إله إلا الله، (من كان آخر كلامه لا إله إلا الله عند الموت دخل الجنة يوما من الدهر، وإن أصابه قبل ذلك ما أصابه )

“1, Apabila seseorang sedang berhadapan dengan maut (yakni sedang nazak), hendaklah atas orang-orang yang ada di sisinya melakukan beberapa perkara berikut:

1.1, Mentalqinkannya dengan kalimat syahadah berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Talqinkanlah orang-orang yang di ambang kematian dengan “laa ilaaha illallaah (tiada ilah (yang berhak diibadahi) melainkan Allah).” [Siapa yang akhir ucapannya adalah laa ilaaha illallaah ketika mati, maka dia akan masuk Syurga pada suatu hari kelak walaupun sebelum itu dia terlebih dahulu menerima dan melalui beberapa siksaan].”

Ikuti artikel selengkapnya di website kami, http://www.ilmusunnah.com/mentalqin-orang-yang-sedang-nazak-di-ambang-kematian/

Sabtu, 24 Januari 2015

Adab-adab Ziarah Kubur Menurut Sunnah Rasulullah

Adab-adab Ziarah Kubur Menurut Sunnah Rasulullah

Artikel ini boleh dibaca di website baru kami di, http://bit.ly/1BnvimD

Semoga bermanfaat.

Jumaat, 23 Januari 2015

Fatwa-fatwa Ulama Sunnah Berkaitan Cukai

Fatwa-fatwa Ulama Sunnah Berkaitan Cukai


Adh-dhara’ib (cukai) adalah ketentuan kewangan yang ditetapkan oleh negara atas rakyatnya. Sebahagian kutipan cukai yang terkumpul akan digunakan untuk manfaat atau kepentingan umum, seperti membina sarana pengangkutan, kesihatan, pendidikan dan yang selainnya.

Maka, cukai adalah kewajiban dan ketentuan buatan manusia yang tidak pernah disyari’atkan oleh Allah Ta’ala. Manakala zakat adalah syari’at Allah dan salah satu ibadah yang agung yang ada dalam Islam.

... Pada asalnya mewajibkan cukai ke atas rakyat hukumnya adalah haram, bahkan termasuk dosa besar. Pelakunya diancam dengan ancaman tidak masuk Syurga. Dalam hadis disebutkan bahawa pemungut cukai itu dosanya lebih besar berbanding dosa zina.

... Dan konsep pemungutan cukai yang terdapat dalam syara’ adalah sangat berbeza dengan konsep pemungutan cukai yang diamalkan pada hari ini di banyak keadaan jika tidak pada semua negara Islam, konsep tata negaranya sendiri tidak jelas, bertaqlid kepada kaum kafir yang mana menyimpang dari garis panduan Allah, tidak mengikuti Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

... Bahawa dibenarkan bagi negara untuk mengenakan cukai ke atas rakyat pada keadaan khusus tertentu dan dengan syarat-syarat tertentu.

.. Dana dari hasil kutipan cukai tersebut hendaklah dibelanjakan oleh negara bagi perkara yang benar-benar bermanfaat bagi rakyat, tidak boleh dibelanjakan untuk sesuatu berupa kemaksiatan terhadap Allah, atau pada perkara yang tidak mendatangkan mashlahah (manfaat), misalnya apabila harta tersebut dibelanjakan untuk para pelakon, kepentingan para artis, atau pemain acara sukan.

... Tetapi jika negara memungut cukai ke atas rakyat selain dari zakat lalu menggunakannya untuk hal-hal yang membazir dan kerosakan, untuk hiburan, syahwat, dan hal-hal yang haram, dan tidak membelanjakannya pada saluran yang diperintahkan syari’at semisal terhadap orang-orang yang berhak mendapatkan zakat, maka dibolehkan menyembunyikan harta atau keuntungan yang terkena cukai tersebut sehingga kita pun tidaklah menyerahkan wang secara haram kepada negara yang mana negara akan gunakan untuk hal-hal yang haram.

Baca selengkapnya fatwa-fatwa tersebut pada pautan berikut:

1, Hukum Cukai Dalam Islam » http://bit.ly/1BjvSSe

2, Cukai Tidak Diambil Dari Umat Islam » http://bit.ly/1E8IT4w

3, Bolehkah Cukai Diambil Dari Selain Muslim » http://bit.ly/1t4EMTj

4, Beza Antara Zakat Dan Cukai » http://bit.ly/1BOHj7h

5, Hukum Cukai Import/Eksport » http://bit.ly/1CXj2Jb

6, Hukum Bekerja di Badan Percukaian » http://bit.ly/1EzBEA8

7, Hukum Bekerja di Firma Audit Terlibat Riba, Insurans, dan Cukai » http://bit.ly/1EznoHB

Semoga Bermanfaat.

Selasa, 23 Disember 2014

176 - Hukum Muzik dan Nyanyian

Sikap Ahlus Sunnah wal-Jama’ah Terhadap Syair, Nyanyian (al-Ghina’) dan alat-alat Muzik (al-Ma’azif)

Artikel ini telah kami pindahkan ke website baru kami kami di, http://www.ilmusunnah.com/tips-dan-terapi-agar-mampu-meninggalkan-muzik-dan-nyanyi-nyanyian/

Sunnah Meletakkan Sutrah dan Larangan Melintas di Hadapan Orang Solat

Sunnah Meletakkan Sutrah dan Larangan Melintas di Hadapan Orang Solat

Abu Numair Nawawi B. Subandi
www.ilmusunnah.com

Apa Itu Sutrah?

Sutrah adalah suatu objek setinggi kira-kira 1 pelana haiwan tunggangan yang diletakkan di hadapan orang yang solat sebagai penghadang atau pembatas. Jarak meletakkannya adalah kira-kira 3 hasta (3 kaki) di hadapan dari tempat berdiri (bagi yang bersolat tersebut). Atau 1 hasta (1 kaki) di hadapan dari tempat bersujud. (Aashlu Shifati Sholatin Nabi, 1/114 – al-Maktbah al-Ma’arif)

Selain merupakan suatu sunnah, ini turut bertujuan sebagai pembatas atau penghadang agar kesempurnaan solat tidak terjejas apabila ada orang atau seumpamanya yang melalu-lintas di hadapan ketika sedang bersolat.

Baca artikel penuh di website baru kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=8172

Amalan Sunnah Ketika Musim Hujan

Amalan Sunnah Ketika Musim Hujan

Abu Numair Nawawi B. Subandi
www.ilmusunnah.com

Nikmat kasih-sayang Allah buat kita semua terlalu banyak tidak terhitung. Baik untuk yang beriman atau sebaliknya. Nikmat-nikmat tersebut adalah termasuk tanda kasih-sayang-Nya buat para hamba-Nya di muka bumi ini. Dan di antara tanda kasih-sayang dan limpahan nikmat kurniaan-Nya adalah air hujan yang diturunkan dari langit.

Dengan air hujan, para penduduk bumi pun dapat menjalankan kelangsungan hidup mereka dengan sempurna.

Dari itu sebagai hamba yang beriman, Rasul-Nya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengajarkan kepada kita sunnah-sunnah dalam menyambut kurniaan Allah berupa air hujan tersebut. Agar seiring dengan turunnya air hujan tersebut, kita pun akan mendapat tambahan pahala dan nikmat-nikmat yang lainnya. Agar kita pun tergolongkan dalam kelompok manusia yang bersyukur.

Ikuti artikel penuh di website baru kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=9110

Khamis, 4 Disember 2014

197 - Islam Telah Sempurna, Tak Usah Buat Bid’ah

Islam Telah Sempurna, Tak Usah Buat Bid’ah

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

1, Islam telah sempurna.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu.” (Surah Al-Maidah, 5: 3)

Di antara faedah yang dapat diambil dari ayat ini: Islam adalah agama yang sempurna, padanya tidak mengandungi kekurangan dari sisi mana pun, segala yang diperlukan makhluk untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat telah diajarkan dalam Islam, dan semua sisi kehidupan makhluk diatur dalam Islam, sehingga kita tidak memerlukan yang lain lagi.

Baca selengkapnya di website kami, http://www.ilmusunnah.com/islam-telah-sempurna-tak-usah-buat-bidah/

Ahad, 23 September 2012

196 - Larangan Memaki dan Mencerca Berhala


Larangan Memaki dan Mencerca Berhala

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H)

Tafsir Ibnu Katsir

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

“Dan janganlah kamu memaki cerca ilah-ilah (sesembahan) yang mereka ibadahi selain Allah, kerana nanti mereka akan membalas dengan cara memaki Allah melampau-lampau pula tanpa ilmu.” (Surah al-An’aam, 6: 108)

Huraian dan maksud ayat:

Allah melarang Rasul-Nya, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan orang-orang yang beriman dari mencaci ilah-ilah (yang sembahan-sembahan) kaum musyrikin, walaupun pada cacian tersebut terdapat kemaslahatan (kebaikan). Ini kerana perbuatan mencaci ilah-ilah kaum musyrikin tersebut memiliki mafsadah (kerosakan) yang jauh lebih besar dari kemaslahatan yang terdapat padanya. Iaitu di mana orang-orang musyrikin itu nanti akan membalas balik setiap cacian tersebut dengan cacian yang lain terhadap Ilah kaum mukminin, sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah Rabb yang tidak ada ilah (yang berhak diibadahi) selain Dia.

Sebagaimana yang dikatakan oleh ‘Ali B. Abi Thalhah, daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma tentang ayat ini:

يا محمد، لتنتهين عن سبك آلهتنا، أو لنهجون ربك، فنهاهم الله أن يسبوا أوثانهم، فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ

“Orang-orang musyrik itu berkata: “Wahai Muhammad, engkau hentikanlah cacianmu terhadap ilah-ilah kami itu, atau kami akan membalas cacian kepada Rabbmu.” Lalu Allah melarang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan orang-orang Mukmin mencaci patung-patung mereka: “kerana nanti mereka akan membalas dengan cara memaki Allah melampau-lampau pula tanpa ilmu.”.”

‘Abdurrazzaq mengatakan daripada Ma’mar, daripada Qotadah:

كان المسلمون يسبون أصنام الكفار، فيسب الكفار الله عدوا بغير علم، فأنزل الله: وَلا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ

“Dahulu kaum Muslimin mencaci berhala-berhala orang-orang kafir, lalu orang-orang kafir pun membalas dengan cara mencaci Allah Ta’ala secara melampau-lampau dan tanpa berdasarkan ilmu pengetahuan. Lalu Allah menurunkan ayat:

“Dan janganlah kamu memaki cerca ilah-ilah (sesembahan) yang mereka ibadahi selain Allah, kerana nanti mereka akan membalas dengan cara memaki Allah melampau-lampau pula tanpa ilmu.”

Dalam Tafsir al-Qurthubi, disebutkan bahawa Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata:

قَالَتْ كُفَّارُ قُرَيْشٍ لِأَبِي طَالِبٍ إِمَّا أَنْ تَنْهَى مُحَمَّدًا وَأَصْحَابَهُ عَنْ سَبِّ آلِهَتِنَا وَالْغَضِّ منها وإما أن إِلَهَهُ وَنَهْجُوَهُ، فَنَزَلَتِ الْآيَةُ

“Orang-orang kafir pernah berkata kepada Abu Thalib (Pak Cik Rasulullah): “Laranglah Muhammad dan para sahabatnya dari memaki dan menghina ilah-ilah (sembahan) kami, atau kami akan membalas balik dengan cara mencaci dan menghina Tuhan-nya.” Maka turunlah ayat ini.” (Tafsir al-Qurthubi, 7/61 – Daar al-Kitaab al-Mishriyah)

Keadaan ini menunjukkan bahawa meninggalkan suatu bentuk kemaslahatan demi menghindari kerosakan yang lebih besar adalah suatu yang didahulukan. Ini antaranya berdasarkan hadis sahih bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ مِنْ أَكْبَرِ الذَّنْبِ أَنْ يَسُبَّ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ، قَالُوا: وَكَيْفَ يَسُبُّ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ؟ قَالَ: يَسُبُّ أَبَا الرَّجُلِ فَيَسُبُّ أَبَاهُ، وَيَسُبُّ أُمَّهُ، فَيَسُبُّ أُمَّهُ
“Termasuk dosa besar adalah orang yang mencaci ayah dan ibunya.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana seseorang boleh mencaci ayah dan ibunya?”

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Ia mencaci ayah seseorang, lalu orang yang ayahnya dicaci tersebut pun mencaci balas ayah orang yang mencaci. Ia mencaci ibu seseorang, lalu orang itu pun mencaci balas ibu orang yang mencaci tersebut.” (Musnad Ahmad, no. 6840. Shahih al-Bukhari, no. 5973)

Faedah Tafsir:

1, Dalam ayat ini Allah Subhanahu wa Ta’ala melarang kaum mukminin dari perbuatan mencaci atau mencerca berhala-berhala orang-orang kafir, kerana Allah mengetahui apabila kaum mukminin mencerca berhala-berhala tersebut maka orang-orang kafir pun akan melawan balas balik dengan cercaan terhadap Allah dan orang-orang kafir itu pun semakin jauh (dari Islam) dan bertambah pula kekufurannya.

2, Kemaslahatan perlu didahulukan berbanding keburukan (mafsadah). Dan kemaslahatan yang kecil perlu ditinggalkan jika boleh menyebabkan timbulnya mafsadah lain atau mafsadah yang jauh lebih besar.

3, Tidak boleh sengaja mencari pasal dengan orang-orang kafir kerana hal itu lebih menenangkan dan lebih mudah membuatkan mereka menerima Islam. Perbuatan sengaja menghina sembahan-sembahan orang-orang kafir boleh mengakibatkan keadaan huru-hara, membangkitkan kemarahan, menyemarakkan kebencian yang tidak sepatutnya berlaku, dan hanya menjauhkan mereka dari memahami Islam.

Wallahu a’lam.

195 - Hukum Mencium Tangan Dan Membongkokkan Badan Ketika Bersalaman


Hukum Mencium Tangan Dan Membongkokkan Badan Ketika Bersalaman



[Pertama] Hukum Mencium Tangan

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) mengatakan:

و أما تقبيل اليد ، ففي الباب أحاديث و آثار كثيرة ، يدل مجموعها على ثبوت ذلك
عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فنرى جواز تقبيل يد العالم إذا توفرت الشروط
الآتية :

1 - أن لا يتخذ عادة بحيث يتطبع العالم على مد يده إلى تلامذته ، و يتطبع هؤلاء
على التبرك بذلك ، فإن النبي صلى الله عليه وسلم و إن قبلت يده فإنما كان ذلك
على الندرة ، و ما كان كذلك فلا يجوز أن يجعل سنة مستمرة ، كما هو معلوم من
القواعد الفقهية .

2 - أن لا يدعو ذلك إلى تكبر العالم على غيره ، و رؤيته لنفسه ، كما هو الواقع
مع بعض المشايخ اليوم .

3 - أن لا يؤدي ذلك إلى تعطيل سنة معلومة ، كسنة المصافحة ، فإنها مشروعة بفعله
صلى الله عليه وسلم و قوله ، و هي سبب تساقط ذنوب المتصافحين كما روي في غير ما حديث واحد ، فلا يجوز إلغاؤها من أجل أمر ، أحسن أحواله أنه جائز .

“Berkaitan mencium tangan; dalam soal ini terdapat banyak hadis dan atsar dari kalangan salaf yang secara keseluruhan menunjukkan bahawa hadis tersebut sahih dari Nabi. Oleh sebab itu, kami berpendapat dibolehkan mencium tangan seorang ulama (yang ahli sunnah, bukan ahli bid’ah – pent.) jika memenuhi beberapa syarat berikut ini.

1. Perbuatan mencium tangan tersebut tidak dijadikan sebagai kebiasaan. Sehingga ulama tertentu terbiasa menghulurkan tangannya kepada murid-muridnya. Demikian juga para murid terbiasa mengambil barakah dengan mencium tangan gurunya. Ini kerana Nabi sendiri jarang sekali tangannya dicium oleh para shahabat. Jika demikian maka tidak boleh menjadikannya sebagai kebiasaan yang dilakukan terus-menerus sebagaimana kita ketahui dalam perbahasan kaedah-kaedah fiqh.

2. Perbuatan mencium tangan tersebut tidaklah menyebabkan ulama tersebut merasa sombong dan merasa lebih baik daripada yang lain serta menganggap dirinyalah yang paling hebat berbanding yang lain.

3. Perbuatan mencium tangan tersebut tidak menyebabkan hilangnya sunnah Nabi yang sudah diketahui seperti sunnah bersalaman. Bersalam atau berjabat tangan adalah satu amal yang dianjurkan berdasarkan perbuatan dan sabda Nabi. Bersalaman tangan adalah salah satu sebab gugurnya dosa-dosa orang yang melakukannya sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis. Oleh itu, tidak sepatutnya sunnah berjabat tangan ini ditinggalkan kerana mengejar suatu amalan yang hanya berstatus mubah (dibolehkan).” (Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah 1/159, Maktabah Syamilah)

[Kedua] Membongkokkan atau menundukkan badan sebagai penghormatan

Hadis daripada Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu, Kami bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَنْحَنِي بَعْضُنَا لِبَعْضٍ قَالَ لَا قُلْنَا أَيُعَانِقُ بَعْضُنَا بَعْضًا قَالَ لَا وَلَكِنْ تَصَافَحُوا

“Wahai Rasulullah, adakah sebahagian kami boleh membongkokkan (atau menundukkan) badan kepada sebahagian yang lain (yang ditemui)?” Rasulullah bersabda, “Tidak boleh.” Kami bertanya lagi, “Adakah kami boleh berpelukan jika saling bertemu?” Beliau bersabda, “Tidak boleh. Yang benar hendaklah kalian saling bersalaman.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3692. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu berkata:

قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ الرَّجُلُ مِنَّا يَلْقَى أَخَاهُ أَوْ صَدِيقَهُ أَيَنْحَنِي لَهُ قَالَ لَا قَالَ أَفَيَلْتَزِمُهُ وَيُقَبِّلُهُ قَالَ لَا قَالَ أَفَيَأْخُذُ بِيَدِهِ وَيُصَافِحُهُ قَالَ نَعَمْ

“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, adakah kami boleh saling menundukkan (atau membongkokkan) badan apabila salah seorang dari kami bertemu dengan saudaranya atau sahabatnya?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki tersebut bertanya lagi, “Adakah boleh mendakapnya (memeluknya) dan menciumnya?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Lelaki itu bertanya lagi, “Adakah boleh mengambil tangannya dan bersalaman dengannya?” Rasulullah menjawab, “Ya.”.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2728. Dinilai hasan oleh at-Tirmidzi dan al-Albani)

Imam al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H) berkara:

وَرَوَى أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ: قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَنْحَنِي بَعْضُنَا إِلَى بَعْضٍ إِذَا الْتَقَيْنَا؟ قَالَ:" لَا"، قُلْنَا: أَفَيَعْتَنِقُ بَعْضُنَا بَعْضًا؟ قَالَ" لَا". قُلْنَا: أَفَيُصَافِحُ بَعْضُنَا بَعْضًا؟ قَالَ" نَعَمْ"

Diriwayatkan daripada Anas B. Malik, beliau berkata, “Kami bertanya:

“Wahai Rasulullah bolehkah kami saling membongkokkan (menundukkan) badan apabila kami bertemu?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Anas bertanya, “Untuk saling berpelukan di antara satu dengan lain?” Rasulullah menjawab, “Tidak.” Anas bertanya lagi, “Dengan saling bersalaman di antara satu dengan yang lain?” Rasulullah menjawab, “Ya.” (Tafsir al-Qurthubi, 9/265)

Imam al-Qurthubi mengatakan:

وَإِذَا سَلَّمَ فَإِنَّهُ لَا يَنْحَنِي، وَلَا أَنْ يُقَبِّلَ مَعَ السَّلَامِ يَدَهُ، وَلِأَنَّ الِانْحِنَاءَ عَلَى مَعْنَى التَّوَاضُعِ لَا يَنْبَغِي إِلَّا لِلَّهِ. وَأَمَّا تَقْبِيلُ الْيَدِ فَإِنَّهُ مِنْ فِعْلِ الْأَعَاجِمِ، وَلَا يُتَّبَعُونَ عَلَى أَفْعَالِهِمُ الَّتِي أَحْدَثُوهَا تَعْظِيمًا مِنْهُمْ لِكُبَرَائِهِمْ

“Tidak boleh bersalaman (atau menghulur tangan) diiringi dengan membongkokkan badan dan mencium tangan. Membongkokkan badan dalam maksud atau tujuan kerendahan hati hanya boleh ditujukan kepada Allah (Subhanahu wa Ta’ala). Adapun mencium tangan, itu adalah perbuatan orang-orang ajam (selain ‘Arab) yang dilakukan dengan maksud memuliakan orang-orang tuanya.” (Tafsir al-Qurthubi, 9/266)

Makanala Syaikh al-Albani rahimahullah dalam ash-Shahihah, tentang perbuatan mencium tangan (tanpa menundukkan kepala), beliau mengatakan (secara ringkas):

Dibolehkan mencium tangan dari kalangan ulama (orang-orang soleh dan berilmu) dengan beberapa syarat. (Ulama yang dimaksudkan adalah ulama Ahlu Sunnah wal-Jama’ah). [Pertama] Antaranya tidak dijadikan sebagai kebiasaan, kerana para sahabat Nabi sendiri tidak biasa mencium tangan Nabi. Dan orang yang dicium tangannya tersebut tidak menghulurkan tangannya supaya dicium.

[Kedua] Tidak menjadikan orang yang dicium tangannya tersebut riya’, sombong, dan merasa lebih baik dari yang lain.

[Ketiga] Tidak menghilangkan sunnah bersalaman tangan sebagaimana biasa yang dianjurkan oleh Sunnah Rasulullah. (Rujuk Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, 1/159)

Adapun perbuatan saling berpelukan (berdakapan) dibenarkan apabila pulang dari musafir atau setelah lama tidak bertemu. Tetapi jika menjadikan ianya sebagai kebiasaan (selain dari ketika balik safar), maka tidak dibolehkan (makruh). Ini sebagaimana diriwayatkan dari amalan para sahabat Nabi.

كان أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم إذا تلاقوا تصافحوا، و إذا قدموا من سفر تعانقوا

“Bahawasanya para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam apabila bertemu mereka saling bersalaman, dan apabila pulang dari safar (bermusafir), mereka saling berpelukan.” (Majma’ az-Zawa’id, 8/75. Kata al-Haitsami, “Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam al-Ausath dan para perawinya adalah perawi kitab ash-Shahih.” Dinilai sahih oleh al-Albani)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّا غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرِقَا

“Tidaklah dua orang muslim yang bertemu kemudian saling bersalaman melainkan dosa keduanya akan diampunkan (oleh Allah) sebelum ia berpisah.” (Musnad Ahmad, no. 18547. Sunan Abu Daud, no. 5212. Sunan at-Tirmidzi, no. 2727. Sunan Ibnu Majah, no. 3693. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)

194 - Hukum Solat Di Dalam Gereja


Hukum Solat Di Dalam Gereja



Imam al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) menyebutkan dalam Kitab Shahihnya:

‘Umar radhiyallahu ‘anhu berkata:

إِنَّا لاَ نَدْخُلُ كَنَائِسَكُمْ مِنْ أَجْلِ التَّمَاثِيلِ الَّتِي فِيهَا الصُّوَرُ

“Sesungguhnya kami tidak akan masuk ke dalam rumah-rumah ibadah kamu disebabkan ada patung-patung serta gambar-gambar di dalamnya.”

Kemudian beliau mengatakan:

وَكَانَ ابْنُ عَبَّاسٍ: «يُصَلِّي فِي البِيعَةِ إِلَّا بِيعَةً فِيهَا تَمَاثِيلُ

“Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma pernah solat di dalam rumah ibadah orang kafir (gereja) kecuali rumah ibadah yang ada patung di dalamnya.” (Shahih al-Bukhari, 1/94)

Imam al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 516H) berkata:

“Tidak mengapa solat di dalam rumah ibadah orang kafir (gereja). Bahawasanya Ibnu ‘Abbas pernah solat di dalam rumah ibadah orang kafir (gereja) kecuali gereja yang ada patung di dalamnya. Apabila di dalamnya terdapat patung, maka ia pun keluar dan solat dalam keadaan hujan.” (Al-Baghawi, Syarhus Sunnah, 2/413. Fathul Bari, 1/532)

Imam ‘Abdurrazzaq ash-Shan’ani rahimahullah (Wafat: 211H) meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas:

أنه كان يكره أن يصلى في الكنيسة إذا كان فيها تماثيل

“Sesungguhnya beliau membenci solat di gereja apabila di dalamnya terdapat patung-patung.” (Mushannaf ‘Abdurrazzaq, no. 1608)

‘Abdurrazzaq juga turut meriwayat perkataan ‘Umar al-Khaththab di mana beliau mengatakan:

لاتعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا عليهم في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم

“Janganlah kamu pelajari bahasa kaum ‘Ajam (selain bangsa ‘Arab) dan janganlah kamu masuk ke dalam gereja-gereja mereka pada hari kebesaran (perayaan) mereka kerana kemurkaan Allah turun ke atas mereka (pada ketika itu).” (Mushannaf ‘Abdurrazzaq, no. 1609)

Yang dimaksudkan dengan bahasa kaum ‘Ajam dalam atsar ini adalah nyanyian-nyanyian keagamaan mereka di rumah-rumah ibadah mereka.

Selain itu, faktor gambar sebagai sebab tidak boleh dimasuki sesebuah rumah ini juga turut diriwayatkan sahih daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Di sini menunjukkan tidak dibolehkan memasuki rumah-rumah ibadah orang kafir tanpa sebarang sebab terutamanya yang di dalamnya ada patung-patung atau gambar-gambar. Juga ketika berlangsungnya hari-hari kebesaran atau perayaan mereka.

Demikian juga tidak dibolehkan solat di dalamnya yang mana terdapat patung-patung atau gambar-gambar. Melainkan jika di dalamnya tidak terdapat patung-patung atau gambar-gambar maka dibolehkan solat, itupun jika memang telah dipastikan memang tiada tempat yang lain untuk digunakan bersolat.

Patung-patung atau gambar-gambar yang dimaksudkan adalah yang berupa atau menyerupai makhluk bernyawa seperti haiwan, manusia dan berhala-berhala mereka.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mencela perbuatan kaum Nashara ini. Ini sebagaimana hadis daripada ‘Aisyah radhiyallhu ‘anha di mana Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata - Ummu Habibah dan Ummu Salamah pernah menceritakan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa mereka melihat gereja di Habasyah yang di dalamnya terdapat gambar-gambar. Maka beliau pun bersabda:

إِنَّ أُولَئِكَ إِذَا كَانَ فِيهِمْ الرَّجُلُ الصَّالِحُ فَمَاتَ بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا وَصَوَّرُوا فِيهِ تِلكَ الصُّوَرَ فَأُولَئِكَ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Mereka (ahli kitab), jika ada seorang yang soleh dari kalangan mereka meninggal, mereka membina masjid (tempat ibadah) di atas kuburnya dan mereka membuat (meletakkan) gambarnya pada kubur tersebut. Merekalah makhluk yang paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 427, 434)

Selain itu apabila di tempat tersebut terdapat kubur, maka ia turut diharamkan untuk bersolat di dalamnya atau di kawasan tersebut. Sebagaimana disebutkan dalam hadis, orang-orang kafir dari kalangan ahli kitab sering mengambil kuburan orang-orang soleh dari kalangan mereka sebagai tempat membina rumah-rumah ibadah mereka.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

الْأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلَّا الْمَقْبَرَةَ وَالْحَمَّامَ

“Muka bumi ini seluruhnya adalah masjid (tempat beribadah) kecuali perkuburan dan tempat mandi (tandas).” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 11788. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)

Wallahu a’lam..