Segala puji hanya untuk Allah yang menganugerahkan manusia dengan berbagai-bagai nikmat-Nya, selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, ke atas keluarga baginda, para sahabat dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka sehinggalah ke hari pembalasan.
Para ulama di Nusantara terlalu kurang memperkatakan secara telus dan serious persoalan hukum memelihara janggut dan jambang. Isu hukum berjanggut jarang atau hampir tidak pernah dibincang, sama ada di kuliah, di pengajian atau di tulisan-tulisan mereka. Kini persoalan ini menjadi satu fenomena yang tidak akan lenyap kerana ramai orang awam telah menyedari bahawa memelihara janggut adalah wajib, bukan sunnah. Tetapi ia dianggap remeh oleh sebahagian ulama, para ustaz dan guru agama lantaran mereka tidak berjanggut dan tidak berjambang. Sedangkan mencukur janggut haram hukumnya setelah terbukti banyak nas-nas (dalil dari hadis) yang mewajibkan berjanggut.
Tulisan ini merangkumi pendedahan hukum dan mesej tentang penegahan mencukur janggut berdasarkan dalil-dalil al-Quran, hadis-hadis sahih dan fatwa-fatwa para ulama muktabar.
Salah satu tanda kelelakian hakiki yang unggul, sejati dan menonjol adalah terletak pada janggut. Janggut hanya dianugerahkan oleh Allah di muka orang-orang lelaki sahaja. Suatu pemberian untuk membuktikan kelelakian di samping dapat membezakan antara lelaki dengan perempuan walaupun sekiranya di muka seseorang lelaki hanya ditumbuhi beberapa helai janggut.
Berjanggut telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan bukan persoalan yang interim. Terdapat banyak hadis sahih menyuruh memelihara janggut dan berulang kali pula melarang mencukurnya dengan larangan yang keras. Ini menunjukkan kepada haramnya mencukur janggut.
Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad sallalahu ‘alaihi wa-sallam mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah! Menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq (dosa besar).
Sikap tidak memperdulikan larangan Allah Azza wa-Jalla adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut. Termasuklah pendakwah. Tidak terkecuali yang bergelar ulama. Mereka tidak memperdulikan persoalan berjanggut sehingga disangka oleh orang-orang awam seolah-olah tidak ada kena-mengena dengan hukum syara’.
Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini. Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan. Baginda telah mengisyaratkan (menuntut) setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka. Penjelasan tentang penegahan (membawa kepada pengharaman) mencukur janggut atau jambang akan dimuatkan di dalam tulisan ini.
Diharap para pembaca budiman mudah memahami tulisan ini agar tidak kesulitan melaksanakan isi kandungannya. Semoga buku ini dapat membimbing para pembaca untuk memperolehi taufik, hidayah serta menjadi hamba Allah yang teguh imannya, kuat beramal soleh, sentiasa beristiqamah dalam memelihara hukum-ahkam dari Allah Azza wa-Jalla dan dapat mempertahankan hukum memelihara janggut. Amin! Wallahua'lam...
Ikhlas Dari:
Muhammad Abu Faroq al-Athari.
Johor Bahru, Malaysia.
JANGGUT
Janggut, menurut al-Majid al-Fairuz Abadi penulis al-Qamus Muhith ialah: اَلْلِّحْيَةُ)) jika dikasrah (dibaris bawah) huruf lam (ل)adalah rambut yang tumbuh dikedua belah pipi dan dagu. (Lihat: Al-Kamus Muhith 4/387. Fairuz Abadi. Lihat: Fathul Bari, 10/350. Ibn Hajar. Dan Lihat: Tajul Urus. 10/323) Paras batasan janggut, dari rambut yang tumbuh di bawah bibir bersambung dengan rambut di dagu sehinggalah rambut yang tumbuh di bawah dagu. Luasnya pula dari rambut di kedua-dua pipi atau di wajah. Seluruhnya adalah janggut. (Lihat: Masaillul Lehyah. Hlm. 35)
Juga dinamakan janggut, ialah seluruh rambut di wajah yang tumbuh di seluruh dagu dan di bawah dua tulang dagu, di atas kedua belah pipi dan di kedua pelipis semua itu dinamakan janggut kecuali misai (kumis). Dan misai yang panjangnya melebihi bibir hendaklah dipotong kemas (dirapikan). (Lihat: Jauharus Sunnah FiI’faill Lehyah, hlm. 5. Lihat: Adabuz Zifaf, hlm. 120. al-Albani) Gaya misai melenting bukan ajaran Islam, tetapi ditiru dari Majusi.
HUKUM MENCUKUR JANGGUT & JAMBANG
Masih terlalu sedikit dari kalangan masyarakat Islam menyedari berkenaan tuntutan memelihara janggut dan sebaliknya tegahan (larangan) memotong atau mencukurnya. Kekeliruan tentang hukum mencukur janggut berlaku disebabkan terlalu jarang dari kalangan ulama yang mahu menyentuh atau memperkatakan secara serius isu yang berkaitan dengan hukum wajibnya memelihara janggut atau jambang dan adanya intervensi orang yang tidak berhak bercakap tentang persoalan ini.
Tidak dapat dipastikan punca sebenar kelalaian fatwa tentang hukum mencukur janggut ini, apakah ini berpunca kerana terlalu ramainya para ulama yang mulut mereka terkunci lantaran mereka sendiri tidak berjanggut dan berjambang? Tidak mahu berjanggut? Malu menyimpan janggut kerana kelihatan tidak kacak (selekeh)? Atau tidak mahu memahami serta mengamalkan hadis-hadis sahih yang banyak memperkatakan dan menjelaskan tentang wajibnya memelihara janggut dan merapikan misai (kumis).
Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk memperkecilkan atau menghina para ulama yang memotong atau mencukur janggut mereka, tetapi tulisan ini sebagai nasihat dan peringatan agar mereka yang bergelar ulama mahu meneliti, mengkaji semula dan memahami semua hadis-hadis yang memperkatakan hukum janggut atau jambang dan janganlah hukum berkaitan dengan janggut diinterpertasikan dengan cara yang negatif.
Diharap para ulama yang telah mencukur janggut sudi mentaati setiap suruhan yang terdapat di hadis-hadis sahih yang mewajibkan memelihara janggut. Mereka sewajarnya mentaati hukum wajibnya berjanggut dan sentiasa komitmen tanpa banyak soalan atau alasan.
Janganlah khuatir, berjanggut tidak akan menghalang untuk mencapai dan memperolehi kemajuan yang diimpi dan dicita-citakan. Sama ada kemajuan duniawi atau ukhrawi walaupun ada yang menggambarkan berjanggut simbol kekolotan, selekeh, tidak smart dan berbagai lagi sangkaan negatif. Semua sangkaan seperti ini tidak benar kerana berfikiran sebegini dalam hal agama lebih buruk dari sangkaan jahiliyah.
SEJARAH MENCUKUR JANGGUT
Mencukur janggut adalah kebiasaan para penjajah barat yang menjajah negara-negara Islam akibat tercetusnya perang dunia pertama. Ketika ideologi yang bukan Islami, bukan Arabi (adat Arab) dan bukan adat timur menyerang masyarakat Islam, meresaplah berbagai-bagai tradisi dan adat-istiadat kuffar menjadi ikutan dan akhirnya menjadi kebiasaan kaum Muslimin. Dan adat tradisi barat yang diminati oleh masyarakat Islam ialah mulanya memendekkan janggut dan akhirnya mencukur licin. (Lihat: Hukumuddin fil Lehyah wa-Attadkhin, hlm. 17. Ali Hasan Ali Abdul Hamid)
Sebagai bukti bahawa penampilan mencukur janggut ini baru berlaku (setelah zaman penjajah) ialah masih ramai datuk-datuk kita (yang dekat jarak masa dengan kita) memanjangkan janggut mereka. Ini adalah antara bukti masih tertanamnya hukum Islamiyah ini pada hati-hati mereka.
PENGAMBILAN DALIL-DALIL & HUJJAH
Segala penerapan dalam tulisan ini insyak Allah hanya berlandaskan kepada dalil-dalil al-Quran, hadis-hadis sahih, athar para sahabat serta fatwa-fatwa para ulama yang dinukil dari kitab-kitab turath. Juga diambil dari kitab-kitab yang disusun oleh para ulama (terutamanya para imam-imam mazhab) yang muktabar dari kalangan Ahlus Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh أهْلُ السُنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ yang dikenali amat pakar dalam menghuraikan persoalan hukum-ahkam syara’. Diharapkan tulisan ini dapat menyedarkan ummah yang beriman akan wajibnya memelihara janggut dan jambang.
Mentaati setiap arahan dalam agama adalah ibadah, termasuklah yang dianggap sunnah. Sekiranya ada yang meyakini berjanggut itu sunnah (sebenarnya wajib), apakah terlalu berat untuk mereka melaksanakan sunnah tersebut? Malangnya terdapat ramai orang-orang Islam yang meremehkan amalan yang mereka anggap sunnah ini, malah memperlekeh dan mengejek orang yang berjanggut sedang mereka telah menunaikan perintah Allah dan Rasul-Nya agar memelihara janggut. Ingatlah sabda Rasulullah:
مَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِيْ فَلَيْسَ مِنِّيْ
Mempermudah (tidak memperdulikan) suruhan Allah dan RasulNya adalah maksiat. Ditakuti mereka yang sengaja cuai dengan suruhan Allah akan terkena dengan amaran di dalam firman-Nya:
وَمَنْ يَعْصِ اللهَ وَرَسُوْلَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُوْدَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيْهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِيْنٌ
PERINTAH MEMELIHARA JANGGUT DATANGNYA DARI ALLAH
Setiap penentuan hukum-ahkam yang terdapat di dalam syara datangnya dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala yang disampaikan oleh RasulNya kepada umatnya. Semuanya telah sempurna, lengkap dan jelas. Sama ada yang haram, yang halal atau yang wajib. Orang-orang yang beriman wajib mentaati atau mematuhi setiap penentuan Allah dan RasulNya sekalipun hanya satu kalimah atau satu huruf. Maka berjanggut adalah termasuk suruhan yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya sekalipun ada yang menyangka ia hanya suruhan yang sunnah.
Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman membantah, kerana sesiapa yang mengingkari perintah Allah dan RasulNya walau sekecil manapun maka mereka berdosa atau paling kecil akibatnya dibenci (makruh) oleh Allah. Namun, jika sekiranya ia berupa suruhan yang wajib, maka ditakuti jika sengaja ditinggalkan akan ditimpakan laknat dari langit sebagaimana nasib Iblis yang ingkar terhadap perintah Allah.
Berjanggut adalah perintah Allah. Bukan gaya fesyen atau adat orang Arab, bukan kerana tidak ada pisau cukur, malas bercukur atau kerana sebab-sebab yang lain. Secara fitrah, semua orang-orang lelaki lazimnya berjanggut dan tidak pula berlaku kepada perempuan, oleh kerana itu hukum kewajipan berjanggut hanya diwajibkan kepada lelaki sahaja.
Mungkin ramai tidak memberi perhatian tentang hukum berjanggut kerana dianggap sunnah yang ringan hukumnya. Mereka tidak tahu bahawa di sisi syariat tidak ada perkara yang kecil jika dibandingkan dengan perihal dunia. Hanya kejahilan sahaja menilai hukum syariat sebagai remeh. Allah berfirman:
وَتَحْسَبُوْنَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللهِ عَظِيْمٌ
Ayat ini ditafsirkan oleh Imam Ibn Kathir: “Bahawa Allah Ta’ala berfirman memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman dengan-Nya dan dengan Rasul-Nya agar mematuhi seluruh suruhan Islam, syariat-syariat-Nya, mengambil seluruh perintah-Nya dan meninggalkan seluruh larangan-larangan-Nya mengikut apa yang mereka sanggupi (terdaya)”.
SYARA’ MEMERINTAHKAN MEMELIHARA JANGGUT DAN JAMBANG
Terdapat banyak hadis-hadis sahih dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang menunjukkan wajibnya memelihara janggut dan jambang. Memerintahkan agar orang-orang lelaki beriman supaya memotong atau menipiskan misai mereka. Adapun pengharaman dari mencukur atau memotong janggut ialah sabda Rasulullah:
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَالِفُوْا الْمُشْرِكِيْنَ وَفّرُوْا اللِّحَى وَاحْفُوْا الشُّوَارِبَ . رواه البخاري ومسلم والبيهقي.
وَعَنْ اَبِي اِمَامَة : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : قَصُّوا سِبَالَكُمْ وَوَفِّرُوْا عَثَانِيْنَكُمْ وَخَالِفُوا أهْلَ الْكِتَابِ. حديث صحيح رواه أحمد والطبراني
"Dari Abi Imamah: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab". (Hadis Riwayat Ahmad dan at-Thabrani. Hadis sahih)
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : عَشْرٌ مِنَ الْفِطْرَةِ وَمِنْهَا قَصُّ الشَّارِبَ وَاِعْفَاءِ اللِّحْيَة. رواه أحمد ومسلم وأبو داود والترمزي والنسائى وابن ماجه.
Kalimah al-i’fa (الاعفاء) di dalam hadis-hadis di atas bermaksud:
هُوَ التَّرْكُ مِنْ عَفَا الشَّيْءِ اِذَا زَادَ وَكَثُرَ
“Al-i’fa ialah membiarkan (meninggalkan). Iaitu membiarkan sehingga bertambah banyak”. (Lihat: Al-Libas wa-Zinatu fi as-Syariah al-Islamiyah, Dr. Muhammad Abdulaziz ‘Amr)
Apabila kalimah i’fa sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis yang lalu dikaitkan dengan janggut, ia memberi isyarat agar dibiarkan janggut tidak dicukur.
MENGIMANI SUNNAH
Individu yang mengimani hadis ini pastinya mentaatinya kerana Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang setiap mukmin dari meniru atau menyerupai suluk (tatacara) orang-orang kafir, sama ada dari golongan Yahudi, Nasrani, Majusi atau munafik. Antara penyerupaan yang dilarang oleh baginda ialah pengharaman ke atas setiap orang lelaki yang beriman dari mencukur janggut dan jambang mereka.
Baginda melarang pula dari memelihara (memanjangkan) misai (kumis). Diharamkan memelihara misai kemudian mencukur janggut kerana ia jelas menyerupai perbuatan semua golongan orang-orang kafir. Motif utama dari larangan baginda agar orang-orang beriman dapat mengekalkan sunnah dan mengharamkan setiap orang yang beriman dari meniru tata-etika dan tata-cara orang-orang kafir.
Melalui pengharaman yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam melalui hadis-hadis baginda, amat sukar untuk menolak atau menafikan tentang pengharaman mencukur janggut ini, kerana terlalu banyak hadis-hadis sahih yang membuktikannya dengan terang tentang pengharaman tersebut.
Memang tidak dapat diragukan, antara penyerupaan yang diharamkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah meniru perbuatan orang-orang kafir yang kebanyakan dari mereka lebih gemar mencukur janggut dan jambang mereka kemudian membiarkan (memelihara) misai mereka sebagai hiasan. Ketegasan larangan mencukur janggut yang membawa kepada penyerupaan masih dapat difahami melalui hadis-hadis baginda yang seterusnya sebagaimana di bawah ini:
عَنِ ابْنِ عُمَرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ. رواه احمد وأبو داود والطبراني
"Dari Ibn Umar radiallahu ‘anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam: Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka". (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan at-Thabrani)
عَنْ أبِي هُرَيْرَةَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِنَّ أهْلَ الشِّرْكَ يَعفُونَ شَوَارِبَهُمْ وَيَحفُونَ لِحَاهُمْ فَخَالِفُواهُمْ فَاعْفُوا اللِّحَى وَاحْفُوا الشَّوَارِبَ. رواه البزار
"Dari Abi Hurairah radiallahu ‘anhu: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Bahawasanya ahli syirik memelihara misainya dan memotong janggutnya, maka janganlah meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan potonglah misai kamu". (Hadis Riwayat al-Bazzar)
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَالِفُوا الْمَجُوسَ لاَنَّهُمْ كَانُوْا يُقصِرُوْنَ لِحَاهُمْ وَيُطَوِّلُوْنَ الشَّوَارِبَ. رواه المسلم
"Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka". (Hadis Riwayat Muslim)
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَاحْفُوْا الشَّوَارِبَ وَاعْفُوْا اللِّحَى. وفِى رِوَايَةٍ : وَانْهَكُوا الشَّوَارِبَ وَاعْفُوا اللِّحَي. رواه البخاري
"Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu. Di riwayat yang lain pula: Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat Bukhari. Lihat: Silsilah al-Ahadis as-Sahihah. 208)
عَنْ أبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهَ وَسَلَّمَ: مِنْ فِطْرَةِ الاِسْلاَمِ اَخْذ الشَّوَارِبَ وَاِعْفَاء اللِّحَي فَاِنَّ الْمَجُوْسَ تحَفى شَوَارِبَهَاوَتحْفِى لِـحَاهَا فَخَالِفُواهُمْ خُذُوا شَوَارِبَكُمْ وَاعْفُوالِحَاكُمْ. رواه ابن حبان
Dari Abi Hurairah berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Di antara fitrah dalam Islam ialah memotong misai dan memelihara janggut, bahawasanya orang-orang Majusi memelihara misai mereka dan memotong janggut mereka, maka janganlah kamu menyerupai mereka, hendaklah kamu potong misai kamu dan peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat Ibn Hibban)
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍ قَالَ : ذُكِرَ لِرَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَجُوْس فَقَالَ : اِنَّهُمْ يُوَفِّرُوْنَ سِبَالَهُمْ وَيُحْلِقُوْنَ لِحَاهُمْ فَخَالِفُوْهُمْ. رواه البيهقي
"Dari Abdullah bin Umar berkata: Pernah disebut kepada Rasulullah salllalahu ‘alaihi wa-sallam seorang Majusi maka beliau bersabda: Mereka (orang-orang Majusi) memelihara misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka (janganlah menyerupai cara mereka) tinggalkan cara mereka". (Hadis Riwayat al-Baihaqi)
عَنِ ابْنِ عُمَرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : اُمِرْنَا بِاِعْفَاءِ اللِّحْيَةَ. رواه مسلم
"Dari Ibn Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Kami telah diperintahkan supaya memelihara janggut". (Hadis Riwayat Muslim)
عَنْ أبـِيْ هُرَيـْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : جُزُّْوا الشَّوَارِبَ وَاَرْخُوْا اللِّحَى رواه مسلم
"Dari Abi Hurairah: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Cukurlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat Muslim)
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَعْفُوْا اللِّحَى وَجزُّوْا الشَّوَارِبَ وَلاَ تَشَبَّهُوْا بِالْيَهُود وَالنَّصَارَى. رواه أحمد
"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, janganlah kamu meniru (menyerupai) Yahudi dan Nasrani". (Hadis Riwayat Ahmad)
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ تَشَبَّهُوْا بِاْلاَعَاجِمِ ، اَعْفُوْا اللِّحَى
"Dari Ibn Abbas berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah kamu meniru (menyerupai) 'Ajam (orang asing dan kafir), maka peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat al-Bazzar)
MASYARAKAT DAN ULAMA
Di era globalisasi ini, masyarakat Islam telah bijak menerokai jalur infromai dan berinteraksi terus kepada para ulama diberbagai-bagai negara Islam. Mereka mampu menanyakan berbagai-bagai persoalan menggunakan berbagai-bagai bahasa perantaraan, mereka tidak lagi dibelenggu taklid kepada ulama tempatan, mereka tidak dikongkong enakmen dan fatwa Jabatan Agama atau Majlis Fatwa, mereka telah keluar dari kepompong kitab kuning (kitab pondok atau pasantren), mereka telah mengenali ulama profesional dan mereka telah didedahkan dengan hadis dan nas termasuklah yang berkaitan dengan persoalan janggut.
Oleh yang demikian, para ulama tempatan janganlah mengambil mudah dengan sesuatu persoalan, sepatutnya mereka segera dan mampu memberi jawaban secara berhujjah dan ilmiyah supaya tidak ketinggalan, ditinggalkan dan dimalukan oleh masyarakat disuatu ketika nanti.
Hampir keseluruhan jumhur ulama (ulama tafsir, ulama hadis dan para fuqaha) menegaskan bahawa suruhan yang terdapat pada hadis-hadis tentang janggut adalah menunjukkan suruhan yang wajib bukan sunnah, kerana ia menggunakan lafaz atau kalimah (صيغة الامر): "nada (gaya) suruhan" yang tegas, perintah yang jelas dan diulang-ulang. (Lihat: تفسير النصوص Jld.2 Hlm. 241. Adib Soleh)
Larangan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar orang-orang yang beriman tidak mencukur janggut mereka dan tidak menyerupai Yahudi, Nasrani atau Majusi. Larangan ini telah dilahirkan oleh baginda melalui sabdanya dengan beberapa gaya bahasa dan ungkapan yang jelas, terang dan tegas. Sebagaimana hadis-hadis sahih yang seterusnya:
خَالِفُوْا الْمُشْرِكِيْنَ وَفّرُوْا اللِّحَى. رواه البخارى ومسلم
"Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
فَخَالِفُوْهُمْ (اَهْلَ الشِّرْكِ) فَاعْفُوْا للِّحَى وَاحْفُوْا الشَّوَارِبَ. رواه البزار
"Tinggalkan cara mereka (jangan meniru orang-orang musyrik) peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai kamu". (Hadis Riwayat Bazzar)
وَلاَ تَشَبَّهُوْا بِالْيَهُوْدَ وَالنَّصَارَى. رواه احمد
"Dan janganlah kamu sekalian menyerupai Yahudi dan Nasrani". (Hadis Riwayat Ahmad)
لاَتَشَبَّهُوْا بِاْلاَعَاجِمِ اَعْفُوْا اللِّحَى. رواه البزار
"Janganlah kamu sekalian menyerupai orang-orang yang bukan Islam, peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat al-Bazzar)
Kesemua hadis-hadis di atas amat jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah mewajibkan kepada setiap orang-orang yang beriman agar memelihara janggut mereka, kemudian merapikan atau menipiskan misai mereka. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah mengharamkan mereka dari meniru perbuatan orang-orang kafir, sama ada golongan Yahudi, Nasrani, Majusi, munafik atau orang fasik yang mengingkari surahan baginda, yang melanggar larangannya dan yang tidak melayani seruan baginda yang mewajibkan memelihara janggut dan menipiskan misai.
PENYERUPAAN YANG DIHARAMKAN
Begitu juga jika diteliti beberapa hadis yang lalu, antara ketegasan hadis-hadis tersebut ialah melarang orang-orang beriman dari meniru (menyerupai) perbuatan mereka yang telah dilaknat, yang sesat dan yang ke neraka seperti golongan Yahudi, Nasrani, Majusi dan semua orang-orang kafir. Antara cara peniruan yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah dengan cara memotong (mencukur) janggut kemudian memelihara misai (kumis).
Amat jelas dalam setiap hadis-hadis tentang janggut yang tertera di atas, semuanya merupakan suruhan atau perintah dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar orang-orang yang beriman memelihara janggut mereka kemudian memotong atau menipiskan misai mereka. Antara tujuan suruhan tersebut ialah supaya orang-orang yang beriman tidak menyerupai golongan orang-orang kafir, tidak kira apa jenis kekafiran mereka.
Hadis dari Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan at-Thabrani yang telah dikemukakan di atas, perlu dijiwai dan dicernakan di hati setiap mukmin agar sentiasa menjadi panduan dan perisai untuk memantapkan pegangan (istiqamah) dalam memelihara hukum berjanggut. Hadis yang dimaksudkan ialah:
عَنِ ابْنِ عُمَرٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَمِنْهُمْ. رواه احمد وأبو داود والطبراني
"Dari Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma berkata: Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka dia telah tergolong (agama) kaum itu". (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan at-Thabrani)
Hadis di atas ini dapat memberi keyakinan dan penerangan bahawa sesiapa yang meniru kaum-kaum jahiliyah yang terdiri dari kalanganYahudi, Nasrani atau Majusi sebagai contoh ikutan, sehingga mengenepikan amalan sunnah dan merubah hukum yang telah ditetapkan oleh agama Islam, atau tidak meyakini apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam atau tidak memperdulikannya, maka peniru tersebut ditakuti tergolong dalam golongan kafir yang ditiru. Oleh itu bertaubatlah kerana taubat meyelamatkan diri dari terus bersama mereka sehingga di akhirat.
Kesahihan hadis di atas dikuatkan lagi dengan hadis sahih di bawah ini:
اَبْغَضُ النَّاسِ اِلىَ اللهِ ثَلاَثَةٌ (وَمِنْهُمْ) مُبْتَغ فِى اْلاِسْلاَمِ سُنَّة الْجَاهِلِيَّة. رواه البخارى
"Tiga jenis manusia yang dibenci oleh Allah (antara mereka) ialah penganut Islam yang masih memilih (meniru) perbuatan jahiliyah". (Hadis Riwayat Bukhari)
Dalam sebuah hadis riwayat Ibn Umar, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِهِمْ حَتَّى يَمُوْتَ حَشَرَ مَعَهُمْ
"Sesiapa yang meniru (menyerupai) seperti mereka (orang-orang bukan Islam) sehingga ia mati, maka ia telah termasuk dalam golongan mereka (sehingga ke akhirat)".
MEMELIHARA FITRAH & AMANAH
Al-Fitrah (الفطرة) bermakna: (الخلقة المبتدأة)Penciptaan atau Permulaan. Sebagai contoh disebut di dalam al-Quran: فاطر السموات والارض “Allah yang mencipta langit dan bumi”. Al-fitrah di ayat ini bermakna mencipta. (Lihat: وجوب اعفاء اللحية hlm. 31-32)
Berkata Ibn Athir rahimahullah:
الفطرة : اى السنة ، يعني سنن الأنبياء عليهم السلام التي أمرنا ان نقتدي بهم فيها
“Al-Fitrah: Bermakna As-Sunnah (السنة) yakni sunnah-sunnah para nabi ‘alaihumus salam yang kita telah diperintah untuk mencontohi (mengikut) sunnah mereka.” (Lihat: Nailul Autar 1/123)
Pengertian fitrah Islamiyah boleh difahami dari apa yang telah dikatakan oleh Imam as-Suyuti rahimahullah. Beliau menjelaskan:
وَاَحْسَنُ مَا قِيْلَ فىِ الْفِطْرَةِ اَنَّهَا السُنَّةُ الْقَدِيْمَةُ الَّتِى اخْتَارَهَا اْلأنْبِيَاءُ وَاتَّفَقَتْ عَلَيهَا الشَّرَائِعُ فَكَأنَّهَا أمْرٌ جِبِلِّيٌ فُطِرُوْا عَلَيْهَا"
"Sebaik-baik apa yang dikatakan dalam tafsir tentang al-fitrah adalah sunnah terdahulu yang dipilih oleh para nabi dan disepakati oleh syara sehingga menjadi seperti satu kemestian yang dicipta pada mereka". (Lihat: النهاية 3/257. Lihat: Fathul Bari 10/339)
Memelihara janggut adalah fitrah Islamiyah yang diamalkan oleh semua para nabi, para rasul ‘alaihimus salam, para sahabat dan orang-orang yang soleh.
SIRAH PARA NABI & PARA RASUL
Sirah para rasul, para nabi sehingga ke Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, sejarah para sahabat terutama Khulafa ar-Rasyidin, kesemua mereka didapati memelihara janggut kerana berpegang kepada fitrah dan perintah rasul yang diutus.
Di dalam al-Quran, antara ciri khusus yang ditonjolkan pada kisah Nabi Harun ‘alaihissalam ialah fitrahnya (janggutnya). Ini membuktikan Nabi Harun memelihara janggutnya. Allah ‘Azza wa-Jalla berfirman:
قَالَ يَابْنُؤُمِّ لاَ تَاْخُذْ بِلِحْيَتِيْ وَلاَ بِرَاْسِيْ. طه 94:20
"Harun menjawab: Hai putera ibuku! Janganlah kamu pegang janggutku dan jangan pula kepalaku". (Thaha 20: 94)
Berkata al-Allamah as-Syangqiti rahimahullah ketika menafsirkan ayat di atas ini:
“Ayat yang mulia ini menunjukkan wajibnya memanjangkan (memelihara) janggut, ini adalah Qurani menyeru memelihara janggut dan larangan mencukurnya. Jika engkau telah mengetahui bahawa Harun bulu janggutnya panjang, dengan dalil ucapan dia kepada saudaranya: “Janganlah kamu pegang janggutku” kerana seandainya dia mencukurnya maka saudaranya tidak mungkin memegangnya. Maka jelas bagi kamu dengan sejelas-jelasnya bahawa memperkatakan janggut adalah perilaku antara perilaku-perilaku yang diperintahkan oleh al-Quran al-Azim, dan ia adalah perilaku para rasul yang mulia”. (Lihat: ادلة تحريم حلق اللحية hlm. 43)
Apabila janggut disentuh dalam kisah nabi di ayat ini, menunjukkan penampilan seorang nabi antaranya ialah berjanggut. Janggut disebut kerana ada muslihat. Ingatlah! Semua para nabi dan rasul dijadikan model untuk semua umat selepas mereka, maka keterampilannya perlu dicontohi.
Berkata al-Allamah Ibn Hazm al-Andalusi rahimahullah:
واتفقوا – أي الائمة – عَلَى انَّ حَلْقَ اللِّحْيَةِ مُثْلَةٌ لاَ تَجُوْزُ
“Telah sepakat iaitu para imam, bahawa mencukur janggut adalah perbuatan keji, tidak dibolehkan”. (Lihat: مراتب الاجماع hlm. 157. Dan Lihat: المحلى 2/189)
Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah:
وَيَحْرُمُ حَلْقُ اللِّحْيَةِ
“Dan diharamkan mencukur janggut”. (Lihat: الاختيارات العلمية hlm. 6)
Berkata Ibn Abidin (beliau dari kalangan mazhab Hanafi):
وَيَحْرُمُ عَلَى الرَّجُلِ قَطْع لِحْيَتهُ – أي حَلْقَهَا
“Diharamkan bagi seorang lelaki memotong janggutnya, iaitu mencukurnya”. (Lihat: رد المختار jld. 2. hlm. 418)
Berkata al-‘Adawi (beliau ulama dari kalangan mazhab Maliki:
يَحْرُمُ اِزَالَة شَعْر اللِّحْيَةِ
“Diharamkan mencukur janggut”. (Lihat: حاشية العدوي على شرح رسالة ابن زيد jld. 2 hlm. 411)
KISAH JANGGUT NABI DAN ISTERINYA
Para isteri Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam juga suka melihat Nabi berjanggut. Ada yang meletakkan minyak wangi di janggut dan jambang baginda. Kalaulah janggut itu bukan persoalan besar, hanya perkara remeh atau tidak mustahak, pastinya hadis yang bernilai mutaffaq ‘alaihi yang berupa wahyu ini tidak disebutkan dengan menyentuh persoalan janggut. Isu janggut menjadi fokas dan subjek di dalam hadis sahih di bawah ini menceritakan:
عَنْ عَائِشَةَ اُمّ الْمُؤْمِنِيْنَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كُنْتُ أطَيبُ النَّبِىّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِاَطْيَبِ مَا نَجِد فِىْ رَاْسِهِ وَلِحْيَتِهِ . متفق عليه
"Dari 'Aisyah Ummul Mukminin radhiallahu anha berkata: Aku mewangikan Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dengan sebaik-baik wangi-wangian pada rambut dan janggutnya". (Hadis Mutaffaq ‘alaihi)
قَالَ اَنَسُ بْنُ مَالِكٍ : كَانَتْ لِحْيَةُ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : قَدْ مَلاَءَ تْ مِنْ هَاهُنَا اِلَى هَاهُنَا فَاَمَرَ يَدَيْهِ عَلَى عَرضَيْهِ. رواه ابن عساكر (فى تاريخه)
"Berkata Anas bin Malik: Janggut Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam didapati lebat dari sini ke sini, maka diletakkan kedua tangannya di pipinya". (Hadis Riwayat Ibn Asyakir dalam kitab Tarikhnya)
Di dalam kitab (فتح الباري) jld. 10, hlm. 335, terdapat teks yang ditulis:
فَهُوَ مِنْ بَقَايَا الدِّيْنِ الَّذِى وَرثُوْهُ عَنْ اِبْرَاهِيْم عَلَيْهِ السَّلاَم وَعَلَى نَبِيِّنَا الصَّلاَة وَالسَّلاَم كَمَا وَرثُوْا عَنْهُ الْخِتَان أيْضًا
"Memelihara janggut adalah sebahagian dari kesan agama yang diwariskan oleh Nabi Ibrahim 'alaihissalam yang diwariskan kepada Nabi kita (Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam). Kewajiban berjanggut telah menjadi warisan para nabi sebagaimana kewajiban berkhatan".
Teks di atas menunjukkan bahawa berjanggut adalah warisan para nabi dan para rasul, ia berupa kewajiban yang wajib dilaksanakan sebagaimana wajibnya berkhatan (bersunat). Kewajiban berjanggut dikuatkan lagi dengan beberapa hadis-hadis sahih di bawah ini:
عَنْ جَابِرٍ قَالَ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كَثِيْرُ شَعْرُ اللِّحْيَة. رواه مسلم
"Dari Jabir berkata: Sesungguhnya Rasulullah lebat janggutnya". (Hadis Riwayat Muslim)
عَنْ مُعَمَّرٍ قَالَ : قُلْنَا لِخَبَّابٍ أكَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : يَقْرَاُ فِى الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ؟ قَالَ : نَعَمْ . قُلْنَا مِنْ اَيْنَ عَلِمْتَ ؟ قَالَ : بِاِضْطِرَابِ لِحْيَتِهِ
"Dari Mu'amar berkata: Kami bertanya kepada Khabbab, adakah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam membaca (al-Quran) di waktu Zuhur dan 'Asar? Beliau berkata: Ya! Kami bertanya, dari mana engkau tahu? Beliau menjawab: Dengan bergerak-geraknya janggut baginda". (Hadis Riwayat Bukhari)
عَنْ جَابِرٍ قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ قَدْ شَمَطَ مُقَدِّمَ رَاْسَهُ وَلِحْيَتَهُ. رواه مسلم
"Dari Jabir berkata: Kebiasaannya Rasulullah sallalhu ‘alaihi wa-sallam apabila bersikat dimulakan pada rambutnya kemudian pada janggutnya". (Hadis Riwayat Muslim)
عَنْ عُمَرٍ قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كَثَّ اللِحْيَة ، وَفِى رِوَايَةٍ كَثِيْفَةُ اللِحْيَة ، وَفِى رِوَايَةِ اَخَر عَظِيْمَةُ اللِّحْيَة. رواه الترمزي
"Dari Umar berkata : Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam lebat janggutnya, di riwayat yang lain tebal janggutnya dan di lain riwayat pula subur janggutnya". (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
عَنْ أنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كَانَ اِذَا تَوَضَّاَ اَخَذَ كَفَّا مِنْ مَاءٍ فَاَدْخَلَهُ تَحْتَ حَنكِهِ فَخَلَّلَ بِهِ ، قَالَ : هَكَذَا اَمَرَنِيْ رَبِّيْ
"Dari Anas bin Malik berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam apabila berwuduk meletakkan tapak tangannya yang berair ke bawah dagunya dan diratakan (air) di janggutnya. Beliau bersabda: Beginilah aku disuruh oleh Tuhanku". (Hadis Riwayat Abu Daud)
كَانَ فِى لِحْيَتَهِ شَعَرَاتٌ بيْضٌ. رواه مسلم
"Terdapat pada janggut (Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam) janggut yang putih". (Hadis Riwayat Muslim)
اِنَّهُ لَمْ يَرَ مِنَّ الشَّيْبِ اِلاَّ قَلِيِلاً. رواه مسلم
"Tidak kelihatan uban di janggutnya kecuali sedikit". (Hadis Riwayat Muslim)
وَلَيْسَ فِى رَاْسِهِ وَلِحْيَتِهِ عِشْرُوْنَ شَعْرَة بَيْضَاءَ. رواه البخاري
"Rambut yang putih (uban) di kepala dan di janggut (Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam) tidak melebihi dua puluh helai". (Hadis Riwayat Bukhari)
MENYALAHI CONTOH NABI & KHULAFA AR-RASYIDIN
Antara sifat dan keterampilan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah janggutnya yang lebat. Telah diriwayatkan dalam sahih Muslim dari hadis Jabir bin Samurah bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam lebat bulu janggutnya. Telah dinyatakan dari para Khulafa ar-Rasyidin al-Mahdiyin dan dari para sahabat lainnya serta para tabi’in, mereka semua memelihara janggut dan lebat janggut mereka.
Kesemua para Khulafa ar-Rasyidin memelihara janggut mereka. Abu Bakar termasuk Khalifah yang lebat janggutnya. (Lihat: قوت القلوب 4/9) Umar mempunyai janggut yang tebal. (Lihat: الاصابة 2/511) Uthman berjanggut lebat. (Lihat: الاصابة 2/455) Diriwayatkan dari Sa’ad dari as-Syabi beliau berkata: Aku melihat Ali radhillahu ‘anhu berjanggut tebal sehingga menutupi bahunya. (Lihat: تاريخ الخلفاء 129)
Mereka semua adalah orang-orang yang paling mulia, yang paling berilmu, paling bertaqwa dan paling hampir dengan Rasulullah sallallahu ‘alahi wa-sallam yang sudah disepakati oleh umat keluhuran akhlak mereka. Mengapa tidak berittiba’ kepada mereka tentang berjanggut? Mengapa janggut sering dipertikaikan sedangkan tidak seorangpun dari para sahabat yang pernah mempertikaikan perkara yang berkaitan dengan janggut.
SELURUH PARA NABI & SAHABAT BERJANGGUT
Dari hadis-hadis yang lalu dan melalui keterangan yang diperolehi dari hadis-hadis sahih, athar dan sirah (sejarah para nabi dan para sahabat) sebagaimana yang lalu, terbukti tidak seorangpun dari kalangan mereka mencukur janggut. Begitu juga dari kalangan para sahabat tidak seorangpun yang mencukur janggut mereka. Dan tidak seorangpun dari mereka menghalalkan perbuatan mencukur janggut. Malah didapati keseluruhan para sahabat memelihara janggut sebagaimana keterangan dari hadis-hadis di bawah ini:
كَانَ أبُوْ بَكْرٍكَثَّ اللِّحْيَة وَكَانَ عُثْمَانُ رَقِيْقَ اللِّحْيَةِ طَوِيْلهَاوَكَانَ عَلِيُّ عَرَضَ اللِّحْيَة. رواه الترمزي
"Didapati Abu Bakar lebat janggutnya, Uthman jarang (tidak lebat) janggutnya tetapi panjang, dan Ali tebal janggutnya". (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
قَالَ الْبُخَارِيُّ: كَانَ اِبْنُ عُمَر يُحفِيْ شَارِبَهُ حَتَّى ينْظرَ اِلَى بَيَاضِ الْجِلْدِ وَيَاْخُذ هَذيْنِ
"Berkata al-Bukhari: Ibn Umar menipiskan misainya sehingga kelihatan kulitnya yang putih dan memelihara janggut dan jambangnya". (Lihat: Fathul Bari, jld 10. Hlm. 334. Ibn Hajar)
وَكَانَ اِبنُ عُمَر اِذَا حَجَّ اَوِ اعْتَمَرَ قَبَضَ عَلَى لِحْيَتِهِ فَمَا فَضل اَخَذَهُ. رواه البخارى
"Semasa Ibn Umar mengerjakan haji atau umrah, beliau menggenggam janggutnya, mana yang lebih (dari genggamannya) dipotong". (Hadis Riwayat Bukhari)
Kesemua hadis-hadis dan penjelasan di atas bukan sahaja menjelaskan suatu contoh perbuatan Nabi Muhammad, para nabi sebelum baginda, tetapi termasuk juga para sahabat yang kesemua mereka memelihara janggut. Malah hadis-hadis di atas juga merupakan lanjutan yang berupa suruhan dari nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad sallalahu ‘alaihi wa-sallam diutus.
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam meneruskan suruhan tersebut ke atas orang-orang yang beriman supaya memelihara janggut mereka. Anehnya, dalam hal suruhan dan contoh yang nyata ini dirasakan sukar difahami oleh segolongan ulama. Entah dimana suara para mufti, kadi, imam, ustaz dan alim ulama dewasa ini. Apakah mereka tidak pernah terjumpa (terbaca) walaupun sepotong hadis yang mewajibkan memelihara janggut. Mengapa mereka berat untuk menyuarakan dan mengamalkannya? Mengapa pula suruhan dan larangan yang terdapat di dalam firman Allah di bawah ini tidak mereka perhatikan:
وَمَا ءَ اتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وّمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوْا
"Dan apa yang disampaikan oleh Rasul maka hendaklah kamu ambil (patuhi) dan apa yang ditegah kamu (dari melakukannya) maka hendaklah kamu tinggalkan". (al-Hasyir, 59: 7)
NASH YANG MEWAJIBKAN MEMELIHARA JANGGUT
Nas-nas syara’ berupa suruhan Allah Azza wa-Jalla agar berjanggut telah disampaikan oleh RasulNya. Semua nas-nas berkaitan dengan janggut, sebagaimana yang telah berlalu di atas memberi penekanan agar setiap orang yang beriman patuh melaksanakan apa yang disuruh oleh Allah dan RasulNya, dan meninggalkan apa yang telah diharamkan. Menurut nas-nas syara, memelihara janggut telah diperintahkan dan mencukur janggut telah diharamkan.
Orang-orang beriman pastinya gerun dan takut mendengar berita tentang sikap Iblis. Iblis enggan mematuhi suruhan Allah Subhanahu wa-Taala ketika diperintah supaya sujud kepada Nabi Adam ‘alaihis salam. Iblis dilaknat kerana mengingkari satu sahaja perintah Allah. Keengganan umat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam mematuhi baginda ditakuti ada persamaannya dengan keenganan Iblis mematuhi suruhan Allah, sedangkan mematuhi Rasulullah adalah sama seperti mematuhi suruhan Allah. Kita wajib mematuhi perintah Rasulullah demi mendapat balasan syurga. Baginda bersabda:
مَنْ اَطَاعَنِيْ دَخَلَ الْجَنَّةِ وَمَنْ عَصَانِيْ فَقَدْ اَبَى
“Sesiapa yang mentaati aku dia akan masuk ke syurga, dan sesiapa yang bermaksiat padaku (enggan mematuhi baginda), maka dia telah menolak (menolak sunnah dan menolak syurga)”. (Hadis Riwayat Bukhari)
Mematuhi Rasulullah adalah asas mentaati Allah. Mengapa masih ramai orang Islam yang tidak mahu mentaati perintah Rasulullah yang telah diulang berkali-kali yang memerintahkan orang-orang Islam supaya memelihara janggut. Apakah patut beralasan berjanggut tidak kacak, selekeh, comot dan hanya persoalan remeh?
Keingkaran dan alasan seperti ini ditakuti menyerupai alasan Iblis sebagaimana yang dikisahkan di dalam al-Quran. Atau mensikapi sikap Bani Israil, orang-orang munafik dan orang-orang fasik yang banyak alasan dan dolak-daliknya atau kehancuran yang ditimpakan kepada umat yang mengingkari perintah Nabi agar bertahan di atas Bukit Uhud.
Adapun petanda mewarisi sikap Iblis antaranya ialah bongkak, biadab, bangga diri dan membantah. Akhirnya iblis keterlaluan sehingga menentang Allah. Iblis dikekalkan di neraka hanya lantaran tidak mahu mematuhi satu-satunya suruhan Allah Subhanahu wa-Ta’ala, iaitu sujud kepada Adam ‘alaihi sallam bapa sekalian manusia.
Mentaati Allah dan Rasulnya dalam setiap aspek adalah bukti yang menandakan cinta seseorang kepada Allah dan RasulNya, kerana syarat dan tanda mencintai Allah dan RasulNya ialah ketaatan. Sebagaimana firman Allah:
قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللهَ فَاتَّبِعُوْنِى يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ
"Katakanlah jika kamu (benar-benar)mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu". (Ali Imran, 3: 31)
Cinta perlukan pembuktian walaupun dalam hal atau perkara yang kecil dan dianggap remeh. Sikap orang-orang yang beriman apabila mengetahui bahawa Allah dan RasulNya telah menetapkan sesuatu hukum dan menyeru mereka supaya mematuhinya, maka oleh kerana cinta mereka yang bersangatan terhadap Allah dan Rasulnya maka mereka akan mematuhinya tanpa banyak persoalan. Kepatuhan mereka adalah benar-benar didorong oleh rasa cinta kepada Allah dan RasulNya sebagaimana firman Allah:
اِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِيْنَ اِذَا دُعُوْا اِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ اَنْ يَقُوْلُوا سَمِعْنَا وَاُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
"Sesungguhnya jawaban orang-orang yang beriman apabila mereka diseru kepada Allah dan RasulNya agar menghukum di antara mereka, ucapan mereka ialah : Kami mendengar dan kami patuh. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung". (an-Nuur, 24: 51)
Orang-orang yang beriman akan mentaati segala suruhan Allah dan RasulNya walaupun sekecil-kecilnya kerana mereka mengimani bahawa suruhan Allah Subhanahu wa-Ta’ala wajib dipatuhi. Mereka menyedari jika suruhan yang kecil dan mudah tidak mampu dilaksanakan tentunya yang besar-besar akan ditinggalkan. Malah orang yang beriman akan sentiasa berpegang teguh dengan suruhan Allah Subhanahu wa-Ta’ala sebagaimana yang terdapat pada ayat di bawah ini:
وَاَطِيْعُوْا اللهَ وَاَطِيْعُوْا الرَّسُوْلَ وَحْذَرُوْا فَاِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوْا اَنَّمَا عَلَىرَسُوْلِنَا الْبَلاَغُ الْمُبِيْنَ
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul(Nya) dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang". (al-Maidah, 5: 92)
وَمَااَرْسَلْنَامِنْ رَسُوْلٍ اِلاَّلِيُطَاعَ بِاِذْنِ اللهِ
"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul, melainkan untuk ditaati dengan izin Allah". (an-Nisa, 4:64)
Ayat-ayat di atas merupakan suruhan agar kita mengambil (mentaati suruhan yang berupa setiap apa) yang didatangkan (yang berupa perintah) dari Allah dan RasulNya kemudian meninggalkan semua yang ditegah (dilarang atau diharamkan) serta melaksanakan semampu mungkin setiap suruhan terutamanya yang nyata wajibnya.
Allah dan RasulNya tidak meredhai perbuatan orang-orang kafir, oleh sebab itu melaknat siapapun dari kalangan orang Islam yang meniru cari mereka yang tidak diredhai oleh Allah dan RasulNya seperti perbuatan mencukur janggut kemudian memelihara misai mereka sahaja. Orang-orang yang menyedari bahawa perbuatannya yang suka meniru perbuatan orang-orang kafir itu dibenci, dilaknat dan tidak diredhai oleh Allah dan RasulNya tetapi mereka masih meneruskan perbuatan tersebut dan menyukainya, maka ingatlah Allah telah mengancam orang-orang seperti ini dengan firman-Nya:
ذَلِكَ بِاَنَّهُمُ اتَّبَعُوْا مَااَسْخَطَ اللهَ وَكَرِهُوْا رِضْوَانَهُ فَاَحْبَطَ اَعْمَالَهُمْ
"Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka mengikuti (apa yang menimbulkan) kemurkaan Allah dan (kerana) membenci keredhaanNya, sebab itu Allah menghapuskan (pahala) amal-amal mereka". (Muhammad, 47: 28)
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam menegah orang-orang yang beriman dari mencukur janggut dan jambang. Berkali-kali baginda menyuruh memelihara janggut dengan berbagai-bagai ungkapan agar dapat difahami dan diterima oleh umatnya.
Apakah benar seseorang itu mencintai Allah dan RasulNya jika perkara yang paling mudah dan tidak mengeluarkan modal ini mereka abaikan dan tidak memperdulikannya langsung? Apakah mereka tidak mampu untuk memahami suruhan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan tidak mahu mentaatinya? Suri tauladan dari siapakah yang sewajarnya ditiru oleh orang-orang yang beriman? Apakah lebih berbangga dan menyenangi contoh yang ditiru dari Yahudi, Nasrani atau Majusi yang ditegah dari menirunya? Atau mencintai contoh dari Rasul utusan Allah, contoh dari para sahabat baginda dan contoh dari orang-orang soleh yang dibanggakan oleh setiap orang yang beriman apabila dapat mematuhi dan mentaati contoh tersebut? Contoh yang terbaik dan selayaknya dibanggakan adalah sebagaimana firman Allah:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُوْلِ اللهِ اُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُوْا اللهَ والْيَوْمَ اْلأخِرِوَذَكَرَ
اللهَ كَثِيْرًا
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah (dan kedatangan) hari Kiamat dan dia banyak mengingati Allah". (al-Ahzab, 33: 21)
فَمَنْ تَبِعَنِى فَاِنَّهُ مِنِّى وَمَنْ عَصَانِى فَاِنَّكَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ
"Maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Ibrahim, 14: 36)
Berkata as-Syeikh Ismail al-Ansari dalam memperkatakan hadis (athar) dari Ibn Umar radhiallahu ‘anhuma:
"وَلاَ شَكَّ اَنَّ قَوْلَ الرَّسُوْلِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِعلهُ اَحَقُّ وَاَوْلَى بِاْلاِتِّبَاعِ مِنْ قَوْلِ غَيْرِهِ كَائِنًا مَنْ كَانَ"
"Tidak syak lagi bahawa kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan perbuatannya lebih berhak dan utama dipatuhi daripada kata-kata selain dari baginda, tidak kira siapapun orang itu". (Lihat: تحريم حلق اللحي للعاصمي hlm. 6. Muhammad Ahmad bin Ismail)
Mencintai Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan seluruh sunnahnya ialah dengan cara mencontohi segala suri teladan dan amalannya, mentaati seruannya dan mematuhi segala suruhannya sedaya mungkin.
Berjanggut atau berjambang adalah suri teladan, suruhan dan amalan yang berupa syariat para rasul, para nabi, para sahabat dan orang-orang soleh sejak dahulu kala sehinggalah ke hari kiamat. Oleh itu ikutilah syariat para nabi bukan hawa nafsu mereka yang tidak mengetahui. Inilah seriuan syariat sebagaimana diperintahkan oleh Allah Azza wa-jalla:
ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيْعَةٍ مِنَ اْلاَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلاَ تَتَّبِعْ اَهْوَاءَ الَّذِيْنَ لاَيَعْلَمُوْنَ
“Kemudian kami jadikan kamu berada di atas syariat pada urusan agama, maka ikutlah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”. (al-Jasiyah, 45: 18)
HARAM MEYERUPAI YAHUDI, NASRANI ATAU MAJUSI (MUSYRIKIN)
Memelihara janggut dan jambang adalah jelas sekali merupakan ibadah dan amal soleh. Suatu perintah syara yang pelakunya diredhai oleh Allah dan RasulNya. Tidak sukar meniru (menyerupai) amal ibadah berjanggut yang diwariskan oleh para rasul, para Nabi, para sahabat bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa.
Berjanggut adalah ibadah yang berterusan pahalanya, terus diberi kebaikan tanpa henti ganjarannya selagi janggut tersebut tidak dicukur. Berjanggut besar pahalanya kerana ia ibadah wajib yang telah diwajibkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Baginda telah mengharamkan setiap orang beriman mencukurnya. Antara sebab larangan baginda ialah supaya tidak menyerupai perbuatan orang kafir sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagaimana hadis baginda:
خَالِفُوْا الْمُشْرِكِيْنَ وَاحْفُوْا الشَّوَارِبَ وَأوْفُوْا اللِّحَى
"Usahlah menyerupai orang-orang Musyrikin, tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Syeikh Ibn Taimiyah menegaskan bahawa:
"Larangan dari meniru orang-orang Musyrikin (yang dimaksudkan oleh hadis di atas) adalah secara mutlak". (Lihat: اقتضاء الصراط المستقيمhlm. 59)
جَزُّوْا الشَّوَارِبَ وَارْخُوْا اللِّحَى خَالِفُوْا الْمَجُوْسَ
"Potonglah misai kamu, peliharalah janggut kamu dan jangan kamu meniru (menyerupai) Majusi". (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Baihaqi)
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam diutus oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala semata-mata untuk ditaati. Melanggar larangan dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam adalah kemungkaran yang besar lebih-lebih lagi jika diiringi dengan ancaman sebagaimana hadis yang mengancam orang-orang yang meniru suluk orang-orang kafir maka mereka akan menjadi sebagaimana keadaan orang kafir yang ditiru atau diikuti.
Rasulullah sallallahu ‘alihi wa-sallam melarang dari meniru orang kafir dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Tetapi tidak ada larangan dalam perkara atau hal-hal tabii seperti meniru makan roti, masakan, pengurusan pejabat dan sebagainya. Apa yang dilarang (diharamkan) sebagaimana yang terdapat di dalam nas-nas yang lalu ialah mencukur janggut. Larangan yang sudah jelas penegahannya. Melanggar larangan ini dikhuatiri memasukkan dirinya menjadikan golongan orang yang ditiru sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam di bawah ini:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوِ مِنْهُمْ. رواه احمد والطبرانى وقال العراقى فى تخريج الاحياء : سنده صحيح . وقال ابن تيمية : اسناده جيد
"Sesiapa yang menyerupai satu-satu kaum maka ia telah menjadi kaum tersebut". (Hadis Riwayat Ahmad dan at-Thabrani)
Berkata al-Iraqi dalam تخريج الاحياء, sanadnya sahih dan berkata Ibn Taimiyah : Isnadnya baik.
Berkata Syah Waliullah ad-Dahlawi:
Janggutlah yang membezakan antara anak kecil dengan orang dewasa. Ia menjadi hiasan ulama dan penyempurna kelelakian, maka janggut wajib dipelihara (haram dicukur). Memotong janggut adalah mengikut sunnah Majusi. Mencukur janggut telah merubah ciptaan Allah, meniru perbuatan mereka yang sesat dan (bersikap) takbur dengan apa yang dikerjakan". (Lihat: حجة الله البالغة jld. 1 hlm 182)
PENGUKIR BID’AH
Terdapat individu yang lahirnya kelihatan seperti bersemangat berapi-api memperkatakan sunnah, kononnya menyeru manusia supaya kembali kepada al-Quran dan hadis, melaung-laungkan suaranya mengajak manusia mengamalkan sunnah, mendakwa bahawa dirinya mencintai Nabi, mencintai sunnahnya, ingin mengajak manusia menghidupkan kebenaran dan memperjuangkan agama, tetapi tidak sudi mengamalkan sunnah, tidak mahu mentaati suruhan Nabinya iaitu menentang hukum wajibnya berjanggut (yang tidak perlu mengeluarkan modal untuk melaksanakannya), maka orang-orang seperti ini adalah pembohong besar, orang fasik dan pada hakikatnya orang seperti inilah yang benar-benar jahil tentang sunnah, kerana telah terukir bid’ah di wajahnya.
Ciri-ciri mereka mudah dikenali, kerana hampir setiap hari kegemaran mereka mengukir tanda bid'ah di wajahnya. "Itulah ciri muka orang bid'ah (mubtadi’)". Orang yang melaungkan sunnah tetapi masih berterusan mengukir bid'ah di mukanya adalah orang yang pandai berkata, tetapi pendusta kerana perkataannya tidak serupa dengan perbuatannya. Orang seperti ini paling dibenci oleh Allah sebagaimana dijelaskan di dalam firman-Nya:
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللهِ اَنْ تَقُوْلُوْا مَا لاَ تَفْعَلُوْنَ. الصف 3:61
"Amat besar kebencian di sisi Allah, bahawa kamu memperkatakan (agama) tetapi kamu tidak melaksanakan". (as-Saff, 61: 3)
Perlu diingat bahawa orang yang berkobar-kobar (kononnya) mengajak manusia kembali mengamalkan dan memperjuangkan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi mencukur janggutnya, maka orang-orang seperti ini sebenarnya penentang sunnah, pejuang bid’ah, lari dari sunnah, mempermainkan agama dengan kata-katanya dan membohongi masyarakat.
Muka yang tak tahu malu ialah muka-muka yang menggelarkan dirinya ulama, iaitu ulama yang mencari makan atau keuntungan pakai modal sunnah, tetapi mukanya dilarikan dari sunnah, sunnah di mukanya (janggut) dimusnahkan, dibuang, dihilangkan dan dicukur sehingga kelihatan seiras muka perempuan. Dia lari dari fitrah (sunnah berjanggut), namun mendakwa dirinya pejuang sunnah, mengaku Ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi malu memelihara sunnah di mukanya, iaitu malu memelihara janggut.
Nabi telah membongkar pembohongan orang-orang seperti ini kerana orang seprti ini bukan mengajak kepada sunnah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam lantaran dia sendiri telah lari dari sunnah. Baginda Rasulullah bersabda:
وَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِيْ فَلَيْسَ مِنِّى
"Dan sesiapa yang meninggalkan (lari dari) sunnahku, maka dia bukanlah dari golonganku". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Antara perbuatan lari (meninggalkan) sunnah ialah meninggalkan sunnah (fitrah) berjanggut.
Sememangnya Allah Azza wa-Jalla telah menegaskan bahawa manusia di dunia ini ada dua golongan yang sentiasa berlawanan iaitu golongan Islam dan Kafir, Mukmin dan Munafik atau golongan kanan (golongan ahli syurga) dan golongan kiri (golongan ahli neraka). Golongan syurga adalah mereka yang dicintai oleh Nabi kerana mereka sentiasa mencintai apa yang dicintai oleh baginda.
Antara tanda mencintai Nabi ialah mencintai fitrah yang dipertahankan oleh baginda dan para nabi sebelumnya, iaitu fitrah berjanggut. Nabi mencintai golongan mereka yang berjanggut kerana mereka yang berjanggut telah meninggalkan penyerupaan dengan orang-orangYahudi, Nasrani dan Majusi.
Orang yang telah mengenal sunnah kemudian mentaati sunnah tersebut sehingga menjadi tatawwu', maka orang-orang seperti ini adalah merupakan golongan kanan yang berjaya, mereka pasti akan bersama Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam di akhirat kelak. Ciri-ciri golongan bersama Nabi ialah yang mencintai fitrah yang ada pada wajah baginda yang mulia. Fitrah yang ketara ialah janggut baginda.
Orang-orang yang telah mengabaikan perintah berjanggut yang dikemukakan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dengan nas-nasnya yang sahih. Jika suruhan tersebut tidak ditaati maka bagaimana dia boleh dipanggil seorang sunni? Berjanggut adalah fitrah yang tidak pernah ditinggalkan oleh sekalian nabi-nabi, rasul-rasul, para sahabat dan orang-orang yang soleh, bagaimana boleh jadi pejuang sunnah jika mukanya masih bid’ah? Pastinya orang seperti ini lebih berjaya menjadi pejuang bid’ah.
Mereka yang meninggalkan hukum yang dipertahahankan oleh para nabi dan rasul bolehkah digelar penegak sunnah? Mencukur janggut termasuk kegemaran orang fasik, apakah orang fasik boleh digolongkan sebagai golongan yang berjaya? Bolehkah dianggap sebagai anggota Jamaah yang dicintai oleh Allah dan RasulNya sedangkan dia tidak mencintai apa yang telah dicintai Rasullullah iaitu memelihara janggut? Pada hakikatnya hanya orang-orang yang membuktikan cinta mereka kepada Allah dan RasulNya sahaja yang akan mendapat balasan cinta dari Allah dan Rasul-Nya.
Awaslah orang-orang yang membantah apa yang telah diperintahkan kepada mereka kemudian sebaliknya melakukan apa yang ditegah oleh Allah dan RasulNya kerana orang-orang yang degil seperti ini telah diberi peringatan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dengan sabdanya:
وَمَا تَاْتِيْهِمْ مِنْ آيَةٍ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِمْ اِلاَّ كَانُوْا عَنْهَا مُعْرِضِيْنَ. الانعام 4:6
"Tidak ada suatu ayatpun dari ayat-ayat Tuhan sampai kepada mereka, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (membantah)". (Al-A’nam, 6: 4)
Sesiapa yang membantah suruhan Allah dan RasulNya kemudian mengamalkan yang sebaliknya, maka perbuatan tersebut tidak akan diterima oleh syara sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ. رواه مسلم
"Sesiapa yang membuat suatu amalan yang bukan dari suruhan kami, maka amalan itu ditolak". (Hadis Riwayat Muslim)
Sebenarnya amalan mencukur janggut bukanlah suruhan dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam tetapi sebaliknya kerana sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa memelihara janggut adalah suruhan yang sudah jelas wajibnya. Maka pilihlah satu di antara dua amalan ini sama ada memilih yang wajib (memelihara janggut dan jambang) atau lebih suka membantah iaitu memilih yang bid'ah? (mencukur licin janggut dan jambang).
MENYERUPAI SIFAT PEREMPUAN
Allah telah membezakan kejadian lelaki dan perempuan antaranya ialah dengan menumbuhkan janggut hanya di muka lelaki. Perbezaan ini adalah penentuan dari Allah yang mencipta kedua-dua jantina tersebut. Tetapi mengapa pula ada kaum lelaki yang mengaku beriman tidak rela dan tidak puas hati dengan penentuan Allah itu sehingga berusaha untuk membersihkan setiap helai janggut yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada mereka?
Kesemua ulama atau fukaha (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali) telah mengeluarkan fatwa (menghukumkan) bahawa mencukur janggut dan jambang selain dianggap perbuatan haram ia juga perbuatan yang dianggap sebagai menyerupai perempuan (تَشْبِيْهٌ بِالنِّسَاءِ). Janggutlah yang membezakan di antara lelaki dan perempuan, sebagaimana yang diterangkan oleh Imam Nawawi dan juga oleh Imam Ghazali di dalam bukunya yang masyhur: (وَبِهَا-أيْ- اللِّحْيَة يَتَمَيَّزُ الرَّجُل مِنَ النِّسَاءِ) "Dan dengannya -dengan janggut- dapat dibezakan di antara lelaki dan perempuan"
Malah Imam al-Ghazali amat tegas dalam persoalan janggut dan jambang sehingga memfatwakan bahawa:
"Ditolak persaksian seseorang saksi yang mencukur janggutnya".
Dalam kesungguhan Imam al-Ghazali menegaskan wajibnya berjanggut, beliau berdalilkan hadis dari Umar bin al-Khattab radhiallahu ‘anhu dan Ibn Abi Ya'la rahimahullah kadi Madinah. (Lihat: Ihya Ulumuddin, jld. 2. Hlm. 257)
DILAKNAT MENYERUPAI WANITA
Tidak dapat dinafikan bahawa pembeza lelaki dan perempuan adalah janggutnya. Oleh kerana itu berkata Imam al-Ghazali rahimahullah:
“Dengan memelihara janggut, dapat dibezakan lelaki dengan wanita”. (Lihat: Ihya Ulumuddin, 2/257)
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam melaknat orang lelaki yang sengaja menyerupai perempuan sebagaimana sabda baginda:
لَعَنَ رَسُولُ اللهَ الْمُتَشَبِّهِيْنَ مِنَ الرِّجاَلِ بِالنِّسَاءِ
"Rasulullah melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan". (Hadis Riwayat Bukhari)
Menurut Ibn Qaiyim al-Jauziyah rahimahullah:
"Adapun setiap helai janggut ada kebaikannya, antaranya ialah perhiasan, kesegakan (sebagai lelaki) dan kehebatan, juga pembeza antara lelaki dan perempuan". (Lihat: التبيان فى اقسام القرآن hlm. 231)
Berkata syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah:
"Sesungguhnya dengan mencukur janggutnya seseorang lelaki tidak dapat dibezakan dengan perempuan sebagaimana yang telah dibezakan oleh Allah, kerana janggutlah yang benar-benar membezakan antara lelaki dengan perempuan". (Lihat: اداب الزفاف hlm. 123. Nashiruddin al-Albani)
Sebenar penyerupaan yang nyata pada seorang lelaki dengan seorang perempuan ialah dengan pencukuran janggutnya. Kerana tidak terdapat perempuan yang berjanggut. Dengan mencukur licin janggutnya, lelaki telah melakukan penyerupaan mengatasi segala penyerupaan lainnya. Kerana jika dibandingkan dengan pakaian, perempuan telah memakai seluar dan baju yang dipakai oleh lelaki dan lelaki pula telah memakai apa yang dipakai oleh perempuan, di segi pakaian mereka hampir sama, tetapi janggutlah yang benar-benar dapat membezakan antara dua jantina ini. Oleh yang demikian, al-Allamah al-Kandahlawi berkata:
“Tidak seorang pun yang meragukan bahawa penyerupaan secara sempurna seorang lelaki dengan seorang perempuan didapati dengan mencukur janggutnya. Penyerupaan ini melebihi sekadar penyerupaan dari segi pakaian dan selainnya. Sebab janggut seorang lelaki adalah pembeza pertama dan pembeda terbesar antara lelaki dan wanita seperti yang diketahui dan disaksikan oleh semua manusia, tidak ada yang mengingkarinya kecuali orang yang ingin menipu dirinya sendiri, mengikuti kehendak hawa nafsunya dan menjadi waria setelah Allah memberi kenikmatan kepada dia berupa bentuk lelaki yang tampan yang difitrahkan kepadanya”. (Lihat: وجوب اعفاء اللحية hlm. 31-32. Al-Kandahlawi)
Amat tepat sekali kenyataan al-Allamah al-Kandahlawi. Memang tidak dapat dimungkari kecuali orang yang tertipu dengan kebodohannya sendiri, orang yang diperdaya oleh kehendak hawa nafsunya dan orang yang menggemari cara keperempuanan walaupun ia menyedari telah dilahirkan dan dijadikan oleh Allah sebagai seorang lelaki sempurna. Kejahilannya tidak menyedari ia telah dilengkapi dengan fitrah kelelakian iaitu ditumbuhi janggut.
Orang lelaki yang suka menyerupai perempuan dilaknat oleh Allah dan RasulNya sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المُخَنِّثِيْنَ مِنَ الرِّجَالِ. رواه البخارى
"Dari Ibn Abbas radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘aliahi wa-sallam melaknat lelaki yang meniru gaya (menyerupai) perempuan". (Hadis Riwayat Bukhari)
Janggut adalah tanda kelelakian yang hakiki, mencukur janggut samalah seperti menghilangkan satu dari beberapa sifat kelelakian yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Janggut fitrah yang khusus hanya untuk lelaki. Perbuatan terkutuk (mencukur janggut) dianggap tidak mahu menerima kenyataan dan tidak mensyukuri anugerah pemberian Allah. Sesiapa yang tidak menghargai janggut yang dianugerahkan oleh Allah sehingga berusaha membuang dan menghilangkan setiap helai janggut yang tumbuh di mukanya, maka dia lelaki yang tidak mengenal salah satu sifat kelalakian.
ULAMA MUKTABAR MENGHARAMKAN MENCUKUR JANGGUT
Para Imam fikah yang empat (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali) telah mengharamkan mencukur janggut atau jambang.
1 - Mereka mengeluarkan fatwa bahawa:
(اَنَّ حَلْقَ اللِّحْيَة حَرَامٌ وَاَنَّ حَالِقَهَا اَثِمٌ فَاسِقٌ)
"Sesungguhnya perbuatan mencukur janggut itu adalah haram, bahawasanya orang yang mencukur janggutnya itu berdosa dan (dihukum) orang fasik". (Lihat: ادلة تحريم حلق اللحية hlm. 9. Lihat: وجوب اعفاء اللحية hlm. 10. Mohammad Zakaria)
2 - Ibn Rif’ah, Azzarkasyi, al-Helmy dan al-Azraei berkata: Imam Syafie rahimahullah di dalam kitabnya al-Umm, menegaskan bahawa:
"Mencukur janggut adalah haram hukumnya tanpa 'illah (علة) atau dengan istilah lain, pengharamannya tanpa dalih-dalih lagi". (Lihat: رسالة تحريم حلق اللحية hlm. 7)
3 - Syeikh Ahmad bin Qasim al-‘Ibaadi, seorang tokoh ulama dari kalangan as-Syafi’iyah (mazhab Syafie) berkata:
قَالَ ابْنُ رِفْعَة فِى "حاشية الكافية" : اِنَّ اْلاِمَامَ الشَّافِعِي قَدْ نَصَّ فِى (الأم) عَلَى تِحْرِيْمِ حَلْق اللِّحْيَة
“Berkata Ibn Rif’ah dalam حاشية الكافية: Sesungguhnya Imam as-Syafie telah menjelaskan dalam al-Umm keharaman mencukur janggut”. (Lihat: ادلة تحريم حلق اللحية hlm. 96)
4 - Telah disalin oleh al-'Allamah Abu Syamah rahimahullah ke dalam tulisannya yang diambil dari fatawa Imam al-Gazali dan Imam an-Nawawi (as-Syafei) bahawa:
"Mencukur janggut itu perbuatan mungkar dan dosa besar (mungkar dan dosa besar kerana mencukur janggut termasuk melakukan perbuatan yang haram)". (Lihat: ادلة تحريم حلق اللحية hlm. 96)
5 - Berkata Ibn Hazm:
"Telah sepakat ulama bahawa mencukur janggut itu tidak dibolehkan (maksudnya telah diharamkan oleh ulama setelah berpandukan kepada hukum-hukum syara)". (Lihat: مراتب الاجماع hlm. 157)
6 - Ibn Taimiyah telah menegaskan di dalam kitabnya bahawa:
"Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memerintahkan supaya meninggalkan (haram meniru) gaya orang-orang musyrikin secara mutlak".
Kemudian beliau menyambung fatwanya dengan membawakan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Janganlah kamu menyerupai Majusi, tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu".
7 - Syeikhul Islam Ibn Taimiyah menjelaskan bahawa lafaz (خالفوا): "Janganlah menyerupai" pada hadis di atas bermaksud: "Tinggalkan cara orang-orang musyrikin" atau dengan maksud yang lain "Janganlah kamu meniru cara orang-orang (kafir atau) musyrikin". Larangan di hadis ini merupakan larangan berbentuk haram yang sudah ditentukan oleh syar’a. (Lihat: اقتضاء الصراط المستقيم hlm. 58-59)
8 - Kadi Abu Bakar Ibn al-'Arabi rahimahullah berkata:
"Telah sepakat ummah bahawa memelihara janggut itu adalah dari millah (agama Allah), maka sesiapa yang menipiskan misai dan memelihara janggut telah menentng agama golongan 'Ajam (selain Islam) kerana mereka (selain Islam) mencukur janggut mereka dan memelihara misai mereka". (Lihat: احكام القرآن jld. 1. Hlm. 37)
Berkata as-Safarini rahimahullah tokoh ulama dari kalangan mazhab Hambali:
اَلْمُعْتَمَدُ فِى الْمَذْهَبِ حُرْمَةُ حَلْقِ اللِّحْيَة
“Yang menjadi sandaran muktamad dalam mazhab (Hambali) ialah haram mencukur janggut”. (Lihat: غذاء الالباب jld. 1 hlm. 376)
10 - Hampir keseluruhan ulama besar zaman ini telah mengharamkan mencukur janggut, antara mereka ialah: Ali Mahfuz (ulama besar al-Azhar), Muhammad Nashiruddin al-Albani (pakar hadis), Abdul Aziz bin Bazz (ulama besar Hijaz), Abu Bakar al-Jazairi (ulama Madinah), Muhammad Sultan al-Ma’sumi dan lain-lainnya.
Sewajarnya orang-orang beriman tidak akan meniru sikap, sifat atau apapun gaya orang-orang kafir, kerana orang-orang Islam mempunyai cara berakhlak, cara berhias dan mempunyai kebesaran dan kebanggannya sendiri sebagaimana firman Allah:
وَللهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُوْلِهِ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ. المنافقون 8:63
"Padahal kekuatan (kebanggaan) itu hanyalah bagi Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang yang beriman". (al-Munafiquun, 63: 8)
Malangnya orang-orang Islam sekarang lebih membanggakan apa yang ditiru dari orang-orang kafir terutamanya barat dan merasa jijik atau malu dengan apa yang telah dibanggakan oleh Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, di antaranya ialah memelihara janggut atau jambang.
Mungkin orang-orang Islam yang keliru akan membanggakan memelihara janggut hanya setelah model berjanggut dipergayakan oleh orang-orang Barat. Jika ini terjadi, apa yang dilakukan bukan lagi dianggap mengikut sunnah kerana setiap amal bergantung pada niat yang ikhlas bukan kerana tergoda oleh tarikan fesyen.
MENCUKUR JANGGUT TIDAK MENTAATI SUNNAH
Para sahabat menolak (tidak menerima) persaksian orang yang telah mencukur janggutnya lantaran mencukur janggut tidak mematuhi sunnah. Ini bermakna orang yang membersihkan janggutnya tidak boleh menjadi saksi dan tidak diterima pengakuannya kerana dianggap sebagai seorang yang fasik.
Kenyataan ini dapat difahami dan diperjelaskan dengan apa yang dilakukan oleh Umar radiallahu ‘anhu sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Ghazali rahimahullah:
وَرَدَّ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ
"Umar bin al-Khattab radhiallahu ‘anhu menolak persaksian (orang yang mencukur janggutnya)". (Lihat: Ihya Ulumuddin. Jld. 2. Hlm. 257)
Semua hadis-hadis Nabi Muhammad yang mewajibkan umat baginda memelihara janggut dan mengharamkan dari meniru Yahudi, Nasrani dan golongan Musyrikin Majusi menjadi amanah kepada setiap orang beriman. Mereka wajib mentaati suruhan Allah dan NabiNya antaranya dengan mentaati dan memelihara janggut dengan penuh keimanan. Itulah sebabnya Umar bin al-Khattab menolak persaksian orang-orang yang mencukur janggutnya kerana dia dianggap tidak amanah terhadap agama yang telah diamanahkan oleh Allah dan RasulNya kepadanya. Allah telah berfirman dalam persoalan amanah:
يَااَيُّهَاالَّذِيْنَ آمَنُوْالاَ تَخُوْنُوْااللهَ وَالرَّسُوْلَ وَتَخُوْنُوْا اَمَانَاتِكُمْ وَاَنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ. الانفال 8:27
"Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu, sedangkan kamu mengetahui". (Al-Anfal, 8: 27)
Telah ada perintah yang memerintahkan oleh Allah agar apa sahaja yang didatangkan oleh Rasulullah hendaklah diambil, dipatuhi serta diikuti. Apa sahaja yang ditegah hendaklah ditinggalkan dan dijauhi tanpa banyak persoalan kerana Allah berfirman:
وَمَااَتَاكُمُ الرَّسُوْلُ فَخُذُوْهُ وَمَانَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوْا وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ
“Dan apa yang Rasul telah datangkan kepda kamu maka hendaklah kamu ambil dan apa yang dia larang maka hendaklah kamu tinggalkan. Sesungguhnya Allah amat keras siksanya”. (al-Hasyr, 59: 7)
فَلْيَحْذَرِ الَّذِيْنَ يُخَالِفُوْنَ عَنْ اَمْرِهِ اَنْ تَصِيْبَهُمْ فِتْنَةٌ اَوْ يُصِيْبَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasulnya takut akan ditimpakan cubaan atau ditimpakan azab yang pedih”. (an-Nuur, 24: 63)
Ada mereka yang mengakui sebagai ulama yang menentang dan memperlekeh orang-orang yang berjanggut. Ulama seperti ini ditakuti termasuk dalam firman Allah:
وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيْلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مِصِيْرًا
“Dan sesiapa menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami memasukkan ia ke dalam jahanam, jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali”. (an-Nisa, 4: 115)
Begitulah balasan orang-orang yang meragui seruan Allah dan RasulNya. Iaitu orang-orang yang memilih pendapatnya sendiri walaupun pendapatnya bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadis yang sahih serta bercanggah dengan fatwa-fatwa ulamak muktabar.
Berjanggut adalah amalan yang telah difatwakan oleh Imam as-Syafie rahimahullah sebagai amalan yang wajib. Menurutnya adalah bid’ah mencukur janggut. Oleh itu janganlah memilih kesesatan bid’ah apabila beramal. Jadilah insan yang beriman, bertaqwa, tawaddhu’ dan khusyu’ dalam mentaati perintah Allah.
FATWA DARI MEKKAH AL-MUKARRAMAH
Para Ulama Saudi Arabia (ulama Hijaz) telah sepakat mengharamkan pencukuran janggut dan jambang. Sebagaimana boleh dibaca dalam fatwa yang dikeluarkan oleh:
a. Fatwa dari para ulama Kerajaan Saudi Arabia yang bertarikh 7/8/1398H. No:1640.
b. Fatwa dari as-Syeikh Abi Bakar al-Jazairi bertarikh 13/5/1400H. Fatwa ini ditanda tangani oleh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz, dikeluarkan dan disahkan oleh:
رئاسة ادارات البحوث العلمية والافتاء والدعوة مكة المكرمة
Kesemua fatwa-fatwa ini telah diluluskan (disahkan) dan dikeluarkan oleh kerajaan Saudi Arabia.
Diharap para pembaca mampu memelihara amanah Allah yang diamanahkan kepada kita. Sekarang, setelah mengetahui hukum sebenar mencukur janggut yang menjadi amanah yang wajib dipikul. Tak usahlah merasa janggal, serba tak kena, malu, takut ditertawakan, diejak disindir atau diperlekeh oleh seseorang apabila berjanggut. Itu semua hanya perasaan negatif yang diperdaya oleh syaitan agar seseorang itu tidak mematuhi perintah Allah.
Taatilah perintah Allah dan janganlah didilayan dan diperdulikan bisikan dan godaan syaitan jenis manusia dan iblis yang sentiasa menganggu orang beriman dari mentaati Allah Azza wa-Jalla dan RasulNya. Kita tidak dituntut agar merasa takut atau malu kepada manusia, tetapi kita dituntut supaya takut dan malu kepada Allah jika tidak berdaya melaksanakan perintahNya. Wallahua’lam.
Rintangan untuk merealisasikan perintah Allah Azza wa-Jalla dan Rasulnya sering berpunca dari kelemahan faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman ialah masalah keimanan di hati yang mempengaruhi faktor luaran. Begitulah halnya dengan memelihara janggut atau jambang. Hanya keimanan yang konkrit, adanya iltizam dan ilmu sahaja yang dapat mempertahankan keyakinan di hati dari serangan anasir-anasir dalaman dan luaran tersebut.
Melalui tulisan ini, penulis berusaha untuk membantu mengatasi kesulitan pembaca menghadapi bisikan hati yang diwas-waskan oleh syaitan, pengaruh suara sumbang dari syaitan jenis manusia dan kelemahan diri yang sering mempengaruhi jiwa seseorang. Suntikan ayat-ayat al-Quran, hadis serta fatwa para ulama muktabar yang tertera di tulisan ini insya-Allah akan menjadi motivasi pada individu untuk terus komited mengamalkan salah satu dari beberapa suruhan Allah iaitu berjanggut dan berjambang. Semoga usaha sebegini dapat menyumbang kepada pembaca dalam memperteguhkan keimanan demi mentaati dan mempertahankan hukum memelihara janggut dan hukum-ahkam yang lainnya.
21 ulasan:
http://galen-frysinger.com/graphics/amish02.jpghttp://farm2.static.flickr.com/1212/1481356416_57cacd5afe.jpghttp://www.kesser.org/essays/jew1.jpgBoleh terangkan tak hadis tuh? kenapa sama jer ngan yahudi ngan nasrani??
asalnya, Yahudi tak pelihara janggut. Tp, skrg mrk dah mula pelihara janggut.
Dalam hal ini. Tak bermakna kita sama dengan yahudi.
Tetapi, yahudi tersebut telah mula mengikuti trend memelihara janggut.
Asalnya, sunnah memelihara janggut adalah syi'ar umat Islam. Dan dimulakan oleh umat Islam.
Jadi, tidak timbul kita sama dengan yahudi. Kerana mereka yg sebenarnya mula ikut kita (Islam).
apakah hukum trim(merapikan) janggut? adakah haram mutlak atau masih terdapat perbahasan?
syukran
“Dan kamu menyangka suatu (dari Allah) itu ringan (remeh) sahaja, padahal dia pada sisi Allah adalah perkara besar” adalah surah anNur ayat 15 bukan annisa:14.
Wallahu a'lam.
assalamualaium,
saudara seperti menyalahkan ulama atau ustaz mengenai perkara cukur janggut...
namun setelah saya baca penulisan ini (http://members.tripod.com/ahkam_2/soaljawab/soaljawab88.htm) baru saya memahaminya.
bukan semua ulamak yg mengatakan ianya haram. Saya harap saudara buat kaji betul2 ttg perkara ini. jgn mudah menyalahkan org lain ttg sesuatu perkara. Cuba kaji betul2, baru menulis.
Masyarakat yg kurang berilmu macam saya ini, mudah terkeliru dgn penulisan sebegini.
(sekadar ulasan dari org yg lemah)
.::semoga Allah redo dgn kita, membangkitkan sunnah Nabi::.
Dalam Syarah Shahih Muslim, Imam an-Nawawi rahimahullah (bermazhab Syafi'i) menjelaskan bahawa pendapat yg benar adalah dilarangnya mencukur janggut.
Hadis sunnah fitrah tersebut ditakhsiskan (dikhususkan atau diperincikan) dengan hadis-hadis perintah memelihara janggut yang lainnya. Di mana dalam kaedah ushul fiqh, asal kata perintah adalah membawa hukum wajib.
Berkenaan hadis-hadis sunnah fitrah tersebut, menyebutkan juga tentang galakkan bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh ruas jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, beristinjak.
Di mana perkara-perkara tersebut adalah sunnah (bukan wajib) kerana tiada dalil lain yg memerincikan dengan membawanya kpd hukum wajib. Melainkan bagi perbuatan beristinjak.
Adakah saudara nk katakan perbuatan istinjak adalah sunnah sahaja (bukan wajib)? Sedangkan di sana terdapat dalil-dalil lain juga yg memerincikan hukumnya sekaligus membawa kpd hukum wajib.
Wallahu a'lam...
Wa 'alaikumussalam...
jadi saudara tidak mahu menerima pendapat sebahagian ulamak lain?
jika saudara berpegang dgn hukum wajib itu, tidak mengapa. Cuma apa yg saya terkilan, saudara seperti menyalahkan Ulamak dlm hal berkaitan ini. Sedangkan ulamak ada pendapatnya sendiri. Jika nak berpegang dgn mazhad tertentu, tiada masalah. Masalahnya kita nak menyalah mazhab org lain plak. Sedangkan ini hanyalah sebahagian cabang dlm Islam...
terpulanglah kepada saudara. Saya juga menyimpan janggut. tapi tidaklah menghukum mereka yg tidak menyimpannya.
“Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak mencelup (mewarna) rambutnya, maka berbezalah dengan mereka.” (HR jamaah)
(sy rasa anda perlu baca balik link yg sy bagi itu)
waAllahua'lam..
Salam Saudara Nawawi,
Artikel yg saudara tulis ni amat baik dan bermanfaat. dapat mencambahkan ilmu. Saya ada satu kemusykilan, bagaimana dengan golongan yang bekerja di dalam badan beruniform semacam tentara, polis, bomba, navy, mereka tidak dibenarkan memelihara janggut. Adakah mereka perlu berhenti berkhidmat atau ada kelonggarannya dari segi syarak? Mereka sudah tentu tidak mau menanggung dosa keharaman tersebut lantaran pula mereka menyara keluarga. Saya memperkatakan mengenai kegusaran hati puluhan ribu badan beruniform di luar sana yang sedang berkhidmat di medan bakti, mempertahankan negara kita..
Wa 'alaikumussalam...
Di mana pun jua pada hari ini memang sukar utk mengamalkan secara sepenuhnya sunnah-sunnah Rasulullah dan ajaran Islam dgn baik. Sebab suasana kita sebagaimana yg difahami.
Di bank pun ada riba'...
di sekolah pula bercampur-baur lelaki dgn perempuan. Begitu juga di kebanyakan tempat2 kerja.
Jadi, apa yg boleh saya utarakan adalah teruskan menuntut ilmu dan sampaikan pada sahabat2 terdekat. Berdakwah kepada majikan dan org2 atasan dgn sabar.
Bertaqwa semampu mungkin. Sekiranya memang tidak mampu, selebihnya mintalah petunjuk dan keampunan dari Allah. Semoa Allah memaafkan dosa-dosa kita atas kelemahan kita. Sesungguhnya kita telah berusaha dan sentiasa berusaha menuntut ilmu, mengamalkannya dan menyampaikannya.
Semoga Allah memberi jalan keluar bg org2 yg bertaqwa...
bagi saya wajib... sbb nabi melarang keras para sahabat nya mencukur janggut... tiada sorang pun para sahabat nabi atau pun nabi seblum nabi muhammad tiada janggut... semua berjanggut... xkn la kita nk lwn nabi.. biasa la zaman skang smua nk mudah.. bila rasa janggut ni xkemas kita tkar la ckp sunnah.. allah pun pernah berfirman yg manusia nie akan ckp untuk sedap kan hati dia.. sbb xde janggut rasa kemas... ingt la.. jngn nnti kita dibangkit kan di padang masyar nabi xnk mengaku kita ummat..
salam. maaf ada kesilapan ayat quran. awak tulis an-nisa' 14, padahal an-nur :15 . sila betulkan ramai orang bila cari ayat tu refer kepada ayat yg salah. tak mahu awk menanggung dosa atas ketidaksengajaan.
Assalammu'alaikum...minta izin share artikel ini untuk sesama muslimin dan muslimat berkaitan permasalahan yang sering terjadi terhadap perkara ini...
ni macam wahhabi jek...???
Takkanlah nk bela janggut pn nk dikaitkn dgn wahabi bro, klw sunah nabi tu wahabi ke?
Hadis nabi tu wahabi ke?
Jgnlh mmbenci tk tentu psl,klw pn kta anti wahabi jgn pula kta anti sunah,anti hadis klw org yg ckp hal sunah,hal bidah kompom dituduh pulak wahabi jdi para sahabat tu semua wahabilh? Rasulullah pn wahabilh??..bknkh hadis dn sunah itu dri nabi? Fikir2knlh
Bagaimana dgn sikh? Mereka juga diwajibkan pelihara janggut
As salam...mcm ni la...hang pandang sunnah mcm tu,memang la jadi camtu..cuba lihat sunnah tu...janggut nabi bersih dan kemas lg tapi...bgtu juga rambutnya...so...amalan bersih,kemas dan rapi itulah yg menunjukkan antara sunnah nabi. Kan setiap kali berwuduk kena selak2 janggut tu bg bersih...Kan kita ni asal dtg bersih...hidup pun kena bersih...nak kembali pun kena bersih...tak gitu? Org2 yg beriman adalah org2 yg berakal,org2 yg berakal adalah org2 yg berfikir....org2 yg berfikir sesaat lebih baik solat sunnat 1000 rakaat dgr Kt gitu...kalau main langgar je,kesian le yg pompuan x dpt pahala sunnah sedangkan sunnah pasti boleh diikuti oleh sekelian manusia.....so fikir2kan lee..
maka nerakalah tempatnya yang mana org yang mengata aku berfirman sedangkan tidak sama sekali,neraka jua tempatnya mereka yg menulis sendiri akan kitab untuk kepentingan sendiri,relax ler saudara ku yg hanya tahu membaca namun maleh nk buat kajian, berapa byk israilliat dimasukan didlm hadis yg dikatakan sahih adakah saudara tidak takut untuk menangungnya di padang kelak,imam safie sendiri menolak beribu hadis yg di amal gurunya inikan kita yg lagi jauh jarak masa n miskin akan pertimbangannya,siapa saudara nk menentukan haram halalnya,klu dipetik dari firman allah saya pasti akur namun yang saudara petik dari alquran telalu samar untuk diperkusus pada persoalannya,saya tkkata saudara silap namun penulisan saudara betul betul mengelirukan tidakkah saudara bimbang akan pembaca lain yg miskin akan akalnya ,mengapa tidak dibawa ke parlimen atau majlis fatwa agar dpt di timbang semula,jgnler suka suka memberatkan amal,apa saudara nk jawap pada mereka yg tepesong akidah akibat fahaman saudara,klu saudara keluar n taip semula belum tentu saudara blh taip 100 peratus sama ,maka begitu juga hadis tiada seorang pun boleh mengatakan pasti kecuali perlakunya sendiri,sudah sudah ler membaca sahaja pi ler cari alim ulama tuk berguru jgn ler diselingdung apa yg tkkena dgn saudara,kt malaysia dh bagus dari hukum hakamnya jgn ler di ubah ubah ikut selera,ingat ler pesan rasul kita yg setelah ketiadaannya ikutlh klalifah pilihan kita selgi dia tk menghalan kita dari beribadat pada allah,jadi klu terasa berat ikutler salurannya jgn ler seperti melepas betuk di tangga,pastikan ler yg saudara ambil itu pinggan bukan mangkuk setelah dilihat akan semua syukturnya sunah memang blh jadi wajib wajib pun blh jadi haram namun islam itu mudah cuma ramai yg pandang mudah,
maklumat yg bagus sekali
Informasi yang terbaik. Teruskan perkongsian
Catat Ulasan