1 - Aisyah radiallahu ‘anha berkata:
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam masuk menemui aku, yang mana di sisiku ada dua anak perempuan kecil yang sedang bernyanyi dengan nyanyian ““Bu’ats” "(بعاث)”.
Kemudian baginda berbaring di tempat tidur dan memalingkan wajahnya. Masuklah Abu Bakar, lalu dia mengherdikku dan berkata: Seruling syaitan di sisi Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam? Rasulullah kemudian menghadap ke Abu Bakar seraya bersabda: Biarkan kedua anak perempuan itu. Ketika baginda tidur, aku memberi isyarat dengan mata kepada dua anak itu maka merekapun keluar”. (Hadis Riwayat Muslim. Lihat: Syarh Sahih Muslim 6/182. an-Nawawi)
“Bu’ats” (بعاث) asalnya ialah nyanyian yang di ambil dari syair mengenai peperangan, keberanian dan motivasi agama. Ia dinyanyikan oleh bangsa Aus ketika memperolehi kemenangan besar dalam peperangan melawan suku Khazraj. Perkara ini (bu’ats) telah dijelaskan oleh Imam al-Bagawi dalam kitab “Syarhus Sunnah” 4/322)
al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata dalam Kitab Fathul Bari, ketika Mengulas ucapan Rasulullah s.a.w. “Biarkan mereka berdua hai Abu Bakar!” sebagai berikut:
“Di dalamnya terdapat alasan dan penjelasan tentang sesuatu yang berbeza dengan apa yang dikira oleh Abu Bakar ash-Shiddiq r.a., iaitu keduanya melakukan hal tersebut tanpa sepengetahuan Rasulullah s.a.w., kerana ketika dia masuk lalu mendapati Rasulullah menutup wajahnya dengan kain, Abu Bakar mengira beliau tidur lalu ia mengingkari perbuatan puterinya kerana sangkaan tersebut. Ditambah lagi sejauh pengetahuannya hal itu termasuk dilarang dan perbuatan sia-sia. Maka iapun segera mengingkarinya mewakili Rasulullah berdasarkan apa yang dilihat olehnya. Lalu Rasulullah s.a.w. menjelaskan kepadanya keadaan yang sebenarnya. Lantas beliau menjelaskan hukum disertai penjelasan tentang hikmahnya, iaitu hari tersebut adalah hari ‘Ied. Iaitu kegembiraan yang syar’i, tidaklah diingkari hal seperti itu, sebagaimana juga tidak diingkari pada acara-acara walimah (majlis perkahwinan).” (Fathul Bari (11/443))
2 – Dari ‘Amir bin Sa’ad al-Bajali, ia berkata, “Bersama Abu Mas’oud aku pernah masuk ke rumah Qurazhah bin Ka’ab. Waktu itu di sana ada beberapa orang budak perempuan yangs edang menabuh rebana dan bernyanyi-nyanyian. Aku berkata kepada mereka, “Kalian melakukan seperti ini padahal kalian adalah para sahabat Muhammad s.a.w.?” Mereka menjawab, “Rasulullah telah memberi keringanan kepada kami untuk melakukan hal ini dalam acara perkahwinan dan meratap di saat terjadi musibah.” Dalam riwayat lain disebutkan, “dan menangisi orang mati tetapi tidak meratapi,” (Diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Baihaqi. Juga diriwayatkan oleh an-Nasa’i dan at-Thayalisi. – Rujuk: Adabuz Zifaf, oleh al-Albani)
Kesimpulan:
Nyanyian yang dibenarkan adalah:
1 – Syair dan bukannya lagu/muzik yang seperti sekarang ini.
2 – Dinyanyikan oleh anak kecil (yang belum baligh/belum mukallaf) atau hamba.
3 – Khusus di dalam hari perayaan (dua ‘Ied) dan majlis walimah.
4 – Kandungan/liriknya adalah yang dibenarkan syari’at.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan