Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) menegaskan, “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Khamis, 29 November 2007

059 - Bermurah-murahlah Dalam Meletakkan Mahar Pernikahan Wahai Wanita

Bermurah-murahlah Dalam Meletakkan Mahar Pernikahan Wahai Wanita

Mahar adalah apa yang diberikan kepada isteri berupa harta atau selainnya dengan sebab pernikahan.

Imam ahmad meriwayatkan:

“Di antara kebaikan wanita ialah memudahkan maharnya dan memudahkan rahimnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, di dalam Musnadnya, no. 23957. Dihasankan oleh sheikh al-Albani di dalam Sahihul Jami’, 2/251)

Di dalam riwayat lain memiliki tambahan yang menyatakan, “Iaitu, memudahkan rahimnya untuk melahirkan.”

Abu Daud meriwayatkan dari ‘Uqbah bin ‘Amir r.a., ia mengatakan: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sebaik-baik pernikahan ialah yang paling mudah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2117, kitab an-Nikah. Dinyatakan al-Albani sebagai diterima menurut syarat imam Muslim di dalam al-Irwaa’, 6/345)

Dalam riwayat Ahmad:

“Pernikahan yang paling besar keberkahannya ialah yang paling mudah maharnya.” (Hadis Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, no. 24595)

Dalam hal ini, Sheikh ash-Shabuni menyatakan bahawa:

“Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan: ‘Jika datang kepada kalian orang yang memilkijutaan ringgit, orang yang memiliki gedung, dan kenderaan atau putera fulan dan fulan.’ Tetapi Baginda menyatakan: ‘Siapa yang engkau redhai agama dan akhlaknya adalah prinsip dan landasan dalam urusan pernikahan. Sedangkan harta adalah persoalan kedua yang agak bersifat relatif pengaruhnya, bergantung kepada pengurusannya.

Sebagaimana perkataan penyair:

‘Aku tidak melihat kebahagiaan atas dasar mengumpulkan harta tetapi ketaqwaan itulah kebahagiaan yang sebenar.’” (Kita az-zawaaj al-Islami al-Mubakkir, no. 109)

Malah, dalam banyak riwayat yang lain, ada dinyatakan bahawa mahar itu diberi dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya berdasarkan wang, emas, atau perak. Ada yang hanya dengan mengislamkan wanita yang hendak dinikahi, ada yang dengan hanya mengajarkan hafazan surah-surah tertentu, dan saidina Ali sendiri dengan memberikan baju besi kepada Fatimah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam'alaik...
sy sgt2 memrlukan ini..
syukran..tp sy ingin bertanya...
kalau cincin itu disarung selepas diakad nikah, apakah hukumnya ?
JAZAK-ALLAH.. :)

IRISPERSONA berkata...

saya harap ada penjelasan disini oleh owner web ini.
1. Adakah Islam hanya bagi Bangsa Arab sahaja? atau untuk semua bangsa yang dicipta oleh Allah termasuk Bangsa Melayu.

2. Jika untuk semua bangsa. Adalah mereka mempunya adat n budaya yang sama?

3. Adalah Islam melarang kita untuk mengamalkan adat dan budaya sesuatu bangsa? jika ada berikan dalil2nya.

4. Bolehkah sesuatu adat diteruskan sedangkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

5. Dalam bab komentar itu tadi anda ada menyatakan mungkin ia berasal dari hindu dan kristian hal bersanding. Itu menunjukkan anda tidak pasti tentang sejarah permulaan budaya. boleh terangkan.

6. Dalam bab ini anda ada menerangkan bahawa cara pemakaian pengantin lelaki y pakai tanjak, keris dan dll. dan anda menyarankan supaya cukup sekadar memakai yang menutup aurat. Adakah anda maksudkan baju melayu bersamping dan songkok?

7. Jika jawapan atas ya. terangkan apa yang dikatakan pembaziran dalam kontaks Islam.

8. sedangkan sewaktu hari raya kita disarankan memakai pakaian yang baru dan cantik, kenapa dalam isu perkahwinan ia seperti ditolak.