http://fiqh-sunnah.blogspot.com
Jika telah jelas masuknya bulan Ramadhan dengan penglihatan mata atau persaksian atau dengan menyempurnakan bulan Sya'ban menjadi tiga puluh hari, maka wajib ke atas setiap muslim yang mukallaf untuk berniat puasa di malam harinya, berdasarkan sabda Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam (yang ertinya): “Barangsiapa yang tidak berniat sebelum fajar untuk berpuasa, maka tidak ada puasa baginya”. (Hadis Riwayat Abu Daud (2454), Ibnu Majah (1933), al-Baihaqi (4/202))
Dan Sabdanya (yang ertinya): “Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malam harinya maka tidak ada puasa baginya”. (Hadis Riwayat an-Nasa'i (4/196), al-Baihqi (4/202), Ibnu Hazm (6/162), dari jalan Abdur Razaq dari Ibnu Juraij dari Ibnu Syihab. Sanadnya sahih sekiranya tiada 'an 'Anah Ibnu Juraij, akan tetapi sahih dengan riwayat sebelumnya)
Niat itu tempatnya di hati, melafazkannya dan ditambah dengan susunkata atau barisan perkataan yang tertentu adalah bid'ah yang sesat walaupun ada sebahagian manusia yang menganggapnya sebagai baik. Kewajiban untuk berniat bermula di waktu malam adalah merupakan suatu yang khusus bagi puasa wajib (Ramadhan), kerana Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam pernah datang kepada ‘Aisyah di dalam selain bulan Ramadhan dan beliau berkata: “Apakah engkau punyai santapan siang? Kalau tidak ada, maka aku berpuasa”. (Hadis Riwayat Muslim (1154))
Perkara yang sama juga dilakukan oleh para sahabat: Abu Darda', Abu Thalhah, Abu Hurairah, Ibnu Abbas, Hudzaifah bin al-Yaman radhiallahu ‘anhum.
Ini berlaku di dalam ketika puasa sunnah. Manakala hadis menunjukan wajibnya niat di malam hari sebelum terbit fajar bagi tujuan puasa wajib. Wallahu Ta'ala A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan