Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) menegaskan, “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Sabtu, 21 Februari 2009

146 - Lemahnya Hujjah Menetapkan Qunut Di Setiap Solat Fardhu Subuh

Lemahnya Hujjah Menetapkan Qunut Di Setiap Solat Fardhu Subuh

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Definisi Qunut

Kata qunut digunakan untuk beberapa makna, di antaranya: berdiri, diam, rutin beribadah, doa, tasbih dan khusyu’. Menurut istilah, ialah nama untuk suatu doa yang diucapkan di dalam solat pada waktu tertentu di ketika berdiri. (Rujuk: Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Shahih Fiqh Sunnah, jil. 2, m/s. 33, terbitan Pustaka at-Tazkia)

Pendapat Imam an-Nawawi

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:

“Ketahuilah bahawa qunut di waktu solat subuh adalah sunnah berdasarkan hadis sahih


عن أنس (رضي الله عنه): أن رسول الله (صلى الله عليه وسلم) لم يزل يقنت في الصبح حتى فارق الدنيا

Daripada Anas radhiyallahu ‘anhu, katanya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sentiasa melakukan qunut di waktu solat subuh sehingga beliau wafat.”

Diriwayatkan oleh al-Hakim Abu ‘Abdillah di dalam kitab al-Arba’in, lalu dia berkata: “Hadis sahih”. Ketahuilah bahawa qunut subuh menurut kami adalah disyari’atkan, ia merupakan sunnah muakkad (yang sangat dituntut). Sekiranya seseorang meninggalkannya maka solatnya tidak batal akan tetapi dia perlu melakukan sujud shahwi, sama ada dia meninggalkannya dengan sengaja atau pun kerana terlupa.” (Rujuk Kitab al-Adzkar an-Nawawiyyah, Bab Qunut Subuh, hadis no. 171)

Komentar Terhadap Pendapat Imam an-Nawawi

1 - Hadis ini (yang digunakan oleh imam an-Nawawi) adalah hadis yang dhoif, tidak sahih, walau pun al-Hakim dan an-Nawawi mensahihkannya.

Hadis ini dhoif disebabkan perawi yang bernama Abu Ja’far ar-Razi yang meriwayatkan hadis ini dari jalan ar-Rabi’ dari Anas. Ibnul Qayyim telah menjelaskan persoalan ini secara panjang lebar di dalam kitabnya, Zaadul Ma’ad (1/99-100) dan al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani di dalam at-Talkhis (3/417-418) serta lainnya. (Rujuk: Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Sifat Solat Nabi (judul asli: Ashlu Shifati Sholatin Nabiy), jil. 3, m/s. 201, terbitan Griya Ilmu)

2 – Sanad hadis ini dhoif, illatnya (penyebabnya) adalah Abu Ja’afar ar-Razi, iaitu ‘Isa bin Haman, hafalannya buruk. (Rujuk: Syaikh Salim ‘Ied al-Hilali, Shahih dan Dhoif Kitab al-Adzkar (judul asli: Shahih Kitab al-Adzkar wa Dha’ifuhu), jil. 1, m/s. 193, terbitan Pustaka Imam asy-Syafi’i)

3 – Hadis ini diriwayatkan oleh Abdur Razzaq, no. 4964, Ibnu Abi Syaibah, no. 7002, Ahmad 3/162, at-Thahawi di dalam al-Ma’ani, 1/244, ad-Daruquthni, 2/39, al-Hakim di dalam al-Arba’in, al-Baihaqi, 2/201, al-Baghawi, no. 639, dari beberapa jalan, dari Abu Ja’afar ar-Razi, dari ar-Rabi’ bin anas, dari Anas dengan hadis tersebut.

Abu Ja’afar adalah rawi yang jujur akan tetapi hafalannya buruk, rawi sepertinya hanya layak pada hadis yang syahid (yang memiliki penguat). Jika tidak, maka hadisnya dhoif. Hadis ini memiliki syawahid (beberapa penguat) yang disebutkan oleh ad-Daruquthni dan al-Baihaqi, akan tetapi semuanya sangat lemah sekali, tidak layak untuk diperhatikan, kemudian ianya bertentangan pula dengan riwayat yang juga dari Anas yang sahih bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak berqunut, melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan atau kebinasaan sesuatu kaum.

Hadis ini didhoifkan oleh Ibnul Jauzi, Ibnu Taimiyah, Ibnu at-Turkumani, Ibnul Qayyim, dan al-Albani, dan az-Zaila’i cenderung kepadanya. Al-Asqalani (al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani) berkata: “Hujjah tidak tertegak dengan hadis seperti ini”. (Rujuk: Syaikh Amir bin Ali Yasin, al-Adzkar an-Nawawiyah, m/s. 172, terbitan Pustaka Sahifa)

4 – Sebuah persoalan yang perlu kita perhatikan adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh Amir bin Ali Yasin:

“Saya berkata: Telah jelas bagimu bahawa hadis yang mereka jadikan sebagai sandaran dalam mensyari’atkan qunut subuh adalah dhoif dan mungkar. Jadi ia tidak dianjurkan, bahawa melakukannya secara terus menerus adalah sesuatu yang dibuat-buat (diada-adakan) dan itu adalah perbuatan yang dibenci. Sekiranya kita menerima bahawa hadis tersebut sebagai sahih sekalipun, maka, di mana dalil yang menunjukkan bahawa qunut subuh itu dengan lafaz “Allahummah dini fii man hadait (اَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِيْ فِيْمَنْ عَافَيْتَ)...”? Sekiranya kita menerima bahawa hadis tersebut sahih, lalu di mana pula dalilnya yang menunjukkan bahawa meninggalkannya mengharuskan sujud shahwi? Ini adalah tiga mukaddimah yang tidak mampu mereka dukung dengan dalil.” (Rujuk: Syaikh Amir bin Ali Yasin, al-Adzkar an-Nawawiyah, m/s. 172, terbitan Pustaka Sahifa)

5 - Pendapat Sayyid Sabiq rahimahullah:

“Qunut di dalam solat subuh itu tidak disyari’atkan kecuali apabila terjadi bahaya. Dan sekiranya terjadi bahaya tersebut, maka bukan hanya di dalam solat subuh saja disunnahkan berqunut, tetapi juga di dalam semua solat fardhu...” (Rujuk: Sayyid Sabiq, Fiqih Sunnah, jil. 2, m/s. 43, terbitan Victory Agencie)

6 – Penggunaan hadis dari Anas oleh mereka yang bertujuan mensyari’atkan qunut di setiap solat fardhu subuh tersebut sebenarnya dibantah dengan hadis yang datangnya juga dari Anas. Daripada Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu:

“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam itu tidak pernah berqunut di dalam waktu subuh melainkan bagi tujuan mendoakan kebaikan bagi sesuatu kaum (muslimin), atau mendoakan kebinasaan sesuatu kaum (kafir).” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban, al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani mensahihkan sanadnya. Rujuk: al-Dirayah fi Takhrij Ahadis al-Hidayah, jil. 1, m/s. 195)

Dengan hadis yang sahih ini, sekaligus ia menjelaskan pegangan sebenar Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkenaan qunut subuh. Oleh itu, hadis ini secara tidak langsung telah menolak hadis di atas yang dijadikan hujjah untuk mensyari’atkan qunut di dalam setiap solat subuh.

Kesimpulan/Ringkasan Pendapat:

1 – Telah tsabit daripada hadis-hadis yang sahih bahawa doa Qunut yang dilakukan di dalam solat fardhu adalah doa qunut nazilah yang bertujuan mendoakan kebaikan (keselamatan) bagi kaum muslimin, atau mendoakan kebinasaan bagi kaum kafir (yang memerangi/memusuhi) umat Islam.

Dan ianya tidak semestinya dilakukan hanya di ketika waktu solat subuh.

2 – Doa dengan lafaz “Allahummah dini fiiman hadait... (اَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِيْ فِيْمَنْ عَافَيْتَ)” adalah lafaz doa qunut yang dibaca di dalam solat witir, bukannya solat fardhu subuh.

3 - Syaikh Dr. Sa’id Wahf bin Ali al-Qahthani berkata,

“Telah diriwayatkan dengan sahih dari nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa beliau melakukan qunut Nazilah selama sebulan, berdoa melaknat satu kaum. Teriwayat dengan sahih bahawa beliau berdoa untuk kaum yang lemah dari kalangan para sahabat beliau yang ditawan oleh satu kaum sewaktu mereka berhijrah. Ketika penyebab beliau melakukan qunut tersebut sudah tidak ada lagi, beliau pun meninggalkannya. Nabi tidak pernah melakukan qunut secara rutin dalam solat wajib yang manapun, solat subuh atau solat yang lainnya. Demikian juga halnya dengan para Khulafa’ur Rasyidin. Mereka melakukan qunut tersebut dengan cara yang sama. Mereka tidak pernah melakukannya secara rutin. Namun jika penyebab qunut itu sudah tidak ada, mereka meninggalkan qunut tersebut. Apa yang sunnahnya (yang tsabit dari sunnah) adalah melakukan qunut Nazilah dan berdoa berdasarkan kepada keadaan, iaitu untuk mendoakan kebaikan bagi suatu kaum, atau untuk melaknat mereka, dan disesuaikan juga dengan bencana yang terjadi.

Diriwayatkan dengan sahih bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah melakukan qunut pada solat subuh, zuhur, asar, maghrib dan isya’. Namun perlaksanaan di dalam solat Subuh dan Maghrib adalah lebih ditekankan. Ketika penyebab qunut itu sudah tidak ada, beliau pun meninggalkannya, termasuk juga pada solat subuh.” (Rujuk: Syaikh Dr. Sa’id ‘Ali bin Wahf al-Qahthani, Kumpulan Shalat Sunnah Dan Keutamaannya, m/s. 75, Terbitan Darul Haq, Cet. Ketujuh – Feruari 2007M)

4 – Tiada dalil yang boleh dijadikan sandaran bagi mensyari’atkan doa qunut di dalam setiap kali solat fardhu subuh.

Wallahu a’lam...

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

السلام عليكم ورحمة الله

saudara yg di kasihi..

merujuk kembali perenggan
"Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:
“Ketahuilah bahawa qunut di waktu solat subuh adalah sunnah berdasarkan hadis sahih
عن أنس (رضي الله عنه): أن رسول الله (صلى الله عليه وسلم) لم يزل يقنت في الصبح حتى فارق الدنيا
Daripada Anas radhiyallahu ‘anhu, katanya: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sentiasa melakukan qunut di waktu solat subuh sehingga beliau wafat."

setelah didatangkan hujah2 dari pihak sdr. jadi timbullah sedikit keinginan dari sy untk kembali mempersoalkan kenyataan saudara..

1.Bolehkan sdr. menyatakan tujuan article ini ditulis diruangan ini?
sesudah sy menghadamkan hasil tulisan sdr. sy dapati, tidak ada 1 kesimpulan yg padat yg telah saudara tuliskan..

2.Qunut dalam mazhab as-syafie adalah perlakuan sunat muakkadah yang sgt2 dianjurkan,
justeru itu, frasa 'sunat muakkadah' adakah bermakna wajib dilakukan? andai kata seseorg yg bermazhab syafie'yyah meninggalkan qunutnya, seharusnya diganti dengan sujud sahwi, dan seandainya sujud sahwi sebagai gantian qunut yg ditinggalkan tidak dilakukan, adakah ia akan memBATALkan solat individu berkenaan.

3.Di dalam article yg sdr terbitkan, mgpkh pandangan dr mazhab yg empat tidak ditimbulkan, khilaf2 antr imam2 mujtahid tersebut..mungkinkah sdr menyimpulkan bhw pandgn2 dr imam2 mujtahid tersebut tidak memberi kesan dalam perbahasan ini?

4.adakah saudara terlupa untk beramal dengan hadith Rasulullah S.A.W yg mafhumnya :
من اجتهد فأصاب فله اجران
ومن اجتهد فأخطاء فله أجر واحد
sesiapa yg berijtihad kemudian berbetulan ijtihadnya maka 2 pahala bgnya, & sesiapa yg berijtihad kemudian bersalahan ijtihadnya, maka baginya 1 pahala.
Nah, bukankah hadith ini memberi ruang kepada para ulama & fuqaha untk berbincang mencari jalan keluar bg sesuatu masalah, andaikanlah jika semua ulama berittifaq bahawa sesuatu hukum itu tiada 2, 3 mahupun lain2 jalan penyelesaian, maka pasti & pasti ummat akan kesempitan ruang dalam menyelesaikan masalah.

perhatikanlah kata2 RAsulullah yang mulia : اختلاف العلماء رحمة

jadi marilah kita bersama2 berlapang dada dlm menjawab & menyelesaikan permasalahan yg timbul. Mgkin jg sdr sepatutnya memberikan sebuah kesimpulan & pegangan saudara seutuhnya agar tidak mampu diter0b0si melalui jalan fitnah. kerana kesamaran itu menjerumuskan kemungkaran.

وقبل ختام
قل هاتوا برهانكم ان كنتم صاديقين

والسلام

Tanpa Nama berkata...

- perbuatan mensyari'atkan Qunut di dalam setiap kali menunaikan solat fardhu subuh adalah tidak tsabit dari perbuatan nabi.

- ada pun berkenaan pendapat di dalam mazhab asy-Syafi'i, sekiranya sebagaimana didakwa saudara. Sebenarnya, apa yg dipegang di dalam mazhab asy-Syafi'i adalah qunut nazilah. bukan sebagaimana bacaan qunut yg dibaca oleh masyarakat kita hari ini. (Sila semak kitab2 syafi'iyah)

- Islam membenarkan perbezaan pendapat. Namun, hendaklah kita beramal dengan apa yang benar atau jika berlakunya khilaf (perbezaan) maka, hendaklah yang paling diyakini mendekati kebenaran dengan hujjah itu yg diamalkan. Imam asy-Syafi'i sendiri mewasiatkan supaya kita tidak taksub kpdnya, dan sekiranya ada pandangan beliau yang bertentangan dengan kebenaran, hendaklah ditinggalkan.

- berkenaan kata2 saudara berikiut:

perhatikanlah kata2 RAsulullah yang mulia : اختلاف العلماء رحمة

maka: Hadis ini sebenarnya tiada asalnya dari Rasulullah. Maka, perbuatan saudara menyandarkan perkataan tersebut kpd Rasulullah, adalah sebenarnya suatu pernyataan yg berbahaya. Saya minta, saudara berlapang dada, dan menyemak semula hadis tersebut.

Terima kasih kerana memberi komentar.

Wallahu a'lam.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum sdr Nawi, boleh tolong semak hadit2 digunakan pihak membenarkan qunut subuh dibaca Allahumma ihdini..? Saya nak tau sumbernya dan darjatnya. Dan juga boleh bagi pandangan saudara tentang bacaan qunut subuh berdasarkan hadith2 di bawah :

-
أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْحَافِظُ حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ : مُحَمَّدُ بْنُ يَعْقُوبَ حَدَّثَنَا بَحْرُ بْنُ نَصْرٍ الْخَوْلاَنِىُّ قَالَ قُرِئَ عَلَى ابْنِ وَهْبٍ أَخْبَرَكَ مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ عَنْ عَبْدِ الْقَاهِرِ عَنْ خَالِدِ بْنِ أَبِى عِمْرَانَ قَالَ : بَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَدْعُو عَلَى مُضَرَ إِذْ جَاءَهُ جِبْرِيلُ فَأَوْمَأَ إِلَيْهِ أَنِ اسْكُتْ ، فَسَكَتَ فَقَالَ : يَا مُحَمَّدُ إِنَّ اللَّهَ لَمْ يَبْعَثْكَ سَبَّابًا وَلاَ لَعَّانًا ، وَإِنَّمَا بَعَثَكَ رَحْمَةً ، وَلَمْ يَبْعَثْكَ عَذَابًا لَيْسَ لَكَ مِنَ الأَمْرِ شَىْءٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ ، ثُمَّ عَلَّمَهُ هَذَا الْقُنُوتَ : اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ ، وَنُؤْمِنُ بِكَ ، وَنَخْضَعُ لَكَ ، وَنَخْلَعُ وَنَتْرُكُ مَنْ يَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ ، وَلَكَ نُصَلِّى وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخَافُ عَذَابَكَ الْجَدَّ ، إِنَّ عَذَابَكَ بِالْكَافِرِينَ مُلْحَقٌ. هَذَا مُرْسَلٌ.
Dari Khalid bin Abu Imran berkata: Sedang Rasulullah s.a.w. mendoakan kehancuran ke atas Bani Mudhar, tiba-tiba Jibril datang lantas memberi isyarat kepada Baginda agar berhenti dari terus berdoa begitu. Lalu Rasulullah s.a.w. pun berhenti. Maka Jibril pun berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah tidak mengutuskan engkau untuk menjadi pengutuk dan pelaknat, tetapi Allah mengutuskan kamu sebagai rahmat buat sekalian alam. Engkau tidak berhak sedikitpun dalam urusan mereka yang ingkar itu. Jibril pun mengajar Rasulullah s.a.w. lafaz-lafaz qunut: اللهم إنا نستعينك ونستهديك.... sehingga akhir bacaan. (Riwayat al-Baihaqi)

-فَأَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْحَافِظُ ، حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حَمْشَاذٍ الْعَدْلُ ، حَدَّثَنَا الْعَبَّاسُ بْنُ الْفَضْلِ الأُسْفَاطِيُّ ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ الْعَبْدِيُّ ، حَدَّثَنَا الْعَلاءُ بْنُ صَالِحٍ ، حَدَّثَنِي بُرَيْدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ ، حَدَّثَنَا أَبُو الْحَوْرَاءِ ، قَالَ : سَأَلْتُ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ : مَا عَقَلْتَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ؟ قَالَ : عَلَّمَنِي دَعَوَاتٍ أَقُولُهُنَّ : اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، إِنَّكَ تَقْضِي ، وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ أُرَاهُ قَالَ : إِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ قَالَ : فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِمُحَمَّدِ بْنِ الْحَنَفِيَّةِ ، فَقَالَ : إِنَّهُ الدُّعَاءُ الَّذِي كَانَ أَبِي يَدْعُو بِهِ فِي صَلاةِ الْفَجْرِ فِي قُنُوتِهِ
Maksudnya:
Al-Hasan bin Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. telah mengajarku membaca beberapa kalimah untuk aku ucapkan: Ya Tuhanku, tunjukilah aku bersama orang-orang yang Engkau tunjuki, dan sihatkanlah aku bersama orang-orang yang Engkau sihatkan, dan pimpinlah aku bersama orang-orang yang Engkau pimpin, dan berkatilah aku bersama orang-orang yang Engkau berikan kurnia, dan lindungilah aku dari bencana yang Engkau takdirkan, sesungguhnya Engkaulah yang mentakdirkan dan tiadalah Engkau yang ditakdirkan dan bahawasanya tiadalah akan terhina orang yang Engkau pimpin, Maha Mulia Engkau, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Muhammad bin al-Hanafiyah (Jariah Saidina Ali r.a.) berkata: Sesungguhnya doa ini merupakan doa yang selalu dibaca oleh ayah saya (Saidina Ali r.a.) pada solat Subuh dalam qunutnya. (Riwayat Baihaqi)

*kalau nak bagi jawapan, boleh e-mail alak_1988@yahoo.com

khaulah al-azwar berkata...

Boleh kah saya tahu jawapan soalan diatas jugs. Ini email sy..
nurul93_latahzan@yahoo.com

Jazakallah khayran kathir

khaulah al-azwar berkata...

*juga

Jabalnur berkata...

Jika saya, saya tidak akan layan mereka yang "tanpa nama" kerana kita tidak tahu apa jenis haiwankah yang bertanya, kerana Syaitan pun bernama.

Jabalnar berkata...

Meskipun haiwan yg bertanya.. jwblah dgn benar dan jujur. Berlapang dadalah dlm perkara khilafiyah.. krn syaitan yg bernama itu sering menyesatkan manusia hanya dgn perkara khilaf..