Sunnah mandi dipagi Hari Raya. Ibnu Umar sentiasa mandi di pagi Idul Fitri sebagaimana riwayat dari Ali radiallahu ‘anhu. Inilah pendapat Al-qamah, Urwah, ‘Atha’, An-Nakh’i, Asy-Sya’bi, Qatadah, Abu Zinad, Malik, Asy-Syafie dan Ibnul Munzir. (Lihat: Al-Mugni, 2/370) Nafi’ berkata:
“Abdullah bin Umar sentiasa mandi pada Hari Raya Idul Fitri sebelum ke musalla. Ibnul Musayyib pula berkata:
Adalah disunnahkan untuk mandi di pagi Hari Raya iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat `Ied al-Fithri. Menurut Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah: Baginda (shallallahu 'alaihi wasallam) mandi sebelum berangkat mengerjakan solat `Ied. (Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Mukhtasar Zaadul Ma'ad Bekal Menuju Ke Akherat, (edisi terjemahan oleh Kathur Suhardi, Pustaka Azzam, Jakarta 1999), ms. 48. Di mukasurat seterusnya kitab ini hanya akan disebut sebagai Zaadul Ma'ad sahaja)
Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh pernah ditanya tentang mandi; apakah perlu mandi setiap hari? Maka beliau menjawab: Tidak perlu. Namun, yang perlu mandi ialah pada hari Jumaat, hari `Arafah, hari `Ied al-Adha dan `Ied al-Fithri. (Hadis riwayat Imam al-Syafi'i di dalam Musnad al-Syafi'i, I/118-119)
Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah pula di dalam kitab Majmu'nya (jilid 1, ms. 7): Imam al-Syafi'i dan rakan-rakannya mengatakan: "Untuk melaksanakan solat `Ied al-Fithri dan `Ied al-Adha dianjurkan mandi. Tidak ada perbezaan pendapat di dalam masalah ini." (Dinukil dari artikel karangan Abu Ihsan al-Atsari bertajuk Mendulang Sunnah Nabi Pada Hari Raya `Iedul Fitri yang diterbitkan oleh majalah As-Sunnah, edisi 08/VII/1424H/2003M, ms. 23)
Tatacara mandi sunat di pagi Hari Raya ini adalah sama dengan tatacara mandi wajib (janabah).
Sunnah berpenampilan indah, bersih, kemas dan rapi (elegan), sama ada pada diri sendiri*, pakaian** atau rumah. Namun tidak dibolehkan berlebih-lebihan. Ibnu Umar berkata: Umar mengambil sehelai jubah sutera tebal yang dijual di pasar, ia membawanya kepada Rasulullah dan berkata:
*(Ramai lelaki muslim berhias dengan mencukur janggutnya supaya kelihatan kacak. Mencukur janggut adalah suatu perbuatan haram dengan kesepakatan para ulama Salaf as-Soleh seperti imam Ahmad, Malik, Syafie, Sufiyan as-Thauri, Ibn Taimyah dan anak-anak muridnya. Malah termasuk juga para ulama masa kini seperti Ibn Bazz, Nashiruddin al-Albani dan ramai lagi ulama yang mengharamkan mencukur janggut)
**Terdapat hadis-hadis sahih mengharamkan lelaki berpakaian yang melebihi/menutup mata kaki/buku lali (ber-isbal). Malangnya masih ramai muslimin termasuk imam solat yang pakaiannya mencecah tanah/diseret, sedangkan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengharamkan isbal, iaitu pakaian yang menutup mata kaki dan diseret.
Penjelasan Hadis:
Menghias diri di Hari Raya merupakan kebaikan yang ditetapkan kepada orang-orang Islam. Baginda tidak mengingkarinya, diketahui oleh baginda yang menjadi ketetapan dan kebiasaan. (Lihat: Hasyiyah as-Sindi ‘An-Nasaii 3/181)
Menurut Ibnu Hajar: Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, sampai kepada Umar bahawa Ibnu Umar pakaiannya paling cantik di Idul Adha. (Lihat: Fathul Bari 2/439)
Hadis/sunnah berbentuk taqrir. Penerimaan Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam atas perbuatan Umar. Asal memakai pakaian indah adalah untuk hari Jumaat. Namun, baginda tidak menegah berhias di Hari Raya, manakala yang ditegah adalah berhias dengan pakaian yang terbuat dari sutera. (Lihat: Fathul Bari 2/439)
Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan: Kebiasaan berhias di Hari Raya adalah perkara yang masyhur. (Lihat: Al-Mughni. 2/228)
Ibnul Qaiyim menjelaskan: Nabi memakai pakaian paling cantik untuk solat Idul Fitri dan Idul Adha. Baginda memiliki perhiasan yang dipakai di Hari Raya dan di hari Jumaat. Ada kalanya baginda memakai dua burdah (baju luar) berwarna hijau atau merah, bukan merah keseluruhannya, bukan merah garang sebagaimana disangka sebahagian manusia, kerana jika demikian bukan dinamakan burdah. Tetapi yang baginda pakai kain yang ada garis-garis merah seperti kain bergaris dari negeri Yaman. (Lihat: Zadul Maad. 1/441)
Berkata Imam Malik rahimahullah: Aku mendengar ulama menganggap sunnah untuk memakai wangi-wangian dan berhias pada setiap Hari Raya. (Lihat: al-Mughni. 2/228)
Bagi muslimah, tidak dihalalkan oleh syarak bertabarruj, mendedahkan aurat, memakai minyak wangi semasa keluar rumah, tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki ajnabi (asing), tidak boleh bergaul bebas dengan lelaki yang bukan mahramnya dan dilarang keluar rumah tanpa mahram atau walinya jika tidak ada keperluan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan