Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) menegaskan, “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Khamis, 28 Ogos 2008

122 - Mengqadha’kan Puasa


1. Qadha Tidak Wajib Dilakukan Dengan Tergesa-gesa

“Aku punya hutang puasa Ramadhan dan tidak bisa meng-qadhanya kecuali di bulan Sya'ban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/166), Muslim (1146))

Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari (4/191): “Dalam hadis ini menunjukkan bahawa bolehnya mengakhirkan (melewatkan) qadha’ Ramadhan secara mutlak, sama ada kerana uzur atau pun tidak.”

Sudah dikatahui dengan jelas bahawa bersegera dalam meng-qadha’ adalah lebih baik daripada mengakhirkannya (melewatkannya), kerana ia termasuk dalam keumuman dalil yang menunjukkan untuk bersegera dalam berbuat baik dan tidak mendunda-nunda, hal ini adalah berdasarkan ayat dalam al-Qur-an (maksudnya):

“Bersegeralah kalian utuk mendapatkan ampunan dari Rabb kalian.” (Ali Imran, 3: 133)

“Mereka itu bersegera untuk mendapatkan kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehinya.” (al-Mu'minun, 23: 61)

2. Tidak Wajib Berturut-Turut Dalam Mengqadha’

Berdasarkan firman Allah Subhanahu wa ta’ala:

“Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.” (al-Baqarah, 2: 185)

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Tidak mengapa untuk mengqadha’ puasa secara terpisah-pisah (tidak berturutan).” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari secara mu'allaq (4/189), dimaushulkan (disebutkan sanadnya) oleh Abdur Razak, ad-Daruquthni, Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih. Lihat juga kitab Taghliqut Ta'liq (3/186))

Abu Hurairah berkata, “Jika dia mahu dia boleh mengqadha’nya secara berseling-seling.” (Lihat: Irwa’ul Ghalil oleh al-Albani (4/95))

Adapun yang diriwayatkan al-Baihaqi (4/259) dan ad-Daruquthni (2/191-192) dari jalan Abdurrahman bin Ibrahim dari al-‘Ala bin Abdurrahman dari bapanya dari Abu Hurairah secara marfu’:

“Barangsiapa yang mempunyai hutang puasa Ramadhan, hendaklah di mengqadha’nya secara berturut-turut tidak boleh memisahnya.”

Ini adalah riwayat yang dhaif. Ad-Daruquthni berkata: Abdurrahman bin Ibrahin dhaif.

Al-Baihaqi berkata, “Dia (Abdurrahman bin Ibrahim) didhaifkan oleh Ibnu Ma'in, an-Nasa’i dan ad-Daruquthni.”

Ibnu Hajar menukilkan dalam Talkhisul Habir (2/206) dari Ibnu Abi Hatim bahawa beliau mengingkari hadis ini kerana Abdurrahman.

Syaikh al-Albani rahimahullah telah membuat penjelasan berkenaan dhaifnya hadis ini di dalam Irwa’ul Ghalil (943).

Adapun yang terdapat di dalam Silsilah hadis dhaif (2/137) yang mana beliau menghasankannya, dia telah memperbetulkan pendapat yangt tersebut.

Maka, secara kesimpulannya, tidak ada satu pun hadis yang marfu’ dan sahih yang menjelaskan keharusan memisahkan atau secara berturut-turut dalam mengqadha’, namun yang lebih mendekati kebenaran dan mudah (dan tidak memberatkan kaum muslimin) adalah dibolehkan kedua-duanya. Demikian pendapatnya Imam Ahlus Sunnah Ahmad bin Hanbal rahimahullah. Abu Dawud berkata dalam kitab Masail-nya (95), “Aku mendengar Imam Ahmad ditanya tentang qadha’ Ramadhan, beliau menjawab kalau mahu boleh dipisah, kalau mahu boleh juga berturut-turut.” Wallahu'alam.

Oleh kerana itu adalah dibolehkan memisahkan puasa dan dibolehkan juga secara berturut-turut tanpa menafikan bolehnya yang salah satunya.

3. Ulama Telah Sepakat Bahawa Barangsiapa yang Wafat dan mempunyai Hutang Solat, Maka walaupun Walinya (atau selainnya) tidak boleh mengqadha'kannya

Para ulama telah sepakat bahawa orang yang meninggal dunia sedangkan dia mempunyai tanggungan (hutang) beberapa solat wajib yang ditinggalkannya, maka walinya atau yang selainnya tidak dibebankan dengan kewajiban untuk mengqadha’nya. Demikianlah juga bagi orang yang tidak mampu berpuasa atau memiliki hutang puasa, maka dia tidak boleh sesiapa pun untuk mengqadha’kan puasanya. Namun, bagi mereka yang tidak mampu berpuasa kerana sakit atau uzur atau yang seumpamanya dia harus mengeluarkan makanan setiap harinya untuk seorang miskin, sebagaimana yang dilakukan Anas radhiyallahu ‘anhu berdasarkan satu atsar yang telah disebutkan sebagaimana sebelumnya.

Akan tetapi, sesiapa yang wafat dalam keadaan mempunyai hutang nazar puasa,maka walinya harus berpuasa untuknya. Ini adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam,

“Barangsiapa yang wafat dan mempunyai hutang puasa nazar hendaklah walinya yang menggantikannya (membayarnya).” (al-Bukhari (4/168), Muslim (1147))

Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata, “Ada seseorang datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kemudian berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku wafat dan dia mempunyai hutang puasa setahun, apakah aku harus membayarnya?” Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam menjawab, “Ya, hutang kepada Allah lebih berhak untuk dibayar.” (Bukhari (4/169), Muslim (1148))

Hadis-hadis ini bersifat umum yang mana menegaskan bahawa disyariatkan seseorang wali untuk membayar puasa mayit (si mati) dengan segala jinis puasa (yang ditinggalkannya), demikian pendapat dalam sebahagian mazhab Syafi'i dan mazhabnya Ibnu Hazm (7/2 dan 8)

Tetapi hadis-hadis umum ini dikhususkan, seseorang wali tidak puasa untuk mayit (si mati) kecuali bagi puasa nazar, demikian pendapat Imam Ahmad sebagaimana yang terdapat di dalam Masail Imam Ahmad riwayat Abu Dawud (96) dia berkata, “Aku mendengar Ahmad bin Hanbal berkata bahawa tidak boleh dibayarkan hutang puasa mayit (si mati) kecuali bagi puasa nazar.” Abu Dawud berkata, “Bagaimana dengan puasa Ramadhan?” Beliau (Imam Ahmad) menjawab, “Dibayar dengan memberi maka orang miskin.”

Inilah [endapat yang lebih tepat, melapangkan jiwa dan mendinginkan hati, dikuatkan pula oleh petunjuk dalil kerana berdasarkan keseluruhan hadis yang ada tanpa menolak satu hadis pun dengan pemahaman yang selamat khususnya hadis yg pertama. Di samping itu, ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha tidak memahami hadis-hadis tersebut secara mutlak yang mencakup puasa Ramadhan dan selainnya, tetapi dia berpendapat untuk memberi makan (fidyah) sebagai pengganti bagi orang yang tidak mampu berpuasa Ramadhan, padahal beliau adalah perawi hadis tersebut, dengan dalil riwayat ‘Amarah bahawasanya ibunya wafat dan mempunyai hutang puasa Ramadhan kemudian dia berkata kepada ‘Aisyah, “Apakah aku harus mengqadha’ puasanya?” 'Aisyah menjawab, “Tidak, tetapi bersedekahlah untuknya, setiap harinya setengah gantang untuk setiap muslim.” (Diriwayatkan oleh ath-Thahawi di dalam Musykilal Atsar (3/142), Ibnu Hazm di dalam al-Muhalla (7/4). Dan ini adalah lafaz di dalam al-Muhalla dengan sanad yang sahih)

Sudah menjadi kesepakatan bahawa perawi hadis lebih tahu makna riwayat hadis yang ia riwayatkan. Yang berpendapat seperti ini pula adalah Hibrul Ummah (ulama dari umat ini) Ibnu Abbas radhiyallahu'anhum di mana beliau berkata, “Jika salah seorang dari kalian sakit di bulan Ramadhan kemudian wafat sebelum sempat puasa, dibayarkan fidyah dan tidak perlu qadha, sekiranya dia mempunyai hutang nazar hendaklah diqadha’ oleh walinya.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dengan sanad yang sahih dan Ibnu Hazm di dalam al-Muhalla (7/7) serta beliau mensahihkan sanadnya)

Sebagaimana diketahui bahawa Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu adalah periwayat hadis kedua, lebih khusus lagi beliau adalah perawi hadis yang menegaskan bahawa wali berpuasa untuk mayit (si mati) bagi puasa nazar. Sa’ad bin Ubadah meminta fatwa kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Ibuku wafat dan beliau mempunyai hutang puasa nazar.” Baliau bersabda, “Qadha’lah untuknya.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim serta selain keduanya)

Penjelasan seperti ini adalah bersesuaian dengan kaedah ushul syari'at sebagaimana dijelaskan oleh Ibndul Qayyim di dalam I’lam al-Muwaqi’in dan dia menaambahkan lagi penjelasannya di dalam Tahdzibus Sunan Abi Dawud (3/279-282). Dipersilakan untuk membaca buku tersebut kerana perbahasannya sangat penting.

Barangsiapa meninggal dunia dengan meninggalkan hutang puasa nazar lalu hutang itu dibayarkan oleh beberapa orang dalam jumlah yang sesuai dengan hari yang ditinggalkan, maka perkara tersebut dibolehkan.

Al-Hasan berkata, “Sekiranya yang membayarkan (puasa tersebut) tiga puluh orang dengan setiap orang mewakili satu hari yang ditinggalkan, maka keadaan tersebut dibolehkan.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (4/112) secara mu’allaq, dimaushulkan (disebutkan para perawinya) oleh ad-Daruquthni di dalam Kitabul Mudabbij. Syaikh al-Albani turut mensahihkan sanadnya di dalam Mukhtashar Shahih Bukhari (1/58))

Adalah juga diperbolehkan untuk memberi makan jika walinya mengumpulkan orang miskin bersesuaian dengan hutangnya, kemudian mengenyangkan mereka, demikian perbuatan Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu.

1 ulasan:

suparjo berkata...

salam ukhwah syeikh...